Laman Webantu   KM2A1: 4127 File Size: 10.4 Kb *



SOH29 - KENAPA AKIDAH MUSLIM PERLU DIHANYUTKAN?
By La Domeng3

3/4/2001 9:34 pm Tue

SOH29 - KAMPD

KENAPA AKIDAH MUSLIM PERLU DIHANYUTKAN?

Seperti yang telah saya jelaskan dalam tulisan yang lalu (SOH28), Mahathir nampaknya semakin hanyut dengan Freemason. Beliau seolah-olah sudah tidak lagi berpijak di alam nyata. Apa sahaja arahan 'orang atas', beliau patuhi demi menjamin kelangsungannya memerintah negara ini tanpa menghiraukan nasib rakyat marhaen walau sedikitpun. Layakkah dia menjadi PM lagi?

Setiap hari media massa suruhannya pasti menyerang PAS dan para pemimpinnya. Seolah-olah apa sahaja yang dilakukan oleh orang Islam PAS tidak benar. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara ini kerana semua orang termasuklah orang UMNO sudah meluat dengan cara dan kaedah serangan Mahathir dan kuncunya yang jika dihayati benar-benar boleh mengelincirkan akidah kita sebagai muslim. Muslimkah mereka lagi?

Oleh kerana sudah terlalu lama bergelumang dengan najis busuk Freemason, Mahathir seperti sudah sebati dan tidak mahu lagi meninggalkan dan membersihkan dirinya. Sebagai muslim saya amat sedih dan terharu melihat dan mengenangkan bagaimana seorang PM yang pintar dan licik seperti Mahathir boleh terjerumus ke dalam pengaruh dan sekaligus dikuasai oleh Yahudi. Bolehkah Yahudi dijadikan sahabat?

Kalau diteliti, apa sahaja kata-kata yang diucapkan oleh Mahathir mengenai Islam selama ini adalah lakunan semata-mata. Skrip drama yang disediakan oleh Yahudi begitu menarik perhatian Mahathir. Mahathir seperti sudah terpukau oleh kefahaman Yahudi yang dari dulu, kini dan selamanya membenci dan memusuhi Islam. Apakah saya menyatakan sesuatu yang tidak benar jika saya menyatakan hakikat sebenarnya Mahathir memang membenci dan memusuhi Islam?

Bukan rahsia lagi sebenarnya betapa lobi Yahudi berpengaruh besar di dalam kerumitan dan rencana politik di White House dan Kongres Amerika Syarikat. Lalu apalah penting sangat mereka mahu menyelinap ke dalam politik dan pemerintahan Malaysia? Sekilas pandang memang tiada apa-apa yang menarik tetapi jika diperhalusi kita akan menemui banyak jawapannya kenapa Zionis begitu berminat dengan negara kita. Antaranya ialah :-

Pertama pihak Yahudi memang dari dulu, kini dan selamanya ingin menjadi pemerintah dunia dan Umat Islam seluruhnya. Cita-cita ini tidak akan pernah padam dalam sanubari mereka sehingga semua umat manusia tunduk kepada kata-kata dan pengaruh mereka. Benarlah seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah : 120 yang bermaksud :

"Orang Yahudi tidak akan senang kepada engkau, begitupun orang Kristian, hanyalah jika engkau mengikut agama mereka. Katakan : Sesungguhnya pimpinan Allah itulah pimpinan yang benar dan kalau engkau turut kemahuan mereka, sesudah pengetahuan datang kepadamu, tentulah Allah tidak lagi menjadi Pelindung dan Penolong bagimu."

Kedua seperti yang diketahui ramai Malaysia merupakan salah satu negara yang umat Islamnya mempunyai pegangan agama yang kuat. Kemenangan PAS/BA di Kelantan dan Terengganu telah membuka mata Yahudi tentang kebangkitan Islam di Malaysia khususnya dan dunia amnya. Kebangkitan dan kesedaran ummah ini pastinya membimbangkan mereka.

Sebab itulah kita lihat kebelakangan ini melalui agen-agen mereka di sini, mereka semakin bersemangat dan berani mencabar kesabaran umat Islam. Hinggakan nama Islam dalam PAS itu sendiri yang telah digunapakai selama 50 tahun begitu merunsingkan fikiran mereka. Saya berani menyatakan bahawa, walau sejahat-jahat sekalipun orang Melayu, jika sesuatu tindakan itu menyentuh kesucian Islam, mereka tidak akan berani melakukanya. Malah dari kecil lagi kita umat sebagai orang Melayu Islam telah diajar supaya jangan menghina Islam.

Lain pula halnya dengan Mahathir dan puak-puaknya. Mereka ini dengan berani dan tanpa rasa sedikitpun tanggungjawab telah secara lansung melancar serangan dan melarang Islam dipertahankan di Malaysia. PAS hanyalah sebagai alasan beliau untuk menghapuskan ISLAM dari bumi Malaysia. Cubalah saudara fikirkan golongan manakah yang sentiasa melarang penceramah berceramah di masjid dan surau? Golongan manakah yang mahukan nama Islam dipadamkan terus dari PAS?

Saya bukanlah pakar dalam bidang Agama Islam tetapi setidak-tidaknya saya sedar dan yakin sepenuhnya kepada firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah : 114 yang bermaksud :

"Siapalah yang lebih melanggar aturan, dari orang yang melarang menyebut nama Allah di dalam masjid Allah, dan berusaha untuk meruntuhkannya? Mereka tidak patut masuk ke dalamnya, melainkan dengan penuh ketakutan. Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat siksaan yang besar."

Melihat kepada tindak-tanduk golongan yang mengaku Islam ini, saya rasa sedih dan terharu bila mengenangkan negara Malaysia yang perlembagaannya menyatakan bahawa Islam itu agama rasmi tetapi pemimpinnya dengan berani dan lantang menghina malah terus-menerus menghalang Islam dari terus berkembang. Wajarkah golongan yang memusuhi Islam ini dikekalkan berkuasa lagi?

Saya tidak dapat menolak betapa semuanya ini adalah perancangan dan arahan dari satu kuasa luar negara yang dipelopori oleh gerakan Zionis Yahudi. Golongan pemimpin UMNO/BN hanyalah budak suruhan yang telah termakan budi Yahudi bukan sedikit. Mereka ini walaupun ada yang mungkin telah sedar tetapi telah terlanjur jauh dan sukar untuk kembali ke pangkal jalan. Mereka dengan senang hati akan melakukan apa sahaja arahan Freemason dan Zionis Antarabangsa.

Dalam usaha mereka untuk menegakkan sebuah pemerintahan dunia (globalisasi), beberapa langkah perlu telahpun mereka ambil untuk menjayakan rencana jahat mereka ini. Antara yang telah mereka lakukan adalah :

1. Menggunakan wang dan wanita untuk memperalatkan orang yang berpengaruh pada setiap peringkat pemerintahan mahupun bidang kegiatan lainnya. Jika sogokkan tidak dapat mempengaruhi mangsa, mereka melakukan ugutan terhadap diri mangsa dan keluarga mangsa. (Taktik manakah yang diikuti oleh Regim Mahathir untuk menyogok dan mengugut mangsa mereka?)

2. Memberi perhatian serius kepada mahasiswa yang mempunyai prestasi intelektual mahupun sukan dan kebudayaan, kemudian memasukkan mereka ini ke dalam kelompok elit rahsia, supaya mereka dapat menerima bimbingan konsep pemerintahan Antarabangsa. Di samping itu, mereka diberi latihan khusus dan diberikan biasiswa yang lumayan. Dengan cara ini mereka terbebas dari pelbagai rintangan dan halangan. Oleh kerana mereka adalah orang-orang yang berbakat dan cerdas, mereka selanjutnya lebih layak menguasai lain yang mempunyai kecerdasan dan kemampuannya rendah. (Terdapat pelbagai penajaan lumayan daripada syarikat-syarikat Yahudi di Malaysia untuk menaja program terancang mereka seperti acara-acara konsert secara besar-besaran. Sebagai contoh setiap tahun mereka menganjurkan pelbagai acara menarik untuk golongan muda seperti pesta ulang tahun kemerdekaan dan sebagainya.)

3. Mempergunakan orang-orang yang berpengaruh di belakang tabir seperti peguam, pensyarah dan DOKTOR dan para AHLI POLITIK serta para mahasiswa yang telah dilatih khusus untuk memainkan peranan sebagai pelakun mereka dalam segenap pemerintahan. Mereka yang telah dikenalpasti ini akan dijadikan sebagai penasihat kepada para pemimpin negara. Melalui mereka ini, segala rencana jahat Zionis Antarabangsa dapat dilaksanakan dengan mudah. Selain itu mereka juga mengesyorkan kepada mana-mana kerajaan khidmat firma perunding mereka yang berselindung di sebalik program promosi dan sbgnya.

4. Menguasai media massa berupa akhbar, radio, TV dan sebagainya. Melalui media massa ini mereka mengenengahkan berita-berita dan pengetahuan yang dapat meyakinkan orang lain kepada fahaman mereka. Selain itu mereka juga akan menyebarkan berita dan maklumat palsu bagi mengubah minda rakyat supaya menyokong mereka.(Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang di mana media massa saban hari mengeluarkan berita palsu dan mengelirukan - contoh berita seperti itu adalah berita mengenai pertemuan Bekas Duta Amerika dengan Para Pemimpin BA.

5. Menubuhkan beberapa kumpulan rahsia yang lain, yang bergabung dengan Freemason antarabangsa. Setiap kumpulan ini mempunyai agenda sendiri yang dikawal oleh Zionis Antarabangsa. Antara lain agenda mereka adalah menjadikan falsafah dan fahaman Freud sebagai senjata bagi memusnahkan apa sahaja agama bukan Yahudi. Freud telah dijadikan rujukan untuk menyerang umat Islam dari segi psikologi. Freud membangunkan falsafahnya berdasarkan fahaman anti-Tuhan, kebebasan seks, anti segala agama, baik agamanya mahupun amalannya serta berusaha menghancurkan akhlak.

Selain itu kelompok BAHAI juga telah ditubuhkan bagi menimbulkan pelbagai keraguan umat Islam kepada agama. Kumpulan ini telah ditubuhkan di Iran pada tahun 1844 dan pengasasnya adalah seorang Yahudi bernama Mirza Muhammad Ali Syirazi. Tidakkah kumpulan BAHAI ini masih dibiarkan bergerak bebas di Malaysia?

Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniah di Turki juga adalah salah satu daripada agenda jahat Freemason melalui Yahudi Dunama (Yahudi yang berhijrah dari Sepanyol ke Turki). Golongan Yahudi Dunama ini berpura-pura masuk Islam dan menubuhkan Partai Muda Turki dan aktif pula dalam pelajaran fiqh, tafsir dan tasawwuf. Antara program mereka adalah :

a. Menjadikan semangat nasional Turki terpisah dari Islam sepertimana UMNO melakukannya di Malaysia.

b. Turki Uthmani dijadikan sebagai orang Turki dahulu, baru kemudian sebagai Muslim. Inilah yang diperjuangkan oleh UMNO iaitu semangat kebangsaan Melayu.

c. Membersihkan bahasa Turki dari pengaruh kata-kata Arab dan Farsi. Saya melihat usaha Mahathir ingin memadamkan nama Islam dalam PAS adalah langkah awalnya kearah itu. Jika nama Islam tidak digunakan lagi maka dengan sendirinya secara perlahan-lahan ISLAM akan terhakis di Malaysia dan dari hati orang Islam di negara ini.

Melihat kepada perkembangan semasa di Malaysia, sukalah saya mengajak diri saya dan saudara pembaca supaya sama-sama menghayati setiap detik peristiwa yang berlaku dan mengorak langkah positif bersama-sama dalam perjuangan bagi menghumbankan REGIM ZIONIS MAHATHIR jauh-jauh ke dalam jurang dan memastikannya tidak akan dapat bangun semula.



LA DOMENG - Awas perangkap Yahudi..coca-cola, pepsi, salem dan... 3.4.2001