Laman Webantu   KM2A1: 4128 File Size: 15.0 Kb *



TAG MT 70: Anwar Ibrahim Dan Tanggungan Sivil
By Harun Rashid

3/4/2001 3:27 pm Tue

TAG 070

[Anwar asyik didera dimana sahaja beliau berada sejak dipecat daripada kabinet dan Umno. Beliau dinafikan ikatjamin, rawatan segera selepas dibelasah pengsan dan lebam, penghakiman yang adil, gantirugi akibat kecederaan, dan kini rawatan penting juga akibat penderaan. Ia umpama satu pembunuhan imej dan nyawa yang dilakukan dengan perlahan untuk melenyapkan beliau diam-diam di dalam kesakitan yang amat menyiksakan. Di sini semua insititusi kerajaan terbabit telah dirobotkan oleh beberapa tangan yang berhati setan tanpa peri kemanusiaan.

Pendeknya kerajaan telah melakukan satu sikap yang amat tidak bertanggungjawab kepada Anwar seolah-olah segala deraan dan hukuman selama ini masih belum memadai. Tetapi Anwar masih belum lumpuh ataupun tertewas kerana ada sesuatu yang membelanya dan ia tidak akan padam kerana terlalu banyak nyawanya.... Apa yang muncul di Beserah sahaja sudah cukup untuk membuat Umno menggelabah gila. - Editor ]


Penterjemah: -MT-


Anwar Ibrahim Dan Tanggungan Sivil

(Anwar Ibrahim and Civil Liability)

Oleh: Harun Rashid

Mac 31, 2001


Pada tahun pertama pengajian perundangan ada tiga kajian asas yang menyangkuti Jenayah, Torts dan Kontrak. Sesuatu tindakan itu dikira sebagai perbuatan jenayah apabila ia dilakukan dengan niat dan hukuman tidak boleh dijatuhkan kalau niat itu tidak dibuktikan. Tetapi, perkara ini tidak ada kaitannya dengan kes-kes sivil di mana hanya kecederaan yang perlu dibuktikan. Sesaorang yang mencederakan insan lain kerana marah bukan sahaja mengundang siasatan pihak polis, dia juga akan dituntut oleh pihak yang dimangsakannya kerana kecederaan yang tecetus disebabkan tindakannya.

Terdapat beberapa contoh di mana seorang pembunuh terlepas hukuman disebabkan kegagalan pendakwaan, tetapi terpaksa kemudiannya menangani hukuman berat dalam tindakan sivil yang dikemukan oleh keluarga mangsanya. Kelakuan anti-sosial kerap mencetuskan kebertanggungjawaban undang-undang. Adalah tugas mahkamah menentukan agar pengadilan dilaksanakan.

Apabila sesuatu tindakan mengundang tuduhan jenayah, tertuduh diberikan peluang untuk mengaku salah. Pengakuan tidak bersalah memberi ruang dimulakan tuduhan jenayah oleh pendakwaraya yang perlu mennggembeling segala pengalamannya, latihan dan bakat untuk mengemukakan bukti yang ada secara jelas kepada hakim. Pendakwaraya tidak seharusnya memihak kepada si tertuduh. Seandainya pendakwaraya memihak kepada si tertuduh, dengan tidak mengemukakan bukti yang ada, ataupun mengemukakan bukti yang palsu, pendakwaraya itu sebenarnya melakukan satu jenayah pula.

Pendakwaraya mempunyai tugas yang sama dalam mengemukakan sebarang bukti yang boleh membebaskan tertuduh dan sebarang tanda berlakunya perkara ini adalah mencukupi untuk mencemar kes itu sehingga menggugat usaha pendakwaan. Seorang pendakwa yang menunjukkan gelagat menyorokkan bukti ataupun menggalakkan saksi menyorokkan bukti sebenarnya gagal dalam menjalankan tugasnya. Kalau ada bukti yang sahih menunjukkan seorang pendakwa (ataupun hakim) telah diarahkan untuk mengelak keadilan oleh ketuanya, ataupun telah menerima janji untuk dinaikkan pangkat ataupun menerima imbohan sebagai satu rangsangan, sabitlah perkara jenayah dan tanggungan sivil itu.

Sesuatu tindakan jenayah selalunya dikaitkan kepada hukuman yang khusus, dan apabila seorang penjenayah mengaku kepada kesalahan itu dengan membuat akuan bersalah, hukuman itu pun dijatuhkan dan terserahlah kepada cara menjalani tempoh hukuman yang dikenakan. Undang-undang adalah menyeluruhi semua orang, dan pegawai polis serta ahli politik kepada parti yang sedang berkuasa tidaklah mempunyai hak kekebalan daripada hukuman undang-undang.

Apabila mudarat berputik daripada cetusan tindakan jenayah, seperti berlakunya serangan ataupun serbuan, tindakan sivil boleh dikenakan terhadap pihak yang melakukannya. Seandainya pesalah itu adalah seorang pegawai kerajaan, menjalankan tugas secara rasminya, maka semua ketuanya dan kerajaan pun boleh didakwa dalam tindakan sivil untuk mendapatkan gantirugi. Seandainya pesalah itu seorang pegawai polis ia patut dicela lagi kerana mereka yang bertugas menguatkuasakan undang-undang tidak dijangka akan mengingkarinya.

Kerajaan Malaysia sedang menahan Anwar Ibrahim, seorang yang terkenal ketokohannya sebagai banduan, dalam pemenjaraan bersendirian. Dia telah menanggung kesakitan ketika diperam di ibupejabat polis gara-gara gelagat ketua polis negara. Pegawai ini bertindak atas sifat peribadinya ketika itu. Akhirnya dia telah dipaksa oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengaku bersalah kepada penderaan itu, dan menerima hukuman penjara selama dua bulan. Sehingga kini, walaupun sudah dua tahun berlalu, dia masih belum mejalani hukuman itu.

Sebagai seorang banduan, Anwar masih lagi tidak dibebaskan waima sehari pun sejak dia ditangkap. Dia dinafikan jaminan walaupun dia berhak kepada kemudahan itu di bawah hukum undang-undang. Orang yang dituduh membunuh memang kerap memperlekehkan undang-undang Malaysia, dan mendapat peluang dijamin berterusan daripada seorang pegawai kanan di jabatan Ketua Peguam Negara. Inilah pegawai yang sama yang telah merencana dua kes pengadilan Anwar Ibrahim dan beberapa kes lain di mana para banduan diberikan layanan yang mengaibkan. Tindakannya memang boleh dipersoalkan.

Anwar Ibrahim telah menjalani dua kes pengadilan di Malaysia. Kes pertama memang merupakan satu sarkas sahaja, lebih digembar-gemburkan oleh tilam yang diusung untuk mengabui mata. Pihak pendakwa dan hakim sepatutnya dikutuk kerana berperanan dalam lakonan itu. Pengadilan yang kedua berakhir dengan keputusan bersalah. Keputusan itu telah dicapai setelah orang yang dikatakan telah diliw*t menafikan perilaku itu sebanyak tiga kali di hadapan hakim. Seorang saksi telah memberi keterangan dia ada mengambil bahagian dalam satu konspirasi politik untuk mengemukakan keterangan palsu sambil memberikan nama semua rakan konspirasinya itu. Hakim itu belum lagi mengemukakan keputusan bertulis mengenai keputusan pengadilannya, walaupun dia sudah diberikan kes lain untuk diadilinya.

Undang-undang memerlukan para pendakwa yang bertindak semata-mata untuk kepentingan awam dan para hakim yang mengamalkan kebijaksanaan dalam menterjemahkan hukum perundangan dalam mengadili kes yang dikemukakan. Undang-undang adalah berasaskan tafsiran dan logic dan para hakim mestilah berupaya menulis dengan jelasnya segala dalil dan alasan di sebalik segala keputusan pengadilan mereka. Segala hasil tulisan mereka merupakan asas perundangan dan dengan nama undang-undang itu makanya pengadilan mesti diserlahkan dengan cara yang wajar.

Di Malaysia, menepati masa bukannya satu kemestian. Banyak kes yang mustahak sengaja dibiarkan meleret-leret tanpa ada sebarang penghakiman yang dituliskan. Kini ada seorang hakim di mahakamah paling tinggi yang tidak pernah menulis sebarang keputusan penghakiman. Tidak pula sesiapa yang mengetahui apakah dia mampu menulis keputusan penghakiman. Dia memang terkenal kerana gelagatnya sebagai seorang pendakwa, dan sebagai seorang teman bersantai kepada ketua hakim negara (yang baru bersara). Dialah Ketua Peguam Negara yang mengarahkan pendakwaan kedua-dua kes Anwar Ibrahim.

Kini, Anwar Ibrahim memerlukan satu pembedahan yang rumit keatas tulang belakang disebabkan penderaan yang dialaminya. Akuan bersalah memperakukan tanggungan sivil di pihak pegawai polis yang menderanya dan juga di pihak kerajaan Malaysia. Kerajaan telah enggan mengizinkan beberapa rawatan perubatan dilaksanakan, dan inilah yang menambahkan tanggapan tanggungan para pegawai yang menafikan rawatan itu.

Seandainya menteri halehwal dalam negeri didapati merupakan pegawai utama yang membuat keputusan, bererti dia bersama dengan beberapa pegawai kerajaan yang lain, akan dikira bertanggungjawab kepada sebarang tambahan mudarat yang mungkin melanda Anwar Ibrahim. Beberapa peristiwa yang terjalin menunjukkan bahawa keseluruhan tanggungan kontinjen ini tidak dijelaskan dengan terangnya oleh para penasihat kepada pemimpin kerajaan yang ada.


-harunrashid@yqi.com
1April,2001

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 3/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Worldview: Harun Rashid's Malaysia Commentary


Anwar Ibrahim and Civil Liability

by Harun Rashid

Apr 2, 2001

The first year of law school includes the three foundation courses of Crimes, Torts and Contracts. A criminal act requires that it be done with intent, and no conviction will stand if the intent is not proven. This is not true of civil cases, in which only harm need be shown. A man who strikes another in a rage not only invites the attention of the police, he also makes himself liable to his victim for the harm done by his action.

There are famous cases in which a murderer escaped conviction when the case was not successfully prosecuted, only to later face large penalties in a civil action brought by the family of the victim. Anti-social conduct always carries both aspects of legal accountability. It is the purpose of the courts to see that justice is done.

When an act brings criminal charges the suspect is given a choice of plea. A not guilty plea calls for a criminal trial to be brought by the public prosecutor, who must use all his experience, training and aptitude to present all the evidence fairly to the judge. The prosecutor must not favor the suspect by failing to bring out evidence, nor cause harm by introducing false evidence. If he does this, the prosecutor himself commits a crime.

The prosecutor has a like duty to present any evidence which would exonerate the accused, and any showing that this has occurred will sufficiently taint the case as to foil the prosecution. A prosecutor shown to be hiding evidence, or inviting witnesses to lie or hide evidence, he not only fails his public duty, he commits a crime. If it can be shown that a prosecutor (or judge) has been instructed by superiors evade justice, or has accepted promises of promotion or other emolument as inducement, the question of criminal and civil liability become germane.

A criminal act usually has the penalty specified, and when a criminal admits to the offense with a plea of guilty, the penalty is applied and there is but to serve out the term of the sentence. The law applies equally to all, and police officers and politicians of the party in power are not immune from punishment.

When harm results during the commission of a crime, such as from an assault, then civil damages may be brought against the party or parties responsible. If the offender is an officer of the government, acting in an official capacity, then all superiors and the government itself may be sued in a civil action for damages. If the offender is a police officer it is the more reprehensible, as those responsible for enforcing the law are not expected to break it.

The government of Malaysia holds Anwar Ibrahim, a high profile prisoner, in solitary confinement. He has suffered injuries in the national police headquarters at the hands of the head of the national police department. The officer was acting in his official capacity at the time. He eventually was forced by a Royal Commission of Inquiry to enter a plea of guilty to the assault, and subsequently received a two-month sentence. He has yet, over two years later, to serve a day inside a cell.

The prisoner Anwar, however, has never been out of detention since the day of his arrest. He was not given bail, even though clearly entitled to it under the law. Murder suspects make a mockery of Malaysian law, receiving bail repeatedly from a senior officer of the Attorney General's office, the same prosecutor who engineered the two trials of Anwar Ibrahim and other trials in which prisoners were similarly mistreated. His motives are in question.

Anwar Ibrahim has had two public trials in Malaysia. The first was a circus trial, highlighted by the use of a mattress as a safety net. Both prosecutor and judge are to be severely criticised for their roles in this charade. The second trial also resulted in a guilty verdict. This verdict was delivered after the s###mee denied the act three times in the presence of the judge. A witness testified that he was a party to the political conspiracy to present false evidence, naming his co-conspirators. The judge has not written the grounds for his verdict, and yet he has been given responsibility for new trials.

The law expects prosecutors to act solely in the public interest and judges who exercise reason in applying the law to the cases before them. The law relies on literacy and logic, and judges must be able to write clearly and concisely the grounds and reasoning behind their verdicts. These writings form the foundation of the law, and in the interests of justice must be presented in a timely manner.

In Malaysia the timeliness is become optional and slipshod. Many important cases have gone for years without grounds being written. There is now a judge in the highest court who has never been known to write a judgement. He has been selected though he has never demonstrated that he is capable of writing a learned judgement. He is known for his activities as a prosecutor, and as a vacation companion of the Chief Justice (now retired). He previously served the party in power as Attorney General. He directed the prosecution of both Anwar Ibrahim trials.

Anwar Ibrahim now requires delicate spinal surgery as a consequence of his injury. The plea of guilty establishes the civil liability of both the police assailant and the Malaysian government. The government refuses to allow necessary medical treatment to be performed, and this adds to the perceived liability of the officers who deny the treatment.

If the home minister is found to be the primary official making the decision, then he, along with the government, will be held legally responsible for any further harm that may come to Anwar Ibrahim. Events suggest that the full nature of this contingent liability has not been made clear by the advisors to the leaders of the government.