Laman Webantu   KM2A1: 4135 File Size: 3.6 Kb *



SOH30 - MAHATHIR, UMNO DAN BN HANYUT SUDAHNYA
By La Domeng3

4/4/2001 9:35 pm Wed

SOH30 - MUDBHS

MAHATHIR, UMNO DAN BN HANYUT SUDAHNYA

Apa yang sedang bergolak dalam kehidupan peribadi dan politik Mahathir, UMNO dan BN tidak dapat dilindungi lagi. Serangan demi serangan terhadap BA terutamanya PAS rupa-rupanya telah bertukar menjadi 'back-fire' kepada mereka sendiri. Pergolakan terbaru UMNO Kuantan dan laporan polis FR menjadi contoh yang nyata dan asli. Segala apa yang berlaku adalah kehendak Allah jua dan tiada siapa dapat melarikan diri.

Pastinya kini, Mahathir, UMNO dan BN sedang hanyut di lautan api. Api politik yang mereka nyalakan sendiri. Pandai-pandailah mereka memadamkannya sebelum ianya menjulang lebih tinggi lagi. Kita tidak perlu buat apa-apa cuma lihat sahaja dengan teliti. Kalau ada di antara mereka yang mohon pertolongan dari kita, semak dan kaji sebelum di terima sebulat hati. Takut-takut mereka ini hanya berniat untuk menyelamatkan diri. Maklum sajalah orang UMNO bukan boleh pakai sangat cakap-cakap mereka ni. Takut-takut nanti bila diselamatkan, dia gigit kita pula nanti.

Jauh dilubuk hati tersemat rasa simpati. Terutamanya terhadap mereka yang masih lagi menjadikan UMNO tempat pergantungan peribadi. Kepada mereka ini dinasihati supaya teruslah sokong UMNO lagi. Sebab saudara semuanya biul, buta dan tuli. Biarpun sudah dikatakan berkali-kali UMNO sudah tidak relevan lagi. Tetapi masih juga mereka menyepi. Takut apa lagi. Bukankah FR telah menyediakan bukti.

Tahun 2004 dinanti dengan penuh semangat, tetapi ramai yang kata lama sangat. Apa boleh buat kita semua terikat dengan undang-undang dan syarat. Kalau hendak tukar kerajaan kena melalui pilihanraya barulah dikatakan mengikut adat. Adat demokrasi yang telah dinafikan sekian lama di Malaysia kini oleh para pengkhianat. Terhadap BA dan penyokongnya mereka dendam kesumat. Kepada mereka kita seolah-olah bangsat sangat.

Mereka kata kalau BA perintah, negara tidak selamat. Renungilah keadaan negara kita kini adakah mereka selama ini berjaya dan mampu memegang amanah sebagai penyelamat umat. Apa yang nyata mereka adalah sekumpulan pengkhianat. Setiap detik tiada lain dalam kepala mereka agenda putar minda rakyat, agar mereka terus dapat berkuasa dan dapat kebas harta negara dan rakyat.

Kita tahu kita tidak seperti mereka. Perjuangan kita tidak terhad kepada habuan dunia sahaja. Malah kita semua faham dan mengerti betapa kita akan ditanya bila sampai di akhirat sana. Jihad dan mati syahid matlamat kita. Sejak dulu, kini dan selamanya itulah yang kita yakini dan usahakan bagi mendapatkannya. Kepada mereka cita-cita begini hanya omongan semata, tetapi pada kita itulah yang membuatkan kita sentiasa bertenaga dan terus berusaha walaupun diri telah dimamah usia.

Di kesempatan ini kita rakamkan terimakasih kepada FR kerana menambahmudahkan kerja kita. Syukur pada Allah, apa yang terjadi ada hikmahnya. Cuma jangan kita leka walaupun seketika, sebab syaitan tidak pernah berhenti menggoda umat manusia.

Akhir kata syabas diucapkan kepada semua pejuang-pejuang keadilan dan rakan siber yang tidak pernah jemu menyampaikan apa sahaja yang benar-benar belaka. Usaha dan tenaga saudara sekelian hanya Allah yang akan membalasnya. InsyAllah…


LA DOMENG
4.4.2001

* - Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarhamah Mak Yan yang telah kembali menemui tuhannya pada 3.4.2001 - Al-Fatihah.