Laman Webantu   KM2A1: 4113 File Size: 14.2 Kb *



TJ MT MGG: Seorang Anwarista Dan Pemilihan UMNO [Beserah]
By M.G.G. Pillai

1/4/2001 12:30 pm Sun

MGG 7301

[Tidak salah untuk berkawan dengan sesiapa seugama walaupun fikrah politik mungkin berbeda. Tetapi sikap Fauzi tidak disenangi walaupun dia begitu cemerlang berkhidmat kepada rakyat melalui Umno.

Khalil dipercayai menyogok pencabar Fauzi. Ini satu kesalahan dan Fauzi melapurkannya kepada polis berserta beberapa salahguna kuasa yang lain. Dulu Fauzi dinafikan jawatan MB, kali ini jawatan YB pula mahu diusik padahal dia bekerja sebegitu jerih. Jika Fauzi dipinggirkan sekarang, sudah tentu dia akan terpinggir kemudian. Maka Fauzi bertekad meletak jawatan ADUN Beserah secara tiba-tiba.

Sekaligus menggelabah Umno dibuatnya. Makin tertekan lagi kerana Fauzi tidak melompat pagar keluar daripada Umno. Memang terkoyak muka Umno kerana krisis ini menjelma di saat ia tidak bermaya dan perhimpunan agung menjelang tiba. Seseorang perlu dikorbankan tetapi siapa agaknya kerana semuanya penting belaka? - Editor (biar Umno sahaja pening kepala memikirkannya)]


Penterjemah: -MT-



Seorang Anwarista Dan Pemilihan UMNO

(An Anwarista Skews The UMNO Elections)

UMNO sedang menggelabah kerana berhadapan dengan kemungkinan munculnya satu pilihanraya kecil yang tidak diingininya. Kalau terpaksa juga, besar kemungkinan ia akan kecundang. Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Dato' Fauzi Abdul Rahman, tidak dapat mempertahankan jawatannya kerana 20 cawangan dalam bahagian itu tidak mahu mencalonkannya; dia hanya mendapat sembilan pencalonan. Dia telah membuat lapuran polis terhadap Setiausaha Agung UMNO dan mantan menteri besar, Khalil Yaacob kerana salah guna kuasa, sambil mendakwa adanya satu konspirasi untuk menjatuhkannya dengan menggunakan wang sogokan. Fauzi meletakkan jawatannya sebagai seorang ahli dewan undangan negeri bahagian Beserah, Pahang. Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad berkata bahawa 'perkara itu tidak lojik' kerana yang melantiknya ialah rakyat dan bukannya UMNO. Dato Fauzi mempunyai pendapat yang berlainan pula: dia telah dilantik dengan tiket Barisan Nasional, dan kalau partinya mahu menolaknya, dia mestilah meletakkan jawatan. UMNO tentunya tidak senang hati apabila seorang wakil rakyatnya melepaskan jawatan berasaskan prinsip. Dia juga bertegas bahawa dia boleh terus bergelumang dengan politik UMNO dan di waktu yang sama menjadi sahabat kepada Anwar Ibrahim. Malangnya UMNO berpendirian kalau presiden parti menganggap sesaorang itu musuhnya, orang itu mesti dimusuhi juga.

Inilah gara-gara persahabatan yang lama dengan Anwar Ibrahim yang kini menyulitkan kedudukan Fauzi. Sepatutnya dia dilantik menjadi menteri besar ketika Khalil Yaacob beralih ke Kuala Lumpur. Dia diketepikan di saat akhir dan dititahkan keluar dari perkarangan istana sebelum bermulanya pertabalan Adnan Yaakub sebaik sahaja selesai pemilu 1999 dulu. Persengketaan antara Khalil Yaacob dan Fauzi bukannya satu perkara baru. Dia sepatutnya tidak bertanding pada pemilu 1999 dulu, kalaulah tidak ada desakan kuat dalam UMNO dan juga wujudnya pengaruh PAS yang semakin berbisa di negeri itu. Tetapi, Barisan Nasional menang besar dengan majoriti kerusi yang lebih banyak walaupun sokongan akar umbi semakin ketara berkurangan dan memberikan satu isyarat sindiran kepada BN. Walaupun menang, Fauzi telah sengaja dipinggirkan dan kumpulan Anwaristas dipencilkan lagi. Kalau boleh UMNO mahu menghakiskan pengaruh Anwarista di kalangan akar umbinya dan usaha itu dilancarkan dalam pemilihan jawatankuasa cawangan dan bahagian parti.


Memang mudah, secara putarbelit atas kertas, untuk mengenepikan mereka semua dalam pilihan bahagian. Untuk mempastikan pemimpin tertinggi UMNO tidak dicabar, para calon mestilah menerima pencalonan minima untuk bertanding dalam sesuatu jawatan penting itu. Sistem ini meneguhkan kedudukan para pemimpin tetapi inilah juga yang membuatkan mereka kurang selamat, selepas pemilu 1999 dulu. Apabila sistem ini mahu dihapuskan tahun lalu ketika para perwakilan UMNO bersidang bulan November dulu, para perwakilan tidak pula bersetuju. Akar umbi UMNO sudah naik berang dan bersekongkol mencabar pemimpin UMNO memimpin parti tanpa sokongan mereka. Inilah sistem yang menghantui UMNO. Perletakkan jawatan Fauzi membuatkan UMNO pincang. Sama ada pemimpin suka ataupun tidak insan yang para pemimpin UMNO mahu pinggirkan dalam pemilihan kali ini, menjadi insan yang perlu diperhatikan. Para pemimpin UMNO pada mulanya beranggapan bahawa pemimpin yang tergolong sebagai Anwarista dan yang dipinggirkan tidak berani untuk mencabar mereka secara terbuka. Apabila Fauzi menunjukkan belang mereka tentu sekali UMNO takut dengan kemungkinan ada pihak lain yang akan mengikutnya. Kerana itu, semua pemilihan yang akan dilaksanakan di peringkat bahagian mulai esok tidak akan menggoncangkan suasana yang sedia ada. Kumpulan Anwaristas tidak akan diperlekehkan lagi dan sudah tentu mereka akan terus mengorak langkah untuk terus berjuang hingga sampai ke persidangan tahunan nanti.


Orang Melayu memang tidak suka bertelagah, kerana itu dia sanggup bersabar sebelum bertindak untuk berbalah. Mengikut tradisi feudal Melayu, mencabar seorang pemimpin feudal adalah serupa dengan menderhaka. Kerana itu dia mesti menangani keadaan penderaan itu tanpa menyerlahkan suasana ketenangan yang hanya akan berubah apabila tahap kesabaran sudah disanggah. Selalunya, kesan tindakannya itu memang amat menakutkan. Bukan sembarangan sebab, dunia menggunakan perkataan 'amok' itu dalam khazanah bahasanya. Keadaan tenang yang dipaparkan memberikan satu ilusi kepada sesiapa yang mempercayai bahawa Dr. Mahathir Mohamad sedang berkuasa penuh ke atas parti. Ketika persidangan pada November dulu, dia terpaksa meminta para perwakilan bertepuk tangan kepada beberapa perkara yang dicakapkan. Itupun satu sambutan dingin yang tidak disangka-sangka. Pada kali ini, kemarahan dan perkiraan akan menjadi semakin tinggi. Cara para perwakilan bertindak membahaskan ucapan amanatnya nanti akan menentukan berapa lama dia akan memegang kuasa lagi. Pertaruhan sudah mula disusun: ada yang bertaruh RM200,000 berasaskan dia tidak lagi menjadi Perdana Menteri pada Ogos ini; ada pula bertaruh RM50,000 yang dia akan melepaskan jawatan dan menjadi longlai sebelum Julai. Tidak ada satu mamat pun yang mempercayainya lagi betapa dia akan melepaskan jawatan pada 2004 nanti.

Kini, Mahathir menghadapi tekanan yang lebih hebat lagi oleh keingkaran Fauzi. Para pemimpin UMNO sudah dipencilkan oleh para penyokong parti dan juga masyarakat negara ini sehinggakan mereka terpaksa membayar fulus untuk mendapatkan himpunan manusia menyambut kedatangan Wira Dunia Ketiga ketika beliau turun di Kampung Mulia. Apa yang keluar dari mulutnya tidak berkesan lagi melainkan kata-katanya itu diulang-ulang sebagai satu penekanan oleh timbalan perdana menteri. Para penyokongnya adalah mereka yang mengharapkan keuntungan kewangan dan mereka yang akan menjadi bahan makanan serigala lapar sebaik sahaja dia diterajang keluar. Lagi lama dia bertahan pada jawatannya, lagi teruk tekanan yang dihadapi oleh UMNO dan Barisan Nasional serta parti komponennya. Pada satu ketika dulu akar umbi UMNO mahukan dia keluar bersama menteri kewangan, Daim Zainuddin. Kini, tidak lagi. Mereka menuntut agar timbalan perdana menteri dan juga menteri penerangan turut keluar sama. Kalaulah Barisan Nasional menang lagi tetapi dengan angka majoriti yang kecil ataupun kalah, para pemimpin UMNO di Kuala Lumpur sudah tentu akan menjadi parah. UMNO memang sudah lemah di peringkat negeri sejak lama dulu lagi. Pengaruh PAS di Pahang memang sudah naik melonjak dan berkemungkinan akan menang besar kali ini. Seorang bekas exco Pahang sudah pun menubuhkan cawangan PAS di Ampang Jaya. Di peringkat awalan di menjangka sokongan yang kecil sahaja, yang datang berjumlah ratusan banyaknya. Pada pemilu 1999 dulu dia berkempen untuk PAS. Kali ini di Beserah, dia akan melakukan perkara yang sama. Memang teruklah UMNO kali ini nampaknya.

-MGG Pillai-


>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 31/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


An Anwarista Skews The UMNO Elections

UMNO is in a spot. It does not want a by-election. But it faces one it can lose. The UMNO Kuantan division chief, Dato' Fauzi Abdul Rahman, cannot defend his post because 20 branches in the division would not nominate him; he only got nine. He lodges a police report against the UMNO secretary-general and former mentri besar, Tan Sri Khalil Yaacob of abuse of power, alleges a conspiracy to unseat him with bribery, resigns as state assemblyman for Baserah in Pahang. The Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, says it is "illogical" for him to do it since the people, not UMNO, elected him. Dato' Fauzi looks at it differently: he was elected on a National Front ticket, and if his party disowned him, he must, in conscience, resign. UMNO is upset a state assemblyman resigns on principle; he insists he can remain in UMNO politics and remain a friend of the jailed former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim. UMNO insists that its president's enemy must be yours too.

His friendship with Dato' Seri Anwar has cost him plenty. He was to be mentri besar when Tan Sri Khalil moved to Kuala Lumpur, but sidelined at the last minute and ordered to leave the palace minutes before the swearing-in of Dato' Adnan Yaakub after the 1999 general elections. The bad blood between Tan Sri Khalil and Dato' Fauzi is not new. He would not have contested in 1999 but for the Anwar pressure group within UMNO and PAS incursions in the state. But the National Front was returned with a bigger majority of seats while losing ground, a quirk in the first-past-the vote electoral system, and felt it overreacted. Dato' Seri Fauzi was sidelined, and the Anwaristas isolated. UMNO wanted to remove, if possible, the Anwarista influence in its ranks, and this year's branch and division elections was where it would.

It was easier, on paper, now, to weed them out in branch elections. To make sure UMNO top leaders are unchallenged, candidates must obtain a minimum number of nominations to run for office. It entrenched the leaders but it also made them so insecure, after the 1999 general elections, but when they wanted to abolish them, in November last year, UMNO delegates disagreed. The UMNO ground is fed up, and dared UMNO leaders to lead without their support. The rules now haunt UMNO. Dato' Fauzi's resignation throws UMNO out of gear. The man UMNO leaders wanted out of this elections is, willy nilly, one to watch. UMNO leaders had assumed no Anwarista sidelined would dare come into the open. Now that one has, it cannot allow any more show of independence. So, it has to ensure the divisional elections which begin tomorrow, would not upset the status quo. The Anwaristas would be left untouched, which they would, no doubt, try to fight their way into the General Assembly.

The Malay is reluctant to confront, so he bides his time before he rebels. In Malay feudal tradition, challenging the feudal leader is "derhaka" (treachery), and so he masks his rebellion with a surface calm until when he can take it no more rebels. Often it is with frightening results. It is not without reason that amok is a Malay word. This surface calm misleads those who believe Dato' Seri Mahathir is in total control. At the November meeting to amend the party's constitution, he had to prod delegates to clap at several points in the speech. Even then it was subdued beyond belief. This time around, the anger, and the stakes, are higher. How delegates react to his speech at the General Assembly would decide how long he would remain in office. Which is bets are placed -- one for RM200,000 that he would not be Prime Minister in August; another for RM50,000 that he would leave early July. No one believes him when insists he leaves in 2004.

He faces more pressure with Dato' Fauzi's defiance. UMNO leaders are so isolated from its members, and the country at large, that they must pay for a full crowd when its president visits a predominantly Malay area of Kuala Lumpur. What he says carry no weight unless the deputy prime minister endorses it. His only backers are those who expect financial gains, and those who would be fed to the wolves should he leave. The longer he stays in office, the more the pressure upon not just him but UMNO and National Front. The UMNO ground once wanted him and the finance minister, Tun Daim Zainuddin, out. Not any more. They want the deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, and the information minister, out as well. Should National Front be returned with a smaller majority or is defeated, UMNO leaders in Kuala Lumpur would be more out of kilter. UMNO is weaker in the state since then. PAS influence in Pahang has grown by leaps and bounds, and could well emerge the winner. A former Pahang state executive councillor today forms a PAS branch in Ampang Jaya. He expected a small gathering, but he expects it now to be in the hundreds. He campaigned for PAS in the 1999 general elections. As no doubt in Baserah. To UMNO's discomfiture.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my