Laman Webantu   KM2A1: 4071 File Size: 16.4 Kb *



Sakit Anwar Meyakitkan Barua
By Kapal Berita

28/3/2001 3:19 am Wed

TIGA MENTERI YANG TIDAK MESRA

Baru-baru ini Dollah Badawi memberi kenyataan kabinet sudah lama memutuskan Anwar tidak akan dibenarkan mendapatkan rawatan di luar negara. Kali ini Syed Hamid Albar pula menyatakan hal yang serupa sambil menuduh Anwar ingin mempolitikkan kecederaan. Komen Chua Jui Meng lebih ekstrim - beliau menyuruh Anwar memecat sahaja Dr Hoogland kerana memperlekehkan kebolehan hospital di sini. Menurut Chua hospital negara adalah antara yang terbaik di dunia.....


SISTEM HOSPITAL NEGARA ANTARA YANG TERBAIK DUNIA??

Terbaik macam mana kalau lapuran perubatan pun boleh menghilang? Malah barang pesakit sendiri pun tidak terjamin lesap diambil orang?

Jika sistem hospital kerajaan terbaik di dunia sudah lama semua pusat perubatan swasta dan klinik swasta gulung tikar. Atau ramai pesakit di rantau Asia mengunjungi Malaysia untuk mendapatkan khidmat yang kununnya begitu baik ini. Malangnya sejarah merakam banyak kisah yang mengaibkan sistem hospital di negara ini:

Saya catatkan beberapa kes di sini dan ingin menasihati Chua supaya bertemu doktor untuk mendapatkan cermin mata yang lebih tebal lagi atau mendapat rawatan neurologi dan otak kerana melupakan beberapa kes kecuaian hospital yang sukar dimaafkan:



  1. Hospital Melaka

    Pesakit telah ditercucuk jarum sehingga mengalami kekejangan saraf

    http://www.geocities.com/suarajohor/31102000_01.html

  2. Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

    Tusukan yang dibuat olih Pakar Haemodalysis itu tersilap dan mengenai usus pesakit sehingga beliau mati (27.10.2000)

    http://www.geocities.com/suarajohor/31102000_01.html

  3. Hospital Raub:

    Seorang isteri peladang Felda diberi darah yang tercemar dengan HIV apabila melahirkan anak di Hospital Raub pada tahun 1994. Wanita itu meninggal dunia pada bulan September tahun lalu, anak lelakinya yang berumur 6 tahun juga dijangkiti penyakit AIDS melalui penyusuan ibu dan kini disahkan sebagai pembawa HIV.

    Betty Chew: http://www.malaysia.net/dapmnet/ps0129.html

  4. Hospital Selayang

    Inilah hospital yang dikatakan termoden kerana penuh dengan IT tapi cuai juga sampai membedah pesakit lebih 4 kali sehingga mati.

    Seorang pesakit India, Raja Simmasalam, mati pada 13 Julai 2000 selepas menjalani lima pembedahan apendisitis selama 6 jam 8/5/2000. Kecuaian doktor menyebabkan beliau dimasukkan ke hospital dan dibedah sebanyak empat kali lagi kerana kesakitan yang tidak tertahan.

    Teresa Kok: http://komentar.tripod.com/belanjawanteresakok.htm

  5. Hospital Jitra

    Seorang wanita di Hospital Jitra telah diberikan transfusi darah yang tercemar Virus HIV.

    Fuziah Salleh: http://www.keadilan.org/kenyataan/fuziah_24052K_m.htm



Cukuplah dengan beberapa kes menyayat hati di atas itu sahaja dulu sebagai gambaran betapa nyawa dan kesihatan pesakit dipandang begitu ringan sehingga berakhir dengan kecelakaan atau penderitaan yang amat menyedihkan.


PESAKIT DILAYAN MESRA ATAU KASAR?

Sikap mesra pesakit masih belum mencapai tahap yang memuaskan sehingga banyak agensi kerajaan sendiri menggunakan khidmat klinik panel swasta. Masalah lambat dan layanan yang kasar menyebabkan ramai sanggup mengorbankan wang mengunjungi klinik swasta yang lebih mahal demi menjaga kesihatan.

Kita boleh memaafkan sistem hospital swasta kerana mereka berniaga. Tetapi hospital kerajaan yang dibiayai oleh cukai dan hasil titik peluh kita seharusnya menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan terjamin buat semua, termasuk mengirim pesakit keluar negara jika itu lebih baik untuk menyelamatkan mangsa. Kes Anwar bukan sebarang kes biasa kerana kesilapan yang sedikit bakal membawa derita lumpuh buat selama-lamanya.

Sepatutnya kerajaan sendirilah membiayai semua kosnya kerana pendapat pakar menunjukkan puncanya adalah hentakkan kuat akibat penderaan oleh pihak yang berkuasa - yakni kerajaan juga. Sebagai menteri dalam negeri ketika itu, Mahathir sepatutnya meletak semua jawatan kerana melahirkan polis yang tidak mengenal erti belas dan kasihan.


ANWAR DIRACUN BUKAN KEPALSUAN

Kerajaan nampaknya amat bimbang padahal Anwar bersetuju untuk membiayai sendiri semua kos rawatan. Lagipun Anwar berjanji akan kembali ke penjara sesudah dipulihkan. Syed Hamid dan Dollah berpura-pura buta bagaimana Anwar dibelasah sehingga lebam dan pengsan setelah menerima pukulan maut Rahim Nor dan rakan-rakan di Bukit Aman. Berita keadaan Anwar digelapkan sedangkan beliau sedang menderita kesakitan.

Sudahlah Anwar dibelasah teruk dan pengsan berjam-jam, dia hanya mendapat pemeriksaan rapi HANYA setelah hakim Hasnah memberi laluan. Hakim Hasnah pula telahpun ditukarkan ke seksyen lain setelah membuat keputusannya itu pada September 1998. Menurut teman saya, seorang yang kerap bertugas di mahkamah, Hakim Hasnah menunaikan solat sunat terlebih dahulu sebelum memberi keputusannya itu.

Negara kemudiannya gempar bila lapuran perubatan dari Australia mengesahkan Anwar diracun teruk sehingga gugur rambutnya dan hitam kukunya tetapi kerajaan menafikan keracunan. Yang menariknya kerajaan tidak mendakwa Anwar berbohong diracun sampai sekarang walaupun Norain Mai pernah berhasrat sedemikian..... Kenapa polis dan pihak pendakwa berdiam?


ANTARA POLITIK DAN KESIHATAN

Sikap kerajaan untuk tidak memberi keizinan Anwar keluar negara untuk mendapatkan rawatan akan mencederakan kerajaan juga. Malah ia mungkin lebih teruk daripada mengizinkannya. Sekiranya Anwar menghadapi komplikasi, nyawa kerajaan BN mungkin akan terpadam dengan sendiri buat selama-lamanya dan Dollah Badawi dulu yang mungkin akan menjadi mangsa yang pertama.

Menurut Tian Chua, kerajaan telah mengambil keputusan yang berdasarkan kepentingan politik sedangkan ia sepatutnya dibuat berdasarkan kepentingan perubatan.

ALIRAN pula menegaskan adalah rawatan yang terbaik buat seseorang pesakit adalah hak asas yang seharusnya diberi walaupun kepada seorang banduan.


SAKIT ANWAR MENYAKITKAN BARUA

Kerajaan seharusnya membuka lebaran sejarah bagaimana kematian dan kesengsaraan seseorang itu bukan jalan mudah untuk menutup kebangkitan rakyat. Sebaliknya rakyat semakin menghampiri kemenangan bila pejuang yang disayang terkorban. Pandanglah dan lihatlah Filipina yang kehilangan seorang negarawan akibat ditembak lapangan terbang - tetapi diktator Marcos juga yang akhirnya terbang dan tidak pulang-pulang. Penderitaan dan kesengsaraan yang menimpa Anwar hanya akan mempercepatkan Umno terus terpadam dan menghilang.

Sakit Anwar telah menyakitkan semua barua. Patutlah mereka tidak dapat berfikir dengan waras sekarang. Pelbagai kenyataan telah keluar dan lebih dari tiga orang menteri sudah terbuka seluar. Malah ketua polis negara pun sudah tawar hati untuk mendakwa kes keracunan Anwar.

"You just can't beat Anwar - though he is just a sick patient behind bars".

Mereka tidak mampu menyaingi Anwar, walaupun Anwar hanyalah seorang pesakit yang telah dipenjarakan.


-TJr Kapal Berita-





Rencana Rujukkan:

The Asian Wall Street Journal
27th March 2001

Malaysia Refuses Anwar's Request
To Go Overseas for Back Surgery


By CRIS PRYSTAY
Staff Reporter of THE WALL STREET JOURNAL

KUALA LUMPUR, Malaysia -- Malaysia's foreign-affairs minister said the government has turned down a request from deposed Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim, now serving a 15-year combined sentence on corruption and s###my charges, to go abroad for specialized spinal surgery.

Syed Hamid Albar, the foreign-affairs minister, called a news conference Monday to defend the government's decision in a bid to stem growing criticism abroad. The minister accused Datuk Seri Anwar, who has been hospitalized with a slipped disk since November, of politicizing his health problems, and railed at the foreign media for creating "the perception that we are mistreating Anwar by denying him medical treatment."

"We brought all the doctors in, all the specialists in. He enjoys better treatment than the other prisoners," said Datuk Seri Syed Hamid. "The government hospitals here have very good facilities and if he needs other doctors from private practice, he can go ahead. That's the extent of the compassion and humanity we have shown."

The government gave Datuk Seri Anwar permission to bring in a specialist from a top endoscopic clinic in Germany two weeks ago for a consultation, but asserted then that any surgery would have to be performed here. The minister said that under Malaysian law, all prisoners are to be treated at government hospitals, with no exception or exemption.

On March 11, Thomas Hoogland, a specialist with the Munich-based Alpha Klinik, recommended that Datuk Seri Anwar undergo endoscopic surgery, a lower-risk, less-invasive procedure than conventional spinal surgery, within six weeks, but said the Kuala Lumpur hospital lacked the facilities.

Members of the National Justice Party, headed by Datuk Seri Anwar's wife, threw the politicization charge back at the government. "It's most unfortunate that the government made the decision on a political basis rather than a medical basis," said Tian Chua, vice president of the National Justice Party. "The experts have made an unambiguous recommendation that he should be treated in Germany because of the lack of facilities in Malaysia."

The foreign-affairs minister said the hospital will accommodate Dr. Hoogland "if he wished to bring in the equipment required" and any additional experts he needs to assist in the surgery.

Datuk Seri Anwar was fired in 1998 and later convicted on charges he insists were part of a conspiracy to extinguish any political challenge to his former mentor, Prime Minister Mahathir Mohamad. Datuk Seri Anwar's Federal Court appeal on the corruption charges was put on hold when he entered the hospital in November.




http://news.catcha.com/my/content.phtml?1&010&&afpnews.cgi&cat=malaysia&stor y=010322072739.jpvh65t4.txt

No overseas surgery for Malaysia's Anwar: deputy premier

KUALA LUMPUR, Mar 22 (AFP) - Malaysian Deputy Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi insisted Thursday there was no need for his jailed predecessor Anwar Ibrahim to undergo spinal surgery abroad.

"The cabinet had already made the decison a long time ago ... We have decided from the beginning that there is no need to go overseas," he told reporters.

Abdullah, who is also home minister in charge of police, added: "If there is any need, then do it here."

Anwar's counsel Sankara Nair said the prisons department had not formally replied to an application he submitted on March 15 for the politician to go overseas for surgery.

"There has been no official reply from the department so far. We are at their mercy," he told AFP.

Anwar is serving a 15-year jail term for abuse of power and s###my but sees himself as a political prisoner. He has been in a government hospital since November 25 with acute back pain due to a slipped disc.

Visiting specialist Thomas Hoogland, who examined the former deputy premier at the Kuala Lumpur Hospital on March 11, said in a report last week that Anwar needed endoscopic spinal surgery within four to six weeks.

This "would have the lowest risks and best prognosis" if performed at his Alpha Clinic in Munich, he said.

The government, who says Anwar has been getting special privileges over treatment for his back injury, insists specialists and equipment can be flown to Malaysia if necessary.

Hoogland has said that Anwar's slipped disc was probably caused by a beating Anwar received at the hands of the then-police chief Rahim Noor on the night of his arrest in September 1998.

Anwar's wife Wan Azizah Wan Ismail has said her husband would give guarantees that he would return to jail in Malaysia should he be allowed an operation overseas.

Malaysian human rights group Aliran on Tuesday also urged the government to allow Anwar to undergo surgery in Germany, saying access to the best medical treatment was a basic human right that must be given, even to prisoners.




http://www.emedia.com.my/Current_News/BH/Tuesday/ Mutakhir/20010327193025/Article/

Kerajaan tidak halang pakar Jerman rawat Anwar

Oleh Salina Abdullah

KUALA LUMPUR, Selasa - Kerajaan tidak mempunyai halangan membenarkan pakar bedah tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland memberi rawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, pakar terbabit hanya boleh menjalankan pembedahan berkenaan di negara ini dengan bantuan pakar tempatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, berkata kerajaan tetap dengan pendirian tidak membenarkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendapat rawatan di luar negara kerana ia boleh dilakukan pakar tempatan.

Beliau berkata, pakar perubatan tempatan, termasuk pakar bius (anestetik) mempunyai kemahiran bukan saja untuk pembedahan tulang belakang, malah pelbagai pembedahan lain seperti jantung, hati, buah pinggang dan paru-paru.




http://www.emedia.com.my/Current_News/NST/ Tuesday/NewsBreak/20010327152624/Article/

KUALA LUMPUR

Sack Hoogland, Chua tells Anwar

By Meena Sreenivasan

Former Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim should dispense with the services of Dr Thomas Hoogland who has critisised local medical expertise and facilities, Health Minister Datuk Chua Jui Meng said today.

He said Anwar should do this if he had confidence in the local health system.

As Health Minister, I urge Anwar to reconsider engaging the services of Dr Hoogland if he (Anwar) really loves this country and thinks highly of our health system especially after commending our local specialists.

I would like to advise Anwar - why take on a doctor who criticises the medical expertise and facilities available in our country? he asked when speaking to reporters after officiating the First National Conference in Transfusion Medicine 2001 at Hilton Hotel this morning. The German endoscopic surgeon had Dr Hoogland had submitted a report that Anwar should undergo endoscopic spinal surgery at his Munich clinic due to lack of facilities' in local hospitals and inexperienced anaesthesiologists.

He had done this after examining Anwar, inspecting hospital facilities and discussions with a panel of doctors on March 11.

Kuala Lumpur Hospital director Dr Abdul Razak Kechik had later said that equipment not available could be mobilised on short notice from other hospitals nationwide.

Abdul Razak stated that only an 'endoscope' was not available and could be easily flown in from Dr Hoogland's clinic. Referring to Dr Hoogland's report that our anaesthesiologists were inexperiened, Chua said Hooglands comments were an insult to our country which had recognised high-calibred specialists.

We want to remind him that major surgeries and organ transplants have been successfully performed here Chua said.

He said Dr Hoogland would not be able to practise here if not for the Government which had issued a temporary practising licence in a day, a procedure which normally would months.

Chua referred to the surgery as a minimally invasive procedure, adding that it was uncomplicated.

Dr Hoogland had only made a superficial observation. This is not a banana republic - this is Malaysia and our medical system is one of the best in the world. Perhaps we should take him around to look at our health system for him to understand better this, he added.

He added that although Dr Hoogland's statements were unethical, local specialists would still accord him all professional courtesies should he perform the surgery on Anwar here.