Laman Webantu   KM2A1: 4139 File Size: 11.5 Kb *



TJ MT MGG: Barah Dalam Kempen Mengumpul Dana Telekanser 2001
By M.G.G. Pillai

5/4/2001 2:37 am Thu

MGG 7801

[Sambutan dingin kempen derma barah amat memalukan menteri kesihatan, Chua Jui Meng. Dia mengkritik mereka yang bermain-main di talian serta janji derma yang dimungkirkan. Sepatutnya beliau mengkaji kenapa rakyat bersifat sedemikian.

Sebenarnya kempen tersebut tercemar oleh beberapa perkara yang berunsur perkauman dan masalah pengagihan. Banyak kesangsian timbul bagaimana sipengutip wang dapat membantu masalah barah berleluasan.

Rakyat juga kesah kenapa pilih-kasih tetap menjadi amalan sedangkan semua orang sakit perlu diselamatkan dan dikurangkan beban. Sebenarnya kementerian Chua-lah yang sakit - patutlah banyak penyakit merebak dengan senang. Malangnya Chua masih belum sedar walaupun sudah banyak nyawa terkorban, termasuk kanak-kanak dan binatang. Chua sendiri yang perlu dan amat memerlukan rawatan, barulah masalah dapat diselesaikan..... - Editor]


Penterjemah: -MT-


Barah Dalam Kempen Mengumpul Dana Telekanser 2001

(Cancer In The 2001 Telekanser Fundraising Campaign)

Menteri kesihatan, Chua Jui Meng, merasa tersentuh kerana banyak perakuan - sekitar sembilan par sepuluh - untuk menderma kepada Kempen Telekanser 2001 telah dimungkiri. "Saya tidak faham bagaimana manusia boleh memperlekehkan satu usaha murni dengan menggangapnya sebagai satu 'jenaka' - ini adalah perkara serius di mana kita boleh menyelamatkan nyawa," kata beliau sambil memberi nasihat agar tidak lagi dibuat panggilan palsu. Tetapi dalam usaha menarik minat orang menderma di telivisen, ramai orang yang menjanjikan derma tanpa alasan lain daripada melihat nama mereka tersenarai sebagai penderma. Pengalaman Telekanser bukannya satu perkara baru.

Apabila disediakan nombor telefon bebas tol untuk rakyat memanggil untuk menderma, ketika negara sedang berpecah belah, sudah tentu di kalangan mereka yang menelefon itu termasuklah manusia yang sengaja mahu menyakat kerajaan. Nasihat Chua agar masyarakat tidak menelefon untuk berjenaka adalah tidak kena pada tempatnya. Kalaulah dia meneliti bagaimana caranya kempen Telekanser 2001 itu dirancang bulan sudah, tentu dia sedar kenapa masyarakat tidak berminat dengan kempen itu.


Kempen 2001 Telekanser itu adalah satu usahasama di antara MAKNA (Persatuan Kanser Kebangsaan), PWM (Persatuan Wartawan Melayu) dan RTM (Radio Telivisyen Meloya) yang disokong oleh Telekom Malaysia dan Putra LRT. Ia telah dilancarkan bulan lalu dengan segala kemegahan dan ria(k) di mana YDP Agong dan Permaisuri turut mencemarkan duli. Presiden MAKNA dan bekas timbalan menteri Dato' Farid Ariffin, telah memberikan satu ucapan yang meruntun hati. Dia menyebut betapa kanser tidak menghormati sesiapa, agama, kepercayaan, bangsa, kaum atau apa sahaja. Seorang bayi yang diserang kanser adalah hanya seorang bayi, yang berhak diberi rawatan dan layanan yang diperlukannya. Dia bercakap dengan penuh perasaan kerana dia mempunyai seorang anak yang menghidap kanser.


Empat pesakit yang mengidap kanser semuanya Melayu, yang dikatakan telah dipilih secara rawak telah dikemukakan. Inilah yang mencemar kempen itu serta merta. Bagaimanakah para penganjur tidak berhati perut? Ramai hadirin yang bukan berbangsa Melayu yang mempunyai anak-anak yang dijangkiti penyakit itu. Bagaimanakah perasaan mereka gamaknya? Ataupun apakah penting semua itu?


Kejijikan tidak berakhir di situ sahaja. PWM diberikan peruntukan sebanyak 10 persen daripada tabung kutipan. Apakah PWM sebuah persatuan barah? PWM harus menjelaskan perkara ini. Bagaimanakah MAKNA yang memainkan peranan yang sungguh unggul dalam membantu pesakit barah menyetujui perancangan begini? Ramai di kalangan hadirin yang menyedari perkara ini tetapi bersedia untuk membisu sahaja. Apabila empat pesakit MELAYU dikemukakan sebagai contoh, kempen itu sudah kehilangan wibawanya. Para penderma di kalangan hadirin menjadi tawar hati terhadap sikap perkauman dan haloba.


Oleh itu, Dato' Chua harus menghentikan gelagat bermulut celupar menuduh rakyat Malaysia sebagai tidak berhati perut. Kalau para penaja mengutip derma bagi tujuan lain daripada yang sepatutnya, Dato' Chua tidak boleh menyalahkan rakyat Malaysia kerana tidak bermurah hati untuk menderma. Kita pernah mendengar kisah memilukan betapa anak-anak yang memerlukan derma berpuluh ribu ringgit banyaknya bagi menjalani rawatan pembedahan tetapi Dato Chua tidak pun mengambil peduli tentang masalah begitu. Kerajaan beranggapan kalau ibubapa tidak mampu membayar kos rawatan anak-anak mereka, adalah lebih baik kanak-kanak itu mati sahaja. Itulah yang saya nampak sekarang ini. Tetapi dia berani mengejek kita yang berjanji untuk menghulurkan derma. Apakah yang telah dilakukannya sebagai menteri kesihatan untuk menentukan semua anak-anak, tidak semestinya yang diserang barah, menerima layanan rawatan perubatan yang menjadi hak mereka?

Kita mudah dipengaruhi oleh terlalu banyak usaha yang ditaja oleh kempen kutipan derma. Tentunya kita menderma mengikut kemampuan. Saya kerap mengirimkan cek setiap kali menderma dan tidak menghantarkan wang tunai. Pergilah ke restoren di Kuala Lumpur dan perhatikan banyaknya peti derma di setiap meja penukar wang. Yang terkini ialah kutipan derma mangsa gempa bumi Gujerat. Saya bertanya seorang tauke restoren yang mengutipnya. ia memberitahu kotak itu dikutip oleh Suruhanjaya Tinggi India. Apabila saya kata perkara itu tidak betul kerana Suruhanjaya Tinggi tidak boleh melaksanakannya, saya diberitahu ada orang lain yang datang mengutip derma itu untuk diserahkan kepada suruhanjaya tinggi itu. Inilah yang memeranjatkan saya apabila kutipan untuk mangsa gempa Gujerat dan bermacam lagi bencana alam ditaja secara somberono. Satu ketika dulu kutipan oleh pihak akhbar mempunyai tarikh tamatnya. Sekarang ini amalan itu sudah tidak ada lagi.


Itu sebabnya rakyat marhaen semacam sedar ada penyelewengan di sana-sini. Tidak kiralah kalau kempen itu untuk anti-kanser ataupun untuk membantu mangsa tanah runtuh di Ougadougou. Mampukah menteri kesihatan menjelaskan kenapa beliau merasa tersentuh apabila hanya satu dalam sepuluh yang menjanjikan derma mereka menunaikan janji? Bagaimana pula mereka yang mula-mula bersetuju bertukar menjadi tukang celaru? Kanser yang membarah dalam masyarakat kita ini sudah terlalu teruk keadaannya walaupun diusahakan satu pengampunan.


-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 3/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


Cancer In The 2001 Telekanser Fundraising Campaign

The health minister, Dato' Chua Jui Meng, is upset that many who pledged -- indeed nine out of 10 -- to donate to the 2001 Telekanser Campaign reneged on their promise. "I cannot comprehend how people can take such a cause so lightly and have fun out of it ... this is a serious matter in which lives can be saved," he said, and advised the public not to make prank calls. But in such hyped call for donations on television, people do pledge donations for no reason than to see their names amongst the donors. Telekanser's record is not unusual.

When you leave a toll-free number to pledge, in this divided nation of ours, amongst those calling to donate do so to disorient the government. So, his advise to the public to stay off prank calls is supercillious and self-serving. If only he had looked into how the 2001 Telekanser campaign was launched last month, he would probably know why public interest is not there.

The 2001 Telekanser campaign is a joint effort of the National Cancer Society (MAKNA), Malay Journalists Association (PWM) and Radio Talivisyen Malaysia (RTM) with help from Telekom Malaysia and Putra LRT. It was launched last month with much fanfare, with the King and Queen in attendance. The MAKNA president and former deputy minister, Dato' Farid Ariffin, gave a moving speech which touched those who heard it, how cancer is no respecter of persons, religion, belief, race, caste or creed, that a sick child with cancer is a sick child, to be treated with compassion and looked after for what he is. He spoke from the heart; he has a child fighting cancer.

Four representative cancer-stricken children, all Malays, allegedly selected at random, were brought out. It deflated the campaign immediately. How could the organisers be so insensitive? Many non-Malays in the audience whose children are afflicted with it. How do you think they would have reacted? Or does that not matter?

That is not all. PWM is alloted ten per cent of the collection. Why? Does it see itself as a cancer to society? It should explain. Why did MAKNA, an organisation which does superb work to help cancer patients, agree to it? Many in the audience knew of it, but kept quiet. When the four Malaysian -- read Malay -- children were brought out, the campaign was lost. Donors, many in the audience, were turned off by this insensitive display of racialism and greed.

So, Dato' Chua must refrain from shooting from his hip by accusing Malaysians of insensitivity. If organisers collect funds for other than what it is for, Dato' Chua cannot blame Malaysians for not opening their hearts and purses. We read of heart-rending children who cannot afford the tens of thousands of ringgit for life-saving operations in this caring society of ours, but the health minister ignores it. The official view is if the parents cannot afford treatment, the child had better die. That is how I see it. Then he has the cheek to tell us many who promised to donate did not. What has he done, as health minister, to ensure that all children, not just the cancer-stricken, get the best medical care they should be entitled to?

One is immured from the many causes for which donations are asked. One contributes as a matter of course. I send a cheque when I do, never cash. Go around Kuala Lumpur restaurants, and in many of them there are several donation boxes. The latest is for the Gujerat earthquake. I asked one restaurant who collects it. He told me it is the Indian High Commission. When I said it does not, indeed cannot, he changed his story: someone comes to collect it to hand it over to the mission. It surprises me that that collections for the Gujerat earthquake and other disasters continue without any checks and balances. The newspapers once used to have a cut-off date. Not, it seems, any more.

So, the public thinks there is a scam somewhere. It does not matter if it is for a anti-cancer campaign or a landslide in Ougadougou. Would the health minister now come out and tell us why he is so upset that only one-in-ten send in the funds pledged? How does those who do become pranksters? The cancer in our society is too far gone to be even in remission.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my