Laman Webantu   KM2A1: 4065 File Size: 21.7 Kb *



TAG MT 66: Hingar-bangar Di Peringkat Bahagian
By Sa'odah Elias

27/3/2001 10:08 am Tue

TAG 066

[Pemilihan di peringkat bahagian Umno mempamirkan tema yang sama - PEREBUTAN jawatan yang dipenuhi dengan peperangan. Patutlah ramai terkorban wang dan jawatan sehingga bertahun-tahun berdendam. Kini muncul pula nasihat agar orang lama dikekalkan walaupun sokongan kepada Umno sudah semakin menghilang.

Demokrasi di dalam Umno sudah lama terpadam. Pertandingan sudah menjadi peperangan. Buktinya dapat dibaca dengan membilang wajah yang girang dan muka yang geram selepas pertandingan. Mereka mungkin bersalam di tangan tetapi di hati jauh api dari panggang...

Sila juga membaca catatan Pak MT di penghujung rencana ini. - Editor ]


Penterjemah: -MT-

Kiriman: MGG Pillai


Hingar-bangar Di Peringkat Bahagian

(All abuzz at the division level)

Oleh Sa'odah Elias

(The Star - Nation ms. 12, Isnin 26 Mach, 2001)

Tidak pun sampai seminggu lagi semua 165 bahagian UMNO akan bermesyuarat untuk memilih ahli jawatankuasa baru. Dalam banyak hal ada pula yang akan memperakukan kembali barisan kepimpinan yang ada untuk satu penggal lagi.

Ramalan kemendungan ekonomi tidak pun melemahkan pemegang jawatan yang sedia ada dan para pencabar jawatan mereka itu daripada berbelanja sakan untuk meraih sokongan. Gelagat ini diserlah oleh pelbagai aktibiti, yang mereka anjurkan ataupun mereka taja tetapi dibuat dengan segala muslihat untuk menyungkup pembabitan mereka yang mungkin dianggap melanggar peraturan kod etika parti.

Mereka yang bukan ahli parti mungkin tercengang-cengah memikirkan apa gahnya semua itu tetapi kepada ramai yang di dalam parti, pengundian di peringkat bahagian itu adalah tidak kurang pentingnya dengan pertarungan untuk kerusi di majlis tertinggi parti.

Ada pihak yang berpendapat bahawa pemilihan di peringkat bahagian adalah lebih penting kerana ia memperakukan kekuatan seseorang pemimpin. Inilah yang memperteguhkan keyakinan dalam UMNO betapa seseorang pemimpin itu tidak kiralah apa jawatan dan pangkatnya dalam parti ataupun kerajaan, dilihat mempunyai sokongan akar umbi kalau dia menjadi ketua bahagiannya.

Secara rasminya ramai pemimpin parti yang memperkecilkan sahaja anggapan ini. Tetapi kalau dibandingkan senarai ahli majlis yang dipilih tahun lalu dengan senarai pemimpin UMNO yang memegang jawatan dalam kerajaan sama ada di peringkat pusat ataupun di peringkat negeri, memberikan gambaran betapa unsur-unsur ini merupakan persepsi yang sudah diterima-pakai.

Di kalangan 45 ahli majlis tertinggi UMNO, sebahagian besar mereka itu termasuklah presiden parti Dr. Mahathir Mohamad, timbalannya Abdullah Ahmad Badawi dan dua daripada tiga orang naib presiden parti adalah penyandang jawatan ketua bahagian ataupun ketua pergerakan wanita ataupun ketua pemuda bahagian.

Begitu juga halnya dengan majoriti menteri, timbalan menteri, dan ahli exco negeri daripada UMNO. Kalau ada pun antara mereka yang tidak memegang jawatan begini, nama-nama mereka kini tersenarai sebagai pencabar kepada jawatan utama bahagian mereka. Ada juga beberapa nama seperti Mohamad Nazri Aziz (Menteri Pembangunan Usahawan) dan Dr. Shafiee Mohd Salleh (Timbalan Menteri Kewangan) yang tidak tersenarai kerana mereka berjaya berunding dengan pemimpin lain dalam bahagian masing-masing untuk mengelakkan suasana pertandingan.

Satu pengecualian berlaku apabila Dr. Yusuf Nor yang mempunyai kedudukan nombor 13 dalam majlis tertinggi parti mengikut jumlah undi yang diterimanya dulu mengumumkan hasratnya untuk berundur. Beliau adalah penyandang jawatan ketua bahagian Besut dan bekas ketua penerangan UMNO.

Dr. Mahathir pernah berkata bahawa bukanlah satu tradisi dalam UMNO untuk pemimpin yang memegang jawatan dalam kerajaan mesti bertanding jawatan bahagian parti. Presiden itu mungkin telah menuturkan satu fakta, tetapi hakikatnya semua urusan UMNO selalunya ditepung-tawar oleh amalan yang sudah berakar-umbi. Salah satu daripada amalan itu ialah menentukan agar setiap pemimpin itu bermula daripada peringkat bahagian parti.

Kalau ada pun segelintir insan yang memintas amalan ini mereka selalunya digelar sebagai pemimpin paracut sahaja.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai golongan muda UMNO yang mula mempersoalkan amalan-amalan yang mereka amati sebagai penghalang kepada peneguhan parti. Ahli exco Pemuda UMNO Azimi Daim adalah di antara beberapa pemimpin muda yang berpendapat tidak perlunya para pemimpin memegang pelbagai jawatan terutama sekali jawatan yang membebankan tanggungjawabnya seperti jawatan seorang ketua bahagian. Dia berpendapat tidak ada sebab untuk ahli majlis ataupun pemimpin peringkat nasional yang sudah tegap dengan jawatannya tanpa memenangi jawatan di peringkat bahagian untuk menukarkan sesuatu suasana dengan bertanding pada tahun ini.

"Berilah peluang kepada orang lain untuk menyerlahkan kualiti kepimpinan mereka," katanya. Tetapi, Azmi enggan menuturkan pendiriannya apabila ditonjolkan kisah pemimpin nasional yang kini menjadi ketua bahagian dan cuba mempertahankan jawatan mereka.

Ada seorang ahli parlimen UMNO yang tidak mahu namanya disebut di sini, berpendapat bahawa amalan itu adalah bercanggah dengan proses demokrasi dan menyerlahkan politik naungan. Dia mencadangkan agar amalan ini dimansuhkan seandainya parti mahu mengembalikan kegemilangannya. Ahli parlimen yang berusia sekitar empat puluhan itu merupakan ahli parlimen yang baru dan merasa tersinggung apabila ada pemimpin parti yang melaungkan usaha untuk mengelakkan pertandingan. Dia berpendapat bahawa pertandingan terbuka adalah satu amalan politik yang sihat dan kalau betul peraturannya boleh memperteguhkan parti.

Masalah yang menghantui UMNO sekarang ialah kebanyakan pemimpin di peringkat tengah sama ada tidak memahami ataupun tidak menghormati semangat demokrasi. Itu sebabnya apabila diadakan pertandingan, keputusannya berakhir dengan perpecahan.

"Memberi nasihat kepada ahli agar elakkan pertandingan bukanlah caranya untuk menyelesaikan masalah ini. Itu adalah satu isyarat yang salah yang kini semakin digunakan oleh penyandang jawatan untuk menepong tawar jawatan yang dipegangnya sedangkan itu adalah amalan songsang dalam usaha meneguhkan parti," kata beliau lagi.

Dalam mempertahankan usaha megelakkan pertandingan itu, Ketua Wanita UMNO Rafidah Aziz memberi nasihat agar usaha itu diterima dengan hati yang jujur. "Kita bukannya menahan ahli-ahli mengamalkan hak mereka. Apa yang kita katakan ialah, kalau tidak ada sebab yang munasabah, kenapakah dicabar penyandang jawatan itu? Tetapi kalau ia tidak boleh dielakkan, eloklah berusaha untuk berunding dulu agar satu bentuk kompromi dapat dipersetujui untuk mengelakkan pertandingan," kata beliau lagi.

Rafidah berkata bahawa demokrasi mesti ditafsirkan secara pragmatic. Pertandingan dalam UMNO harus dilaksanakan selari dengan semangat perundingan dan persidangan. 'Jika tidak, kita akan menghadapi kumpulan 'maverics' (Rafidah lupa bahawa Raja Maverik ialah presiden partinya sekarang - penterjemah) yang masuk campur semata-mata untuk melaksanakan hak mereka ataupun manusia yang bertanding untuk suka-suka dan cuba menguji popularity mereka.'

"Untuk kepentingan parti secara keseluruhannya apakah salah kalau kita ketepikan hak ini?" Tanya beliau pula.

Rafidah mengingatkan ahli-ahli bahawa menonjolkan kepentingan diri bukannya syarat yang mantap untuk mencabar penyandang jawatan. Dia berpendapat, salah satu kelemahan UMNO ialah kayu pengukur yang digunakan oleh akar umbi untuk menentukan keberkesanan seseorang ketua pemimpin bahagian. Sepatutnya orang itu dinilai berdasarkan rekod kerjayanya. Tetapi, kayu pengukur yang digunakan ialah dengan menilai betapa berjayanya beliau mendapatkan peluang perniagaan ataupun projek untuk para penyokongnya ataupun jumlah wang yang dibelanjakan untuk mereka.

Pendapat yang sama telah diungkit oleh seorang ahli parlimen yang mengaggapnya sebagai 'kereputan dalam UMNO yang mesti dipotong-bedah sebelum ia memusnahkan UMNO sama sekali.'

"Itu sebabnya saya menganjurkan pertandingan bebas di semua tahap dan peringkat dalam parti. Kalau kita biarkan majority memilihnya, tanpa meletakkan sebarang syarat yang akan dicemar oleh mereka yang sudah lama berkuasa, saya tidak fikir kita mampu melakukan yang lebih terburuk daripada yang berlaku masakini.

"Tetapi, UMNO mesti meluputkan syarat peratusan (%) untuk pencalonan yang sebenarnya, amat bertentangan dengan amalan demokrasi. Apakah gunanya dikekalkan semua itu sedangkan parti boleh menghapuskan halangan yang lain?" tanya beliau pula.

Di pihaknya pula, Azimi mempersoalkan ketua bahagian yang terlalu lama memegang jawatan sehingga terlupa diri mereka. Ada yang sudah berpaut kepada jawatan mereka itu lebih daripada 30 tahun, dan terus kekal kerana tipu muslihat dan menekan sesiapa yang berbakat daripada menonjol ke atas. "Kalau kita lihat pertandingan di peringkat bahagian saya tidak percaya ia akan mencetuskan huruhara. Malahan, ia adalah satu aktiviti sehat untuk memperkenalkan muka-muka baru," katanya.

Namun, Azimi cepat menjelaskan betapa muka-muka baru tidak seharusnya bererti muka-muka muda, tetapi mereka yang berdarah muda tidak kiralah umur mereka. Darah muda inilah yang boleh membawa pandangan baru yang mampu mencampuri tradisi UMNO yang sudah lama.

Ahli Parlimen yang tidak mahu namanya diperkenalkan itu turut setuju dengan pendapat Azmi. Dia menambah betapa sudah sampai masanya untuk parti menilai semula kriteria untuk kepimpinan ataupun untuk menjadi calon pilihanraya umum agar peluang seperti itu tidak lagi dimonopoli oleh pemimpin di peringkat bahagian.

Ahli Parlimen itu berkata, pucuk pimpinan mesti menyatakan dengan jelasnya kepada ahli parti bahawa dalam pemilihan seseorang pemimpin itu, merit dan keupayaan adalah faktor pilihan dan bukannya pengaruh yang ada padanya ke atas akar umbi.

Dr. Mahathir sudah menunjukkan betapa tradisi bukannya sesuatu amalan keramat apabila dia memilih Dr. Khir Tooyo yang bukan memimpin mana-mana bahagian untuk menjadi menteri besar Selangor, sambil mengenepikan ramai pemimpin yang lebih berpengaruh lagi.

Tidak ada satu pengahalang pun yang boleh menahan pucuk kepimpinan menggunakan kaedah yang serupa apabila memilih pemimpin politik. Semua orang sedar bahwa dalam UMNO corak pengundian adalah tertakluk kepada nasihat yang diberikan oleh pucuk kepimpinan parti.

"Saya percaya belum terlambat lagi untuk pucuk kepimpinan memberikan peraturan yang jelas bagaimana caranya memilih pemimpin bahagian yang baik agar para perwakilan dapat pedoman dan kebijaksanaan dan tidak tersungkit oleh kepentingan diri ataupun termakan umpan habuan kewangan apabila mereka memangkah undi bulan depan," katanya.

Sebagai rumusannya, di sebalik semua cakap-cakap mengenai pengstrukturan, pemulihan dan amalan demokrasi dalam UMNO, sebahagian besar ahli UMNO tidak akan ambil pusing kalau hampir semua penyandang jawatan yang ada memenangi semula jawatan mereka tanpa dicabar ataupun setelah dipilih semula.

Buat setakat ini hanya seorang penyandang jawatan, Ibrahim Ali daripada Pasir Mas yang menang tanpa bertanding setelah semua 145 cawangan memilih beliau.

-Sa'odah Elias-


Catatan Penterjemah:

Kita menterjemahkan artikel ini kerana mahu menyedarkan orang Melayu betapa sudah bermulanya satu usaha untuk mencocok jarum ke dalam minda orang Melayu secara halus sekali. Lihat, apa pula tulisan seterusnya mengenai pertandingan UMNO ini. Namun, majoriti orang Melayu sudah tidak kisah lagi dengan aktibiti UMNO kerana menyedari segala kelentongan yang menyelimuti keadaan cawangan yang hanya tinggal beberapa kerat sahaja lagi. Artikel di atas dilihat sebagai menyuntik semangat gah dan kebesaran yang seolah-olah masih wujud dalam pergerakan UMNO di peringkat akar umbi, sedangkan keadaan sebenarnya adalah jauh panggang dari api. Dalam keadaan begini pun masih ramai pemimpin yang takut bertanding secara terbuka. -MT-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT26/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

The Star, 26 Mar 01, Nation, p12:

ALL ABUZZ AT THE DIVISION LEVEL

Will the UMNO divisional polls next month point to changes in the leadership and party rejuvenation? As SA'ODAH ELIAS reports, some sceptics may think otherwise.

----------------------------------------------------------

IN LESS THAN a week, UMNO's 165 dvisions will hold meetings to elect new office bearers and in some cases, to reaffirm the existing line-ups for another term.

Even the gloomy predictions about the economy has not distracted the incumbent division chiefs and hopefuls from splurging to win support.

This could be seen by the flurry of activities, hosted or supported by them but disguised in many forms so as not to run foul of the party's code of ethics.

Non-members may wonder what the brouhaha is all about but for most in the party, the division elections are no less important than the race for supreme council seats.

Some even argue that the division election is the most crucial because it reaffirms the strength of a leader. This gives credence to the belief in UMNO that a leader, regardless of his other party or government positions, is only accepted as having grass roots support if he heads a division.

Officially, many party leaders may pooh-pooh this notion, but one only needs to look at the list of council members elected last year and the existing UMNO leaders who hold government posts, be it at federal or state level to know that this is an accepted perception.

The majority of the council's 45 members, includingn party president Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed, his deputy Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi andn two of its three vice-presidents are either division heads or the division heads of Wanita or UMNO youth.

The same is also true of most of the ministers, deputy ministers and state exco members from UMNO. As for those who are not, their names are more likely to be found in the current list of contenders for division's number one post, although a few names, like Entrepreneur Development Minister Datuk Mohamed Nazri Aziz and deputy finance minister Datuk Dr Shafie Mohd Salleh may be missing from the list because they are said to have successfully negotiated with other leaderfs in their respective divisions to avoid contests.

The only exception is Datuk Dr Yusof Nor who is 13th in the council according to the number of votes received. The Besut division head and former UMNO information chief is the only national level leader who has announced his intention to make way for a newcomer.

Dr Mahathir has said recently that it was a tradition in UMNO that leaders who hold government posts must contest for division posts.

The president might have stated a fact, but the reality is, all dealings in UMNO are always governed by established practices, one of which is that a leader must start from the division level.

The few who bypas this practice are always referred to as "parachute" leaders.

In recent years, more and more younger members in UMNO have started questioning the practice which they see as a hindrance to the process of rejuvenating the party.

UMNO Youth exco member Azimi Daim is among scores of young leaders who does not see the necessity for leaders to hold multiple posts, especially if it also includes one that carries heavy responsibility like division head.

He says there is no reason for council members or other national level leaders who secured their posts without winning divisional post to change the situation by contesting this year.

"Give others the chance to expose their leadership qualities," he said.

Understandably, Azimi is quite reluctant to state his stand when it comes to national leaders who are currently division leaders defending their posts.

One MP from UMNO, who wished to remain anonymous, claimed that the practice is at odds with the democratic process and smacks of political patronage, adding that this should be totally eradicated if the party is to regain its credibility.

The 40-something first-term MP is especially irked by the call made by the leadership to avoid contests, saying that healthy contests, if properly regulated, would surely strengthen the party.

"The problem in UMNO is that, many mid-level leaders either do not understand or do not respect the spirit of democracy. That's why any contest almost always results in a split.

"Advising members to avoid contests is not the way to address this problem. That is a wrong signal which is now being used by many of the incumbents to justify their actions, however foul, as trying to preserve party unity," he says.

In defending the no-contest call, Wanita UMNO chief Datuk Seri Rafidah Aziz says the advance must be accepted in the right context.

"We are not stopping members from exercising their rights. What we are saying is, if there is no compelling reasons, why challenge the incumbents? If it can be avoided, then at least try to confer and negotiate so that a compromise can be reached so that contests can be avoided," she explained.

She said democracy must be translated pragmatically, which in the context of UMNO, should be exercised in tandem with the spirit of negotiations and conference.

"Otherwise we will have all kinds of mavericks joining in the fray just for the sake of exercising their rights or people who stand for frivolous reasons or just to test the waters. This can't be good for UMNO."

"If it is for the good of the party as a whole, what's wrong if we waive this right?" she added.

She cautioned members that promoting their self-interest was not a compelling enough reason to challenge the incumbents.

According to her, one of the ugly sides of UMNO is the yardstick of many grassroots members to determine the effectiveness of a division leader.

Instead of judging him on his service track record, he was usually evaluated on how successful he had been in getting business opportunities or "projects" for his supporters or how much money he could spend on them.

The same concern was also raised by the MP who calls it the "rot in UMNO which must be amputated before it totally destroys the party".

"That is why I am an active proponent of free contest at all levels of the party. If we let the majority choose, without first putting any barrier that can be abused by those who are already in power, I don't think we can do much worse than what is happening today."

"But first UMNO must abolish the nomination percentage for prosepctive contendes which is incongruous with democratic practices. Why maintain that when the party can abolish all other barriers?" he argued.

On his party, Azimi took issue with division heads who had overstayed their welcome. Some he said had been hanging on to their pots for more than 30 years, remaining entrenched by using dirty tactics and repressing any promising member from rising up the ranks.

"In the context of the division election, I don't believe that contests will create havoc. In fact, it is a healthy exercise to introduce new faces," he said.

Azimi was, however, quick to point out that new faces should not necessarily mean young faces, but new blood, irrespective of age, who could bring a new perspective which could be blended with established UMNO tradition.

The anonymous MP also concurred with Azimi, saying that the time has come for the party to review its criteria for leaders or candidates for the general election so that posts would not be monopolised by division leaders.

He said the leadership must make it clear to members that in choosing a leader, merit and ability would be the governing factors and not his or her perceived influence at grassroots level.

"Dr Mahathir has shown that tradition is not sacred by choosing Datuk Seri Dr Khir Toyo who is not even a division head as the new Selangor mentri besar over many other more influential leaders."

"There is nothing that stops the leadership from using the same approach when it comes to choosing political leaders. Everyone knows that in UMNO, the voting pattern almost always follows the advice from the top leaders.

"I believe it is still not too late for the leadership to give clear guidelines on what to look for in a good division leader so that delegates will be guided by wisdom rather than self-interest or financial gains when they cast their votes next month," he added.

In the final analysis, despite all the talk about restructuring, rejuvenating and democratisation in UMNO, the majority of UMNO members may not even raise their eyebrows, if most of the incumbents are returned unopposed or get re-elected.

To date, at least one incumbent, Datuk Ibrahim Ali of Pasir Mas, has been returned unopposed after all 145 branches nominated him.