Laman Webantu   KM2A1: 4115 File Size: 19.1 Kb *



TAG MT 69: Mahathir Bersedia Untuk Satu Pusingan Lagi. [ATimes]
By Anil Netto

2/4/2001 2:15 am Mon

TAG 069

[Memang banyak pukulan Mahathir tidak terkena dan tersasul jadinya. Ia cuma bising memekakkan telinga tetapi natijahnya tiada. Begitulah nasib beberapa projek seperti MSC yang gagal menyumbang apa-apa dikala ekonomi A.S. merudum seketika. Terpaksalah satu pakej merangsang berbelanja dicanangkan pula. Dan beberapa buah bas berisi 'angpaw' dan Baju-T 'Dr M' menjemput penonton kampus kaum Cina meramaikan majlisnya. Yang menarik lawatan TG Nik Aziz ke Bkt Pelanduk mahu dipertikaikan sedangkan TG dipelawa dan rakyat di sana sendiri menajanya. Maknanya Mahathir berkempen tetapi TG Nik Aziz 'dikempen' sebenarnya.

Malaysia kini dilanda penyakit akibat dirawat oleh doktor yang sudah tidak mampu berkerja sebaiknya. Dia lebih banyak mengada-ngada dan berlagak lebih pandai dari semua, sehingga menyanggah pendapat doktor saraf terkemuka di dunia - Dr Hoogland. Anwar sekadar menurut pendapat doktor terkemuka, bukannya doktor satu lagi yang sudah tidak efektif rawatannya terhadap apa-apa.

Memang anih - Anwar sakit, negara pun sakit juga - termasuk seorang doktor tua dari Kerala juga.
-Editor
]


Penterjemah: -MT-


Mahathir Bersedia Untuk Satu Pusingan Lagi

(Battleweary Mahathir readies for another round)

Oleh: Anil Netto


Pada hari Rabu, Perdana Menteri Mahthir Mohamad telah dipelawa memukul gong tiga kali sebagai tanda pelancaran sessi pemimpin bersama rakyat. Pada hayunan pertama, dia telah mengehentak gong itu begitu kuat sehinggkan tercampak gong itu bersama bingkainya dan membuatkan ribuan para hadirin menjadi tergelak kerana terhibur dibuatnya.

Sepatutnya perkara semacam itu tidak menjadi perkara yang memeranjatkan. Mahathir memang sudah terkenal dengan menggunakan kuasa yang keras untuk menyerlahkan ketokohannya dalam dunia politik Malaysia sejak 20 tahun lamanya.

Namun, dalam keghairahan merangsang ekonomi negara, perdana menteri itu telah menghayun langkah yang lebih berisiko dengan beberapa kaedah meningkatkan konsumer berbelanja dan melegakan beberapa peraturan mengenai ekuiti, hartanah dan peluang pelaburan kepada orang asing.

Dia baru sahaja menanggung bisa kritikan yang mendakwa dia melaksanakan proses penyelamatan kepada para kroninya dengan menggunakan dana pencen untuk menyelamatkan firma yang bermasalah. Mahathir betindak balas secara stail yang gah. Dia melancarkan program kebangsaan dimana dia menjelajah negara untuk menemui rakyat sambil mengumumkan satu rencana bagaimana dia cuba merangsang ekonomi negara untuk menampan kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat.

Ada satu isu yang tidak mudah lenyap. Isu ini membabitkan mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim yang sedang sakit tetapi tidak diizinkan untuk menjalani pembedahan rawatan tulang belakangnya di Jarman. Walaupun kerajaan bertegas pembedahan itu dilaksanakan di Kuala Lumpur, kerajaan terpaksa berhadapan dengan risiko kutukan seandainya keadaan Anwar menjadi lebih teruk lagi.

Tekanan terus muncul bertimbun, Mahathir kini terpaksa berhadapan dengan kemungkinan berlakunya satu pilihanraya kecil di Pahang setelah seorang ahli dewan undangan negeri UMNO mengumumkan tindakannya melepaskan kerusi wakil rakyat yang dipegangnya. Fauzi Abdul Rahman meledakkan bom kejutan itu setelah membuat lapuran polis terhadap bekas menteri besar Pahang, Khalid Yaakob dan mendakwa beberapa tuduhan yang tidak pun disiarkan oleh akhbar perdana.

Kemunculan satu lagi pilihanraya kecil adalah sesuatu yang tidak diingini oleh perdana menteri selepas parti koalisi kerajaan yang memerintah, kalah satu kerusi yang dulunya dianggap selamat kerana pernah dipegangnya sejak kemerdekaan, pada November lalu.

Namun, yang lebih menjadi perhatian ialah kesan kemerosotan ekonomi AS. Mahathir telah mengumumkan satu pekej bernilai 3 bilion ringgit (bersamaan US$790million) untuk meransang ekonomi negara.

Untuk memacu penggunaan sumber kerajaan telah mengurangkan kadar potongan gaji bulanan terhadap pencaruman kepada dana KWSP daripada 11 persen kepada 9 persen. Kakitangan kerajaan kini boleh melayakkan diri mendapatkan pinjaman kereta setiap lima tahun berbanding tujuh tahun dalam usaha untuk memajukan penjualan kereta.


Seorang pemimpin kesatuan sekerja telah menyatakan kesangsiannya terhadap usaha menggalakkan rakyat berbelanja. 'Strategi itu mungkin baik untuk perniagaan dan mungkin menaikan keuntungan tetapi ia membawa kesan terhadap taraf kehidupan para pekerja apabila mereka bersara.' Demikian pendapat G. Rajasekaran, setiausaha agong Malaysian Trade Union Congress (MTUC). Malaysiakin (portal internet) pula telah menyiarkan satu komentari yang ditulis oleh seorang penganalis terkenal (MGG Pillai) yang berjudul 'American recession, so let's spend'.


Akhbar harian 'The Star' yang memihak kepada kerajaan telah melancarkan satu pungutan suara melalui laman webnya meminta para pembaca memilih apakah reaksi terhadap tindakan kerajaan menggalakkan perbelanjaan itu. Daripada 2,205 responden pada tengahari Jumaat lalu, hanya 16% yang mengatakan mereka akan berbelanja lebih, 53 persen menyatakan mereka akan lebih berjimat sedangkan yang berbaki mahu terus bersikap seperti biasa.

Mahathir yakin tanpa tindakan meransang ini, ketumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini mungkin menurun kepada 4 ataupun 5 persen.


'Pencapaaian ini mungkin tidak berapa teruk, tetapi kami sudah biasa dengan ketumbuhan yang tinggi dan kami mahu mengekalkannya pada tahap itu,' katanya. Dengan tindakan baru itu mahathir fikir kadar pertumbuhan mungkin mencecah 6 persen - ini bererti berlakunya penurunan daripada jangkaan awal sebanyak 7 persen. 'Keadaan memang lemah sekarang ini. Kejatuhan Dow Jones adalah diluar jangkaan', katanya. 'Sudah tentu ia akan menekan kita.'

Kenyataan Mahathir itu adalah satu pengakuan betapa keadaan tidak semeriah dulu lagi. Ekonomi Malaysia terlalu bergantung kepada pengekspotan barangan elektronik dan semakin ramai para penganalis berkata bahawa pertumbuhan 6 persen itu adalah satu pandangan yang terlalu optimis.

Amerika Syarikat dan Jepun adalah pasaran utama Malaysia, menyumbang kepada hampir 50 persen daripada jumlah ekspot dan kerisauan semakin membesar bahawa akan menurunnya pesanan untuk barangan ekspot seperti chip komputer, 'memory-boards' yang akan menyebabkan merudumnya industri 'data storage products' (barangan simpanan data?)..


Ada satu yang mengejutkan lagi apabila Mahathir pada awal minggu ini mengaku betapa projek kesayangannya Multimedia Super Corridor (MSC- Korridor Raya Multimedia) tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara seperti yang djangkakannya. Namun, dia masih berlakon dengan mengatakan bahawa program itu masih kehadapan dalam menarik minat para pelabur.


PAS sudah pun melecehkan jemputan UMNO untuk mengadakan perundingan mengenai perpaduan orang Melayu. Inilah yang semakin menjerut perdana menteri dalam meraba-raba sokongan kepada persemuafakatan terhadap pemerintahannya yang semakin rapuh itu. Ramai pemimpin UMNO yang merasa tertekan dengan berita betapa pemimpin PAS Nik Aziz Nik Mat sanggup bertemu dan berbincang dengan penternak khinzir yang diserang wabak (virus Nipah- penterjemah) dua tahun yang lalu.


Tetapi perdana menteri ini memang pakar dalam mempertahankan kedudukannya setiap kali diasak ke diding kekecewaan. Pada perhimpunan pemimpin bertemu rakyat Rabu yang lalu, ramai manusia telah menyambutnya lengkap dengan kumpulan muzik daripada pelbagai kaum. Dia telah memberikan masa untuk menandatangani beberapa poster dirinya untuk kanak-kanak sambil dia berdiri di atas pentas di mana satu koir sedang menunjukkkan pertunjukan mereka. Kemudian dia melawat gerai-gerai pameran sambil beberapa ahli paracut angkatan tentera udara terjun untuk menghiburkan penonton yang ditaksir seramai 10,000 orang itu.

Selepas Mahathir menjamu selera bersama penduduk kampung, satu tarian singa telah mengiringi pemimpin paling lama di Asia itu berjalan ke arah kereta yang menantinya, sambil rakyat beratur di tepi jalan untuk besalaman dengannya.

Lamanweb malaysiakini kemudiannya mendingini mud majlis itu dengan menyatakan betapa beberapa dozen bas telah digunakan untuk mengangkut sekitar 500 pelajar daripada sebuah maktab swasta untuk turut serta majlis yang dihadiri perdana menteri itu. Lapuran Malaysiakini itu menyebut cerita seorang pelajar yang tidak disebutkan namanya. Pelajar itu menceritakan bagaimana mereka diberi 10 ringgit setiap seorang dan baju-T yang memaparkan wajah Mahathir, yang diagihkan kepada mereka ketika berada di dalam bas.

Dengan pelancaran program peringkat nasional itu, 14 lagi upacara yang sama akan dilaksanakan di setiap negeri bermula bulan hadapan, diikuti dengan upacara serupa di peringkat daerah di seluruh negara. Sebuah akhbar tempatan telah berkata program itu telah dirancang 'untuk meningkatkan kesedaran betapa pentingnya mengekalkan perpaduan dan memupuk kesabaran dan semangat gotong royong di kalangan penduduk pelbagai kaum di Malaysia.'

Persoalan yang penting sekarang ini apakah perdana menteri mempunyai daya usaha untuk memperbaiki wibawa dirinya setanding dengan pengharapan rakyat marhaen terutama sekali orang Melayu yang majoritinya telah terusik kerana cara Mahathir mengaibkan Anwar Ibrahim. Ramai yang beranggapan segala daya usaha terbaru Mahahtir itu adalah sesuau yang sudah terlambat. Keadaan yang membimbangkan itu semakin teruk jadinya disebabkan jurang perbezaan yang semakin luas di antara yang kaya dengan yang miskin di Malaysia seperti yang digambarkan oleh keadaan perkampungan setinggan di pinggir Kuala Lumpur di mana tercetusnya pergaduhan kaum pada awal bulan ini.


Mahathir mungkin sedar akhirnya betapa tindakan terbarunya itu adalah laksana ayunan liar terhadap satu gong yang tidak menepati sasaran untuk menyelesaikan masalah yang menghantui masyarakat Malaysia. Keyakinan rakyat semakin menurun dan pelabur asing turut mengongsi perasaan itu kerana ketiadaan tindakan reformasi terhadap kelembapan ekonomi dan kelecehan politik yang lebih bermakna. Ramai orang berpendapat semua kepincangan ini semakin membusut disebabkan sifat kehaprakan pelbagai institusi kerajaan dalam menyekat salah guna kuasa. Semakin ramai rakyat Malaysia mengharapkan agar ekonomi negara itu tidak akan tunggang-balik jadinya.


-Anil Netto-

Asia Times
31.3.2001

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT31/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


http://www.atimes.com/se-asia/CC31Ae01.html

Asia Times
31st March 2001

DIRE STRAITS

Battleweary Mahathir readies for another round

By Anil Netto

On Wednesday, Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad was invited to strike a large gong three times to mark the launch of a "meet-the-people" session. On his first strike, he sent the gong and its stand reeling backwards on the stage as an amused crowd of thousands looked on.

Perhaps it shouldn't have come as a surprise. Mahathir has always been known to operate with a forceful hand, stamping as he has his domineering personality on Malaysian politics for the past 20 years.

However, in his zest to fix the economy, the premier risks swinging a little too wildly off center with his measures to boost consumer spending and liberalize regulations on equity, property and asset investment by foreigners.

Stung by heavy criticism over alleged bailouts of cronies and complaints that pension funds were being used to prop up ailing firms, Mahathir has struck back in typical style - by launching a national-level meet-the-people program and announcing a raft of measures to soften the impact of the United States economic slowdown.

Another issue that won't go away is that of ailing former deputy premier Anwar Ibrahim, who has been refused permission to undergo minimally invasive spinal surgery in Germany. Although the government insists the surgery be carried out in Kuala Lumpur, it risks scathing condemnation if Anwar's condition worsens.

To add to the pressure, Mahathir now faces the prospect of another by-election in central Pahang state after a state-assembly member from his United Malays National Organization announced his decision to quit his seat. Fauzi Abdul Rahman dropped the bombshell after lodging a police report against former Pahang chief minister Khalil Yaakob over certain allegations that were not mentioned in the press.

A by-election is the last thing the premier needs after the ruling coalition lost a safe seat it had held since independence in a by-election last November.

But of more immediate concern is the impact of the slowdown in the US economy. Mahathir has announced a 3 billion ringgit (US$790 million) package to stimulate the economy.

To spur consumption, the government has sliced the mandatory monthly salary deductions that private sector employees have to pay to the state-run pension fund from 11 percent to 9 percent of wages.

Civil servants will now be eligible for car loans every five years instead of the present seven years in a bid to increase car sales.

A leading unionist has already expressed concern about the move to encourage spending. "The strategy may be good for business and add to their profit, but it will affect the standard of living of the workers when they retire," pointed out G Rajasekaran, secretary-general of the Malaysian Trades Union Congress. Internet news portal Malaysiakini ran a commentary by a well-known columnist mockingly titled "An American recession, so let's spend".

The pro-establishment daily Star newspaper, meanwhile, carried a poll on its website asking its readers how they would react to the measures to encourage consumption. Out of 2,205 votes cast as of Friday afternoon, only 16 percent said they would spend more, while 53 percent said they would want to save more, with the rest opting to retain the status quo.

Mahathir insists that without these pre-emptive measures, Malaysia's economic growth this year may dip to 4 to 5 percent for this year.

"This is not too bad an achievement, but we are used to high growth and we would like to maintain that,'' he said. With the new measures planned now, Mahathir said the growth rate might reach 6 percent - still below the earlier projection of 7 percent. "Things are quite weak at the moment. The fall in Dow Jones is much more than expected, he said. "This is bound to affect us."

It is a telling admission from the premier that things are not looking rosy. Malaysia's economy is heavily dependent on electronics exports and more critical analysts say that even 6 percent growth for this year is way too optimistic.

The US and Japan are Malaysia's main markets, accounting for nearly 50 percent of total exports and fears are growing that demand for manufactured exports such as computer chips, memory boards and data storage products will slump.

In another blow, Mahathir this week conceded that his pet Multimedia Super Corridor (MSC) project has not contributed as much as expected to the country's economic growth, even though it was already ahead in programs to draw interest from investors.

With opposition Islamic party PAS all but rebuffing an invitation by the majority United Malay National Organization (Umno) to hold Malay unity talks, the premier is fast running out of options to shore up waning support for his ruling coalition. What chaffed Umno leaders was the news that PAS' spiritual leader Nik Aziz Nik Mat had agreed to hold talks with Chinese pig breeders hit by an epidemic two years ago.

But the premier's survival instincts operate best when his back is against the wall. At the meet-the-people session on Wednesday, he was accompanied by a large crowd and led by musicians of different ethnic groups. He signed several posters of himself for children as he stood on stage while a choir performed. He then toured an exhibition area as Air Force parachutists entertained the 10,000-strong crowd.

After the premier had shared refreshments with village folk, a lion dance troupe led Asia's longest-serving elected leader to his car, with the crowd lining up to shake his hand.

Website Malaysiakini later dampened the mood somewhat when it claimed that a dozen buses had ferried some 500 students from a private college in Kuala Lumpur to the session with the premier. The Malaysiakini report quoted an unnamed student as saying that they were each given 10 ringgit and a T-shirt with Mahathir's picture on it during the journey.

Following the launch of the national-level program, 14 other similar leaders-meet-people rallies will be held in the states starting next month, followed by district-level gatherings nation-wide. A local daily said the program was designed "to heighten awareness on the importance of preserving unity and nurturing tolerance and the spirit of mutual help among multi-racial Malaysians".

The crucial question is whether the premier has the capacity to reinvent himself to live up to the expectations of the Malay masses, many of whom remain upset over the treatment meted out to Anwar. Already there is a sense that it is too late. The disquiet has been aggravated by the widening gap between the rich and the poor in Malaysia as seen in the squalid conditions in squatter settlements on the outskirts of Kuala Lumpur, the scene of violent clashes earlier this month.

Mahathir may well discover that his latest measures are like wild swings at a gong that do not address the core problems plaguing Malaysian society: ebbing confidence among Malaysians and foreign investors alike due to a lack of meaningful political and economic reforms. That is compounded by what many see as the eroding credibility of the various institutions of government in curbing abuse of power. Many Malaysians are only hoping that the economy will not keel over.