Laman Webantu   KM2A1: 4114 File Size: 6.9 Kb *



TJ MT MK: Pelajar Dibayar RM 10 untuk mendengar ucapan PM
By Ajinder Kaur

1/4/2001 1:36 pm Sun

MGG 7401

[Jika Mahathir memang popular, dia tidak perlu mengangkut pelajar dari kampus dengan percuma siap dengan upah RM10 dan cenderhati berlogo wajahnya. Itu berkempen namanya.

Lagipun kerajaannya selama ini tidak ingin pelajar mencampuri hal-ehwal politik. Ucapannya di Gombak lebih merupakan satu ucapan politik yang bercampur baur dengan menghasut membenci. Padahal dia juga menaja isu perpaduan dengan pihak yang dikutuknya ini.

TG Nik Aziz melawat kerana dijemput oleh masyarakat tempatan. Malah beliau tidakpun memberi apa-apa janji balas buat penternak khinzir. Pembangkang dituduh memecah-belahkan masyarakat tetapi tidak ditangkap dan disabitkan pula? Tidakkah rakyat di dua negeri di pantai timur itu hidup aman dan sentosa? Sebaliknya Kuala Lumpur yang ditadbir Umno sekian lama asyik bertempur dan tegang sahaja. Dan Kg Medan yang bertahun-tahun di wakili Umno bergaduh pula? Ahli Umno sendiri bergaduh sesama sendiri sehingga melayang penumbuk dan kerusi dibuatnya. Malah pistol pun diacukan juga.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Malaysiakini


Pelajar Dibayar RM 10 untuk mendengar ucapan Perdana menteri

Khamis 29 Mac, 2001.

Oleh: Ajinder Kaur


Lebih kurang 500 pelajar Maktab Tunku Abdul Rahman (TAR) di Setapak telah diberikan RM10 setiap seorang oleh pentadbiran kampus untuk menghadiri satu perhimpunan rakyat di mana Mahathir Mohamad hadir sebagai tetamu kehormat.

Salah seorang pelajar yang tidak mahu namanya disiarkan telah memberitahu malaysiakini hari ini betapa jabatan Halehwal Pelajar maktab itu telah menyuruh para pelajar menghadiri himpunan rakyat itu.

Dia telah berkata betapa beberapa poster telah dipasang siap di kampus meminta para pelajar mengambil bahagian. Dia membuat keputusan hadir setelah digalakkan oleh kawan-kawannya.

"Kami hanya diberitahu bahawa ada ceramah PM. Tidak pula ada maklumat lain. Pada hari itu lebih kurang 500 pelajar telah berkumpul di padang maktab. Dua belas bas telah mengangkut kami pergi ke Gombak. Dalam perjalanan, dua kakitangan jabatan halehwal pelajar telah mengagihkan sarung surat berwarna coklat yang berisi RM10 dan baju kemeja-T yang berlogokan wajah perdana menteri kepada semua pelajar yang ada." Demikian beliau menjelaskan.


Dia menambah betapa tidak seorang pun pelajar yang bertanyakan mengenai wang dan baju-T yang diterima itu ketika mereka berada dalam bas. Apabila disoal sama ada para pelajar dikehendakki memakai baju itu, dia menjawab "tidak".

"Tetapi, saya rasa cara semacam ini adalah satu bentuk rasuah agar kami para pelajar menyokong kerajaan. Kami adalah pelajar yang tidak sepatutnya terbabit dalam politik. Apakah alasannya maktab menyuruh kami pergi mendengara ceramah itu?" Tanya dia pula.


Ucapan Politik


Semalam, Mahathir telah memberikan ucapan politik kepada lebih kurang 10,000 orang di Kampung Mulia, di Km 4, Gombak.

Upacara itu adalah tajaan K3P yang diwujudkan oleh Kementerian Penerangan untuk menjalin hubungan rapat di antara kerajaan dan rakyat. Di majlis itu Mahathir telah memperlekehkan parti pembangkang dan menuduh mereka cuba menggulingkan kerajaan secara menganjurkan demonstrasi jalanan.

"Dengan terus berkempen selepas pemilu 1999 dulu, parti pembangkang memecah belahkan rakyat, terutama sekali dengan berkhutbah di masjid untuk mempengaruhi umat Islam," katanya.

Dia juga memperlekehkan pemimpin PAS Nik Aziz Nik Mat kerana membuat lawatan dua minggu dulu, berjumpa penternak khinzir Bukit Pelanduk yang menjadi punca merebaknya wabak Nipah pada 1999 dulu. Dia merungut betapa PAS enggan bekerjasama dengan UMNO kerana parti itu bertegas bahawa ia berusaha terhadap perpaduan nasional dan bukannya perpaduan Melayu.


-tamat-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 31/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

http://www.malaysiakini.com/News/2001/03/2001032907.php3

Thursday March 29, 2001

Students paid RM10 to attend PM's speech

Thu: About 500 students of the Tunku Abdul Rahman (TAR) College in Setapak [Kuala Lumpur] were given RM10 [US$3] each by the campus administration to attend Prime Minister Dr Mahathir Mohamad's meet-the-people session in Gombak yesterday.

One of the students who spoke on condition of anonymity to malaysiakini today said that the college's Student Affairs Department had called on its students to attend the event.

He said that there were posters on campus urging students to participate. He added that he decided to go to the function after he was encouraged by his friends.

'We were only told that it was a PM's ceramah (talk). We were not given any other information. On the day of the function, about 500 students gathered at the college grounds.

'Twelve buses then took us to Gombak. During the journey, two staff from the Student Affairs Department distributed sealed brown envelopes with RM10 in it and T-shirts with the prime minister's photo on it to all the students,' he said.

He added that none of the students enquired about the money and the T-shirts while on board of the buses. Asked if the students were told to wear the T-shirts, he said 'no'.

'But I feel that this is some kind of bribery for us to support the government. We are students and are not supposed to be involved in politics. What is the reason for the college to ask us to go to the ceramah?' he said.

Political speech

Yesterday, Mahathir gave a political speech to about 10,000 people at a rally in Kampung Mulia, Km-4, Jalan Gombak.

The event was organised by the Listeners, Viewers and Readers Group established by the Information Ministry to foster rapport between the government and the people.

At the function, Mahathir lambasted the opposition for allegedly seeking to overthrow the government by staging street demonstrations.

'By continuing campaigns right after the 1999 general elections, the opposition is dividing the people, especially by giving their khutbah (sermons) in the mosques to influence the Muslims,' he told the crowd.

He also took PAS spiritual leader Nik Aziz Nik Mat to task for visiting former pig farmers in Bukit Pelanduk - the epicentre of the 1999 Nipah virus outbreak - two weeks ago.

He lamented the fact that PAS has refused to work with Umno as the party claims it is working for national unity, not Malay unity.