Laman Webantu   KM2A1: 4086 File Size: 13.9 Kb *



TJ MT MGG: Penyakit Belakang Yang Merangsang Doktor Politik
By M.G.G. Pillai

29/3/2001 10:46 pm Thu

MGG 7201

[Anwar telah sakit jerih sejak November lalu. Sudah lebih empat bulan dia tersiksa begitu. Keputusan dilengahkan dengan pelbagai syarat walaupun sakit Anwar semakin tenat. Peralatan pembedahan mahu diangkut ke sini sedangkan ia terlalu sensitif dan memerlukan kaliberiti yang amat teliti.

Tidak ada berita gembira buat Anwar yang menderita. Sebaliknya yang asyik tiba cuma tuduhan dan pengaiban yang tidak putus-putus terhadapnya. Ada yang menulis Anwar tidak patriotik dan memercayai kebolehan doktor tempatan - tidak seperti PM. Malangnya mereka lupa PM tidak menggunakan khidmat doktor luar kerana sudah terdesak dan mungkin kojol sebelum kapalterbang berlepas lagi.

Inilah jadinya bila doktor politik mengendalikan pesakit. Mereka cuma mendatangkan lebih banyak penyakit... sehingga sakit hati kita mendengarnya. - Editor]


Penterjemah: -MT-


(Artikel asal ada di Malaysiakini, kolum Chiaroscuro, 28 Mach, 2001)



Penyakit Belakang Yang Merangsang Doktor Politik

(Back Surgery gets political doctors operating)


Memang sudah menjadi amalan kerajaan Malaysia memberikan layanan perubatan yang paling asas kepada para banduannya, sebagai mencukupkan syarat ketentuan protocol antarabangsa. Lainlah kalau si banduan bertaraf sedikit tinggi daripada si Muthu, Ah Chong ataupun si Ahmad. Kalau sesaorang itu mempunyai kuasa dalam perniagaan ataupun politik, layanan istimewa adalah perkara biasa walaupun ia menyalahi undang-undang.


Itu sababnya tercetus kisah seorang banduan yang disediakan katil-aqua dan mendapat masa keluar untuk menguruskan perniagaannya. Seorang lagi menjalani hukuman dengan berada lebih lama di Hospital Besar. Seorang menteri kabinet yang dihukum kerana tuduhan membunuh menjadi seorang pustakawan, satu kerja yang memang amat diminati dan diberikan kepadanya apabila si penjawat yang sedang menunggu hukuman mati diberikan pengampunan untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup pula. Seorang menteri besar yang dipenjarakan kerana korupsi diberikan peluang bertemu sapa dengan para pelawat di pejabat ketua warder sambil seorang warder disediakan untuk menjadi pelayan.

Tetapi, apabila layanan itu berkaitan dengan bekas timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim, segala berita yang kita dengar adalah bertujuan untuk mengaibkannya agar dia akan terus mengaku kalah. Kini, dia diberitahu betapa dia menerima layanan terbaik berbanding orang lain. Namun, setiap permintaan yang dibuat melalui peguamnya ditolak dan diperlekehkan sahaja. Dia diberitahu betapa layanan yang diberikan adalah lebih baik daripada yang diterima orang lain, tetapi tidak pula dia diberitahu kenapa dan bagaimana pula.

Kesakitan Yang Memilukan

Dia sedang kesakitan. Satu kecederaan di belikatnya menjadi lebih teruk lagi apabila seorang bekas ketua polis negara menghenyaknya setelah tangannya digari di bahagian belakang dan matanya ditutup sebaik sahaja dia ditangkap. Kemudian dia menjadi sasaran pukulan maut ala karate yang begitu dahsyat kesannya sehingga ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk menyelidik kisahnya. Kemudian masih ada lagi satu dakwaan yang dia telah diracuni dengan arsenik ketika dipenjarakan dulu.

Kalaulah dia seorang banduan biasa seperti yang ditegaskan oleh kerajaan, kenapakah para pembantu khas bekas perdana menteri itu dipanggil untuk membuat pilihan bilik tahanan yang sesuai digunakan untuk mengurung beliau di penjara Sungai Buluh dulu sebaik sahaja dia keluar daripada hospital? Kenapa pula kabinet perlu membuat keputusan apakah jenis layanan perubatan yang layak diberikan kepadanya? Kenapakah kerajaan tidak berpendirian tegas dan memberitahu beliau secara lantang bahawa dia adalah seorang banduan biasa dan akan diberikan layanan perubatan seperti yang diterima oleh banduan lain?

Kerajaan tidak memberikan jawapan yang cepat kepada permohonannya untuk mendapatkan rawatan endoscopic di seberang laut. Gelagat hambatan politik dan birokrasi telah sengaja melecehkan perkara itu sehingga memburukkan keadaan yang memalukan. Beberapa perkara yang remeh-temeh sengaja dicetuskan untuk digembar-gemburkan. Apabila Dr. Thomas Hoogland tiba untuk membantu, beberapa kerenah birokrasi dicetuskan lagi untuk melengahkan keadaan.


Pembedahan itu mesti dilaksanakan di Malaysia. Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng telah celupar menuduh Anwar sebagai anti-nasional kerana mahukan pembedahan dibuat di luar negara dan sengaja memperlekehkan bakat pakar perubatan tenpatan. Pengarah Kuala Lumpur Hospital telah berkata semua kemudahan boleh dibawa daripada semua hospital di negara ini melainkan alat endoskop. Bagaimana pula operasi itu boleh dilaksanakan di negara ini?



Peralatan Yang Sensitif

Apakah ini caranya: sebuah klinik yang dibuat khas untuk pembedahan itu dan diubah balik setelah selesai pembedahan?

Apakah mudah sangat pembedahan itu mengikut pendapat pakar perubatan Malaysia, agar Dr. Hoogland membawa masuk alat kelengkapan pembedahan itu dan kemudiannya bawa balik alat itu ke Germany sebaik sahaja selesai pembedahan? Tetapi, sesiapa yang pakar akan memberitahu bahawa segala peralatan yang sensitif perlu dipasang dan diuji dulu yang memakan masa berbulan lamanya sebelum peralatan itu dapat diperakukan oleh pakar perubatan endoscopic tersebut.


Syarat ini memang amat diketahui oleh pihak kerajaan. Kerana itu satu jenis serangan baru dibuka pula. Menteri Luar telah bercakap di persidangan di Geneva bahawa Anwar sudah pun bersetuju tidak pergi ke luar negara untuk perubatannya. Sepatutnya pendedahan berita ini diumumkan ketika Dr. Hoogland dibenarkan masuk ke negara ini.

Kenapakah perkara ini tidak didedahkan? Timbalan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi telah memberikan pendapat kebijaksanaannya bahawa Anwar tidak perlu pergi ke luar negara untuk rawatan perubatan itu.

Mungkin juga kerajaan membenarkan Anwar pergi mendapatkan rawatan perubatan di luar negara seandainya beliau bersetuju untuk tidak pulang kembali. Tetapi, dia memang mahu pulang secepat mungkin selepas pembedahan itu. Sudah tentu itu akan mencetuskan konfrontasi secara terbuka kembali yang akan menyenakkan kedudukan kerajaan lagi.


Tawaran Pemergian Yang Selamat

Ketika dia ditahan dibawah ISA pada pertengahan 1970-an dulu, ada satu kumpulan kawannya yang mendapatkan restu kerajaan untuk menawarkan biasiswa agar dia pergi melanjutkan pelajaran mendapatkan Sarjana di Oxford. Dia menolak tawaran itu kerana dia sedang ditahan ketika itu. Demikian jawapannya kepada mereka.

Anwar telah menyesuaikan dirinya sebagai insan yang tidak relevan dalam konfrontasi politik Melayu. Dengan berbuat demikian, dia menjadi seorang tokoh yang perlu diperhatikan. Apa juga kemungkinan yang perlu diambilkira dalam percaturan masa depan Malaysia, ketokohannya akan terus membesar. Sama ada ia menyangkuti perundingan perpaduan Melayu, kesinambungan UMNO ataupun keupayaan Dr. Mahathir untuk terus kekal sebagai seorang perdana menteri, sekali pun.


Bagaimana pun dilihat perkara ini, keadaan kesihatannya yang membuatkan kerajaan sentiasa keresahan. Kerajaan sudah pasti tidak mampu menanggung kesan bencana seandainya sesuatu yang mudarat terjadi keatasnya. Dr. Mahathir memang amat arif mengenai ini. Begitu juga Anwar dan juga masyarakat Melayu itu sendiri. Itu sebabnya keperluan mendapatkan pembedahan endoscopic bukan lagi berbentuk perubatan. Ia sudah menjadi masalah besar politik. Dia boleh pergi ke luar negara kalau dia sanggup mengaku tidak akan pulang kembali. Tetapi, syarat itu adalah serupa dengan meminta seekor harimau kumbang mengnyahkan tompok-tompok hitam pada kulitnya.


M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT29/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

malaysiakini

Wednesday March 28 01


Back surgery gets political doctors operating


CHIAROSCURO

MGG Pillai


3:29pm, Wed: The Malaysian government's norms for medical treatment for prisoners, is at best basic, short of what international protocols insists should be the minimum. Unless the man seeking it is not your everyday Muthu, Ah Chong or Ahmad. If it is someone who once wielded power, in business or politics, special treatment is the norm, even if it is against the rules.

So, one prisoner was allowed a waterbed and given time off to attend to his businesses. Another spent most of his sentence at the General Hospital. A cabinet minister jailed for murder, was prison librarian, a much sought out job taken away from another when his death sentence was commuted to life. A mentri besar jailed for corruption met his visitors in the prison chief's office, with a warder serving food and drinks to his visitors.

But in the case of now-jailed former deputy prime minister, Anwar Ibrahim, the aim is to humiliate and hope he would yield. He is now told he is treated better than the others; yet, every request he makes, through his lawyers, is turned into a political hot potato. He is told he is treated better than the other prisoners, but is not told why or how.

In intense pain

He is in intense pain. An old back injury is aggravated when the former Inspector-General of Police, no less, went at him, manacled and blindfolded, shortly after his arrest, with karate chops so severe that a royal commission of inquiry was needed. Then there is still the unresolved allegation that he was subjected to arsenic poisoning in prison.

If he is, as the government insists, a common prisoner, why are the deputy prime minister's aides brought in to decide what kind of cell he should be put in at the Sungei Buloh prison when he leaves hospital? Why does the cabinet have to decide what kind of medical treatment he is entitled to? Why cannot the government stand firmly and tell him bluntly to his face he is a common prisoner and he will get the treatment other prisoners can expect?

It did not respond promptly to his request for endoscopic surgery overseas. The political and bureaucratic foot-dragging damaged its case beyond belief. Petty restrictions are imposed, and highlighted, and when he finally arrives, Dr Thomas Hoogland, is put through the hoops, yet again, of bureaucratic bungling.

The operation must be in Malaysia. The health minister, Chua Jui Meng, even argues Anwar is anti-national for insisting upon the operation overseas, and for casting aspersions on local medical talent. The director of the Kuala Lumpur Hospital says all facilities can be brought in from hospitals all over the country, but for the endoscope. So, the operation, it is argued, can be done locally.

Sensitive equipment

But is this how it ought to be done: a specially prepared clinic to be dismantled immediately after?

Is it as simple as Malaysia's medical experts insist, for Dr Hoogland to bring his equipment for the operation, then take it back with him to Germany after it? As anyone operating sensitive, costly equipment would tell you, that once installed, it must be tested and it would be months before it would be ready - and even then it may not meet the standards the endoscopic surgeon expects.

This is known to the government. So, a new attack is opened. The foreign minister tells a conference in Geneva that Anwar had agreed not to go overseas for treatment. Now this is a revelation that should have been announced when Dr Hoogland was allowed to come here.

Why was it not? The deputy prime minister, Abdullah Ahmad Badawi, weighs in with his considered view that Anwar need not go overseas for the surgery can be done here.

But perhaps the government would let Anwar go overseas for medical treatment provided he does not return. He has no such intention. He expects to return speedily after his surgery. And that could only reopen the political confrontation yet again - and to the government's detriment.

Safe passage offer

When a group of his friends, with the government's blessings, offered him a scholarship to do his Masters at Oxford, when detained without trial in the mid-1970s, he would have none of it - not when he is in detention, he told them.

Anwar has repositioned himself as irrelevant in the Malay political confrontation. But in so doing, he is a figure to watch. Whatever options are considered about Malaysia's future at the turn of the 21st century, his persona looms large. Whether it be Malay unity talks, the survival of Umno or even if Dr Mahathir Mohamad must continue as prime minister.

However one looks at it, his well-being allows the government to flounder; it could not contain the political fallout should anything untoward happen to him. Dr Mahathir knows this. Anwar knows this. The Malay community knows this. Which is why his need for endoscopic surgery is no more medical. It is political. He could go overseas if he agreed to not come back. But that is like asking a leopard to change its spots.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my