Laman Webantu   KM2A1: 4126 File Size: 9.1 Kb *



TJ MT MGG: UMNO Pusing-pusing Bila Fauzi Bising-bising
By M.G.G. Pillai

3/4/2001 11:58 am Tue

MGG 7701
[Umno kini kepeningan bila Fauzi membuat lapuran polis. Mahathir melantik beberapa orang dan Dollah Badawi juga memilih beberapa orang. Sepatutnya kedua pemimpin Umno ini membiarkan sahaja polis atau BPR menyiasatnya kerana itu memang tugas mereka. Nampak sangat suruhanjaya itu ditubuhkan seperti untuk menasihat pihak terlibat - bukannya untuk menyiasat. Ini juga menunjukkan bukti dan kenyataan Fauzi adalah tepat sehingga menggelabah pihak atasan Umno dan Sultan dibuatnya.

Walaupun isu ini mungkin cuba dipadamkan serta-merta dengan beberapa akta yang ada, ia tidak akan lenyap begitu sahaja kerana pekong di dada sudahpun terbuka. Reaksi yang terbaca bakal membuat ramai merasa curiga mengapa begitu terkejut dan menggelabah pemimpin Umno dibuatnya. - Editor]


Penterjemah: -MT-


UMNO Pusing-pusing Bila Fauzi Bising-bising

(MGG: UMNO Runs Around In Circles Over Dato? Fauzi)


Apabila wakil rakyat Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman, membuat lapuran polis menuduh setiausaha agung UMNO, Tan Sri Khalil Yaakob melakukan rasuah, dia telah membuatkan UMNO menjadi gelabah. Presiden partinya, Dr. Mahathir Mohamed, menjadi terkejut beruk sehingga terpusing-pusing untuk cuba memahami masalah yang membuatkan dia terus pening. Mahathir mengarahkan satu siasatan dalaman dan meminta Suruhanjaya Disiplin (Tatatertib) yang diketuai oleh mantan menteri luar, Tengku Ahmad Rithaudeen, menjalankan kerja. Belum pun tugas itu bermula, Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan bahawa jawatankuasa sudah pun dilantik untuk tujuan itu, memandai-mandai pula mengatakan suruhanjaya itu akan dianggotai antara tiga hingga empat orang ahli. Inilah yang mencetuskan dua persoalan penting: Apakah suruhanjaya tatatertib itu bebas menjalankan tugasnya kalau sudah ada orang yang mahu berperanan dalam pembentukan ahli-ahlinya? Apakah sebenarnya peranan suruhanjaya tatatertib itu? Saya telah bercakap dengan beberapa ahli parti, yang memberitahu betapa UMNO tidak pernah melakarkan panduan dan peraturan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah politik-wang itu. Tanpa peraturan khusus bagaimana gamaknya suruhanjaya itu boleh berfungsi?


Belum pun perkara itu diselesaikan, Fauzi sudah menyulitkan keadaan lagi. Apa yang patut dilakukan oleh Perdana Menteri yang merupakan presiden UMNO dan juga oleh Ahmad Abdullah Badawi selaku timbalan perdana menteri dan menteri halehwal dalam negeri ialah mengarahkan BPR (Badan Pencegah Rasuah) dan polis menyiasat tuduhan itu dan kemudiannya mengatur pula siasatan dalaman. Setakat ini pihak polis belum pun disuruh berbuat apa-apa. Kenapa? Sebabnya ialah laporan polis itu sudah pun tersebar di internet. Di lamanweb Sangkancil ia disiarkan dalam Bahasa melayu. Segala tuduhan Fauzi itu akan dibincangkan, sehingga ke peringkat persidangan bahagian parti, dan berkemungkinan besar menjadi isu hangat sehinggalah persidangan tahunan UMNO pada Jun nanti.

Apabila sesuatu lapuran polis sudah ditandatangani, proses perundangan pun bermula. Tetapi, ini tidak wujud lagi di Malaysia sekarang. Pihak polis memang diketahui menyimpan beratus lapuran yang mendakwa berlakunya rasuah terhadap para menteri kabinet, para menteri besar; kebanyakannya lengkap dengan dokumen yang sahih yang dikemukakan oleh mantan timbalan perdana menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kerajaan Barisan Nasional tidak akan memberikan arahan agar polis bertindak, sedangkan rakyat Malaysia hanya akan mempercayai apakah yang dapat disiasat oleh pihak polis atas daya usaha mereka sendiri. Bagaimana gahnya Barisan Nasional dalam suasana negara ini, suruhanjaya tatatertibnya adalah satu urusan dalaman belaka dan apa tindakannya tidak ada sangkut-paut dengan sesiapa selain Fauzi, Khalil Yaakob dan mungkin juga ahli-ahli UMNO.

Kini sudah ada tekanan agar Fauzi menarik balik lapuran polis yang dibuatnya. Kalau itulah yang dilaksanakannya, dia boleh dituduh membuat lapuran palsu dan bolehlah melupakan dunia politik dengan ekornya di celah kangkang, menjadi bahan ejekan oleh masyarakat yang memandang. Fauzi ialah anak kepada Dato' Abdul Rahman Talib, yang pernah menjadi menteri pendidikan dan yang meminjamkan namanya kepada Lapuran Rahman Talib. Beliau juga pernah kalah dalam pendakwaannya terhadap seorang tokoh pembangkang ketika itu, D.R. Seenivasagam. Fauzi tidak mewarisi ciri-ciri keceriaan bapanya walaupun dia mempunyai bakat menirunya. Ramai kawan-kawannya yang terkejut dengan tindakan Fauzi. Saya telah mengenalinya hampir 30 tahun dan memang tidak terkejut dengan tindakannya itu. Tindakannya itu memang sah: tidak ada sebab dia harus memutuskan sesuatu persahabatan semata-mata kerana presiden UMNO mahukan sahabatnya itu dimusnahkan. Pandangan berpolitik cara inilah yang sedang mereputkan UMNO. Usaha itu mungkin berjaya selagi penekanan diberikan terhadapnya. Kini, ciri-ciri itu tidak akan berjaya lagi kerana Fauzi sudah pun mencabarnya. Inilah yang membuatkan UMNO tungang-langgang dan berpusing-pusing.

-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 3/4/01<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


UMNO Runs Around In Circles Over Dato' Fauzi

When the Pahang state assemblyman, Dato' Fauzi Abdul Rahman, alleged, in a police report, the UMNO secretary-general, Tan Sri Khalil Yaakob, is corrupt, he made UMNO run around in circles. Its president, Dato' Seri Mahathir Mohamed, is shell-shocked, cannot understand it. He calls for an internal investigation, instructs the Displinary Commission under the former foreign minister, Tengku Ahmad Rithaudeen, to do it. Instead of letting it do its job, the deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, who after saying the committee had been appointed, now says it would have three or four members. This raises two interesting questions: Is the disciplinary commission allowed to do its work if it is second-guessed, as now? What is the disciplinary commission to do? I spoke to a few members, who tell me UMNO has given it no guidelines on what money politics is. Without it, how could it do its work?

Before that is resolved, Dato' Fauzi complicates matters. What the Prime Minister, as UMNO president, and Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, as deputy prime minister and home minister, should have done was to ask the ACA and the police to investigate the charge, and then call for the internal investigations. In all this, so far, the police is not ordered to. Why? Dato' Fauzi's police report is now on Internet; it is on Sangkancil, in Malay. What he alleged will now be discussed, even in UMNO divisional meetings, and be a recurring issue at least until the UMNO General Assembly in June.

When a police report is made, due process takes over. This is not so in Malaysia now. The police have literally hundreds of police reports alleging corruption against cabinet ministers and mentris besar, many made with documents attached by the jailed former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim. The National Front government would not order the police to act, but Malaysians would only believe what the police find from its own investigations. However important UMNO might be in national life, its disciplinary commission is an internal affair, and what it decides is of no relevance to anyone but Dato' Fauzi, Tan Sri Khalil, and perhaps UMNO members.

The pressure is on Dato' Fauzi to withdraw his police report. He cannot. If he does, he could be charged with making a false report, and he would leave politics with his tail between his legs, a sad forlorn figure despised by all and sundry. He is the son of Dato' Abdul Rahman Talib, the education minister after whom the Rahman Talib report is named, who lost a libel suit he filed against an opposition MP, Mr D.R. Seenivasagam. He does not have his late father's political elan but is as determined. Many of his friends are surprised at his actions; I having known him for nearly 30 years, am not surprised at all. The point he makes is valid: why must you break off a friendship because the UMNO president wants his friend destroyed? It is this all or nothing worldview that brings UMNO to its knees. This will work so long as it is dominant. It is not any more. Dato' Fauzi challenges it. And it is UMNO which runs helter-skelter.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my