Laman Webantu   KM2A1: 4142 File Size: 13.7 Kb *



TJ MT MGG: Perdana Menteri Kelentong Lagi
By M.G.G. Pillai

5/4/2001 12:28 pm Thu

MGG 7801

[Anwar mahu diaibkan lagi walaupun di saat dia kesakitan tidak berperi. Beliau dituduh mahu lari sedangkan tiada alasan untuk beliau lari tetapi ada banyak alasan untuk seorang doktor yang menuduhnya lari. Rakyat sayangkan beliau - mengapa beliau perlu lari?

Anwar juga dikatakan tidak patriotik kerana ingin dirawat di luar negara. Soalnya ini nasihat pakar antarabangsa, bukannya nasihat pakar kelentong yang tidak berguna. Lagipun Mahathir dan Chua cuma memerlukan pembedahan biasa (kerana sakit biasa) tetapi Anwar teramat perlu pembedahan luarbiasa kerana (sakit tidak biasa dan) kepakaran polis membalun yang juga amat luarbiasa.

Tuduhan itupun belum mencukupi lagi. Anwar dikatakan mendapat layanan istimewa sedangkan itu tidak pun diminta. Yang salah pihak yang sengaja beria-ria menyediakannya dan begitu bodoh pula menonjolkannya sehingga melanggar tatacara penjara (dan akta rahsia?). - Editor]


Penterjemah: -MT-


Perdana Menteri Kelentong Lagi

(MGG The Prime Minister Spins A Tale)

Perdana Menteri turut campurtangan dalam kontroversi mengenai rawatan perubatan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mantan timbalan perdana menteri itu sedang menanggung kesakitan pada tulang belakangnya yang teramat sangat. Seorang pakar bedah endoskopik berbangsa Belanda, Dr. Thomas Hoogland, telah memberi nasihat agar pembedahan mikroskopik dilaksanakan tetapi Malaysia tidak pula mempunyai kemudahan untuk memudahkan pembedahan itu di negara ini. Tetapi, kerajaan bertegas pembedahan itu boleh dilaksanakan di sini. Dr. Mahathir berkata kalau dia boleh menjalani pembedahan jantungnya di sini, kenapa pula Dato' Seri Anwar tidak boleh dibedah di sini.


Sebenarnya perkara ini tidak boleh dibuat peerbandingan. Dr. Mahathir pernah diserang penyakit jantung di tengah malam di mana pembedahan segera terpaksa dilaksanakan. Tetapi, di waktu yang sama ada juga rencana untuk menghantar beliau ke luar negara untuk pembedahan itu. Menteri kesihatan beliau, Chua Jui Meng pernah bersiap sedia untuk menjalani pembedahan di luar negara tetapi apbila dia diarahkan menjalaninya di hospital tempatan dia terpaksa akur dengan semua arahan. Apakah sebabnya dia memikirkan rawatan luar negara bagi pembedahan yang merupakan pembedahan biasa di negara ini? Pembedahan secara 'open heart surgery' sudah mencapai tahap kepakaran yang tinggi di Malaysia; tetapi pembedahan 'endoscopic spinal microscopic surgery' adalah sesuatu yang masih baru lagi.

Pembedahan yang diperlukan oleh Anwar belum lagi menjadi bidang kepakaran pakar bedah tempatan dan pakar pelali yang ada. Bukankah itu juga sebabnya Dr. Mahathir pergi luar negara untuk beberapa rawatan perubatan yang sengaja dirahsiakannya? Kenapa dia pergi luar ngara sedangkan kini dia berkata: "Untuk mengatakan bahawa pembedahan tulang belakang tidak mempunyai kepakaran mencukupi adalah membodohkan diri. Pakar-pakar kita boleh lakukan apa bentuk pembedahan pun kalau perlu." Tentunya dia merujuk kepada Institiut Jantung Negara yang telah membedah jantungnya dan yang telah dilengkapkan oleh kerajaan dengan segala kelengkapan terkini untuk pembedahan. Institusi itu kini sudah diswastakan dan kos perkhidmatannya sudah tidak lagi dapat dicekau oleh rakyat marhaen. Di situlah dia menerima layanan terbaik dan khidmat kepakaran yang sungguh unggulan. Tetapi, apakah boleh dibezakan anjing dengan kucing ataupun pipit dengan enggang, seperti sikap kerajaan dalam perkara ini. Apabila kerajaan terus gelabah untuk mempertahankan perkara yang rapuh pihak yang lagi satu akan terus berpendirian yang lebih teguh.


Isu rawatan perubatan Anwar kini menyebabkan kebuntuan politik. Kerajaan beranggapan isu itu adalah satu bahagian kempen untuk menumbangkannya sambil berkata beliau tidak akan balik semula sedangkan kepulangannya itu nanti yang amat ditakutinya. Sudah tentu beratus ribu rakyat marhaen akan menyerbu KLIA menyambut kepulanganya. Suasana politik di Iran dan Filipina bertukar rupa dengan semerta apabila ketua parti pembangkang, Ayatollah Khomeini dan Senator Ninoy Aquino, pulang ke tanah- air daripada pembuangan. Dato' Seri Anwar bukannya dalam pembuangan namun kesannya adalah serupa. Ada satu dalil yang sama di Iran dan Filipina satu ketika dulu dengan di Malaysia masakini: seorang ketua yang telah lama kotai di tangkai kuasa masih rakus dengan kuasanya walaupun terlalu ramai rakyat yang membencinya.


Berbeza dengan dua kes terdahulu, di Malaysia, ketokohan Dato' Seri Anwar dibiarkan menyerlah hasil usaha kempen yang cekap yang dilaksanakan bagi pihaknya oleh para penyokong yang setia sehinggakan kerajaan tidak mampu menumpulkannya. Setiap tindakan kerajaan ke arah itu dianggap sebagai berdendam dan bersikap melepas geram. Minggu lalu, kerajaan telah mengizinkan RTM (Radio Telivisyen Menggila) memasuki kawasan larangan di perjara Sungai Buluh. Inilah kawasannya di mana pegawai tinggi, pegawai polis dan orang lain berkemungkinan boleh ditangani oleh banduan biasa. Inilah kawasan larangan di mana orang luar termasuk pegawai penjara yang tidak bertugas tidak dibenarkan masuk.

Pihak penjara telah melanggar peraturannya dengan membenarkan RTM masuk ke situ. Kenapa begitu? Saya diberitahu tidak ada rak buku sebelum itu, kerana dia dibenarkan hanya lima buah buku pada sesuatu masa sedangkan meja yang ada adalah sebagai kemudahan untuk memudahkan dia mentelaah untuk kajian kedoktorannya. Inilah caranya rakyat diberitahu betapa dia menerima layanan yang istimewa. Tetapi, isu sebenar adalah lebih besar dari itu. Kalau dia tidak layak kepada kemudahan itu sebagai banduan biasa kenapakah kerajaan beria-ia menyediakan segala kemewahan itu diperingkat mula-mula? Adalah penting menteri dalam negeri menjelaskan perkara ini sepenuhnya agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. Siapakah sebenarnya yang mengizinkan kru RTM menjelajah sampai ke sana?


Dato' Seri Anwar terus menjadi hambatan tersorok dalam suasana politik UMNO yang sememangnya sudah teruk. Perdana Menteri merangkap presiden UMNO perlu memperbaiki sikap dan pengaruh anti-UMNO yang disarankannya selama ini untuk meraih sokongan Melayu yang sudah lama jauh menyepi. Cakap-cakap mengenai perpaduan Melayu yang memperlekehkan musibah yang melanda beliau terus menghantuinya. Masyarakat melayu memang tidak mahu menerima tipuhelah itu. Itu sebabnya perundingan antara UMNO dan PAS terhenti begitu sahaja. Suasana pilihanraya dalam UMNO semakin berantakan apatah lagi dengan tindakan menyanggah UMNO oleh Fauzi Abdul Rahman di Kuantan. Dia memang sahabat lama Anwar Ibrahim dan tindakan beraninya ketika pemilihan UMNO sedang dilangsungkan membuatkan Anwar Ibrahim menonjol lagi untuk dimuliakan.


UMNO sedang kebingungan mencari jalan penyelesaian sedangkan itulah hakikatnya. Tidak ada sesiapa dalam UMNO yang mampu melakukannya. Ketika ibu Anwar (semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya - penterjemah) diserang penyakit jantung pagi semalam di Universiti Hospital, para birokrasi yang remeh temeh cuba berlagak lagi: pihak penjara mahukan surat dulu sebelum memberikan izin Anwar melawat ibunya di situ. Mujur beliau sempat menemuinya sebelum terhembusnya pernafasan yang akhir. Itu adalah satu kemujuran yang bukan kepalang risikonya. Kerajaan bersikap terlalu cerewet terhadap beliau, sehinggakan sebarang pertukaran cara berinteraksi dengannya boleh dianggap satu kesalahan jua. Tambahan pula setelah perdana menteri membuat satu kenyataan yang menyerlahkan kebaghalannya, semalam.


-MGG Pillai-
4.4.2001

>>>>>>>>>>>>dirakam sebagai hari pengebumian Almarhumah Ibu Yan-MT-<<<<<<<




Rencana Asal:


The Prime Minister Spins A Tale

The Prime Minister joins the controversy about Dato' Seri Anwar Ibrahim's medical treatment. The jailed former deputy prime minister's back pain is so excruciating that he can only eat standing. A Dutch spinal endoscopic surgeon, Dr Thomas Hoogland, recommends microscopic surgery for which Malaysia does not have the facilities. But the government insists it can be done here. Dato' Seri Mahathir says if he could have had his open heart surgery here, Dato' Seri Anwar should too.

There is no comparison. Dr Mahathir had a heart attack in the middle of the night and quick surgery was required, but plans were then afoot to have it overseas. His health minister, Dato' Chua Jui Meng, was all set to have his open heart surgery overseas but had it done locally when he was told to have it done locally. Why did he even think of overseas for what is now a routine operation in Malaysia? Open heart surgery is well advanced in Malaysia; endoscopic spinal microscopic surgery is not.

It is not one of competence of local surgeons and anaesthetists. If it was, would Dr Mahathir have gone overseas since for several surgical procedures he underwent but kept secret? Why did he then go overseas when he now says: "To say that for a back bone operation, there are new skills is absurd. Our surgeons can perform whatever operations (are needed)." The upshot of his open heart operation is the Institiut Jantung Negara, which the government ensured is fitted with the latest equipment. It is, of course, now privatised and made out of reach of the common man. But he had the best care and the best cardiac surgeons available. You cannot compare cats and dogs but that is what the government does here. When the government shoots itself in the foot in defending the indefensible, the other side holds its ground even more firmly.

Dato' Seri Anwar's medical treatment has led to a political stalemate. It is, in the government's belief, part of a campaign to unseat it; says he would not return when it fears he would. That hundreds of thousands could be at KLIA to welcome him back is not one it wants to contemplate. The politics of Iran and the Philippines changed irrevocably when the regime's leading political opponents, the Ayatollah Khomeini and Sen. Ninoy Aquino, returned home from exile. Dato' Seri Anwar, of course, is not in exile, but the effect is the same. In Iran, the Philippines and Malaysia, the reason why is the same: an entrenched leader holding on to power despite widespread antipathy.

Unlike in the other two, in Malaysia Dato' Seri Anwar is kept in the limelight by an efficient campaign mounted on his behalf by his supporters and the government not responding as it should. Every action it takes is seen as self-serving and vindictive. Last week, the government-run Radio Talivisyen Malaysia (RTM) was allowed into Sungei Buloh prison's restricted area where high officials, police officers and others who could be manhandled by the inmates at large are kept. No outsider, including prison officers other than those on duty there, is allowed into this area.

The prison broke its own regulations to allow RTM there? Why? I am told there is no bookshelf, that he is allowed only five books at a time, the table to enable him to work on his doctorate. Clearly, Malaysians are told he is well treated. But the issue is larger: if he is not entitled to all this as a common prisoner, why is the government bending over backwards to ensure he gets all these luxuries? It is important the home minister explain this fully, and set the matter to rest once and for all. So, who allowed the RTM crew in there? The home minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, should come clean and explain.

Dato' Seri Anwar remains the hidden political destabiliser in UMNO. The Prime Minister and UMNO president must take his powerful anti-UMNO influence into account to wean back the deserting Malay ground. Malay unity talks ignoring his predicament is to isolate him. The Malay would not accept it. Which is why the talks between UMNO and PAS for one is stalled. The UMNO elections is awry. Dato' Fauzi Abdul Rahman's revolt in Kelantan unhinges UMNO: he brought Dato' Seri Anwar, whose close friend he is, on to centrestage amidst the elections.

UMNO runs hither and thither to contain it, but the die is cast. No one in UMNO can do anything about that. When Dato' Seri Anwar's mother had a heart attack yesterday morning in the cardiac care unit of the University Hospital, the petty bureaucrats had their way: the prison authorities demanded a letter before it would consider allowing him at her bedside. As it happened, he managed to see her before she died. But it was a close call. The government is so petty when dealing with him that even if it should change its tack, it would still be blamed. Especially with the Prime Minister's asinine statement yesterday.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my