Laman Webantu   KM2A1: 4138 File Size: 19.3 Kb *



TJ MT MGG: Mahathir Layak Menerima Kekebalan
By M.G.G. Pillai

5/4/2001 1:59 am Thu

MGG 7801

[Telatah Mahathir kerap mempamirkan ciri-ciri mahu menandingi sesiapa sahaja, termasuk ketinggian menara, kehebatan istana, populariti pembangkang dan kekebalan raja. Malangnya ia tidak seindah rupa dan mengheret banyak belanja serta mala petaka. Kehebatan seseorang negarawan tidak terletak di situ sebenarnya - sebaliknya ia hanya akan memusnahkan dirinya jua.

Pindaan perlembagaan negeri Kelantan dan skandal balak istana Pahang dan UMNO kini menjerut Mahathir akibat sentuhannya sendiri kepada maslahah kekebalan. Dia sudah termasuk ke dalam jerat yang dia sendiri memasang. Seseorang akan terkorban tetapi seluruh keaiban itu akan terpalit kepada dirinya seorang. Malangnya tiada siapa yang waras akan mengucap kesihan.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


(Artikel asal ada di Malaysiakini, kolum Chiaroscuro, 2 April, 2001)


Mahathir Layak Menerima Kekebalan

(MGG: Mahathir Deserves Immunity)

Selama 20 tahun memegang tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri, dia memang telah melaksanakan pelbagai tugas yang boleh dipuji. Suaranya lantang mempertahankan hak dunia ketiga dan berani menjulang martabat negaranya di mata dunia. Dia telah diterima sebagai seorang negarawan sedangkan itu bukannya calang-calang penghormatan. Demikianlah semua penghormatan itu yang sepatutnya dikalongkan pada nama peribadinya seandainya beliau telah bersara dengan megah lima tahun yang lalu. Malangnya, semua jolokan itu sudah terlepas juga. Semua itu gugur gara-gara ketabsuban beliau menghina dan memusnahkan mantan timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim.

Mahathir diperlekehkan kini sebagai seorang ahli politik yang remeh-temeh dan pendendam sehinggakan semakin berkurangan manusia, termasuk mereka yang menganggotai kabinetnya dan keahlian parti UMNO yang bersedia mendengar tutur katanya. Dia terpaksa berbelanja besar untuk mengumpulkan manusia sebagai bukti dia masih lagi popular di kalangan rakyat jelata. Minggu lalu dia melawat Gombak dan akhbar telah menggembar-gemburkan betapa 10,000 manusia berhimpun untuk meraikannya. Malaysiakini telah melapurkan betapa pelajar maktab TAR telah dibayar RM10 setiap seorang untuk menghadirkan diri. Berita yang sama diterima juga untuk mendapatkan penyertaan kanak-kanak sekolah peringkat menengah untuk turut serta.


Apakah perlunya Mahathir membuat semua ini kalau tidak ada sesiapa yang menandinginya. Himpunan manusia yang ramai bukanlah satu ukuran untuk membuktikan bahawa dia mempunyai hubungan mesra dengan rakyat jelata. Inilah unsur yang kurang sihat kerana dia cuba menandingi jumlah rakyat marhaen yang berkumpul di upacara tajaan parti pembangkang. Sepatutnya dia mengkaji setiap suasana itu laksana seorang negarawan bukannya menggapai politik yang haprak sambil cuba terus berlagak. Inilah yang membuatkan dia terus mengigau yang menganggu beliau untuk tidur nyenyak.

Banyak kenyataan Mahathir yang menggambarkan ciri-ciri politik kepartian sedangkan dia harus menumpukan kepada martabat kenegaraan. Dia meneliti setiap tindakan pihak pembangkang termasuk mereka yang tidak bersetuju dengannya sebagai musuh negara sedangkan itu bukan perkara sebenarnya kerana tak mungkin mereka itu bersifat demikian. Tidak ada sebab kenapa pertimbangan diri sudah mula menjauhi dirinya sehinggakan dia sudah semakin kehilangan pengaruh untuk berkuasa. Pernah di satu wawancara dia menjawab satu soalan betapa dia tidak peduli apa yang akan dicatatkan oleh sejarah mengenainya. Pada waktu itu dia sudah mencalonkan dirinya untuk dilonggokkan dalam himpunan daki-daki sejarah sahaja.

Segala tindakan Mahathir yang lalu, kini muncul semula laksana hantu. Bukankah beliau yang mendabik dada memaksa parlimen dan dewan undangan negeri yang dikuasai Barisan Nasional melaksanakan pindaan melucutkan hak kekebalan raja-raja? Saya menentangnya ketika itu seperti juga saya menentang sebarang usaha kini untuk mendera beliau kerana tindakannya semua itu, dan menganggapnya sebaris dengan Presiden Suharto di Indonesia dan Presiden Estrada di Filipina.


Tuduhan Tidak Berasas

Mahathir berada dipuncak kegemilangan dengan penuh nafsu kerana rakyat yang membiarkan dia lama di situ. Dia melaksanakan tugasnya dengan rakus kerana rakyat membenarkanya tanpa sanggup berdengus. Kini rakyat mahukan darah dan bulu hidungnya; di saat-saat dia sudah ternyata semakin menggelonsor untuk tersungkur. Kini rakyat mahu membetulkan kepincangan diri dengan bagak dengan cara mencemuh beliau sebagai penyangak.

Sebagai seorang ketua kepada sebuah kerajaan, sepatutnya dia dibekalkan dengan tangkal kekebalan. Kewajaran berpolitik, yang kerap diputuskan atas desakan kesempitan masa tidak menyerlahkan akal budi yang unggul setiap kali sasaran kemarahan itu lenyap begitu sahaja. Perkara ini tentu sekali telah disedari oleh Mahathir masakini. Malangnya adalah sesuatu yang janggal kalau diwujudkan satu sistem betapa raja dan sultan dinafikan hak kekebalan, sedangkan hak itu diberikan kepada seorang perdana menteri.

Kalau raja-raja telah dinafikan kekebalan itu, adalah sukar untuk beliau memiliki hak yang sama. Dengan lain perkataan Mahathir kini sedang terkangkang dalam satu jurang dalam yang dia sendiri rancang. Apatah lagi kalau dia masih berdegil mencampuri kerenah politik UMNO di Kelantan, yang melalak mengatakan cadangan meminda perlembagaan negeri untuk menyeragamkan intipatinya dengan perlembagaan pusat adalah sesuatu yang bersalahan.


Adalah sesuatu yang penting apabila ketua negara dan kerajaan tidak melengah-lengahkan tugas memimpin untuk kepentingan negara. Termasuklah tugas yang mungkin memenjarakan rakyat marhaen walaupun bukannya perkara mudah untuk melaksanakan tugas semacam itu. Tetapi, sebagaimana yang kita lihat dalam kes Anwar dulu, mahkamah Malaysia tidak pula mempunyai fahaman semacam itu. Inilah yang dihadapi oleh Mahathir dan terus menghantuinya.

Kekuasan yang lama dinikmati memang mudah memabukkan. Tetapi, negara memang ada sistem perundangan untuk menambat dan mengimbang. Di Malaysia sistem inilah yang telah dihancurkan tanpa banyak soal dan sesiapa yang sanggup mencabarnya. Contohnya ialah penghakiman yang kini mengaibkan negara apabila rakyat biasa mendapatkan pampasan RM100 juta ataupun lebih lagi dalam tuntutan rugi terhadap institusi spara kerajaan seperti stesen TV.

Yang Kemas Dan Kematu

Segala tindakan melulu yang dilaksanakan dulu sudah menjadi semacam satu pengunci yang kemas yang tidak membolehkan sesuatu yang terkunci untuk lepas keluar darinya. Selalunya orang yang berfikiran mudah menggigil menjadi kematu kerana terasa betapa hinanya apabila ada ketua kerajaan dan negara dihadapkan ke mahkamah laksana seorang penjenayah. Masalah Barisan Nasional dan UMNO menjadi mencelaru di Pahang apabila Sultan negeri itu dihadapkan ke mahkamah khas berkaitan satu urusan tanah yang dipertikaikan. Kes telah dibuang begitu saja namun suasana yang sudah tercemar dibuatnya; menyebabkan kemasukan PAS dalam arena politik negeri menjadi lebih mudah lagi.

Inilah jadinya nanti apabila Perdana Menteri dikehendaki bertanggungjawab ke atas setiap tindakannya. Kita seharusnya melihat sejarah negara ini lebih ke hadapan daripada apa yang ada di depan mata. Situasi yang terdedah kini menunjukkan kita rakyat Malaysia telah berjalan meraba-raba ketika tidur selama setengah abad kemerdekaan negara, dan kini tiba-tiba merasa bersalah dan mahu memperbetulkan kesilapan yang ada. Ini adalah satu fahaman yang silap. Dr. Mahathir tentu setuju dalam hal ini, seperti juga dia akan bersetuju betapa dia tersilap dalam melakukan pindaan kepada perlembagaan yang menafikan hak raja dan sultan kepada tangkal kekebalan.

Apabila institusi negara dicemari martabatnya, sistem kenegaraan pun merudum sama. Selama 20 tahun berkuasa, Dr. Mahathir mempunyai banyak peranan untuk menjawab kenapa. Namun, semua itu tidak mampu dilakukannya tanpa kerelaan kita. Sistem perundangan yang dicabulnya adalah bukan cerita baru; betapa keadaan sedang diperbetulkan tidak semestinya membebaskan para hakim yang terlibat dalam pencabulan itu terlepas daripada pengadilan. Kiasan cerita mengenai tertidur sambil berjalan meraba-raba tidak melibatkan segelintir ahli masyarakat tertentu sahaja.

Kekebalan kepada ketua kerajaan dan negara adalah satu hadiah yang kecil untuk menentukan keselamatan negara. Kalau dicetuskan juga kisah tanggungjawaban ia mesti dipertikaikan kepada orang lain juga. Tetapi itu adalah soalan yang perlu difikirkan oleh seorang manusia bernama Dr. Mahathir dan tidak semestinya oleh perdana Menteri Mahathir. Dia perlu bertaubat secepat mungkin. Inilah yang nanti menjadi satu tragedi persendirian dan tidak semestinya membabitkan negara. Malangnya ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.


Menjatuhkan air muka

Saya tidak sanggup menerima cadangan bahawa satu contoh perlu dilakar untuk menghalang orang lain melakukan kebajingan yang serupa. Ini adalah sesuatu yang saya anggap tidak ikhlas. Hukum bunuh tidak pernah menghalang orang lain melakukan pembunuhan, tidak juga penghapusan hukuman itu menjamin berkurangnnya pembunuhan. Mewujudkan lebih banyak lagi hukum perundangan tidak bermakna jenayah akan berkurangan. Sikap tidak perihatin kepada keadaan sekeliling yang membuat sesaorang itu hidup dengan pemikiran berbeza daripada orang lain.

Dalam perjalanan sejarah, ramai pemimpin yang pintar berlakon; jatuh juga tersungkur dan terpinggir. Tetapi, itu tidak bermakna semua orang yang mempunyai perwatakan seperti itu akan turut menerima nasib yang serupa. Kalau kita perteguhkan institusi kita yang ada, dan kurang jalan meraba ketika tidur, dan laksanakan hak demokrasi kita, segala kebajingan itu dapat disekat tanpa menggunakan sebarang unsur perundangan. Apa yang berlaku di Malaysia setakat ini adalah tanggungjawab kita dan merupakan gambaran kebajingan kita juga. Menghukum perdana menteri agar dia bertanggungjawab ke atas semua kebajingan itu tidak akan menyelesaikan suasana yang sudah pun mencemarkan maruah negara.

Hak kekebalan mesti merupakan sesuatu yang mutlak. Bagaiman cara ia dikuatkuasakan adalah cerita lain pula. Yang menyulitkan perkara ini ialah keengganan kerajaan membincangkan perkara-perkara penting secara tidak formal supaya dapat dicapai satu titik persetujuan untuk mengheningkan keadaan. Sebarang cadangan menuduh Mahathir bertanggungjawab adalah satu laungan terhadap peribadinya. Ada banyak cara lagi untuk menangani perkara ini tanpa menggadaikan maruah dan martabat negara. Itu sebabnya tindakan terhadap perkara ini, seharusnya tidak diperpanjangkan lagi, lebih dari yang ada.

-MGGPillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 3/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


malaysiakini

02 April 01


Mahathir Deserves Immunity


CHIAROSCURO
MGG Pillai


There is much to commend Dr Mahathir Mohamed for what he did in his 20 years as Prime Minister. He was an effective voice of the underdogs of the world, held his ground to raise Malaysia's status in the eyes of the world. He was accepted as a statesman, scarce as they are in recorded history. He would have been regarded thus if he had retired about five years ago. He is not now. Not since how he humiliated and destroyed his then deputy prime minister, Anwar Ibrahim.

He is viewed now as a petty, vindictive politician few, even those in his UMNO party and in his cabinet, listen to. He needs to pay for crowds to prove he is still popular as Malaysia's leader. When he visited Gombak last week, it fell flat even if newspapers crowed about the 10,000 who turned up. Malaysiakini reported that TAR College students were paid RM10 each to turn up, and others said of secondary school students similarly paid.

Why should he when he competes with no one. And the big crowds would prove nothing, and does not reflect his relationship with the ground. That is bad for he wants to upstage the crowds the opposition collects. Instead of reacting to it as a statesman, he descends into petty politics and one upmanship. That brings about his worst nightmares.

His statements reflect party politicking than national resilience. He views every action of the opposition and those who disagree with him as enemies of the state. They are not; they cannot be. His reason deserts him, and loses control. He should not. When he says, as in an interview, he does not care how history depicts him, he becomes a candidate for history's dung heap.

His past actions catch up with him. It was he who forced through Parliament and National Front controlled state assemblies constitutional amendments to strip the rulers of their immunity. I was against it then, as I am now of moves to make him accountable for acts of ommission and commission, as President Suharto of Indonesia and President Estrada of the Philippines.

Blame Of The Blameless

It is the people who put him there and allowed him to do as he liked. He would have gone as far if he had been checked; now the people want blood but only when are sure he slips down the greasy pole of power. And over compensates for their impotence by damning the man.

But he as head of government should have immunity, as the head of state. Political correctness, often decided on the spur of the moment, does not make good sense, once the target of ire disappears. Dr Mahathir surely must realise that now. There cannot also be a system, unfortunately, when the King and sultans are bereft of immunity, but not the Prime Minister.

So if the rulers are denied immunity, it is difficult for him to have it. He is, in other words, caught in an abyss he created. And insist, as in UMNO petty-politicking in Kelantan, that the proposed constitutional amendments to bring the state in line with the centre and the other states, is wrong.

It is important its head of state and government not look over their shoulders before acting in the national interest. This includes acts that could put you and me in jail. In the exercise of power, this is inevitable. But Malaysian courts, in the Anwar trial, insist it cannot be. And this haunts Dr Mahathir.

Yes, long years in power evince misuse. But the state has checks and balances, which in Malaysia was systematically destroyed, with few questioning or challenging it. Like the huge defamation awards in the Malaysian courts now haunt authority when ordinary men- and women-in the street obtain RM100 million and more in defamation damages from government-controlled bodies, like television stations.

In Gridlock And Apoplexy

What these ill-thought-out actions cause is a gridlock from which escape is well nigh impossible. Normally sensible people froth in apoplexy when it is suggested that we are demeaned when our head of government or state are brought, like common criminals, into court. The National Front's, and UMNO's, problems worsened in Pahang when the Sultan was brought before a special court over a land deal that went sour. The case was dismissed but the bitter after-taste made PAS's entry into the state that much easier.

So it would if the Prime Minister is made to account for his actions. We must look at a country's history beyond the immediate. What the present situation reveals is that Malaysians sleep-walked through the first half-a-century of its independence, feel guilty about it, and over-compensates. That is wrong. As Dr Mahathir would no doubt agree, he was wrong in the constitutional amendments which took away the rulers' inherent immunities.

When institutions are hacked into irrelevance, the sytem collapses. Dr Mahathir, in his 20 years in power, has much to answer for that. But he could not have done this without our acquiescence. The rape of the judiciary is well known; that it is now on the path to redemption cannot excuse those judges who by their inaction allowed this to happen. The point about sleep-walking did not affect only one or two sections of society.

Immunity to the head of state and government is too small a price for a nation's well-being. If there must be accounting, it must be of everyone else. The Prime Minister himself should be immune, but not his family or cabinet: their role in this is as his agents and do not have the sovereign immunity he has for his acts.

One man I respect told me this would redound on the Prime Minister if it is taken to its logical conclusion. Yes, it would. But that is one Dr Mahathir, and not Prime Minister Mahathir, would have to reflect upon, and expiate as best he can. That becomes then a private tragedy, not a national one. That unfortunately is inevitable.

Spiting the Face

I do not accept the argument that an example must be made of, to prevent others from going the same route. This is spurious. Capital punishment has not prevented people from murdering, nor the absence of it ensures fewer murders. More laws does not mean less crime, nor vice versa. It is an inexhorable march through life that determines how one man behaves as another would not.

In the march through history, even leaders of utmost probity fall by the wayside; it does not therefore mean everyone of similar character would. If we strengthen our institutions, are less prone to sleep-walking, and act out our assigned democratic roles, it would be curtailed without have to impose the laws. What happened in Malaysia is one we are all party to, one for which we are as much to blame for. Punishing the Prime Minister to make him more accountable does not resolve that blight on our national character.

The immunity must be absolute. How it could be enforced is another matter. What makes it difficult is the government's refusal to discuss such matters of importance informally and reach a common agreement to set matters right. This proposal that Dr Mahathir be called to account is directed at him personally. There are other ways to deal with it without mortgaging our national self-respect. That is why it should be taken no further.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my