Laman Webantu   KM2A1: 4170 File Size: 13.6 Kb *



TJ MT MGG: Gajah Putih Saman Lim Kit Siang
By M.G.G. Pillai

9/4/2001 7:58 am Mon

MGG 8301

[Lembaga Pelabuhan Miri (MPA) mahu menyaman Lim Kit Siang kerana menggelar pelabuhannya gajah putih dengan alasan kata-kata itu akan menyebabkan kerugiannya. Tetapi ia mengaku projek itu belum mampu berfungsi sepenuhnya kerana Sungai Baram perlu didalamkan lagi. Malah MPA tidak mendedahkan kepada akhbar kos sebenar yang diperlukan nanti ataupun lapuran kewangannya sebagai bukti.

Nampaknya pakar bahasa perlu menjadi saksi dalam kes ini. Menurut Kamus Dewan 'gajah putih' adalah sesuatu yang mahal tetapi tidak berguna... MPA perlu berfikir mengapa pelabuhan lain lebih banyak berguna walaupun dibina dengan kos yang tidak seberapa. Lagipun gajah menjadi putih kerana ia tidak bangun-bangun walaupun gajah lain sudah lama berdiri tanpa perlu berbelanja melangit tinggi untuk membelanya. Malah gajah yang dilahirkan oleh Ting banyak yang putih-putih belaka. Jangan itu MPA berpura lupa pula.

Rujuk: Star 4/8/2001 - Editor ]


Penterjemah: -MT-


Gajah Putih Saman Lim Kit Siang

(White Elephant Port To Sue Lim Kit Siang For Saying So)

Lembaga Pelabuhan Miri yang berharga RM350 juta sudah naik berang. Pelabuhan yang kini dianggap sebagai satu gajah putih itu, seperti banyak projek lain juga, dibina hanya untuk memberitahu dunia bahawa ia memang sudah pun terbina. Itulah juga yang berlaku kepada Pelabuhan Kuantan, sebuah projek gajah putih lagi yang diwujudkan sekitar 1970-an untuk membolehkan beberapa orang kroni menjadi kaya raya. Kalau pun ia berguna dan dapat berurusan, bererti ia hanya satu kebetulan. Kita sedar apa yng berlaku kepada projek Ampangan Haidro Bakun, yang menjadi lambang kegagalan Tan Sri Dato' Paduka Dr. Ting Pek Khiing dan syarikat hartanahnya, Ekran Berhad yang meraih RM800 juta. Kini dia diberikan kontrak lagi bernilai sekitar RM 150 juta untuk kerja-kerja tambahan markas tentera laut di Sabah. Ekran menyatakan kontrak itu adalah untuk kerja utama pengkalan laut itu; tetapi ia berbohong sebenarnya. Lagipun kalaulah pengkalan lautan Sepangar itu yang lengkap dengan kemudahan untuk kapalselam yang tercanggih boleh dibina dengan harga yang kurang dari kos membina pelabuhan Miri, tentu sekali ia memberi petanda bahawa sampan pun tidak akan mampu mendarat di pengkalan itu dengan selamat. Pengkalan laut itu sebenarnya akan berharga lebih daripada RM1 bilion. Itu pun merupakan satu perkiraan yang masih belum lengkap lagi.


Beberapa kontrak seperti ini difaraidkan kepada para kroni pihak yang berkuasa selalunya tanpa sebarang tender dan penyeliaan yang sempurna. Kalaulah Pelabuhan Miri telah dibina oleh para pemborong yang dipilih secara saringan dan bukannya secara pilihan tertutup, memang tidak perlu Encik Lim Kit Siang membuat tuduhan bahawa ia sudah merupakan satu projek gajah putih. Timbalan ketua menteri Sarawak berkata pelabuhan itu dapat digunakan kalau kelodak selut dan lumpur yang mendap di situ dapat dialihkan dan kalau ada air secukupnya di pelabuhan itu. Seperti juga Majlis Pelabuhan Miri, dia beranggapan sebaik sahaja siap dibina, pelabuhan itu sesuai dijadikan satu pelabuhan dengan begitu senang sahaja dan segala kapal boleh berlabuh di situ tanpa memikirkan segala kepincangan yang ada.


Lembaga Pelabuhan Miri telah mengugut untuk mengeluarkan saman terhadap Encik Lim kerana libel. Dia telah menggelarkan pelabuhan itu sebagai satu gajah putih. Mereka beranggapan walaupun pelabuhan itu tidak boleh digunakan sekarang, ia tidak semestinya menjadi satu gajah putih. Encik Lim tentu sedar bahawa gajah putih hanya wujud di Thailand. Pengerusi Pelabuhan, Edwin Dundang berkata dengan memberikan label gajah putih kepada pelabuhan itu - Encik Lim telah menjejaskan reputasi pelabuhan dan menyebabkan pelabuhan kerugian perniagaan yang bernilai berjuta ringgit. Alangkah menarik perkara ini kerana saya fikirkan pelabuhan itu kerugian berjuta ringgit kerana ia tidak ada guna langsung. Ia tidak boleh digunakan kerana itu ia menjadi satu gajah putih.


Pihak MPA seharusnya mengemukakan tindakan mahkamah kerana fitnah terhadap En. Lim, dan juga akhbar yang menyiarkan berita yang ditandatanganinya yang menggelarkan pelabuhan itu satu gajah putih. Encik Dundang telah menyatakan bahawa kenyataan Lim Kit Siang itu sesuatu yang 'memesongkan, tidak betul dan berniat jahat' .. 'satu penipuan yang tidak berasas dan sengaja menggembar-gemburkan.' Lagipun, projek itu bernilai RM 250 juta dan bukannya RM350 juta. 'Projek itu belum siap lagi,' katanya. 'kami masih perlu mengorek dan mendalamkan lagi sungai (Baram).' Itu sebabnya dia bertegas, 'kita tidak pun mencapai sasaran urusniaga kita.'


Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Dato' George Chan, berkata projek itu berharga RM 149 juta sahaja, tetapi kerja-kerja mendalamkan memerlukan tambahan RM100 juta lagi. Tetapi, En. Lim menyentuh berita lamanweb kerajaan negeri yang menyebut RM 287 juta. Kalaulah sungai itu terpaksa dikorek lagi, proses mendapan akan menjadikan tempat itu tidak boleh digunakan walaupun pelabuhan itu dibuka semula. Kenapakah tapak pelabuhan itu tidak dipilih di kawasan yang dalam sebagai pelabuhan? Lagipun, kalau pelabuhan itu belum bersedia lagi bagaimana pula ia boleh berurus-niaga? Bagaimana caranya MPA mendapatkan lebih banyak bisnes daripada syarikat perkapalan sedangkan kapal mereka tidak boleh berlabuh di sana? Mengikut taksiran saya pelabuhan itu masih belum berfungsi lagi seperti yang sepatutnya. Apakah ini satu fitnah?


Satu ketika dulu saya pernah membuat kiasan mengenai insan yang tak-reti-bikin-ampangan, Tan Sri Dato' Paduka Dr. Ting Pek Khiing, yang memang tidak berduit untuk membina ampangan Bakun itu. Dia telah menyaman saya bernilai RM100 juta. Ketika dia sibuk menyaman itu, projek yang dimulakannya itu menjadi kantul termasuklah pihak pengurusan projek. Kerja-kerja pembikinan ampangan itu diagih-agihkannya kepada beberapa syarikat kepunyaannya. Tentulah projek itu jatuh lingkup. Pangkalan tentera laut yang difaraid kepadanya pun akan menerima nasib yang sama. Saya akan menjadi manusia yang paling terperanjat dalam dunia ini kalaulah dia mampu melaksanakan tugas itu dengan cemerlang. Nampaknya pasaran saham pun mempunyai pendirian yang serupa juga.


Lihat sahajalah kepada beberapa projek di Langkawi. Pusat pameran Mahsuri memerlukan pembaikan tahunan yang harganya lebih tinggi lagi daripada harga membinanya pada 1980-an dulu. Kejijikan ini bukan setakat itu sahaja. Saham syarikat Ekran satu ketika dulu mencecah RM85 (Lapan Puluh Lima Ringgit) sesaham di Bursa Saham Kuala Lumpur. Kini, ia didagangkan dengan harga 53 (lima puluh tiga) sen sahaja.** Berita kerja-kerja kontrak pengkalan tentera laut dan sabkontrak Bakun yang diberikan kepadanya tidak mampu menyekat harga saham syarikanya daripada terus merudum. Pihak MPA menggertak Encik Lim Kit Siang dengan tujuan menakutkan pihak lain yang berniat menyoalnya. Pilihanraya umum peringkat negeri Sarawak sudah pun hampir tiba. Kemelut Suqui dan lenyapnya bank yang dipunyai oleh perseorangan Cina di negeri itu sudah pun menjadi isu hangat. Kisah Pelabuhan Miri kini menjadi satu lagi isu yang akan menghantui Barisan Nasional. Satu tindakan guaman berkaitan dengan fitnah akan menyekat kisah Pelabuhan Miri itu daripada dibincangkan secara terbuka. Tetapi, usaha itu pun akan kantul juga.


-MGG Pillai-
Ahad 8 April,2001.




** Catatan Penterjemah:

Saya pernah menyoal berapa banyakkah saham kepunyaan kroni ulung perdana menteri ini yang dibeli oleh Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera, KWSP, KWAP dan beberapa lagi institusi dana yang menggunakan dan mengumpulkan wang orang Melayu dan rakyat marhaen yang lain untuk membeli saham Ting Tauke Batang Penyapu ini dengan harga tinggi dulu? Itukah sebabnya Tabung Haji tidak pernah mengumumkan pegangan saham dengan harga beliannya selama ini? -MT-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 8/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


White Elephant Port To Sue Lim Kit Siang For Saying So

The RM350 million Miri Port Authority is incensed. The while elephant is built, like so many projects, for no reason than to tell the world it has one. Like the Kuantan Port, a white elephant the moment it opened its doors in the 1970s, it is built for some crony to make money. If it works, it is an incidental benefit. We know what happened to the Bakun Hydroelectric Dam project, for the failure of which one Tan Sri Dato' Paduka Dr Ting Pek Khiing and his property company, Ekran Berhad, got RM800 million; and is now given a contract worth about RM150 million for the anciliary works for the naval base in Sabah. Ekran say it is for the naval base itself; it lied. Besides, if the Sepanga naval base, with the most modern submarine facilities, can be built for far less than it cost to build Miri Port, then even sampans could not land in there safely. The naval base will in fact cost more than RM1 billion. Even that could be an underestimate.

This is not all. Contracts like these are awarded to the cronies of the establishment, usually without tenders and due diligence. If the Miri Port had been built by contractors chosen competitively and not inhouse, there would have been no need for Mr Lim Kit Siang to allege it is a white elephant. The Sarawak deputy chief minister says the port would work if the siltation is removed and there is enough water. He thinks, as the Miri Port Authority, that a port is a port, and that there ships cannot wharf there is a minor impediment.

The Miri Port Authority threatens to sue Mr Lim for libel. He had called it a white elephant. Even if the port is now unusable, it is not a white elephant. Mr Lim should know that white elephants exist only in Thailand. So, Mr Lim has libelled it, presumed the MPA. Its chairman, Mr Edwin Dundang says that Mr Lim, by describing it a white elephant, "has caused irreparable damage to the port's reputation and caused us to suffer huge losses in business." Interesting. I would have thought it suffers huge losses precisely because it is unusable. If it is unusable it is a white elephant.

The MPA should forthwith file action for defamation against Mr Lim, as well as the newspaper which published an unsigned statement called the port a white elephant. Especially when Mr Dundang says Mr Lim's statement is "misleading, inaccurate, and malicious ... baseless lies and unsustained exaggerations." Besides it cost RM250 million, not RM350 million. "It is not completed yet," he added, "we still need to dredge and deepen the (Baram) river." That is why, he insists, "we have not reached our targetted business".

The Sarawak deputy chief minister, Tan Sri Dato' George Chan, says it cost only RM149, but the need to deepen the river cost another RM100 million. But Mr Lim says, the state government website said it cost RM287 million. If the river had to be deepened, siltation would make it unviable even when the port is opened. Why was not a deep water area chosen for the port? Besides, if the port is not ready, it is not ready. How does the MPA get more business from shipping companies when their ships cannot land there? As far as I can see, the port is not functioning as it should. How is that defamation?

When I made some innocuous remark about the great no-dam builder, Tan Sri Dato' Paduka Dr Ting Pek Khiing, had no money to build the Bakun dam, he sued me for RM100 million, midway through the action the project collapsed because it turned out that almost every aspect of its construction, including project management, was farmed out to listem companies he controlled. It collapsed spectacularly. The naval base he is asked to build would face the same fate. I would be the most surprised man in the world if he does a superlative job. Obviously, the stock market is, too.

Look at his projects in Langkawai. The Mahsuri exhibition centre has had annual repairs which now cost more than to build it in the 1980s. And that is not the only one. His Ekran shares, once as high as RM85 on the Kuala Lumpur Stock Exchange, now trade at 53 sen. Even the promise of the naval base and Bakun sub-contracts did not help it from declining. The MPA inveighs against Mr Lim to frighten others who may question it. With the Sarawak state assembly elections around the corner, one in which the Suqui affairs and the disappearance of Chinese-owned banks in the state are major issues, the Miri Port affair becomes yet another to put the state National Front on the defensive. A defamation suit would prevent it from public discussion. But it would fail.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my