Laman Webantu   KM2A1: 4095 File Size: 7.4 Kb *



SOH28 - AGENDA MAHATHIR HANYUTKAN AKIDAH MUSLIM
By La Domeng3

30/3/2001 8:41 pm Fri


SOH28 - AFHAM

AGENDA MAHATHIR HANYUTKAN AKIDAH MUSLIM

Sedar ataupun tidak negara Malaysia sudah lama dikuasai Yahudi. Contoh kekuasaan Yahudi ini dapat dilihat dari tindak-tanduk dan arahan para pemimpin negara yang diketuai oleh Mahathir. Semakin lama semakin ketara cengkaman Yahudi ini dapat dirasai. Lihatlah baru-baru ini bagaimana Mahathir seperti sudah hilang akal menyerang PAS setelah usaha beliau untuk memadamkan nama ISLAM dari pertubuhan poltik digagalkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

Seperti mana yang telah saya nyatakan dalam tulisan yang lalu, matlamat dan tujuan utama Freemason tiada lain adalah untuk menghanyutkan umat Islam dan menjauhkan mereka dari Islam. Usaha Mahathir menyerang Islam selama ini dilihat sebagai memenuhi agenda pertubuhan Yahudi tersebut.

Inilah akibatnya jika diri telah dikuasai oleh satu kuasa 'orang atas' yang tidak diketahui siapa orangnya. Inilah yang selalu dikatakan oleh segelintir manusia (jika boleh lagi dipanggil manusia) yang terus menerima arahan membuta tuli tanpa menggunakan ilmu dan akal, jauh sekali dengan iman. Sebab itulah pihak berkuasa keselamatan khususnya Polis tanpa belas kasihan terus menyerang rakyat yang tidak bersenjata dan berdosa, hanya kerana berhimpun secara aman untuk mendengar ceramah cuma. Siapa 'orang atas' seperti yang sering dinyatakan oleh pihak Polis selama ini? Mahathir atau 'orang atas' Mahathir?

Anggota Freemason Kerajaan seluruhnya adalah orang Yahudi. Tetapi demi kepentingan perisikan, orang-orang bukan Yahudi juga diterima setelah mereka ini mencapai peringkat "guru yang agung" sampai kepada peringkat 33 dalam Freemason Simbolik Umum.

Orang bukan Yahudi (Goyim) yang diterima ini dimestikan memenuhi syarat-syarat tertentu. Antaranya adalah telah berjaya menunaikan derma bakti kepada Yahudi dan Zionis. Keanggotaan ini tidak boleh lebih dari peringkat "teman sejawat".

Pada pandangan saya 'derma bakti' itu bukan sahaja wang ringgit malah termasuklah kesanggupan seseorang itu menghina Islam dan memperlekehkan hukum Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam termasuklah usaha memadamkan nama Islam dari pertubuhan politik seperti mana yang telah dilakukan oleh Mahathir baru-baru ini. Saya percaya selagi hidup; Mahathir tidak akan berhenti memusuhi Islam dan umatnya.

Orang-orang bukan Yahudi yang diterima menjadi anggota Freemason Kerajaan antara lain terdiri dari Para Raja, Presiden, PERDANA MENTERI, Ketua Parti Politik di beberapa negara di dunia ini. Melihat kepada agenda Mahathir selama ini, susah untuk kita menafikan keterlibatannya secara serius dalam Freemason.

Freemason Kerajaan mempunyai peringkat-peringkat tertentu. Peringkat paling bawah dinamakan "teman sejawat". Peringkat paling atas pula dinamakan " teman sejawat agung" atau "teman raja-raja kota suci Jerusalem". Mereka yang mencapai peringkat ini berhak menjadi calon anggota Freemason Alam Semesta.

Freemason Kerajaan mempunyai pelbagai macam simbol dan rahsia. Setiap peringkat tidak dapat dikenal oleh orang dari peringkat yang lain. Mereka hanya boleh berkenalan dengan anggota yang setaraf tetapi orang yang mempunyai peringkat lebih tinggi boleh mengenali mereka yang berada di peringkat bawah.

Mereka yang berada dalam Freemason Kerajaan tidak boleh mempunyai hubungan dengan sesama mereka tanpa melalui pimpinan mereka yang menduduki peringkat "teman sejawat agung". Selain itu setiap anggota Freemason Kerajaan pada peringkat "teman sejawat" tidak boleh mengetahui markas kegiatan Freemason Alam Semesta.

Sejauh mana penglibatan Mahathir dalam Pertubuhan Freemason ini tidaklah diketahui dengan jelas tetapi apa yang jelas dia terus-menerus menghina Islam. Umat Islam dilihat seperti musuh. Pagi dia ajak berunding. Petang dia serang habis-habisan macam orang hilang akal. Islamkah dia selama ini?

Jika kita melihat dari kacamata politik semestinyalah orang seperti Mahathir yang telah hanyut dan sedang tercungap-cungap itu akan menyerang parti lawan habis-habisan. Manakan tidak. Inilah sahaja peluang terakhir Mahathir untuk menghabiskan sisa tenaga dan usianya yang ada. Jika tidak, dia seperti yang kita semua ketahui sudah tidak berpeluang lagi. Maklumnlah umurpun sudah 75 dan keuzuranpun tidak dapat ditolak lagi. Sebab itulah kebelakangan ini kita lihat dia begitu ghairah menyerang sampai mati.

Sepatah kata YB. Muhammad Sabu di Sabak Bernam pada malam itu sebelum ceramah berkenaan dirempuh Polis, "Kalau kita nak tolong orang lemas jangan sampai kita pulak yang lemas". Inilah hakikatnya. Bukan kita tidak kesian melihat Mahathir menzalimi dirinya sendiri tetapi kita tidak mahu ikut lemas macam dia.

Dalam keadaan sekarang lebih baik kita berlindung di zon yang benar-benar selamat (BA) daripada terus bersekongkol dan sambil itu menanti dengan penuh harapan untuk melihat Mahathir tenggelam dengan sendirinya seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan orang-orang UMNO sekarang.

Orang UMNO sebenarnya telah meluat dengan tindak tanduk Mahathir menghina Islam selama ini. Tetapi malangnya orang-orang UMNO tidak mempunyai pendirian yang jelas dan kuat. Mereka masih lagi terpaut hati dengan harta dunia yang sementara.

Baru-baru ini saya tanya rakan saya dalam UMNO kenapa tidak keluar sekarang. Rakan saya ini adalah seorang ADUN. Beliau menyatakan kalau keluar sekarang rugi sebab katanya lagi sedang ada kuasa inilah kita kena kumpul harta katanya.
Inilah mentaliti sekular UMNO. Lain tak nampak. Harta dan Betina itulah saja hajat mereka. Dapat semuanya bahagialah hidup ini kata mereka.

Inilah dia kesan dari pengaruh Yahudi yang telah meresap ke dalam jiwa manusia yang diluarnya kelihatan Islam. Pemikiran yang telah dijangkiti virus ideologi Yahudi ini amat merbahaya. Apatah lagi jika ianya berjaya ke dalam kepala hotak PM seperti Mahathir. Rosak PM, rosak rakyat. Rosak rakyat, Rosak negara.

Tidak dapat dibayangkan apa akan jadi jika BA tidak dapat memerintah Malaysia pada tahun 2004 nanti. Apakah agenda Yahudi akan terus dilaksanakan? Pastinya mereka tidak akan berhenti. Kabarnya mereka kini sedang mencari ganti.Pengganti Mahathir yang sudah tidak berguna lagi. Calun itu sedang diteliti dan dikaji, samada calun pengganti itu nanti mampu menerima dan melaksanakan arahan mereka lagi.

Saya percaya Freemason tidak akan melepaskan begitu sahaja peluang untuk menindas Malaysia yang dilihat oleh mereka sebagai Pusat Pengembangan Islam Serantau. Bukan kita mahu mendabik dada ataupun berhidung tinggi tetapi hayatilah dan renung-renunglah negara jiran tetangga kita. Siapakah yang benar-benar ingin melaksanakan undang-undang Islam kalau bukan kita?

Kita yang telah sedar tanggungjawab sebagai Muslim tidak perlu sangsi lagi. Islam yang dibawa oleh Rasulullah SWT adalah rahmat dan penyelamat untuk semua umat manusia. Yakinlah Islam pasti menang.

Jika kita melihat dari kacamata Islam, kita akan dapat melihat betapa tindak-tanduk dan kenyataan Mahathir selama ini benar-benar bercanggah dan menyimpang dari ajaran Islam. Tidak perlulah saya mengulas panjang dalam hal ini sebab semua orang telah tahu bagaimana Mahathir sebelum ini telah banyak kali menghina Islam dan Rasul. Islamkah dia lagi?


LA DOMENG - Sentiasa yakin panji-panji Islam pasti akan berkibar sepenuhnya
di Malaysia.