Laman Webantu   KM2A1: 4064 File Size: 13.4 Kb *



TAG MT 65: Tawaran Gaji Bulanan Pekerja Ladang - Satu Kerja Gila
By P. Ramasamy

27/3/2001 8:54 am Tue

TAG 065

[Membaiki hidup pekerja ladang dengan memberi gaji bulanan tidak akan dapat menyelesaikan masalah jangka panjang kerana hasilnya bermusim dan memerlukan kesungguhan. Lagipun perubahan harga komoditi menyukarkan semua pihak beroleh keuntungan setimpal.

Masalah sebenarnya ialah perencanaan pendidikkan dan meningkatkan kajian teknik meningkatkan pendapatan dari ladang. Ramai pekerja ladang Thailand mampu mengecap kemewahan kenapa kita yang berjiran masih belum menemui jawapan? Sebenarnya ada dalang yang sengaja mahu pekerja ladang hidup tertekan agar mereka dapat meraih lebih keuntungan. Jika dalang ini dinyahkan, semua akan dapat melepasi kemiskinan.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-

Kiriman: MGG Pillai


Tawaran Gaji Bulanan Pekerja Ladang - Satu Kerja Gila

(A mockery - monthly pay deal for estate workers)


2:31 pm, Jum: Tawaran gaji bulanan yang baru diperkenalkan kepada para pekerja ladang nampaknya tidak menjanjikan sebarang rangsangan untuk kemajuan hidup mereka.

Tawaran sebanyak RM325 sebagai gaji bulanan untuk pekerja ladang sawit dan pekerja kilang seperti yang termaktub dalam perjanjian bersama di antara Malaysian Agricultural Producers Association (MAPA) dan National Union of Plantation Workers (NUPW) nampaknya memperlekehkan segala sumbangan ribuan pekerja perladangan negara ini.

Mengikut beberapa pegawai pengurusan industri perladangan, para pekerja memang tidak mendapat apa-apa faedah ataupun tidak meraih sebarang faedah langsung daripada perjanjian yang dicapai itu. Malahan para peraih kelapa sawit dan juga pekerja kilang memang sudah lama mendapat gaji yang lebih besar daripada yang dimetrai itu sebelum rencana baru itu dipersetujui.

Mengikut zon perkiraan harga RM800-900 yang wujud dalam industri kelapa sawit, periah (pemotong) buah/tandan sawit diberikan gaji harian sebanyak RM20 termasuk bonus produktiviti sebanyak RM3 dan bonus harga sebanyak RM1 setiap hari. Di akhir bulan, para pemotong buah mendapat gaji purata sekitar RM520 sebulan.

Dalam hal ini, gaji bulanan sebanyak RM325 tidak ada kaitannya dengan seorang pemotong tandan yang dibayar mengikut zon harga. Seandainya harga minyak sawit berganda, para pemotong buah berkemungkinan menerima gaji bulanan yang melebehi RM1,000.

Begitu juga, mengikut pandangan beberapa pengurus kilang, gaji purata seorang pekerja kilang adalah sekitar RM17.50 termasuk beberapa insentif yang diberikan kepada pemotong tandan. Sebgai kadar bulanan, seorang pekerja kilang mendapat gaji sebanyak RM450 yang merupakan lebih tinggi lagi dariapada yang termatrai.

Memanglah tidak semua pekerja kilang tertakluk kepada skim gaji bulanan seperti ini. Ia dikhaskan kepada pekerja kilang di peringkat bawahan sekali. Pekerja kilang di gred atasan mempunyai skim gaji yang lebih tinggi yang mereka nikmati untuk satu tempoh yang panjang.

Pendapatan Yang Lebih Baik

Oleh kerana pemotong tandan dan para pekerja kilang sudah pun mendapat gaji yang lebih baik daripada yang baru sahaja dimetraikan, adalah tidak masuk akal apabila pihak majikan dan persatuan pekerja menandatangani perjanjian yang baru itu. Nampaknya skim terbaru itu bertujuan untuk melindungi para pekerja yang mendapat pendapatan kurang daripada RM325 sebulan. Kalau bertepatan jangkaan ini bererti para majikan hanya perlu menaikan sahaja gred setiap pekerja untuk melayakkan mereka mendapat gaji yang ditahapkan itu.

Tetapi ada satu muslihat di sebalik tawaran itu. Ia memberi syarat bahawa seseorang itu layak menerima gaji bulanan sebanyak RM325 kalau dia bekerja pada setiap hari kerja ditawarkan dan melaksanakan tugas itu dengan sempurna. Memanglah amat jarang sekali para pekerja tidak dapat mencapai tahap gaji ini sambil melayakkannya mencapai gaji yang ditetapkan.

Hanya mereka yang tidak hadir disebabkan alasan kesihatan yang layak dipertimbangkan gaji bulanan dengan syarat gaji bulanannya itu berada lebih rendah dari RM325. Memang tidak mudah untuk sesaorang pekerja itu gagal memenuhi syarat itu melainkan dia gagal memenuhi syarat bekerja yang dikenakan. Kalau ini berlaku, pihak pengurusan tidak perlu membayar mengikut kadar gaji bulanan dan boleh menyingkirkan pekerja demikian.

Untuk kadar gaji bulanan terbaru itu membawa sebarang makna, harga sawit mestilah jatuh di bawah paras harga RM400 se ton. Di ketika itu skim gajian ini memang boleh diamalkan kepada para pekerja kerana pendapatan mereka akan jatuh di bawah paras gaji bulanan RM325. Tetapi, kalau harga sawit jatuh ke bawah paras rujukan ini besar kemungkinnanya industri kelapa sawit itu akan lumpuh untuk diteruskan di negara ini. Dalam hal begini, tidak ada gunanya lagi skim bayaran gaji itu.


Isu Yang Dilencongkan


Adalah satu perkara yang ganjil apabila pada tahap awalannya, kesatuan sekerja sudah bersetuju dengan tawaran pihak majikan sedangkan mereka sepatutnya mempertahankan hak pekerja. Kenapakah kesatuan sekerja ini tidak merundingkan perjanjian mereka untuk menyeluruhi pekerja am dan juga penoreh getah. Oleh kerana dua kategori pekerja ini adalah yang paling rendah pendapatan mereka, melibatkan mereka kepada gaji bulanan sudah tentu membantu memperbaiki pendapatan mereka.

Namun, di sebalik semua itu, sistem gaji bulanan yang ada yang dikatakan disediakan oleh pakar-pakar di Universiti Malaya memang didapati tidak berguna kepada ribuan pekerja perladangan di negara ini. Inilah yang malangnya, kerana ia sudah menjadi satu keaiban yang memperlekehkan pengorbanan dan kerja kuat para warga perladangan.

Beberapa pakar perladangan berpendapat bahawa pablisiti yang diberikan terhadap isu gaji bulanan itu telah melencongkan perbincangan mengenai beberapa isu yang lebih besar dan penting lagi yang dapat menyumbang terhadap kemajuan dan pembangunan cara hidup warga perladangan itu yang sebenarnya.

Sebagai contoh, usaha memperbaiki sekolah-sekolah Tamil memerlukan tindakan kerajaan untuk mengambilalih pengurusan sekolah-sekolah Tamil yang masih wujud di tapak swasta. Begitu juga dengan kemudahan pengangkutan untuk anak-anak sekolah, cadangan melaksanakan skim perumahan, penekanan terhadap pembangunan taraf hidup pekerja dan lainnya, belum pernah diusahakan oleh agensi yang berkenaan.

Nampaknya, segala lambang yang dikaitkan dengan cara memperkenalkan gaji bulanan itu telah memberikan kemenangan besar yang tidak berbaloi kepada beberapa pihak seperti MIC, NUPW dan juga kerajaan. Lambat-laun, konsep pengenalan gaji bulaan yang digembar-gemburkan itu tidak akan memberi kesan terhadap memperbaikki keadaan warga kerja industri perladangan negara ini.


-P. Ramasamy-
23 Mach, 2001

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 25/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

malaysiakini

23 March 01


Friday March 23

A mockery - monthly pay deal for estate workers

P Ramasamy

2:31pm, Fri: The anxiously awaited introduction of monthly wage for estate workers seems to offer little material incentives for their advancement.

The offer of RM325 as a monthly wage for oil palm harvesters and mill workers as provided for in the recent collective agreement between the Malaysian Agriculture Producers Association (Mapa) and the National Union of Plantation Workers (NUPW) seems to make mockery of the contribution of thousands of plantation workers in the country.

According to some management personnel of the plantation industry, workers have in fact gained very little or nothing by the recent introduction. In fact, oil palm harvesters and mill workers were already earning more than this before the introduction of the scheme.

Under the present price zone of RM800-900 in the oil palm industry, harvesters will be getting about RM20 per day which includes productivity bonus of RM3 and price bonus of RM1 per day. So at the end of month, harvesters will be receiving an average salary of about RM520 per month.

In this respect, the monthly wage of RM325 is not applicable to an average oil palm harvester under the present price zone. If the price of oil palm doubles, harvesters will tend to get a monthly salary of slightly more than RM1,000.

Similarly, according to some mill managers, the average wage of a ordinary mill worker is about RM17.50 with inclusion of some incentives like the harvesters. On a monthly basis, a mill workers will obtain a wage of about RM450, far above the monthly wage that has been stipulated.

Of course, not all mill workers are covered under this monthly wage scheme, it merely meant for mill workers in the lower category. Mill workers in the high grades already are on monthly wage under a different scheme enjoyed over the years.

Better wages

Since oil palm harvesters and mill workers are already receiving better wages than the present one stipulated, it makes no sense why employers and the union should agree to this particular scheme. It appears that this present scheme seems more geared to cover workers in the above two categories that earn a salary less than RM325. If this is the case, then the management will merely upgrade their salary to this particular mark.

But then there is catch in the collective agreement which states that the monthly wage of RM325 will only be paid to those ?who turn up for work on all days on which work is offered by management and who satisfactorily complete the full duties allotted.? There are only rare instances in which harvesters and mill workers will earn below the monthly wage mark and still be qualified to obtain this wage.

Only those who do not come to work on medical grounds will be entitled to the monthly wage on the grounds that their total salary will be below RM325. But there is no way for wages for harvesters and mill workers to fall below this mark unless of course they do not fulfill the obligations of management by not turning up for work as required. Under this circumstances, the management will not pay them the monthly wage, but they will get the sack.

For the present monthly wage to make sense, the price of oil palm must really fall below the RM400 tonne mark. Then it is possible for this particular scheme to come to the rescue of workers since the their total earning might fall below the RM325 mark. But if the oil palm price drops to this level, there is a real possibility that the oil palm industry as whole might not be viable enough economically to be continued in the country. So in this respect, there is no use for the monthly wage scheme.

Issue sidetracked

It is rather strange, why in the first instance, that the union that supposedly represents plantation workers would agree to this meaningless scheme. Beyond this, why the union did not push this scheme to cover general workers and rubber tappers is not very clear. Since these two categories of works are the most lowly paid in the plantation industry, the introduction of monthly wage could have stabilised their income to a limited extent.

However, beyond this, the present monthly wage system supposedly prepared by some experts in Universiti Malaya is of no use to thousands of plantation workers in the country. Sad to say, it makes a mockery of the sacrifice and hard work put in by plantation workers.

Some experts on plantations are of the opinion that present publicity given to the monthly wage issue has sidetracked the discussion and resolution of other important aspects that are more meaningful for the improvement of lives of plantation workers.

For instance, the improvement of Tamil schools, the necessity of the government to take over Tamil schools situated in private lands, providing transport facilities for school children, pushing for the implementation of the house ownership scheme, insisting on substantial material improvement for workers and others have not been adequately addressed by the relevant agencies.

It looks as though that the mere symbolism associated with the introduction of monthly wage has provided a pyrrhic victory to parties such as the MIC, the NUPW and the government. But then, it will realised sooner than later, the concept of monthly wage that has been introduced will have no impact on improving the material conditions of the working class in plantations.

--




P RAMASAMY is a professor of political economy at the Political Science Department, Universiti Kebangsaan Malaysia and has academic interests in Malaysian politics and labour. He has written quite extensively and is currently focusing on conflict management in Sri Lanka.

Last modified: Friday March 23, 2:39 pm