Laman Webantu   KM2A1: 4123 File Size: 4.6 Kb *



Beserah: Salinan Lapuran Polis Fauzi
By S. B.

2/4/2001 11:07 pm Mon

[Lapuran ini belum dapat disahkan walaupun apa yang tertulis nampak benar. Sila ambil perhatian. - Editor]


Rujuk: Komentar


LAPORAN POLIS ADUN BESERAH, DATUK FAUZI ABDUL RAHMAN, TERHADAP SETIAUSAHA AGUNG UMNO TAN SRI KHALIL YAAKOB


Ini adalah laporan polis saya terhadap bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Mohd Khalil Yaakub.

Saya ingin menyatakan selanjutnya bahawa YB Tan Sri Mohd Khalil Yaakob, semasa menjadi Menteri Besar Pahang, terlibat dengan satu penyelewengan dan salah guna kuasa yang boleh saya istilahkan sebagai "misappropriation of State Resources", satu penyelewengan yang jelas melibatkan beliau atau yang mesti dipertanggunjawabkan ke atas beliau adalah tentang pemberian kawasan pembalakan dalam hutan kekal dengan tidak mengikut prosedur dan jelas bertentangan dengan Dasar Perhutanan Negara. Tingkah laku beliau telah menjejaskan sumber kewangan dan aliran tunai Kerajaan Negeri sekarang. Ianya juga menafikan HAK rakyat kawasan DUN Beserah serta seluruh Negeri Pahang daripada memperolehi peruntukan yang sewajar.

Tan Sri Mohd Khalil Yaakob, sebagai Menteri Besar Pahang adalah anggota Majlis Perhutanan Negara. Majlis ini telah menentukan kuota tahunan pada 28,000 ekar bagi Negeri Pahang untuk ditebang. Kuota atau catuan ini adalah wajib dipatuhi untuk bukan sahaja memastikan "sustainable forestation" tetapi bertujuan untuk menyelamatkan Negeri Pahang, ianya juga merupakan satu perancangan yang amat munasabah bagi menentukan kesinambungan hasil perhutanan sampai bila-bila.

Adalah bukan rahsia lagi bahawa Kerajaan Negeri Pahang semasa diterajui oleh YB Tan Sri Khalil meluluskan konsesi-konsesi pembalakan dalam hutan kekal tidak menghiraukan kuota-kuota yang ditetapkan oleh Dasar Hutan Negara, yang mana beliau adalah ahlinya bagi kelulusan konsesi-konsesi tersebut. Kuota-kuota berkenaan (iaitu lebih kurang 28,000 ekar saja setahun) sering kali dilanggar dan diketepikan oleh Kerajaan Negeri, yang diketuai oleh YB Tan Sri Khalil Yaakob sendiri, waktu itu tanpa segan dan silu dan tanpa rasa bersalah.

Sikap tidak bertanggungjawab dan ketidak-prihatinan YB Tan Sri Mohd Khalil Yaakob dan Kerajaan Negeri waktu itu di bawah kepimpinannya telah membarah dengan begitu teruk dan akibatnya adalah, semasa beliau meninggalkan Kerajaan Negeri Pahang pada pertengahan tahun 1999 untuk bertugas dengan Kerajaan Pusat, kuota konsesi pembalakan yang boleh diluluskan oleh kerajaan Pahang bagi tahun-tahun 2000, 2001, 2002, 2003 dan 2004 semuanya telah habis "digunakan". Bagaimana penyelewengan yang sebegini serius dan besar penyakitnya boleh berlaku hanya YB Tan Sri Khalil saja yang mengetahui dan menjawabnya.

Walau apapun, satu kesan yang parah dan nyata dari penyelewengn ini ialah Kerajaan Negeri hari ini telah "hilang" sumber kewangan utamanya (kerana hasil dari perlesenan konsesi pembalakan untuk Negeri Pahang adalah lazimnya 40% hingga 60% dari hasil kerajaan negeri). Saya menganggarkan Kerajaan Negeri akan kehilangan antara 300 juta hingga 900 juta satu tahun hingga tahun 2003 atau 2004 di atas penyelewengan Tan Sri Mohd Khalil Yaakub.

Rakyat Negeri Pahang berhak untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku dan dilakukan semasa YB Tan Sri Khalil Yaakub memimpin kerajaan Negeri Pahang. Rakyat juga berhak menuntut supaya tindakan wajar dan saksama diambil terhadap YB Tan Sri Mohd Khalil Yaakub atas penyelewengan dan salah laku beliau dan jika terbukti, satu dakwaan di mahkamah keadilan dibuat.

Dari satu sudut yang lebih halus, saya menganggarkan perbuatan bekas Menteri Besar Pahang ini sebagai mempunyai kesan sabotaj dalam erti kata ia telah membantutkan keupayaan dan usaha Kerajaan Negeri hari ini untuk memajukan rakyat dan negeri dan menafikan HAK mereka.

Sekaligus saya, Wakil Rakayt DUN Beserah berasa amat terkilan kerana rakyat Negeri Pahang, khususnya DUN Beserah dinafikan HAK mereka - iaitu kehilangan sumber peruntukan antara RM300 juta hingga RM900 juta.

Saya sangat berharap dan yakin pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dapat menyiasat dengan rapi terhadap aduan ini.

Terima Kasih.

The original website is KOMENTAR at
http://komentar.tripod.com/