Laman Webantu   KM2A1: 4105 File Size: 27.9 Kb *



TAG MT 68: Akal Budi, Komando dan Tanggungan Awam
By Harun Rashid

31/3/2001 11:09 pm Sat

TAG 067

[Tiga topik berlainan dibincangkan oleh sdr Harun kali ini, tetapi ada sesuatu yang menggabungkan kesemuanya sekali. Satu pihak yang teraniaya asyik menjadi mangsa tetapi pihak yang menekan dibiarkan pula. Seperti biasa kisah benar cuba ditutup serapinya namun ia tetap akan menjelma jua. Masa akan menentukan segalanya. - Editor]


Penterjemah: -MT-



Akal Budi, Komando dan Tanggungan Awam

(Common Sense, Commandos And Civil Liability)

Oleh: Harun Rashid


Perdana Menteri berkata dia masih tidak faham dengan sifat pasaran saham. Perkara ini memang bukan sesuatu yang menyulitkan ramai orang kerana ramai yang bersetuju bahawa bukan ramai sangat orang yang memahaminya. Cakapan perdana menteri menarik minat kerana bukan selalu sangat beliau bercakap secara merendahkan diri. Mungkin juga ada unsur-unsur sindiran tajam yang terselindung di sebalik kata-katanya itu. Dia memang pintar mengemis sokongan setiap kali dihantui pertentangan.

Cakap-cakap perdana menteri membayangkan dia lebih ghairah melihatkan harga purata saham di paras lebih tinggi dari harga pasaran semasa, seolah-olah dia adalah 'seekor lembu sindi' yang, mengikut istilah pasaran saham, bererti dia berupaya membeli sakan. Inilah yang mencetuskan kerunsingan di kalangan pelabur Malaysia kerana mempunyai seorang perdana menteri yang bermain besar-besaran. Memanglah bukan satu kesalahan jenayah untuk bermain besaran di pasaran saham. Soalnya perdana menteri menggunakan wang rakyat untuk bermain saham. Inilah dana pencen dan segala simpanan persendirian rakyat marhaen. Memang amat mudah menggunakan wang yang banyak untuk bermain, dengan menggunakan wang orang lain.

Semalam, ketua bank negara sudah pun membuat pengumuman mengenai lapuran tahunan tahun sudah, sambil memberikan gambaran yang molok-molok akan masa depan yang cerah. Tetapi, usaha itu gagal segagalnya.

Apa yang ditonjolkan ialah cadangan mengawal inflasi dengan menggunakan piawaian konsep bekalan dan kehendak. Tidak pula disebut perkara yang berkaitan dengan kenaikan gaji pegawai kerajaan, harga tol, petrol, tambang bas dan kesan semua ini terhadap konsumer biasa. Bertambahnya secara mendadak surat janji perbendaharaan seperti T-Bills (dulu cuma setakat RM300 juta kini sudah melonjak melebehi RM 7 bilion) tidak pula disentuh. Begitu juga halnya dengan KWSP dan dana tempatan yang lain yang digunakan untuk menyerap segala hutang negara yang bertimbun-timbun.

Jadual pembayaran hutang negara sekitar 16% daripada KKN dianggap rendah, tanpa mengambil kira jumlah keseluruhan hutang negara yang semakin parah. Apabila kadar inflasi diatur secara rasminya agar berada di tahap rendah, kadar faedah kepada pinjaman menjadi rendah juga. Kerana itu kos perkhidmatan melunaskan hutang negara turut menjadi rendah. Inilah yang menghenyak semua dana itu kerana akan menerima faedah yang rendah. Sekaligus rakyat yang menabung pun akan menerima kadar dividen yang rendah juga. Rahsia muslihat ini terletak kepada penggunaan kadar inflasi yang rendah mengikut perkiraan rasmi. Nampaknya para pegawai di jabatan statistik tidak berupaya menukarnya lagi.

Lapuran tahunan itu tidak memberikan jumlah sebenar yang membabitkan pembayaran hutang negara, hanya setakat memberikan peratusan kepada KKN sahaja. Ramai yang menganggap taktik ini sebagai tidak telus, kerana kadar tahunan hutang negara dibayar daripada pendapatan tahunan kerajaan pusat. Kalau berdasarkan beban hutang yang ada tentu sekali keadaan sebenar lebih mencurigakan daripada setakat pengistiharaan 'cuma 16% KKN' sahaja. Keseluruhan dokumen itu menggunakan stail akrobatik yang sama untuk mengelirukan.

Satu rancangan baru untuk meransang ekonomi negara dan menampan kemerosotan ekonomi Amerika telah diumumkan dengan penuh gah dan suasana ceria. Rancangan ini mengsyorkan agar pendapatan negara dibelanjakan tanpa hadnya. Tetapi rakyat marhaen, baik yang berkhidmat di sektor awam ataupun swasta yang membayar cukai dan lesen tidakpun merasakan apa-apa. Mereka sedar betapa Malaysia semakin terjerat di lubuk hutang yang dalam. Semua ini difikirkan selepas mengambil kira pembayaran faedah kepada jumlah hutang awam yang semakin mendapat penelitian ramai.

Lapuran tahunan itu menyebut perihal kecairan yang mudah dicapai sambil menyentuh dana yang dikatakan berada di mana-mana menunggu masa untuk dipinjam dan dibelanjakan. Namun, keadaan mencungap untuk mendapatkan pinjaman luar sudah semakin ketara. Satu pinjaman bernilai US1 bilion yang amat diperlukan sedang diusahakan secara tergesa-gesa. Kita diberitahu betapa kadar penetapan matawang adalah satu amalan yang baik kerana sistem itu sedang berjalan dengan baik dan akan terus dilanjutkan. Tetapi, nilai ringgit itu adalah mengikut selera yang diingini oleh seseorang dan bukannya berdasarkan apa yang ditentukan oleh kerajaan. Ringgit itu hanya sah diperlakukan di Malaysia dan ia tidak boleh dibawa keluar negara. Ia tidak laku di tempat lain dan kuasa beliannya sudah semakin menurun.

Para pelancong menggunakan ringgit seperti juga mereka yang mahu membeli barangan Malaysia. Inilah punca utama wang asing yang semakin berkurangan sekarang ini. Bank Negara terpaksa merencana sesuatu untuk mendapatkan bekalan wang asing lagi. Pada tahap awalannya ia terpaksa dilaksanakan dengan bergantung harap kepada kehendak tempatan. Tetapi, di pasaran tempatan bukannya ada sumber wang asing. Kerana itu keselamatan ekonomi Malaysia terpaksa bergantung kepada pertunjukan kupu-kupu, ekspo perdagangan dan perlumbaan kereta lumba untuk memancing pelancung asing yang membawa masuk matawang negara mereka dan membeli matawang tempatan pada kadar pertukaran yang ditetapkan.


Pentadbiran negara yang diketuai oleh perdana menteri memegang kuasa yang mempengaruhi dunia korporat di negara ini secara terus ataupun sebagainya. Berjuta-juta unit saham sudah pun dijadikan cagaran untuk berhutang di mana nilai saham itu perlu dikekalkan pada paras tinggi untuk mengelakkan tuntutan panggilan marjin. Kerana itu pasaran terpaksa bergelumang dengan segala tipu muslihat. Inilah juga sebabnya diwujudkan suasana yang ada yang dimaksudkan oleh perdana menteri ketika dia mengatakan bahawa 'pasaran saham kita akan terus dianggap sebagai satu pasaran saham ala Mickey Mouse sahaja'.

Semua syarikat yang dikuasai oleh kerajaan adalah merupakan komponen penting dalam ekonomi nasional negara. Mereka terbabit dalam perdagangan seperti juga para konsumer yang berdagang dengan barangan mereka. Tentunya keuntungan menjadi sasaran mereka sambil bersaing dengan syarikat biasa; sedangkan syarikat biasa itu tidak mempunyai kemudahan ditaja oleh kerajaan. Ini bukannya satu saingan yang sehat kerana tidak ada sebarang deraan kalau berlaku salah urusan dan penipuan dalam perusahaan yang ditaja oleh kerajaan itu. Seorang peniaga yang jujur tidak mampu meraih sedikit peluang yang baik dalam pasaran yang tidak sehat itu. Lebih-lebih lagi kalau keadaan perniagaan dikuasai oleh pasukan yang ditaja oleh perdana menteri.

Para pengunjung lakonan pentas mudah faham apabila sesuatu babak itu berakhir maka tamatlah ilusi yang dilakonkan di pentas itu. Kini, babak kepada lakonan yang penuh kepalsuan itu sudah pun berakhir. Tirai pentas sudah pun diturunkan untuk menutup segala kejijikan yang ada.




Apabila para komando mula berkhemah

Pihak pentadbiran telah mengumumkan satu keputusan untuk mengubahsuai satu markas komando di utara. Satu perbelanjaan yang besar telah diperuntukkan mengubahsuai markas tentera itu agar menjadi satu kelab bersantai yang dikhaskan kepada komando yang sudah pun bersara. Di Malaysia, para komando adalah satu unit gerak khas di antara tentera biasa yang digunakan oleh para panglima tentera laksana unit gerak khas pasukan polis negara. Pada 7 April nanti, sudah dijadualkan satu perjumpaan dengan perdana menteri. Kalau kadet polis boleh diarahkan agar mengikuti arahan parti yang sedang berkuasa, perdana menteri dijangka memberi ingatan kepada para komando itu betapa taat setia mereka adalah kepada kerajaan, yang bermakna kepada beliau juga.

Ada dua anggota bekas komando yang tidak akan hadir. Sebaik sahaja menerima jemputan itu, Raja Kamaruddin telah memberitahu semua rakan-rakannya betapa dia tidak akan hadir. Dia mengulang kembali sikapnya ketika memberi keterangan dalam kes pengadilan Anwar Ibrahim dulu. Ketika itu dia memberitahu Hakim segala butir konspirasi yang memusnahkan kerjaya Anwar Ibrahim. Dia juga telah menjelaskan peranan utamanya dan juga pembabitan menteri kewangan dan ramai lagi pegawai atasan di pihak pentadbiran negara. Hakim telah memperlekehkan segala perakuan beliau, mungkin kerana lebih rela akur kepada kehendak nafsu-nafsi penghuni agong di Putrajaya.

Seorang lagi komando yang tidak akan hadir ialah Matthew yang juga dikenali dengan nama Medan, seorang pemuda kelahiran Sarawak. Beliau mati terkorban ketika berkhidmat kepada negaranya di medan pertempuran Bukit Jenalik. Pihak media melapurkan betapa dia telah diseksa dan kakinya telah dibaham oleh tembakan peluru. Pada hari pengadilan, satu kenyataan telah dibaca mengatakan Medan telah ditembak di bahagian belakang. Malangnya, saksi yang membuat kenyataan itu, Jaafar Putih, telah turut mati juga, setelah dia meraung kerana kesakitan perutnya sebaik sahaja keluar (selepas makan) daripada balai polis Lenggong. Dia keluar itu selepas diperam selama sepuluh hari setelah dibebaskan daripada kes penculikan (Al Maunah - penterjemah). Kenyataannya itu dirakamkan bertepatan dengan waktunya. Keadaan yang menyebabkan kematian Jaafar Putih itu adalah satu misteri yang sama peliknya dengan kematian komando Medan.

Seorang pegawai khas (SB) polis yang telah ditahan selama empat hari sebagai tebusan yang terikat di sebatang pokok durian, bernasib baik tidak diapa-apakan. Pada mulanya dia berkata tidak melihat apa-apa. Kemudian dia mengaku pula mampu melihat keadaan sekelilingnya yang menyeluruh kawasan berbukit-bukau sehinggalah bahagian gaung di mana dia telah melihat sesaorang yang telah ditembak. Apabila dibenarkan keluar di sebelah petang, dia gagal menyebut betapa dua orang yang hilang itu telah ditanam beberapa kaki jaraknya daripada tempat dia diikat. Dia telah dianugerahkan pangkat kerana keberaniannya. Kubur si mati telah dijumpai secara tidak sengaja oleh seorang polis di waktu gelap di malam hari. Polis itu juga telah terjumpa senapang raifel yang telah tidak dapat dikesan oleh satu rejimen askar yang mencarinya di siang hari. Yang lebih pelik lagi, di kemah bertahan yang dihuni oleh satu pasukan pengamal agama yang kuat pegangannya, tidak ada terjumpa sebarang tikar sembahyang, kain sarong dan juga songkok. (Di malam hari mereka memasang unggun api untuk bersalai sedangkan kawasan sekeliling dikepung oleh ribuan tentera kerajaan - penterjemah).


Apabila mayat Medan digali daripada kuburnya di Bukit Jenalik, mayat itu telah dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan bedah-mayat. Pakar pathologi tidak pun terjumpa sebarang kesan di bahagian kaki, begitu juga kesan tembakan di bahagian belakang badan si mati. Tidak juga sebarang kesan mayat itu disiksa. Beberapa gambar yang diambil terhadap mayat itu menunjukkan Medan mati kerana tembakan peluru yang mengena di antara dua matanya. Kebanyakan pegawai yang memeriksa mayat itu telah dipindahkan untuk bertukar ke tempat lain yang jauh-jauh. Tidak lama selepas peristiwa itu, ibubapa Medan di Sarawak telah menerima banyak hadiah kerana pengorbanan anak mereka. Begitulah juga layanan yang diterima oleh balu kepada pegawai khas SB Sagadevan yang juga telah mati di tembak di antara dua matanya.

Tidak lama kemudian, satu majlis khas telah diadakan di Ipoh untuk Unit B UTK Polis di mana ketua unit B itu telah dianugerahkan pangkat di hadapan satu perbarisan khas sebagai mengenang jasa dan keberaniannya di Bukit Jenalik. Setelah dinaikkan pangkat dia ditukarkan ke Melaka di mana dia diharapkan terus berkhidmat taat setia kepada pegawai tinggi parti yang berkuasa.




Tanggungan Awam

Setiap kesalahan jenayah selalunya dirujukkan kepada hukuman yang ditentukan dan apabila seorang penjenayah itu mengaku salah, jatuhlah hukuman dan dia pun dimestikan menjalani hukumannya itu. Beginilah hukumannya kepada semua. Pihak polis ataupun ahli politik kepada parti yang berkuasa tidak dikecualikan daripada hukuman ini. Seandainya berlaku kecederaan dalam perlakuan jenayah itu, seperti satu penderaan, maka tuntutan sivil boleh dikenakan terhadap pihak ataupun beberapa pihak yang beranggungjawab. Jikalau pesalah itu adalah seorang pegawai kerajaan yang menjalankan tugasnya, maka semua ketuanya dan juga kerajaan pun turut terlibat untuk dikenakan tindakan sivil dalam tuntutan gantirugi. Kalau si pesalah itu seorang pegawai polis ia patut dicela kerana mereka yang menguatkuasakan undang-undang memang tidak dijangka melanggar undang-undang itu.

Kerajaan Malaysia sedang memenjarakan Anwar Ibrahim sebagai seorang tokoh banduan dalam penjara, secara bersendirian. Dia telah dibaham sehingga teruk ketika dalam tahanan ibupejabat polis gara-gara gelagat ketua polis negara. Pegawai ini bertindak dengan kekuasaan yang ada padanya ketika itu. Akhirnya dia telah dipaksa oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengaku membuat kelakuan biadap itu dan telah dikenakan hukuman selama dua bulan. Sehingga kini, setelah dua tahun berlalu, dia belum lagi merasakan pengalaman dipenjarakan waima sehari lamanya. Banduan yang terpenjara itu belum dibenarkan keluar lagi. Dia telah dinafikan sebarang jaminan, walaupun dia berhak kepada kemudahan itu mengikut peraturan perundangan negara. Orang yang dituduh kerana membunuh sengaja memperlekehkan undang-undang Malaysia, mereka diberikan jaminan polis secara mudah sekali kerana dibenarkan oleh seorang pegawai kanan di jabatan Ketua Peguam Negara. Inilah pegawai pendakwaraya yang sama merencana kedua-dua kes yang membabitkan Anwar Ibrahim. Tujuannya yang sebenar memang boleh dipertikaikan.

Kini, Anwar Ibrahim memerlukan satu pembedahan tulang belakang yang sungguh menyulitkan kerana kecederaan yang ditanggungnya. Pengakuan bersalah (ketua polis negara -penterjemah) mendedahkan adanya tanggungan awam yang perlu ditanggung oleh polis penjenayah itu dan juga kerajaan Malaysia. Kerajaan enggan membenarkan layanan perubatan yang diperlukan dan ini merumitkan lagi tanggungan tugas para pegawai yang menidakkan rawatan itu. Seandainya menteri hal ehwal dalam negeri didapati orang yang utama bertanggungjawab dengan membuat keputusan itu, makanya dia bersama kerajaan terpaksa menanggung beban kesan perundangan sekiranya keadaan Anwar Ibrahim menjadi lebih teruk lagi. Keadaan semasa menunjukkan adanya kegagalan di pihak penasihat yang sepatutnya memberikan pandangan yang lebih arif kepada pemimpin kerajaan yang ada.



-Harun Rashid-
harunrashid@yqi.com
30.3.2001

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 30/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<





Rencana Asal:


Common Sense, Commandos,
And Civil Liability


by Harun Rashid


Mar 30, 2001

The prime minister says he does not understand the stock market. That is not much problem for most, as it is widely agreed that no one else understands it either. The prime minister attracts attention because it is unusual to hear him utter humility. Perhaps his habitual cynical levity lurks behind the literal words. He is capable of consciously crabbing to confound a contradictiion.

Taken at face value, his statement implies that he values the average stock on the KLSE at a higher price than the market, which makes him a roaring bull, in market parlance. Such a bull buys all the way down. This is somewhat worrisome to the average Malaysian, because the prime minister is a big player. Ordinarily it is not a crime to be a big player in the market, but the prime minister is playing with the public purse, employee pension funds, and the personal savings of private citizens. It is easy to play big with another man's money.

The head of the central bank released the annual report for last year yesterday, and it attempts to paint a comforting picture of things to come. It fails. The discussion argued the possibility of managing inflation by using standard supply and demand concepts. There was no mention of the government salary increase, the toll, the petrol, the bus fare increase and the effect these have on the average consumer. The huge increase in treasury paper (RM 300 million went to over RM 7 billion) was not commented upon, nor the fact that the EPF and other domestic funds absorbed almost all of this debt.

The Federal debt service at 16% of GDP was considered low, without a mention of the amount of the combined state debts. Because inflation is officially low, the interest rates may be made low, and the interest costs of servicing the national debt are thereby less. This is unfortunate for the funds, which will receive the lower rate, as well as the public who will receive a lower dividend. The key is the officially stated low rate of inflation. Apparently the statistical department employees do not commute.

The annual report does not give the actual amount of servicing the national debt, giving it as a percentage of GDP. Many may feel this a bit slippery, since annual interest on public debt is paid from annual federal income, and on this basis the interest burden is far more alarming than to say it is "only 16% of GDP." The same acrobatic style pervades the entire document.

The new contingency plan, to offset local effects of any US economic decline, is presented with excitement and smiling exuberance. It calls for overspending the federal income into the far future. But the tax and licence fee payer, whether private or corporate, finds little to applaud. Malaysia is going deeper into debt. This in spite of the fact that interest payments on the total public debt are already a serious concern (or should be).

The annual report makes much of the liquidity to be found, referring to money lying about everywhere, crying to be borrowed and spent. Yet there is feverish activity to find foreign money. A loan of $1 billion US is sought immediately. We are told the peg is a good thing, and that it is working fine, and will be continued. So says the annual report. But the ringgit is worth what someone is willing to pay for it, not what the government says it is worth. The ringgit is legal tender only in Malaysia, and it is not allowed to be taken out of the country. It is worthless anywhere else, and it buys less and less at home.

Tourists trade for ringgits, as do those who wish to buy Malaysian goods. These are the major sources of foreign funds. Both are diminishing by the day. The central bank must find means of making up the difference. It is to be done primarily by relying on domestic demand. But there is no domestic source for foreign funds. The economic security of Malaysia thus bets on butterfly exhibits, trade fairs and raucous car races to entice enough tourists to come and trade their francs and pounds for the national currency at the pegged rate.

The administration headed by the prime minister holds the reins of most corporate enterprises in the country, one way or another. Many millions of shares are in held in hock, and their value must stay high to avoid a margin call. The market is rife with manipulation. This leads to the present situation, which the prime minister is referring to when he says, "ours will always be thought of as a Mickey Mouse stock market."

The government-controlled companies are important components in the national economy. They participate much as consumers do, buying and selling goods. They are out to make a profit, competing with all other companies, though not enjoying the benefits of government sponsorship. It is not a fair competition, as there is no penalty for mismanagement and fraud in government aligned enterprises. The honest businessman has little chance in this unfair market, dominated as it is by the prime minister's party. Playgoers know that when the set falls, the illusion is destroyed. The set has fallen on this palsied play. The curtain closes in shame.

Commandos Coming To Camp

The administration has announced a decision to refurbish a commando camp in the north. The appearance is the camp is being converted, at great cost, into a country club for retired commandos. In Malaysia, commandos are a special function unit of the regular army, used by generals somewhat as the UTK is used as a swat team by the national police. There is to be a meeting of ex-commandos in Malacca on April 7, attended by the prime minister. Just as police cadets are told they must obey the orders of the party in power, the prime minister will remind the commandos that their loyalty is to the government, meaning himself. He hopes that they may be relied upon should he need them. But the King controls the army. His ambitious deputy, who as home minister heads the national police force, watches warily.

Two ex-commandos will not be present. Raja Kamaruddin, on receiving his invitation, gave notification to all his comrades it was not his type of party. He said his testimony in the Anwar Ibrahim trial still stands. He told the judge the details of the conspiracy to destroy Anwar's political career, describing his own central role and the participation of the finance minister and others in the administration. The judge managed to ignore this testimony, perhaps preferring to nod toward the prime ministerial premises at Putrajaya.

The other commando who will not be present is Matthew, also known as Medan, a son of Sarawak, who died serving his country at the Battle of Bukit Jenalik. The media reported that he was tortured, shot in the legs. At the trial, a statement was read that Medan was shot in the back. The witness who gave the statement, Jaafar Putih, unfortunately was dead, having died of stomach pains just after leaving the police station at Lenggong, where he was kept incommunicado for ten days after release from hostage captivity. His statement was taken just in time. The circumstances of Jaafar Putih's death are as mysterious as that of the commando Medan, who by a strange coincidence was stationed at the Malacca camp where the meeting is to be held. Perhaps Medan will be remembered.

A special branch officer held hostage for four days survived, tied to a durian tree. At first he said he said he saw nothing, but later said he was miraculously able to see up and over the hill into the deep vale below, where a man was shot within his excellent sight. When released in the afternoon, he failed to mention that two missing men were buried a few feet away. He received a promotion for his bravery. The grave was stumbled upon in the dark by another policeman later that night. He also found rifles that were overlooked by a regiment of soldiers looking for them in daylight. It is strange that in this camp of devout Muslims no prayer rugs were found, no sarongs, no songkuts.

When Medan's body was recovered from Bukit Jenalik it was taken to a hospital for post-mortem examination. The pathologist found no wounds on the legs, and none in the back. There was no sign of torture. The photographs taken at the time clearly reveal that he was shot between the eyes. Most of those who examined the corpse were subsequently transferred to distance places. Shortly after the incident, Medan's parents in Sarawak were generously rewarded for his sacrifice, as was the widow of the special branch detective Sagadevan, who was also shot between the eyes.

Later, in Ipoh, the leader of Unit B of the UTK was rewarded in front of a battalion parade for his courageous participation in the Bukit Jenalik affair. He received a promotion and a transfer to Malacca, where he may be expected to faithfully serve the elected officials of the party in power.

Civil liability

A criminal act always has the penalty specified, and when a criminal admits to the offense with a plea of guilty, the penalty is applied and there is but to serve out the term of the sentence. The law applies equally to all, and police officers and politicians of the party in power are not immune from punishment. If harm is done in the commission of a criminal offense, such as an assault, then civil damages may be brought against the party or parties responsible. If the offender is an officer of the government, acting in an official capacity, then all superiors and the government itself may be sued in a civil action for damages. If the offender is a police officer it is the more reprehensible, as those responsible for enforcing the law are not expected to break it.

The government of Malaysia holds Anwar Ibrahim, a high profile prisoner, in solitary confinement. He has suffered injuries in the national police headquarters at the hands of the head of the national police department. The officer was acting in his official capacity at the time. He eventually was forced by a Royal Commission of Inquiry to enter a plea of guilty to the assault, and received a two-month sentence. He has yet, over two years later, to serve a day inside a cell. The prisoner, however, has never been out. He was not given bail, even though clearly entitled to it under the law. Murder suspects make a mockery of Malaysian law, receiving bail repeatedly from a senior officer of the Attorney General's office, the same prosecutor who engineered the two trials of Anwar Ibrahim and other similarly treated. His motives are in question.

Anwar Ibrahim now requires delicate spinal surgery as a consequence of his injury. The plea of guilty establishes the civil liability of both the police assailant and the Malaysian government. The government refuses to allow necessary medical treatment to be performed, and this adds to the perceived liability of the officers who deny the treatment. If the home minister is found to be the primary official making the decision, then he, along with the government, will be held legally responsible for any further harm that may come to Anwar Ibrahim. Events suggest that the full nature of this contingent liability has not been made clear by the advisors to the leaders of the government.


Write to Harun Rashid: harunrashid@yqi.com

The URL of this page is http://home.yqi.com/harunrashid1/