Laman Webantu   KM2A1: 4167 File Size: 13.4 Kb *



TJ MT MGG: Mulut Tabuh Dapat Disumbat, Mulut Orang?
By M.G.G. Pillai

9/4/2001 1:11 am Mon

MGG 8201

[Umno cuba memerap salahlaku dengan mengadakan siasatan dalaman sedangkan itu tidak perlu kerana polis dan BPR memang ditubuhkan untuk hal itu dan harta rakyat seperti balak memang menjadi mangsanya di situ. Umno sebenarnya tidak mampu mencuci dirinya tetapi mahu menyembunyikan kejijikkannya tetapi baunya tetap ada dan akan merosakkan imej Umno juga.

Umno dilanda kemelut akibat membiarkan penyakit bermaharaja gila dalam dirinya tanpa merawatnya atau membedahnya kerana bimbang pecah tembelang seseorang yang amat berkuasa di dalamnya. Ia menjaga populariti individu lebih dari populariti parti. Inilah dilema Melayu yang mencekik sendiri Umno. Akhirnya ia akan menjahanamkan semua termasuk yang sihat dan buncit-buncit belaka kerana mulut manusia sukar untuk menutupnya dan penyakit kronik sudah jauh merebak di dalam dirinya.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Mulut Tabuh Dapat Disumbat, Mulut Orang?

(For Whom The Bells Toll)



Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Dato Fauzi Abdul Rahman, telah menyindir para pemimpin UMNO begitu hebat sekali sehinggakan BPR melawat pejabat syarikat kerjasama yang dipengerusikan oleh timbalan pengerusi UMNO Kuantan, Dato' Faizal Abdullah dan mengambil beberapa dokumen yang ada kaitan dengan lapuran tahunan yang terkini. Tidak ada sebarang petanda yang akan mengaitkannya kepada sebarang salahlaku, tetapi ia tentunya bertujuan kepada sesuatu. Dokumen yang selalu diambil oleh BPR memang jarang sangat dipulangkan dan kerap menyebabkan sesuatu organisasi itu menjadi pincang. Mungkin ini bertujuan memesongkan perhatian daripada masalah utama: tuduhan Dato Fauzi bahawa Setiausaha Agong UMNO, merangkap menteri penerangan telah menyalahgunakan kekayaan negara. Inilah yang membuatkan para pemimpin UMNO gelabah kini dan perkara itu tidak dibincangkan lagi secara terbuka. Satu siasatan dalaman sudah pun direncana, pihak polis dan BPR pula bertindak secara sambil lewa.


Perkara semacam ini memang sudah dijangka. Perhatikan sahaja puluhan lapuran polis terhadap ahli kabinet yang dibuat oleh mantan timbalan perdana menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya. Tidak ada satu pun yang dikaji secara serius. Solah-olah ia sudah menjadi satu dasar kerajaan bahawa kalau ada pun menteri kabinet yang perlu dijahanamkan ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sikap ini adalah didorong kepada ketakutan terhadap kesan politik yang mungkin terserlah darinya. Secara persendirian, mereka di dalam kabinet itu memang bersetuju seandainya penyiasatan dibenarkan sehinggalah ke penghujungnnya, sudah tentu akan wujud satu barisan panjang di luar penjara Sungai Buluh di mana ramai lagi insan yang akan masuk untuk bersama-sama menemani banduan terhormat yang sedia ada di situ. Lapuran polis mengenai para menteri dan pegawai tinggi yang korup sudah menjadikan Dato Seri Anwar seorang tokoh politik yang mampu meraih sokongan terhadap Anwar yang dianggap bersih itu. Lapuran Dato' Fauzi kini menyanggah tahap etika pemimpin UMNO yang ada. Kedudukan Dato' Fauzi yang bersahabat rapat denagn Dato' Seri Anwar membuatkan perkara itu lebih menarik lagi.


Perdana Menteri memang sudah terperangkap dengan kemelut ini. Tan Sri Khalil dan Dato' Fauzi berkahwin dengan wanita yang merupakan adik-beradik tiri. Mereka memang rapat dan saling membantu. Keduanya mempunyai sokongan yang kuat di kalangan UMNO Kuantan. Semua itu terungkai oleh sebab kisah Anwar. Dato' Fauzi memang tidak pernah berselindung mengenai persahabatannya dengan Anwar. Dialah di antara yang mula-mula berada di rumah beliau di Bukit Damansara selepas beliau dipecat daripada UMNO dan kerajaan pada September 1998. Namun, pada pandangan para pemimpin UMNO, para penyokong Anwar dalam parti, terutamanya dalam kerajaan mestilah dihumbankan secara sistematik. Sikap inilah yang membawa padah kini. Dalam hal ini apa yang akan terjadi kepada Dato' Fauzi tidak dikira penting lagi. Seperti juga dalam suasana politik dan budaya, apa yang terjadi kepada sahabatnya yang terpenjara itu.


UMNO memberitahu dunia betapa ia menghormati undang-undang yang ada. Tetapi undang-undang itu bukannya untuk menyiasat segala kerakusan mereka, Cuma untuk musuh para pemimpin sahaja. Menteri hal ehwal dalam negeri Abdullah Ahmad Badawi, sepatutnya telah mengarahkan polis, bukannya jawatankuasa disiplin UMNO, untuk menyiasat segala tuduhan Dato' Fauzi. Yang tercabar sekarang ialah martabat UMNO dan juga kerajaan. Keadaan ini telah ditangani dalam keadaan panik dengan keyakinan perkara ini dapat diselesaikan seandainya akhbar perdana tidak melaporkan berita seterusnya. Soalnya sekarang, hak UMNO memegang mohor ketuanan Melayu itu sudah pun dicabar di gelanggang politik dan budaya. Setiap tindakan yang dilaksanakan oleh pemimpin UMNO memperteguhkan kepercayaan bahawa masa kegemilangan UMNO itu sudah tinggal di lembaran sejarah sahaja. Kegemilangannya sebagai tonggak pergerakan nasional Melayu sudah pun merudum ke tahap sebuah parti politik biasa sahaja. Segala kesilapan yang dilaksanakan oleh para pemimpinnya yang lalu kini datang menghantuinya.


Sememangnya, cabaran besar kepada UMNO ialah apa yang akan terjadi apabila sesiapa sahaja yang akan menjadi perdana menteri. Mengikut keadaan yang ada, jawatan itu adalah merupakan hak Abdullah Ahmad Badawi, kalau mengikut logiknya. Tetapi, iklim politik yang sedia ada meyakinkan Abdullah tidak mempunyai kemampuan memperbetulkan segala kerosakan yang telah mencemari akar umbi parti. Sebagai seorang timbalan perdana menteri dia telah menjadi terlampau angkuh untuk menyatupadukan kembali kumpulan yang sudah bersengketa. Apatah lagi setelah persengketaan di kalangan para pemimpi UMNO sudah menjadi sengit secara terbuka. Hubungan di antara Perdana Menteri dan menteri kewangan beliau sudah semakin genting dan dijangka akan meledak tidak lama lagi. Yang membuatkan perkara ini lebih tegang ialah peristiwa penyelamatan KWSP dan KWAP terhadap kemelut TimeDotCom dan juga tindakan kerajaan membeli balik saham Tajudin Ramli dalam proses penyelamatan MAS, dulu.


Saya telah diberitahu akan kisah perjumpaan rahsia yang dihadiri oleh orang lain juga di mana Dr. Mahathir menyoal Tun Daim mengenai kisah penyelamatan dua syarikat itu. Perdana Menteri bertanyakan mengenai pendedahan dana KWSP dalam 'syarikat peribadi' TimeDotCom itu. Tun Daim tidak ingat akan angka-angka yang terbabit, mungkin dia 'terlupa' di waktu itu, dan Dr. Mahathir mahukan jawapannya dalam masa seminggu. Tempoh yang diberikan itu sudah lama berlalu, jawapan yang dinantikan itu belum diberikan lagi. Mungkin ini caranya mereka berdua membincangkan perkara-perkara bersangkutan negara. Memang tidak ada yang ganjil dalam perkara begitu. Tetapi, saya ada mendengar rintihan Tun Daim kepada para pembantunya: dulu dia menemui ketuanya itu sekadar lima hingga enam kali dalam sehari, tetapi kini cuma sekali dalam enam hingga tujuh hari. Perdana Menteri mungkin sudah semakin sedar betapa banyak perkara yang membabitkan namanya sudah menjahanamkan martabatnya juga. Inilah bahananya: dulu dia menghabiskan masa yang banyak untuk merencana bagaimana mahu memusnahkan musuhnya, sedangkan orang-orang yang rapat dengannya menghabiskan masa yang banyak untuk memusnahkannya. Kepada Dr. Mahathir Mohammad inilah Dilema Melayu, namanya.

-MGG Pillai-
Sabtu 7 April, 2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 8/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

For Whom The Bells Toll

The UMNO Kuantan division chief, Dato' Fauzi Abdul Rahman, nettles UMNO leaders so badly that the ACA visits a cooperative which Dato' Faizal Abdullah chairs, [- typo correction by Editor] and takes away documents relating to its latest annual reports. No hint of wrongdoing is hurled at him, but it is to unnerve him. The documents taken away, in any ACA visit, is returned rarely or not at all, and throws any organisation into confusion. This is to divert attention from the main problem: his allegation that the UMNO secretary-general, information minister and former mentri besar of Pahang, Tan Sri Khalil Yaakob, had misused the state's wealth. It threw UMNO leaders into a tailspin and the matter is not discussed in public any more. An internal investigation is ordered, the police and the ACA react with total unconcern.

This one has come to expect. Look at the tens of police reports filed against the cabinet by the jailed former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, and his supporters. Not one is seriously looked into. It is not, in the government's considered view, the cabinet ministers who ought to be destroyed but Dato' Seri Anwar. But the inaction is more from fear of political consequences. Those in the cabinet privately agree that if investigations are allowed to proceed to its logical conclusion, there would be a queue outside Sungei Buloh prison to rub shoulders for a few years with the VIP prisoner there. The police reports of ministerial and official corruption helps keep Dato' Seri Anwar on the high moral ground culturally; and Dato' Fauzi's report questions UMNO moral standing. That Dato' Fauzi is still close to Dato' Seri Anwar makes it even more so.

The Prime Minister clearly was caught offside when the crisis blew into his face. Tan Sri Khalil and Dato' Fauzi married step-sisters. They were close. One supported the other. Both mounted a solid front to maintain their hold on Kelantan UMNO. But the Anwar affair unscrambled it. Dato' Fauzi did not hide his ties with Dato' Seri Anwar, was one of the first at the house in Bukit Damansara after the latter was sacked from UMNO and the government in September 1998. But, in the view of UMNO leaders', pro-Anwar backers in the party, especially in government, must be systematically rooted out. This is one such. It has blown into their collective faces. It does not matter here what happens to Dato' Fauzi, as it does not matter, in the larger political and cultural context, what happens to his jailed friend.

UMNO tells the world it follows rules no one else does. The law is not to investigate their misdoings, but its leaders' enemies. The home mininster, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, should have asked the police, not the UMNO disciplinary committee, to investigate Dato' Fauzi's charges. For what is at stake is UMNO's, and the government's, credibility. It is taken in panic, in the belief that if the mainstream media does not report what happens, it is all right. But UMNO's right to lead the Malays is challenged politically and culturally. Every action its leaders take enhances this Malay belief that UMNO's time is past. It has descended from the national movement it once was to another political party. The political mistakes of its leaders in the past come to haunt it.

Indeed, the greater threat to UMNO now is what happens when the next prime minister, whoever he is, takes office. Yes, in the UMNO musical chairs heirarchial chart, it should be Dato' Seri Abdullah. But he cannot, in the current political climate, repair the Malay ground view against UMNO. He has become, as deputy prime minister, too confrontational to unite the disparate groups. The infighting amongst the UMNO leaders comes out into the open. The relationship between the Prime Minister and his finance minister is so bad that one should expect a public explosion soon. What made it worse is the EPF and KWAP bailout of TimeDotCom share fiasco and the the government purchase of MAS shares to bailout Tan Sri Tajuddin Ramli.

I am told of one top secret meeting, in the presence of others, at which Dr Mahathir questioned Tun Daim about both, and wanted to know EPF exposure in "this private company" -- TimeDotCom. Tun Daim did not have the figures, one of those irrelevant figures that slipped off his mind, and Dr Mahathir wanted the answers within a week. That deadline is past, and the figures remain unknown. This could well be how the two men discuss matters of state, and there is nothing unusual about it. But then I hear of Tun Daim telling his acolytes: that whereas once he saw his boss six or seven times a day, it is now once in six or seven days. The Prime Minister has come to his senses, realises a lot done in his name now sinks him. He had had his waking hours spent on how to destroy his nemesis, when others on his side spent time and effort on how to destroy him. That is Dr Mahathir Mohamed's Malay Dilemma.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my