Laman Webantu   KM2A1: 4169 File Size: 2.9 Kb *



AM: Izzah Dedah Kes Bedah Anwar ke PBB
By AM

9/4/2001 1:15 am Mon

[Jangan memandang ringan kebolehan seorang gadis, apatah lagi puteri reformasi. Nurul Izzah pernah mendapat tepukkan bergemuruh di PBB satu ketika dulu dan kali ini ia bakal mengirim malu yang tidak berperi buat memanda perdana menteri. Dimana Mahathir mahu melarikan mukanya kali ini?

Jangan lupa layanan terhadap sakit Anwar bakal terpercik ke perhimpunan agung Umno juga dan banyak pihak akan terkena...... - Editor]


http://www.agendamalaysia.com/detailinf.asp?gnum=12&num=771


Analisis Berita

Kes Bedah Anwar Dibawa Ke PBB

KUALA LUMPUR, Jumaat 6 April - Kes pembedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibawa ke persidangan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang kini sedang bersidang di Geneva, demikian menurut berita muka hadapan organ rasmi Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dalam edisi terbarunya.

Berita Keadilan edisi terbaru, 5 April 2001 yang kini telah mula dijual di pasaran melaporkan, kes tersebut akan dibawa oleh puteri beliau, Nurul Izzah yang berlepas ke Geneva, Isnin, 2 April lalu.

Menurut berita itu, Izzah dijadual memberikan ucapan (intervention speech) di persidangan yang akan dihadiri oleh wakil-wakil NGO dan kerajaan dari seluruh dunia.

Nurul Izzah, yang digelar dengan jolokan Puteri Reformasi menghadiri persidangan hak asasi manusia tersebut bersama-sama dengan beberapa aktivis hak asasi manusia Malaysia. Antaranya ialah Setiausaha Agung, Hak Asasi Manusia (HAKAM), Elizabeth Wong; Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel dan seorang peguam hak asasi, Sivarasa Rasiah.

Jelas Berita Keadilan lagi, ini merupakan tahun kedua berturut-turut Nurul Izzah menghadiri persidangan tersebut. Tahun lalu, beliau adalah perwakilan termuda yang menghadiri persidangan itu dan ucapannya mendapat tepukan gemuruh daripada semua perwakilan yang hadir.

Dalam ucapannya tahun lalu, Nurul Izzah telah membawa kes penganiayaan politik terhadap bapanya oleh pemerintah melalui proses undang-undang.

Beliau juga telah menyentuh bagaimana bapanya telah menjadi mangsa serangan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor dan harapan adik beradiknya untuk menyaksikan bapa mereka bebas seperti orang lain.

Laporan itu turut menyebut bahawa Nurul Izzah dijangka mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia, Mary Robinson untuk menjelaskan keadaan kesihatan bapanya. Beliau juga dijadualkan untuk bertemu ahli-ahli Parlimen Jerman di Berlin dan ahli-ahli Parlimen Kesatuan Eropah di Brussel.


© 2001 AgendaMalaysia