Laman Webantu   KM2A1: 4121 File Size: 16.3 Kb *



TJ MT MGG: Menteri Kesihatan Dan Pesakitnya
By M.G.G. Pillai

2/4/2001 10:49 pm Mon

MGG 7601

[Chua sendiri tidak yaqin kepada hospital negara tetapi membatalkan hasratnya kerana isu Anwar menjerutnya. Jika pembedahan dilakukan di dalam negara, banyak peralatan pinjam akan terlibat dari dalam dan luar negara. Sudah tentu ini membahayakan nyawa pesakit dan nyawa politik Chua sendiri dan seorang doktor yang melantik Chua juga.

Yang pastinya kesihatan politik doktor tua kini dalam bahaya. Krisis Fauzi terlalu menghampiri perhimpunan agung Umno. Jika Khalil dibedah, Mahathir dan Sultan Pahang akan terkena. Dimana mereka mahu menaruh muka nanti agaknya? Nampaknya Khalil mungkin terbunuh sebelum dibedah kerana tiada doktor berani melakukannya walaupun dia berlagak pandai merawat sakit di seantero dunia.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Menteri Kesihatan Dan Pesakitnya

(The Health Minister And The Prisoner)

Menteri Kesihatan, Dato' Chua Jui Meng naik berang kerana kemelut pembedahan mantan perdana menteri Anwar Ibrahim telah mempersoalkan kecanggihan kemudahan perubatan Malaysia yang 'bertaraf dunia'. Dia memang tidak ragu akan keunggulan kemudahan yang ada. Cuma, ketika dia perlu menjalani pembedahan 'cardiac-bypass', dia telah membuat pilihan utama untuk dibedah di sebuah hospital terkemuka 10,000 batu jauhnya. Tetapi, apabila kontroversi melibatkan kesihatan Anwar Ibrahim menjadi hangat dia telah diarahkan membatalkan hasratnya itu dan merelakan dirinya dibedah di Institiut Jantung Negara. Kalaulah dia begitu yakin dengan kualiti khidmat perubatan dan kesihatan Malaysia ini kenapakah Chua membuat pilihan pertama untuk mendapatkan rawatan peribadi di luar negara? Apakah menjadi satu keajaiban apabila insan yang mahu dihapuskan oleh kerajaan mempunyai keraguan mengenai pembedahan yang akan dialaminya? Tambah pula apabila pembedahan yang begitu berbahaya kepada keselamatan nyawa itu belum pun lagi terdapat di negara ini dan mesti dilaksanakan dalam keadaan yang tergesa-gesa?


Pakar endoskopik Belanda, Dr. Thomas Hoogland yang mengamalkan kerjayanya di Jarman, telah tiba untuk memeriksa Dato Seri Anwar setelah berlakunya perlbagai perbalahan remeh-temeh antara kerajaan dengan Anwar. Dia telah memeriksa Anwar dan mencadangkan agar beliau menjalani pembedahan yang hanya boleh diperdapatkan di seberang laut. Pihak hospital Kuala Lumpur bersetuju, tetapi menyatakan bahawa kemudahan pembedahan boleh disediakan di negara ini dengan 'meminjam' alat-alat pembedahan daripada beberapa hospital di negara ini. Kalau ada peralatan lain yang diperlukan, bolehlah Dr. Hoogland membawanya daripada luar negara secara pinjaman juga. Dengan lain perkataan cadangan itu adalah bertujuan mewujudkan satu bilik pembedahan bertaraf sementara. Menteri Chua naik berang apabila Dr. Hoogland menyatakan bahawa pakar pelali (anaesthetists) di negara ini tidak mempunyai pengalaman dalam kaedah mikroskopik. Sesaorang pesakit akan menerima risiko besar seandainya pakar pelali tidak mempunyai pengalaman yang wajar. Dato' Seri Anwar bertegas dengan pendirian beliau. Adakah sesiapa lagi yang beranggapan bahawa cadangan prosedur kerajaan mewujudkan bilik pembedahan sementara itu merupakan suatu langkah bijak untuk melegakan sesiapa sahaja yang akan dibedah di situ? Inilah sebabnya keadaan mencelaru berlanjutan lagi.


Keadaan semacam ini melakonkan kembali suasana pertelingkahan antara Perdana Menteri dengan seorang Banduan, yang bermula pada satu malam musibah pada bulan September 1998. Ketika itu Dr. Mahathir telah memecat Anwar Ibrahim dengan penuh keaiban sebagai timbalan perdana menteri. Dia telah dikenakan tuduhan rasuah dan berkelakuan kurang berakhlak dan dipenjarakan selama 15 tahaun hasil satu perbicaraan yang penuh kontroversi. Kerajaan telah mengedarkan secara senyap-senyap satu kaset video menuduh Anwar Ibrahim berkelakuan sumbang dengan orang yang tidak dikenali. Itulah kerja jijik yang tidak beretika yang sanggup dilakukan oleh Perdana Menteri sehinggakan dia rela menayangkan video lakonan jijik itu kepada pegawai tinggi tentera Malaysia dan diplomat, yang tidak ramai pun mempercayainya. Pita video itu diedarkan ke seluruh negara secara diam-diam dan dengan niat yang amat jijik sekali. Kumpulan Anwaristas bertindak-balas dengan VCD urusan mereka pula dengan mengedarkan terbitan Australian Broadcasting Corporation mengenai kes pengadilan Anwar Ibrahim sehinggakan sekurang-kurangnya 500,000 salinan sudah terjual.


Yang menjadi isu utama sekarang ialah keadaan kesihatan Anwar yang semakin teruk dan bagaimana penyakit belakang yang mengancam nayawa itu boleh dirawat. Anwar masih berdegil dengan pendapatnya sambil kerajaan turut besikap tidak acuh dan sengaja mahu berdendam dan bergaduh. Kerajaan cuba mengobah haluan dengan menggembar-gemburkan betapa Anwar diberikan layanan istimewa yang tidak pernah diberikan kepada banduan lain. Memang benar kenyataan itu kerana Anwar memang menerima layanan yang baik. Kabinet memang ada membincangkan setiap permintaannya. Menteri kesihatan telah dicuit agar membangkitkan isu semangat nasionalisma Anwar. Beberapa pembantu timbalan perdana menteri ada terlibat membincangkan keadaan tempat tinggalnya di Sungai Buluh dengan pihak berkuasa penjara. Akhbar New Sunday times (01 April 01) hari ini telah melaporkan betapa satu pasukan TV RTM telah melawat bilik hospital beliau dan mendapati betapa dia menerima layanan istimewa yang tidak pernah dinikmati oleh mana-mana banduan di negara ini. Jikalau segala pemberitaan itu bertujuan mendedahkan bentuk layanan yang diberikan, makanya kerajaan harus memberikan penjelasan kenapakah peraturan kerajaan diperlekehkan untuk memberikan kemudahan itu kepada seorang banduan. (Kalaulah pemberitaan itu satu lelucon bertepatan April 1 yakni 'April Fool Day', sudah tentu ia akan mempalitkan taik ke muka pihak kerajaan).



Dato Sri Anwar sedang menguasai keadaan sebenarnya. Dia menguasai keadaan itu secara remot daripada bilik penjara. Musuh ketatnya Dr. Mahathir Mohamed, sedang terpenjara disebabkan Anwar Ibrahim, dan bukan sebaliknya. Sebenarnya Mahathir yang terpaksa meneliti setiap langkahnya. Dia tidak mampu bergerak bebas kerana takut terserempak dengan kumpulan Anwaristas. Dia amat gerun berucap di khalayak ramai kerana takut diejek dan diaibkan. Kini dia tidak punya pilihan lain dalam menjalankan tugas menjelajah negara untuk memengapkan pengaruh Anwar di peringkat cawangan dan bahagian UMNO yang sibuk bersidang. Bayangan Anwar Ibrahim sentiasa sahaja menghantuinya. Kerana itu dia terpaksa mengupah agar orang datang mengerumuni majlis yang dihadirinya. Kini dia menjadi gelabah lagi apabila Dato Fauzi Abdul Rahman, di Pahang menerima hanya sembilan pencalonan dan bukannya 20 untuk membolehkannya layak bertanding bagi jawatan ketua bahagian Kuantan.


Fauzi memberitahu adanya komplot untuk menjatuhkannya. Ia berputik kerana kedegilan menjauhkan dirinya daripada Dato Seri Anwar Ibrahim sedangkan orang lain melakukannya. Fauzi menuduh mantan menteri besar yang kini menjadi menteri penerangan dan setiausaha agong UMNO, Khalil Yaakob, dengan tuduhan salah guna kuasa. Dia telah meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat yang memaksa dilangsungkan satu pilihanraya kecil sedangkan kerajaan sedang mencungap untuk menghadapi upacara semacam itu.

Perdana menteri mengarahkan dilaksana satu siasatan kerana dia terpaksa bertindak begitu walaupun perkara itu akan menjerut dia lagi. Inilah satu hayunan maut pihak Anwaristas. Seorang apparacik (petugas totok) telah memberitahu saya semalam untuk bersedia menerima banyak lagi kejutan seperti itu apabila pemilihan jawatankuasa di peringkat bahagian selesai sebelum April berakhir nanti.


Tidak kiralah apa lagi yang akan berlaku. UMNO sudah pun dijerut oleh kemungkinann adanya pilihanraya kecil. Tidak kiralah juga kalau UMNO menerima perletakan jawatan Fauzi itu. Apa pun yang terjadi UMNO sudah dijeruk oleh keadaan yang besar kemungkinannya terpaksa menjeruk Mahathir agar bersara lebih awal daripada yang diidamkannya. Khalil Yaakob pun sudah menjadi bahan jeruk-menjeruk juga. Perdana Menteri dijangka tiba di Gua Musang pada 7 April. Inilah kubu kuat seorang serigala Kelantan. Ketibaan Mahathir di situ memberikan kiasan siapakah yang dibayangkannya patut menggantikan beliau seandainya jeruk yang disediakan untuknya menjadi pekasam. Dulu, dia tidak mampu mendesak Majlis Tertinggi UMNO untuk memilih Tengku Razaleigh menggantikan Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri. Mereka bertegas agar pilihan dibuat daripada salah seorang naib presiden parti. Terlantiklah Abdullah Ahmad Badawi dan lantikan itu terpaksa diterima juga walaupun pahit rasanya. New Sunday Times turut berpendapat bahawa kehadiran Mahathir di Gua Musang nanti adalah lebih daripada satu kebetulan. Lagi kerap Menteri Chua Jui Meng menyakat Anwar Ibrahim, lebih kerap lagi sakatan itu terpalit kepada Perdana Menteri. Kedua mereka sedang kesakitan yang amat sangat, seorang sakit kerana kecederaan badannya, seorang lagi kerana musibah politiknya.


-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT020401<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

The Health Minister And The Prisoner

The health minister, Dato' Chua Jui Meng, is incensed that in this stalemate over the jailed former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim's surgery, Malaysia's "world class" medical facilities is in question. He has no doubt about how good it is. Which no doubt is why, when he had had to have cardiac bypass surgery, his first choice was a well-known hospital 10,000 miles away. But, amidst the controversy over Dato' Seri Anwar's health, he was ordered not to, and had it instead at the Institiut Jantung Negara. If he is so convinced about the quality of Malaysian health and medical care, why did he even contemplate going overseas for it? Is it any wonder then that a man the government would rather see disappear into thin air is worried about his surgery? Especially when the life-threatening surgery is not available here and must be done in make-shift conditions.

The Dutch endoscopic surgeon, Dr Thomas Hoogland, who practices in Germany, came here to examine Dato' Seri Anwar, but after a messy political scrap between the government and Dato' Seri Anwar. He examines Dato' Seri Anwar, and recommends surgery that could only be done overseas. The Hospital Kuala Lumpur agrees, but says one can be set up by cannibalising specialised equipment from other Malaysian hospitals, and Dr Hoogland bring the missing pieces. In otherwords, an improvised operating theatre. Dato' Chua is incensed when Dr Hoogland said the anaesthetists here does not have experience in this microscopic procedures. Without it, the patient is put at risk. Dato' Seri Anwar holds his ground. Would those who insist this is a brilliant innovative procedure for which Malaysia is well known for allow themselves to be operated upon in such conditions. The stalemate continues.

It replays the animosity between Prime Minister and Prisoner, which began one fateful night in September 1998 when Dato' Seri Mahathir Mohamed had Dato' Seri Anwar Ibrahim dismissed from UMNO and as deputy prime minister. He is accused of s###my and corruption, and jailed, in highly controversial trials, for 15 years. The government releases, quietly and without fanfare, a videocasette allegedly of Dato' Seri Anwar in a homosexual encounter with unknown people. So unprofessional it was that when the Prime Minister showed it to senior Malaysian military officers and diplomats, few believed it. But the tape was released into the public domain surrepticiously. The Anwaristas retaliated, with VCDs of their own, with one particularly damning Australian Broadcasting Corporation report on the Anwar Ibrahim trials selling at least 500,000 copies.

The central issue now is his deteriorating health, and how his life-threatening back pain can be treated. Dato' Seri Anwar holds his ground, and the government's response is both pathetic and vindictive. It then changes tack. Dato' Seri Anwar gets special treatment no other prisoner gets. That is true. He is treated with kid gloves. The cabinet meets to decide almost every one of his requests. The health minister is brought in to question his nationalism. The deputy prime minister's aides discuss with the Sungei Buloh prison authorities about his living arrangements. The New Sunday Times today (01 April 01) says an RTM television crew visited his hospital room and found he has "luxury treatment ... unprecedented for a prisoner in this country. If this is to show how well he is treated, the government should explain why it breaks its own rules and regulations to give this run-of-the-mill prisoner all these privileges. (And if this NST report is a sick April Fool Joke, it backfires with even more excreta on the government's collective face.)

Dato' Seri Anwar holds the trump card. He controls events from his prison cell. His nemesis, Dato' Seri Mahathir Mohamed, is now prisoner of Dato' Seri Anwar, not the other way around. It is he who has to watch his step. He cannot move about for fear of meeting Anwaristas, he fears addressing gatherings for fear he would be insulted. When he has no option but to travel around the country, as now, to contain the Anwarista influence on the UMNO branch and division elections, Dato' Seri Anwar dogs him at his heels. He has to pay for crowds to hear him speak, and now thrown out of kilter when Dato' Fauzi Abdul Rahman, in Pahang, received only nine nominations, instead of 20 to make the cut to be elected Kuantan division chief.

What felled him, Dato' Fauzi says, is a plot to unseat him, who would not distance himself from Dato' Seri Anwar when others deserted him in droves, and accuses the former state mentri besar and now federal information minister and UMNO secretary-general, Tan Sri Khalil Yaakob, of abuse and power. He also resigns as state assembly man to force a byelection when the government is in mortal fear of one. The Prime Minister orders an inquiry, as he had to, but it afflicts him even more. The Anwaristas dealt a mortal blow. An UMNO apparatchik told me yesterday to expect more such surprises when divisional elections are completed by the end of April.

It does not matter. UMNO is caught over the beyelection: it does not matter if it accepts Dato' Fauzi's resignation; either way, UMNO is in a pickle, and could well force Dato' Seri Mahathir to retire earlier than he wants to. Tan Sri Khalil has become an albatross around his neck. The Prime Minister today is in Gua Musang, the lair of the wily Kelantan fox, one Tengku Razaleigh Hamzah, to make known, willy nilly, whom he wants, if truth be told, to succeed him. He could not persuade his UMNO supreme council to have Tengku Razaleigh succeed Dato' Seri Anwar as deputy prime minister; it wanted one of the vice presidents instead. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi it then was, and reluctantly accepted. Even the New Sunday Times suggests his presence in Gua Musang is more than coincidental. The more Dato' Chua Jui Meng and his ministry harasses Dato' Seri Anwar, the more it redounds on the Prime Minister. And both are in intense pain, one politically and the other physically.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my