Laman Webantu   KM2A1: 4125 File Size: 3.3 Kb *



Beserah: Siasat Lagi???
By tv3

2/4/2001 9:30 pm Mon

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera
Semua Pejuang REFORMASI


Ekoran pergolakan UMYES Bahagian Kuantan. Manusia Kehilangan Tuhan (MKT) telah memutuskan beberapa perkara, diantaranya:

1. Menolak perletakan jawatan sebagai ADUN Beserah oleh FR, walau pun pada hemat kami di tv3, perkara ini tidak timbul kerana perletakan jawatan seharusnya di tujukan kepada Speaker DUN Pahang Darul Casino. Surat yang dikatakan di alamatkan kepada Menteri Brutal (MB) selaku Ketua Perhubungan UMYES Pahang, sama sekali tidak boleh ditakrifkan sebagai surat perletakan jawatan. Jadi sebenarnya tak perlu dibincang sehingga ke MKT! Mengabihkan kan boreh ajor……..

2. Menubuhkan jawatankuasa khas (Ad-hoc Committee) untuk menyiasat hingga keperingkat akar umbi terhadap dakwaan FR (kununnya) tentang a) Politik wang, dan b) tentang lapuran yang diadukan terhadap salahguna kuasa Buaya Paya Bongor, Khalil Akop, ketika menjadi Menteri Besar Pahang Darul Casino.

Ada sesuatru yang kelihatan sumbang disini.

Mengapa kah di bangkitkan masaalah politik wang didalam proses pencalonan Ketua Bahagian Kuantan? Dari manakah datangnya fakta ini? Sepengetahuan kami di tv3 FR memberi notis untuk meletakkan jawatan diatas alasan bahawa, "Jikalau kawasannya sendiri di Beserah tidak mencalunkan nya, bererti kepimpinan beliau tidak lagi memenafaatkan anak kakinya". Dengan itu, diatas dasar prinsip, beliau ingin berundur. Dari manakah datangnya dakwaan yang wang penyebab beliau tidak dicalunkan? Kedua, bolehkah kita percaya bahawa selama ini tak siapa pun di MKT yang sedar akan betapa hebatnya rasuah berleluasa didalam setiap pemilihan UMYES, dari cawangan sampailah ke Presiden (1987)? Adakah MKT benar benar serius menangani hal ini? Atau adakah ini satu lagi "eye wash"? Kami di tv3 berat mengatakan bahawa ini adalah satu lagi sandiwara arahan Mahafiraun.

Jikalau FR tidak dilayan, alamat pilihanraya kecil mesti diadakan. Pilihanraya kecil diwaktu pemilihan UMYES berlaku? Sakit ooohhh….. Ditakdirkan kalah pulak. June ada perhimpunan agong….ooohhhhh! Jelas, pendekatan terbaik, "LAYAN" dahulu FR. Penyudahnya…senyap. Hilang dihanyut masa!

Beralih kepada lapuran Polis. Apa kena mengena lapuran ini dengan UMYES? Polis lah yang wajib menjalankan siasatan, dan jikalau perlu pihak BPR. Sekali lagi, kita boleh meneka dengan tepat apakah penyudahan lapuran sebegini. Lihat sahaja lapuran lapuran yang dibuat DSAI, Sdr Ezam dll. Semua akan samapai ke Musa Hassan. Natijahnya? Lenyap! Ada satu atau dua yang mungkin terlepas dari Musa Hassan akan tiba pulak kemeja AG. Habis….tak cukup bukti. Dan begitulah seterusnya.

Aduhai UMYES, hentikanlah sandiwara mu ini! Dah nak MUNTAH kami dibuatnya!

Kepada Dato' Fauzi Rahman. Give up lah! Kalau nak cuci jamban tahi, cuci lah dari luar. Ambil lah iktibar terhadap apa yang telah dilakukan terhadap DSAI! Hanya satu pilihan yang ada kepada Sdr, tinggalkan parti yang telah diliwat "beyond recognition" itu, walaupun almarhum ayah Sdr satu satunya pengasas parti tersebut!

Bagi kami yang telah berkerat rotan, Lawan Tetap Lawan!!!