Laman Webantu   KM2A1: 4089 File Size: 6.5 Kb *



Dato' Fauzi Rahman Lepaskan Kerusi DUN?
By tv3

29/3/2001 10:03 pm Thu

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera
Semua Pejuang REFORMASI


Waaaahhhh tv3 terkejut beruk apabila membaca (tak kan Utusan Meloya kot? Malaysiakini lah!) tentang Dato' Fauzi membuat lapuran Polis terhadap penyalah gunaan kuasa Khalil Akob ketika menjadi Menteri Besar Pahang. Rasa syukur pun ada (kerana masih ada lagi ahli UMYES yang sanggup kata 'NO'!), rasa tak percaya pun ada jugak. tv3 bergegas menghantar "pemberita" meresap masuk ke IPK (tempat babi membiak) di Kuantan.

Maklumat pertama yang di perolehi ialah, Dato' Fauzi (alaaaahh FR sudah lah!), apabila sampai untuk membuat aduan (khabarnya secara peribadi) telah di sepak, dari lance corporal kepada koporal kepada sarjan, dan seterusnya kepada ASP. Kesemua tidak sanggup menerima lapuran dengan alasan, "Ini bidang kuasa BPR!". Hanya dengan desakan FR, mahu tak mahu, terpaksa juga babi yang ada pangkat ASP menerima lapuran tersebut.

OK itu part lapuran Polis. tv3 juga terdengar tiupan angin, khasnya di Kuantan, yang FR akan meletakkan jawatannya sebagai ADUN Beserah. Namun ini tidak dapat dipastikan lagi oleh SB SB tv3 sendiri. Mungkinkah kita akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil? Andaikata ini berlaku, nescaya peniaga peniaga di kawasan Beserah khasnya akan mendapat durian runtuh. PariaVellu turun menjadi mandore JKR, banyaklah sekolah akan "diresmikan" (walau sekolah dah sepuluh tahun beroperasi), Menteri Brutal, Khalil, Wan Adnan dll mungkin akan mengimamkan solat, walaupun terhad kepada solat zuhur dan 'asar sahaja! (bagi mencontohi anak Toyo diLunas). Pendek kata pelbagai perkara yang melucukan akan di pertayangkan oleh pihak pihak yang langsung tak ingatkan mati ini.

Juga yang kini bertiup kencang adalah spekulasi adakah beliau akan menoleh ke BULAN ke? atau ke MATA ke? Persoalan ini bagi kami ditv3 langsung tidak ada releven nya. Bulan atau Mata, adalah diibaratkan baju Melayu atau gamis (jubah). Janji, kedua duanya menutup aurat. Non-Issue!

Beranikah FR melepaskan kerusi DUN nya? Kerana, kalau disingkapkan persada politik tanahair kebelakangan ini, jikalau benar FR melepaskan kerusi DUN nya selepas membuat satu lapuran Polis terhadap Setiausaha Agung, memang besar sekali risiko nya terhadap fisikal FR. Kerana inilah julung julung kali seorang hamba Allah yang diketahui umum seorang sahabat DSAI semenjak dibangku sekolah lagi, seorang yang menjadi ahli UMYES sejak 30 puluh tahun dahulu, dan seorang yang pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri, menggegarkan UMYES (semenjak peristiwa penglebaman mata DSAI)! Inilah julung julung kali seorang yang agak veteran didalam UMYES melepaskan kerusinya diatas dasar prinsip! Kami di tv3 mengucapkan syabas kepada FR. Pesanan kami hanya satu. Seperti yang telah dilukirkan dari awal lagi, KITA BERHADAPAN DENGAN SYAITAN YANG BERTOPENGKAN MANUSIA!! And SYAITANS stop at NOTHING!

Mungkinkah beliau akan di BUNUH? Atau (setidak tidaknya) beliau telah meliwat tukang kebunnya pula? Dan tukang kebun pula akan menjadi seorang pengarah didalam syarikat gergasi TimedotCon? Persoalan ini hanya boleh dijawab oleh Aziz Samsuddin atau Musa Hassan. Kepada syaitan dua ekor ini, tv3 menasihatkan kali ini cubalah bawak bantal pulak! Tilam dah orang tak percaya, lagipun bantal lebih senang di bawak kehulu kehilir. Kesihanlah babi babi pangkat rendah tu, dia orang tu bukan tak malu kena usung tilam! (Malah tv3 pernah menemuramah salah seorang dari pengusung tilam ketika kes berlangsung. Apa jawab mereka? "Arahaan......") Seems like all "pigs" have no principle, no moral, no self respect and most of all no RELIGION! Menyandarkan kesemuanya kepada "arahan".

Percubaan wartawan tv3 untuk menghubungi FR untuk mendapatkan pandangan beliau tentang hal ini, hingga kini belum berhasil. Namun kami percaya, banyak lagi isu isu yang dari segi prinsip, memang secara otomatik, menghalalkan mana mana juga ahli UMYES untuk meletak jawatan dan meninggalkan parti yang bergelumang dengan najis itu.

Jikalau prinsip yang menjadi sebab, apa adakah kita mendengar bahawa keseluruhan Bukit Tinggi di negeri Pahang akan dijadikan Wilayah Perseketuan? Dengar khabar ini sebagai langkah pro-aktif Barisan Najis. Andaikata Pahang jatuh ke tangan BA yang dipelopori PAS (insya Allah) pada 2004, pusat "riyadah" terunggul di Asia Tenggara di Genting, akan terselamat di bawah naungan Kerajaan Persekutuan! Tahukah masyarakat am nya dan ahli UMYES dan orang Melayu khas nya bahawa Khalil yang serupa ini lah, yang telah menggadaikan 36,000 ekar tanah (yakni 80% tanah Kerajaan di Bukit Tinggi, tolak Genting) kepada "the Malaysian Businessman of International Repute", Vincent Tan? Untuk mengurangkan kesan politik, modus operandi Khalil ialah, dengan menggunakan s'tan Pahang. Yakni, meluluskan permohonan s'tan dan seterusnya (kunun) s'tan ini menjual tanah tersebut kepada towkay Cina keparat ini. Terbayang kami di tv3 diupacara menanda tangan perjanjian me"Wilayah Persekutuan"kan kawasan Bukit Tinggi nanti. Dengan sebak dan terharu s'tan akan menangis, kerana (kunun) berat sangat untuk melepaskan secebis tanah Pahang kepada orang lain. Tapi OK....boleh kirrraaa punya!

Kepada pembaca keturunan Cina, lihatlah betapa "adilnya" dasar Bumiputra yang di laungkan oleh kerajaan. Janganlah anda semua mendendamkan perasaan iri hati terhadap kami orang Melayu. Hanya segelintir sahaja yang mendapat faedah daripada dasar Bumiputra kerajaan Barisan Najis! Dipenghujung sesuatu, akhirnya kaum kamu sekelian jugalah yang mendapat faedahnya. Begitulah juga dengan projek projek pengswastaan yang lain nya. Contoh yang ketara ialah apa yang berlaku kepada anak anak arwah Wan Adli, baru baru ini. Apabila sampai masa untuk pembahagian "harta", masuk angin keluar asap....kesemuanya proxy atau "held in trust for". Dan sekali lagi, tuan punya, Vincent Tan! Memang Melayu yang begini bangang. But that's another story.

Berbalik kepada cerita FR, kami ditv3 mendoakan keselamatan beliau sekeluarga dan sekadar mengingatkan kembali pesanan DSAI, "Jikalau takut akan risiko, jangan bicara pasal perjuangan!" Kami juga mendoakan agar contoh yang dipertuntunkan oleh FR, akan di ekori oleh sekurang kurangnya 10-15 lagi ahli Parlimen mahupun ADUN yang masih lagi melihat sesuatu dari kaca mata PRINSIP! Sementara itu.......

Lawan Tetap LLlllaaawwwannnnn......