Laman Webantu   KM2A1: 4143 File Size: 12.1 Kb *



Beserah: Siapa Cepat - Umno atau BPR?
By Kapal Berita

5/4/2001 8:49 am Thu

The Sun: AWAS!!! BANYAK LAGI LAPURAN MENGANCAM

Banyak pihak menyangka Fauzi 'merajuk' bila menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan sebagai ADUN Beserah kerana gagal mendapat pencalunan yang mencukupi. Tetapi bila Fauzi juga membuat lapuran polis terhadap Khalil, barulah mereka sedar Fauzi telah merancang dengan begitu teliti gerak silatnya.

Memang diketahui umum pencabar jawatan ketua bahagian itu adalah penyokong Khalil. Wan Adnan adalah s/u politik Khalil manakala Faizal adalah s/u negeri BN.

Menurut Fauzi, beliau mempunyai 12 perkara lagi untuk dilapurkan kepada polis. Satu lapuran ikhlas minggu lepas sahaja sudah menggelabah Umno baru dibuatnya - bagaimana agaknya nanti jika 12 lagi muncul dan mungkin tersebar keseluruh negara? Fauzi menggertak akan membuat lapuran polis seterusnya jika pihak terbabit gagal bertindak terhadap pengaduan itu.

Surat Fauzi kepada Adnan (MB) mengandungi dakwaan politik wang yang begitu berleluasa dalam mesyuarat bahagian.

Majlis tertinggi kini telah mengarahkan semua sidang mesyuarat delegasi di peringkat bahagian ditangguhkan sehingga semua penyiasatan selesai.

Melihat kepada perkembangan di atas, nampak seperti Fauzi telahpun menang.

Menurut Fauzi, belau tidak sakit hati gagal memperolehi pencalunan secukupnya - tetapi begitu kesal kaedah kotor yang digunakan oleh pencabarnya untuk menghapuskan beliau.

Hadiah hamper, rasuah, korban ternakkan sana-sini telah dilambakkan di dalam permainan kotor ini. Fauzi begitu terkilan tidak mampu mendapat sokongan walaupun di bahagian yang terletak di kawasan Beserah sendiri.

"Ada sesuatu yang tidak betul di sini dan jika inilah sikap pengerusi cawangan, lebih baik saya kosongkan sahaja kerusi saya dan beri jalan kepada jenis pemimpin yang mereka suka sangat", kata Fauzi kepada pemberita di luar rumah Adnan Rabu lepas.

Fauzi agak baik dengan MB Adnan - dan dijangka MB Adnan akan menjai pendamai dalam krisis ini.


NST: SIAPA CEPAT SIASAT - BPR ATAU UMNO?

Akhbar NST melapurkan Faisal Abdullah, salah seorang pencabar Fauzi sudah pun disoal siasat oleh AJK Disiplin parti mengenai aduan itu. Tapi cuma setengah jam sahaja. (Hmmm... siasat apa kalau sebegitu sekejap sangat. Macam bukan bertugas menyiasat sahaja). Walaupun begitu ada lagi siasatan susulan. (Diharap bukan setengah jam lagi?)

Faisal menafikan beliau proksi Khalil atau mana-mana pihak. Beliau juga menafikan BPR mengambil apa-apa kenyataan darinya atau menyiasat syarikatnya. (Maknanya penyiasat BPR lebih lambat dari penyiasat dalaman Umno..... alangkah teruknya!)

Kenapalah lembab betul BPR bertindak... patutlah banyak kucing kurap!! Kalau begini sempatlah bukti diperap pihak terbabit berpakat agar tidak terjerat.

-TJr Kapal Berita-





Rencana Rujukkan:


Pengirim: MGG

Not Sour Grapes But Political Gripe

The Sun, Nation, 03 April 01, p10:

Datuk Fauzi Abdul Rahman is never one to mince his words. While others kept their peace when Datuk Seri Anwar Ibrahim was sacked from the party and government posts, he spoke out in support of his mentor. So, when it became obvious he was not going to get enough nominations to defend his Kuantan UMNO division chief's post, Fauzi let it be known he was going to do something about it. SYED AZHAR reports:


BEING THE incumbene Kuantan division chif, Datuk Fauzi Abdul Rahman expected to at least qualify earily to defend his position.

By early last week, however, it became obvious it was not joing to be so.

His opponents, division deputy chief Datuk Wan Adnan Wan Mamat obtained 20 nominations out of the 69 branches while vice chief Datuk Faizal Abdullah led with 29.

Fauzi got a mere nine nominations -- four short of the number needed.

"The remaining branches are either in Faizal's or Wan Adnan's hands," admitted Fauzi in an interview 10 days ago.

Back then, it was obvious Fauzi had something in mind.

When he submitted his letter to Mentri Besar Datuk Adnan Yaakob on his intention to quit his Beserah state seat, many UMNO insiders dismissed it as "sour graps and 'merajuk'" that he did not get enough nominations.

However, when he lodged a police report against Tan Sri Khalil Yaakob, the party's secretary-general and former mentri besar, they realised that Fauzi had it well planned.

Wan Adnan is, after all, Khalil's political secretary while Faizal is the state Barisan Nasional secretary.

Both are Khalil supporters and Fauzi saw their finishing ahead of him in the nominations race as a move by the former mentri besar to "finish" him off politically.

Fauzi's police report contained allegations concerning the misuse of state wealth.

He claimed that there were 13 other matters he could lodge police reports about, saying last week's was just the first.

He threatened to continue to lodge more reports if the party did not act on his complaints.

Fauzi's letter to Adnan contained allegations of rampant money politics in the run-up to the branch meetings.

The party supreme council has responded by ordering divisional delegates meeting to be postponed until investigations into Fauzi's allegations are completed.

With all these developments, Fauzi, it would seem, has gained the upper hand at the moment.

Khalil, who replaced Fauzi as the MP for Kuantan in the 1999 general election, is obviously upset with the allegations.

Prior to the switch of seats, Khalil and Fauzi were said to be the best of friends and political allies.

When Khalil was mentri besar, Fauzi was his link with federal leaders, especially Anwar, who was then party deputy president and deputy prime minister.

Fauzi had intervened on behalf of Khalil for the state at the federal level.

Khalil, in turn, protected Fauzi. Once when Fauzi was defeated in a branch election, Khalil ensured that Fauzi won the division chief's post.

When Fauzi allegedly spoke out in defence of Anwar at several division meetings, Khalil downplayed the problem.

"It is so strange how the two men have fallen out.

"They used to be the best of friends and were often seen together," said a former division leader who claimed he was ousted by a joint Khalil-Fauzi effort.

However, Fauzi refused to be drawn into why he had fallen out with Khalil, except to say that he was upset with the way the branch meetings had been handled.

"I came to see Adnan and tell him why I lodged a police report against Khalil and expose the work of my adversaries who were playing money politics to ensure that I did not qualify to defend my post.

"I am not sore that I failed to secure the nomination but it is the method used by my challengers to ouste me.

"Hampers, bribery, cattle slaughtering here and there is the name of the game and what irked me most is that I could not even get the support of branches within the Beserah area.

"Something is wrong here and if this is the attitude of the branch chairmen then it is only fair that I vacate my seat and give way to the type of leaders they want," he told newsmen outside Adnan's house on Wednesday.

A state UMNO leader noted that Adnan was the only friend that Fauzi had left at the moment, citing the reason why the letter of resignation was handed to Adnan as the Pahang UMNO liaison committee chairman.

Although Adnan had said that he would not get involved in the division contests, he was the first to get in touch with Fauzi as soon as he heard that the latter had lodged a police report against Khalil.

"Adnan is trying his best to talk to Fauzi into retracting his letter but a deal has to be struck to find a formula to appease both sides (Khalil and Fauzi)," the state leader said.

After the Sanggang byelection last year, Pahang UMNO does not relish another one, not after reports from the ground is not an easy seat to win.

Party insisders said a byelection would be Adnan's last option and his priority now was to convince Fauzi to withdraw his letter as well as the police report.

An aide to Adnan said one way was to persuade Wan Adnan and Faizal to give way to Fauzi since the Beserah state assemblyman could still qualify.

But this may not be enough for Fauzi who is may be heading towards collision course with Khalil.

"Adnan will have to avoid the situation where either man says 'if he stays - I will go'.

"But for Adnan, he will rather try and patch up the differences between the two men than face the prospect of another by-election," said the aide.

For the moment, the supreme council has given Adnan some time to work on a solution acceptable to both sides





http://www.emedia.com.my/z/Current_News/BH/ Thursday/Mukadepan/20010404221414/Article/pp_index_html

Naib ketua bahagian Umno Kuantan disoal


KUANTAN, Rabu - Naib Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Faisal Abdullah mengesahkan beliau disoal oleh seorang daripada empat ahli Jawatankuasa Disiplin Umno berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Datuk Fauzi Abdul Rahman mengenai politik wang dalam pemilihan bahagian itu.

Faisal, yang enggan mendedahkan nama ahli jawatankuasa itu berkata, pertemuan selama satu setengah jam itu diadakan di sini, akhir minggu lalu.

'Saya sudah selesai melalui siasatan peringkat pertama Lembaga Disiplin Umno berhubung dakwaan Fauzi mengenai politik wang yang dikatakan berlaku di bahagian Kuantan.

'Saya masih menunggu tiga lagi ahli jawatankuasa itu menemui saya bagi tujuan yang sama,' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pencalonan merebut jawatan ketua bahagian yang berakhir 31 Mac lalu, Faisal menerima 31 pencalonan, Timbalan Ketua bahagian, Datuk Wan Adnan Wan Mamat (24), manakala Fauzi yang juga penyandang jawatan, hanya menerima 10 pencalonan.

Berikutan kekurangan pencalonannya, khususnya di DUN Beserah, Fauzi menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Adun kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, dengan mendakwa wujud politik wang di bahagiannya.

Majlis Tertinggi (MT) yang bersidang petang Sabtu lalu, menubuhkan satu jawatankuasa khas sementara bagi menyiasat dakwaan Fauzi.

Jawatankuasa itu diketuai bekas Menteri Luar, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen. Mesyuarat Umno bahagian Kuantan juga ditangguhkan sehingga penyiasatan selesai.

Faisal meminta semua cawangan yang mencalonkannya memberi kerjasama kepada jawatankuasa siasatan itu, jika diminta berbuat demikian.

'Biarlah siasatan menentukan sama ada tuduhan Fauzi benar atau sebaliknya. Saya merayu cawangan yang mencalonkan saya supaya bersabar dan lihat hasil siasatan nanti.

'Setakat ini, kita memberi kerjasama yang baik kepada semua pihak yang terbabit dalam siasatan isu ini. Saya bertanding secara sukarela. Saya bukan proksi Tan Sri Mohd Khalil Yaakob dan saya tidak ditaja mana-mana pihak,' katanya.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Rangkaian Delima Sdn Bhd, menafikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengambil beberapa dokumen dari pejabat syarikat itu.

'Sampai hari ini, tidak ada pegawai BPR mengambil dokumen syarikat, malah saya pun tidak didatangi pegawai berkenaan untuk diambil kenyataan. Saya bekerja dengan syarikat itu dan bila syarikat mahu disiasat, saya sedia bekerjasama. Tetapi setakat ini, perkara itu tidak berlaku.

'Saya sendiri tidak tahu syarikat mana yang dimaksudkan Fauzi dalam aduannya,' katanya.