Laman Webantu   KM2A1: 4118 File Size: 18.2 Kb *



TJ MT MGG: Ekonomi Amerika Merosot, Terpaksalah Kita Berbelanja
By M.G.G. Pillai

2/4/2001 12:49 am Mon

MGG 7201

[Mahathir sebenarnya membentang kepada pemberita, bukannya kepada ahli parlimen rancangan merangsang ekonomi baru-baru ini. Tentu ada misteri beliau melakukan sebegini - beliau tidak ingin diserang kembali sehingga menjunam kredibiliti. Kerana negara sebenarnya sedang menuju satu gaung kemusnahan yang amat ngeri akibat salah-urus ekonomi.

Sebagai seorang berkelulusan doktor Mahathir seharusnya mengerti seseorang yang sakit tenat tidak akan mampu berdiri walaupun dirangsang banyak kali selagi sakit itu belum sembuh lagi. Masalahnya dia tidak ingin memperakukan negara begitu tenat kerana bimbang dia tertendang nanti. Selalunya, doktor yang sewel seperti ini hanya akan mempercepatkan si pesakitnya mati..... - Editor]


Penterjemah: -MT-


(Artikel asal ada di Malaysiakini, kolum Chiaroscuro, 29 Mach, 2001)


Ekonomi Amerika Merosot, Terpaksalah Kita Berbelanja

(An American Recession, So Let's Spend)

Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamed, berkata rencananya menyuntik RM 7.7 bilion adalah usahanya menampan kesan ekonomi AS yang merudum. Menteri kewangan, Daim Zainuddin telah mencadangkan cara lain, dan gabenor Bank Negara, Zeti Aziz pula memperakukan bahawa semuanya berjalan dengan baik. Namun semuanya itu boleh dipertikaikan kerana terlalu banyak yang boleh disangsikan. Dr. Mahathir memilih membuat pengumuman itu bukannya di Parlimen. Cuma di satu persidangan akhbar di bangunan parlimen. Kalau dia tidak memberikan keyakinan kepada parlimen bagaimanakah rakyat Malaysia boleh mempercayainya?

Cara semua tindakan yang dicadangkan itu diputuskan, tanpa sebarang perundingan dan perdebatan adalah laksana putarbelit yang dilakonkan oleh seorang silap mata dengan topi ajaibnya. Memperlekehkan parlimen sudah tentu bertujuan untuk menyorokkan sesuatu. Pada 1997, ketika Asia bergelora kerana keadaan kewangan yang menjerutnya, Dr. Mahathir dan Daim Zainuddin melakukan tindakan yang serupa seperti yang baru dilaksanakannya. Mereka telah membelakangkan parlimen dan membuat pengumuman kepada seluruh dunia seolah-olah mereka sudah menemui ubat mujarab kepada peranan Amerika Syarikat dalam ekoonomi Malaysia.

Kenapakah Mahathir dan pentadbirannya beranggapan hanya mereka sahaja yang mengetahui semua jawapannya? Kenapakah sebabnya rencana terbaru ini disangsikan dan dianggap tidak ada kena mengena dengan keadaan ekonomi AS. Apa perlunya rakyat marhaen berbelanja sakan di pasaran saham ataupun di kompleks membeli belah sedangkan tidak ada satu usaha untuk menyanggah bahawa alasan Perdana Menteri dan juga menteri kewangan itu adalah alasan yang boleh dicabar sebagai sesuatu yang tidak benar.

Beberapa cadangan projek ekonomi dan kewangan yang diumumkan termasuklah sabsidi penanaman semula kelapa sawit berjumlah RM600 juta, pembinaan sekolah satu sessi berjumlah 200 unit semuanya, 193 buah maktab, empat universiti dan 6,600 unit rumah untuk anggota angkatan tentera, pinjaman kereta kepada kakitangan kerajaan bagi setiap lima tahun dan tidak lagi tujuh seperti dulu. Rakyat marhaen digalakkan untuk berhutang dengan menggunakan kad kredit sambil menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat pelancongan.


Keadaan Yang Menyulitkan

Kalau semua itu memang yang dimaksudkan, sudah tentu semua itu sudah diambil kira dalam cadangan perbelanjaan negara tahun ini. Ini juga membuktikan bahawa perdana menteri dan menteri kewangan benar-pbenar memikirkan kesan kemerosotan ekonomi Amerika itu. Cuma, keadaan ekonomi Amerika itu digunakan sebagai dalil untuk membuat pengumuman itu sebagai helah yang tidak ada kena mengena dengan keadaan sebenar negara. Mungkin juga ada alasan lain. Tetapi, apakah penting semua itu kalau pasaran dan negara mentafsirkannya begitu?

Pada persidangan akhbar itu Mahathir telah menokok RM3 bilion lagi kepada jumlah RM28.8 bilion yang telah diluluskan untuk perbelanjaan negara. Dia tidak pun mengumumkan berita ini kepada Parlimen, sedangkan sessi parlimen sedang berjalan sekarang ini. Tidak pula bagaimana Malaysia dapat menampan kemerosotan ekonomi Amerika itu dengan cara rakyat berbelanja sakan pula? Sepatutnya apabila keadaan menjadi sukar, kadar penabungan sepatutnya menjadi sasaran untuk dipergiatkan lagi. Tetapi sebaliknya, kita digalakkan berbelanja sakan seolah-olah esok sudah tiada lagi.

Apakah ini satu usaha agar rakyat Malaysia menjadi tertarik semula melabur di pasaran saham supaya mereka yang mahu melepaskan pegangan saham mereka (yakni para juak, anak-anak, para kroni dan sebagainya) mampu melakukannya kepada pelabur runcit yang tidak menyedarinya? Inilah yang berlaku pada 1997. Tetapi, takkan pisang berbuah dua kali, terutama sekali apabila ada usaha untuk melambakkan saham-saham kepunyaan syarikat para kroni di pasaran sejak kebelakangan ini dapat dihidu sehingga kegagalan menyauk keuntungan besar sudah pun berlaku.

Kini muncul pula soalan cepu kencana: Daripada mana pula wang akan dicari untuk semua rencana ini? Segala projek yang diumumkan oleh menteri kabinet secara rakusnya itu sudah pasti akan menjerumuskan Malaysia ke lembah kesulitan seperti yang dialami sekarang. Kerja-kerja 'bailout' (penyelamatan) terhadap syarikat kepunyaan para kroni, anak-anak dan para juak sudah pasti menghimpunkan bebanan hutang yang tidak terbayar. Semua projek yang berharga berbilion ringgit diumumkan tanpa mengambil kira bagaimana semua itu akan dilunaskan. Bebanan hutang yang semakin bertapuk disebabkan gelagat para kroni yang rakus semakin mengancam sistem perbankan negara untuk tenggelam sama.


Senarai Harapan

Memang tidak salah menanggung hutang bertimbun kalau ada satu sistem pengurusan yang efisen dan arif dengan cara menguruskannya. Tetapi inilah yang disangsikan. Kebanggaan Malaysia terhadap kepintaran mengurus adalah berasaskan kepada suasana ketika ramai yang muncul memberikan bantuan modal yang mencurah-curah yang tidak pun menghasilkan apa-apa selain hutang bertapuk dan kemuflisan bertokok. Kini, Malaysia sedang didera kerana terlalu taksub mempercayai satu anggapan bahawa apa yang naik melonjak tidakkan turun mencanak.

Cadangan Dr. Mahathir itu hanyalah satu ilusi sahaja, kerana dia tidak akan dapat melaksanakannya. Dia mengharapkan rakyat marhaen akan merasa lega betapa masa berseronokan itu masih ada lagi untuk dinikmati. Keadaan pasaran saham terus jatuh merempat di sebalik segala usaha memutarbelit pegerakannya di saat akhir waktu niaga akan tamat. Telekom, Tenaga dan Malayan Banking sebenarnya mempunyai kudrat bebanan sekitar 35 persen di antara sejumlah 100 saham yang mempengaruhi Indeks. Putar belit menyangga indeks memanglah satu kesalahan tetapi Suruhanjaya Sekuriti dan juga BSKL sentiasa bersedia menutup sebelah matanya dalam tipu muslihat itu.

Jadi, kita kini berhadapan dengan kenyataan. Apakah benar kerajaan mempunyai daya kekuatan menguruskan ekonomi dan menyelamatkan negara daripada tekanan yang menjerut kesejahteraannya. Cuma kerajaan sahaja yang yakin bahawa ekonomi boleh melonjak naik apabila rakyat yang ada pekerjaan diberhentikan sedangkan dunia perniagaan merengek dan merangkak ke bibir gaung kemuflisan. Negara ini sedang diasak oleh kecelaruan ekonomi yang sungguh dahsyat tetapi yang lebih dahsyat lagi ialah wujudnya sebuah kerajaan yang tidak sedar apakah ia masih wujud secara berkesan.

UMNO yang menunjangi kerajaan Barisan Nasional sedang dihayun masalah dalaman yang akan melenyapkannya. Sebagai presiden parti, Dr. mahathir masih berdegil melawan arus untuk merangkul kuasa terus sedangkan orang Melayu sudah naik malas menyokongnya lagi dan sanggup membiarkan parti terhegeh-hegeh ke jalan mati. Pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian menunjukkan parti itu tidak berminat untuk melaksanakan perubahan. Sikap melaksanakan reformasi dalam parti memang tidak ada sehinggakan sanggup membiarkan kaedah lama terus bernafas begitu sahaja. Inilah alamat parti itu menghampiri zaman kemusnahannya.


Lagak Berani

Kepincangan UMNO menegakkan kewibawan menguruskan negara disebabkan kerakusan berpolitik yang mementingkan nafsu-nafsi, menjadikan kereputan parti itu tidak boleh dielakkan lagi. Keadaan yang menghanyutkan itu begitu menonjol seperti yang tersembur daripada mulut Mahathir sendiri. Dia mengeluarkan kata-kata seolah-olah dia masih menguasai keadaan. Kuasa yang dia fikir masih ada di tanganya itu sudah lama terhakis sedikit demi sedikit sejak direncanakannya proses pengaiban terhadap mantan timbalannya Anwar Ibrahim.

Pertelingkahan di antara David dan gergasi Goliath yang dilakonkan oleh Anwar dan Dr. Mahathir itulah yang menyebabkan kerajaan Barisan Nasional menjadi lalai terhadap peranannya yang sebenar. Keadaan sudah menjadi begitu serius sehingga mencetuskan suasana yang sama peritnya kalau mahu diusahakan agar keadaan berpatah balik. Apa yang cuba dinyatakan oleh Mahathir dan juga Daim bukannya satu kenyataan yang hakiki sebenarnya. Ia cuma satu sikap berani yang bermuka-muka yang mereka harapkan dapat menjadi perisai untuk mereka terus berkuasa. Sebenarnya kewujudan mereka itu sudah laksana diberi pilihan untuk dibakar oleh api ataupun terjun masuk mulut buaya.

Dr. Mahathir sudah ketandusan pilihan untuk terus berkuasa. Tidak ada perubahan yang boleh dilakar yang mampu menyelamatkannya. Apa cara yang diusahakannya dia sudah pun dijerut oleh keaiban. Yang lebih menyukarkannya ialah cara dia dipinggirkan oleh negara, kerajaan dan juga partinya. Dia mengharapkan semua dasarnya dulu dapat meraih sokongan akar umbi yang telah melarikan diri sejak September 1998 lagi. Dia terlalu mengimpikan satu pentadbiran yang rancak yang pernah dibanggakannya. Masa itu semua sudah lama berlalu. Dia telah dihimpit keresahan oleh segala tekanan itu. Apa juga yang ditonjolkannya, baik dalam bentuk ucapan mahupan dasar pentadbiran - sudah tidak laku lagi. Segala rencana ekonomi dan kewangan yang terbaru diusahakannya itu adalah contoh himpitan yang akan menyesakkan pernafasannya lagi.


-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 1/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

malaysiakini (www.malaysiakini.com)

29 March 01


An American Recession, So Let's Spend


CHIAROSCURO
MGG Pillai


The Malaysian Prime Minister, Dr Mahathir Mohamed, says a RM7.7 billion plan to sidestep the impact of an US economic downturn. The finance minister, Daim Zainuddin, suggests other measures, and the Bank Negara Malaysia governor, Zeti Aziz, affirms it is all systems go. But nevertheless questionable, indeed doubtful: Dr Mahathir chose to announce this not to Parliament, now in session, but at a press conference at Parliament House. If he will not take Parliament into confidence, how could Malaysians believe him?

The speed with these measures are decided upon, without consultation and debate, as if out of the magician's hat, and to ignore Parliament, makes it doubly suspicious. In 1997, amidst the Asian financial meltdown, Dr Mahathir and Daim Zainuddin reacted as now, keeping the nation and Parliament in the dark and announcing to the world as if they had discovered the panacea for the United States' dominant role in the Malaysian economy.

Why does Dr Mahathir and his administration assume that they, and they alone, have all the answers? What makes the present exercise suspect -- and has something to do not with the US economic but to encourage Malaysians to go on a spending spree, if not at the stock markets then at the shopping malls, is this challenged belief that if the Prime Minister of the finance ministers says it, it must be true.

The latest slew of economic and financial projects include RM600 million in oil palm replanting subsidies, the building of 200 single-session schools, 193 community colleges, four universities, and 6,600 houses for the armed forces; car loans for government servants one in five, instead of seven, years; Malaysians encouraged to go further into debt by persuading them to use their credit cards; make Kuala Lumpur the regional hub for tourism.

Tight Times

If this was intended, then it would have been in this year's budget proposals. It also shows that neither the Prime Minister or the finance minister considered the impact of the US slowdown then, that the US economy is but an excuse to announce all this for reasons that has nothing to do with the country's well-being. It may not be. But does it matter if this is how the market and country interprets it?

Mahathir, at his press conference, adds RM3 billion to the RM28.8 billion approved for the current budget year. He does not announce this first in Parliament. Especially when it is in session. Nor does he explain how Malaysia could overcome the impact of the US recession with a shopping spree? One would have thought that in tight times, the savings rate should be the highest possible. Instead, we are encouraged to buy as if there is no tomorrow.

Or is this an attempt to make Malaysians more interested in getting into the stock market so that those who need to unload the shares -- of highly-leveraged courtiers, siblings, cronies -- on an unsuspecting public. This is what happened in 1997. But lightning does not strike twice, especially when its own attempt to unload crony companies on the stock market has met with scant success in recent months.

Hence the perennial question: where is the money for this coming from? The projects cabinet ministers have announced, recklessly as usual, will land Malaysia into more financial trouble than she already is in. The bailout of the cronies, siblings and courtiers ensures a public debt cannot be repaid. The billion-ringgit projects are announced with no thought on how they are to be paid for. The banking system is under strain, with the debts to those close to the centre of power threatening to sink it.

Wish List

There is nothing wrong with huge debt if there is a competent management which knows how to manage it. That is in doubt. Malaysia's claim to prudent and successful management of its resources is based at a time when everyone was beating to its door, pouring in Croessus-like sums of money that produced nothing now but debt and bankruptcy. Malaysia now pays for the arrogant belief that what goes up must stay up.

Dr Mahathir's proposals therefore is a wish list, not what he can implement. He hopes this would make the people feel that good times are around the corner. But with the Kuala Lumpur Stock Exchange continuing to slide despite a deliberate prime pumping the KL Consumer Index in the last few minutes of trading of the three stocks -- Telekom, Tenaga and Malayan Banking, with a weightage of 35 per cent of the KLCI's 100 stocks. This is an offence, but the Securities Commission and the KLSE turn a blind eye.

So, we come back to how reliable the government is in managing the economy, and to turn the country out of its lethargic economic conditions. It is only the government which believes that the economy leaps higher when people are retrenched as business tether at the edge of bankruptcy. The country is in deep economic trouble, but what makes it worse is a government that does not whether it comes or goes.

UMNO, the main party in the governing National Front Coalition, is in the throes of internal irrelevance. Dr Mahathir, as its president, insists on leading it against all odds, and the Malay is fed up with it all to leave it to its own devices. Its divisions and branches elections show not a desire for change and reformation but for the tired, unworkable status quo. It suggests a party about to self-destruct.

Bold Front

When it cannot safeguard its own back, with politicial clout more interested in this than the larger management of the country, the drift is unmistakeable. It is so blatant that all it needs to show it is for statements as Dr Mahathir made yesterday. There are made as if he is in total control. He is not, and is damaged by the continuing erosion of support over the humiliation of his former deputy prime minister, Anwar Ibrahim.

It is this David-and-Goliath struggle between Dr Mahathir and Anwar that forced the National Front government to lose its sure touch. So serious is this that it is as painful to go forward as to return. What Dr Mahathir's, and Daim's, statements reflect is not confidence but a bold front which they hope would steel them to move forward. They are, in other words, between the devil and the deep blue sea.

Dr Mahathir cannot make the changes he must to survive, not not make them. Either way, he is damned. What makes it worse is his isolation -- from the country, the government, and his party. His policies, he hopes, would cause the return of the support he lost sharply in September 1998, and a return to the vibrant administration he once proudly led. But he is beyond that. He is squeezed in with these pressures, and what he delivers -- speeches and policies -- are disbelieved. The latest economic and fiscal measures are but the latest of this.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my