Laman Webantu   KM2A1: 4172 File Size: 20.7 Kb *



TAG MT 71: Antara Impian Dan Kenyataan
By Kim Quek

10/4/2001 2:00 am Tue

TAG 071 RRJP3

[Jika Mahathir memang seorang 'wira dunia ketiga', semua projek sentuhannya sudah berfungsi dan menyumbang sesuatu yang berguna untuk semua. Sebaliknya banyak yang sudah kantul dan memudaratkan negara jadinya sehingga meletus tragedi Kg Medan. Kali ini BSKL pula menjadi korban dan dua sumber ekspot penting negara: sektor perkilangan dan pertanian (minyak kelapa sawit) sedang terumbang. Sudah 21 tahun beliau diberikan mandat, mengapa baru sekarang mahu merawat sakit yang parah? Sebagai doktor beliau sepatutnya mencegah dari awal bukannya membiarkan sahaja keadaan menjadi semakin tidak terkawal sehingga pesakit sudah menjadi jeran.

Mahathir lebih menumpukan membina bangunan daripada membina insan. Beliau sepatutnya memberi fokus kepada punca semua kegagalan jika tidak penyakit yang sama akan berulang. Selagi perosak dibiarkan berkeliaran seribu rancangan yang molok-molok pun tidak akan mampu membaiki keadaan. Apatah lagi jika Mahathir sendiri mengambil kesempatan dan tidak berani menjalani siasatan. Yang peliknya pembangkang asyik dituduh siang-malam tetapi mengapa TIADA SEORANG pun dari mereka dibicarakan dengan penih keadilan? Jika beginilah sikap Mahathir, OPP3 hanyalah menjadi satu impian yang tidak kecapaian.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Antara Impian Dan Kenyataan

(Mahathir's OPP3: Dream or Reality?)


Ketika Perdana Menteri Mahathir membentangkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) untuk tempoh 2001 - 2010, saya terimbau zaman persekolahan dulu. Ia mengingatkan saya satu pertandingan menulis essei di mana segala usaha untuk menonjolkan segala idea terbaik, yang disaluti dengan perkataan yang menarik. Begitulah dalam pembentangan RRJP3 itu, Mahathir telah menggunakan segala kepintarannya namun ia tidak mampu menunjukkan kenyataan, kerana rencana itu begitu jauh daripada segala kenyataan hidup yang juga kejam seperti yang terdapat dalam dunia politik Malaysia.


Memang amat terserlah, perbezaan di antara kata-kata yang digunakan dengan kenyataan yang sebenarnya. Belum pun Mahathir dapat memulakan ucapan pembentangannya di parlimen, majlis itu telah didahului oleh satu pertikaman lidah di antara beliau dengan pihak pembangkang yang membuat protes kerana buku rencana yang begitu penting itu diagihkan kepada ahli parlimen hanya satu hari sebelumnya. Tindakan itu sekaligus menafikan masa yang selesa untuk para MP (ahli parlimen) membaca dan memahaminya untuk dijadikan bekalan apabila turut serta dalam satu perdebatan yang bermakna. Kemudiannya sambil mencuba membentangkan rencananya itu dengan segala warna keindahan kata-kata, Mahathir turut mengeluarkna sindiran tajam terhadap pembangkang yang pasti menjamin tambahan kebencian kepada keaiban yang diberikannya.


Mahathir menuduh pembangkang sengaja mencetuskan pergaduhan kaum dan rusuhan jalanan serta berusaha menggulingkan kerajaan. Dia juga mengungkitkan penglibatan pembangkang yang berkonspirasi dengan musuh asing dan kisah Anwar yang sengaja berlakon mengenai penyakit tulang belakangnya. Semua ini adalah tidak benar dan tidak adil.


Pertembungan antara kata-kata dan kenyataan memang terserlah di seluruh rencana RRJP3 itu, memberikan bayangan betapa itu semua hanya merupakan satu senarai panjang yang penuh angan-angan dan dilakar oleh kumpulan pemikir, tanpa mengambil kira kenyataan politik negara. Keikhlasan sebenar Mahathir ternyata amat terserlah sekali disebabkan sejarah pentadbirannya yang sungguh buruk. Apatah lagi dengan segala retorika yang diulang-ulang laksana rakaman daripada sebuah buku teks yang memperteguhkan anggapan betapa semua itu adalah satu urutan propaganda yang betujuan menonjolkan populariti Barisan Nasional yang palsu. Di sebalik semua itu terselindung satu niat politik yang tidak mempunyai sebarang niat ataupun upaya politik untuk melaksanakan segala yang diimpikan.


Dalam RRPJ3 itu, Mahathir memang telah memberikan penekanan kepada perpaduan negara dan keharmonian bangsa sebagai satu prasyarat kepada hasratnya membawa negara mengharungi segala cabaran yang perlu ditangani pada dekad yang akan datang, tetapi semua tindakannya setakat ini merupakan sesuatu yang amat bertentangan dengan idealismenya. Disebabkan kerakusan dan nafsu-nafsinya Malaysia kini berada di satu jurang perpecahan yang sungguh berbahaya. Walaupun dia kerap mendendangkan irama keharmonian kaum dan kewujudan Bangsa Malaysia, Mahathir sebenarnya menghabiskan banyak masa menghidupkan segala sentimen perkauman yang sudah lama dilupakan itu untuk melaga-lagakan sesuatu kaum dengan kaum yang lain. Sambil dia melaungkan perpaduan negara, dia terus menyekat segala gerakan politik pembangkang yang sah dengan kuasa tekanan yang berbahaya. Usahanya untuk terus mendera pemimpin populis Anwar Ibrahim memang satu tindakan yang zalim, yang begitu tidak adil dan begitu menjijikkan rakyat marhaen sehingga mencetuskan satu kesedaran betapa negara ini sudah berpecah belah ke arah jurang yang sukar untuk dipulihkan.


Penyakit yang menghantui negara sekarang ini ialah korupsi yang berleluasa dan kronisme, penyalahgunaan wang rakyat, sistem perundangan yang menjerut kehidupan dan penghakisan isntitusi demokratik termasuklah parlimen, penghakiman, jabatan ketua peguam negara, polis, BPR, suruhanjaya pilihanraya, perkhidmatan awam, badan-badan berkanun dan banyak lagi. Inilah dia semua jenis penyakit yang akan diubati oleh Barisan Alternatif seperti yang mereka ikrarkan dalam perjuangan politik mereka. Inilah juga penyakitnya yang telah melunturkan keyakinan para pelabur, sehingga menghenyak keadaan ekonomi negara.


Kegagalan Mahathir memperbetulkan sebarang isu yang mendasari RRJP3 itu sebenarnya telah menjadikan rencana meganya itu satu dokumen yang tidak perlu diberikan satu perhatian yang serius. Kalaulah Mahahir mengharapkan satu sambutan yang hangat daripada rakyat marhaen terhadap rencana meganya itu, yang kini disebutnya sebai Dasar Wawasan nasional, tentu sekali dia sedar kini betapa BSKL (Bursa Saham Kuala Lumpur) merudum dengan gelagat terjun bebas yang tidak pernah berlaku seprti itu sebelum ini. Mahathir tentunya telah gagal meyakinkan masyarakat awam yang melabur.


Semakin jelas kini, bertentangan kepada rumusan asas RRJP3 itu, keseluruhan perancangannya adalah berasaskan tiang perpaduan kebangsaan yang rapuh dan pentadbiran negara yang korup. Fenomena ini sudah cukup untuk menghumban angan-angan RRJP3 itu ke kancah kegagalan.


Di samping itu, kita mahu berlaku adil kepada para pelakar RRJP3 itu yang telah bertindak bijak menganalisa segala perubahan fundamental yang mewarnai persekitaran ekonomi negara yang diransang oleh globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT: Information and Communication Technology). Sebenarnya istilah ini sudah semakin lumrah di dalam buku teks ekonomi masakini. Kunpulan yang menyediakan RRJP3 itu telah mengenal dengan tepatnya bahawa kepentingan meraih pengetahuan adalah kunci kepada keupayaan untuk menyerap persekitaran ekonomi (yang merupakan satu perkara biasa sahaja). Namun, teori yang betul tidak selalunya berakhir dengan perencanaan yang berkesan.


Terdapat satu kepincangan utama dalam RRJP3 itu, selain daripada rumusan haprak mengenai pencapaian perpaduan dan harmoni. Kepincangan besar ini menunjukkan adanya kesedaran terhadap kesilapan besar kerajaan BN seperti yang telah dilakukannya pada masa lalu dan juga yang sedang wujud kini. Sesuatu rancangan yang baik mesti bermula dengan satu taksiran yang tepat mengenai kesilapan yang telah berlaku. Itu sebabnya RRJP3 tidak membawa sebarang makna yang menyenangkan.


Beberapa kesilapan besar pemerintahan kerajaan BN di masa lalu, kini dan yang akan dilakukannya dalam masa terdekat adalah:



  1. Pembaziran dana rakyat secara besar-besaran untuk membiayai pelbagai projek mega yang memberikan jolokan prestij seperti Menara kembar Petronas, Bandaraya Putrajaya, KLIA, Ampangan bakun dsbg. Pembaziran ke arah projek mega yang tidak memberikan justifikasi ekonomi ini menghakiskan kekayaan negara. Malahan ia telah memesongkan apa yang sepatutnya usaha kerajaan dalam meningkatkan tahap pendidikan rakyat jelata, kepentingan menumpukan usaha terhadap penyelidikan dan pembangunan dalam institusi kita dan industri yang ada, kerana kedua-dua institusi ini amat diperlukan untuk membawa perubahan kepada ekonomi kita dalam usaha menghadapi cabaran yang dicetuskan oleh persekitaran ekonomi yang baru.

  2. Lonjakan mendadak permodalan para kroni melalui salahguna tindakan afirmatif (hak keistimewaan Melayu) yang bermula dengan Dasar Ekonomi Baru yang kemudiannya ditukarkan dengan Dasar Pembangunan Kebangsaan dan kini diberi nama Dasar Wawasan Nasional. Semua salahguna kuasa ini telah membiakkan korupsi yang berleluasa yang menghakiskan kekayaan negara, sambil menurunkan semangat saingan dalam ekonomi kita dengan cara mengenepikan proses tender terbuka yang saksama. Begitu juga halnya dengan penyekatan terhadap penstrukturan korporat dengan cara menyelamatkan para kroni yang lemah dan haprak, dengan melaksanakan campurtangan politik yang mencemarkan nama baik system perbankan negara dan sekaligus melunturkan keyakinan pelabur disebabkan pemerintahan yagn tidak cekap.

  3. Terdapat strategi yang salah dalam pembangunan ICT seperti yang berlaku kepada pembangunan MSC (Multimedia Koridor Raya). Berbilion ringgit telah dihamburkan untuk membina bangunan yang berbentuk mega lengkap dengan lebuhraya yang canggih, sedangkan tenaga sumber manusia dalam pembangunan itu masih lagi di tahap permulaan dan asas sahaja.

    Kecuaian memberikan tumpuan utama kepada peningkatan dan perkembangan tahap pembelajaran secara amnya dan latihan tenaga manusia agar celik IT kini menyerlahkan betapa ia sudah menjadi satu hambatan besar dalam pencapaian sasaran ICT .

  4. Amalan kerajaan memihak kepada kumpulan para kroni atas nama keistimewaan dasar afirmatif telah mengecewakan niat asal dasar itu, yang sebenarnya bertujuan memperbaiki tahap ekonomi seluruh masyarakat Bumiputra. Kesannya, sebahagian besar masyarakat luar bandar yang majoritinya adalah masyarakat Bumiputra tidak merasakan kenikmatan kemajuan ekonomi negara.


Adalah tidak sukar melihatkan betapa kebanyakan kesilapan perancangan ekonomi negara itu dapat dielakkan seandainya lebih banyak ruang penyesuaian ekonomi diterima-pakai dalam proses membuat keputusan dulu. Namun, gelagat keagungan UMNO masa yang lalu telah menghapuskan sebarang usaha pengimbangtara dalam sistem demokrasi negara. Penumpuan kuasa di tangan hanya seorang manusia, beserta nafsu nafis para kroni yang tidak ada hadnya, telah mencemar dan menjejaskan ekonomi kita sehingga mencekik pernafasan kita semua melainkan segelintir para manusia yang rakus ini.


Walaupun dipaparkan segala janji-janji manis dalam RRJP3 itu, tidak ada sebarang asas untuk dipercayai akan berlakunya satu perubahan dasar yang bermakna dalam pucuk kepimpinan BN. Ini semakin terserlah apabila munculnya pelbagai proses penyelamatan bersifat 'bailout' para kroni dan usaha menghidupkan kembali projek ampangan haidro Bakun kepada skala asalnya walaupun tujuan utamanya untuk membekalkan tenaga ke tanah semenanjung sudah dibatalkan. Tanpa sebarang penukaran dasar yang asas daripada pucuk kepimpinan kerajaan, RRJP3 tidak akan membawa sebarang makna.


-Kim Quek-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 9/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

MAHATHIR"S OPP3: DREAM OR REALITY?

06.04.2001

Reading Prime Minister Mahathir's Third Outline Perspective Plan (2001-2010), dubbed OPP3, reminds me of my school days. It reminds me of an essay writing contest, where one attempts to put up the best ideas, phrased in the best language. In OPP3, Mahathir seems to have struck the right chords, but at the same time it sounds so unreal, so detached from the real (& cruel) world of Malaysian politics.

The contrast between language and reality cannot be greater. For a start, Mahathir's delivery of his OPP3 speech in Parliament was preceded immediately by a bitter quarrel over Opposition's angry protests that such an important blue print of the Nation for the next ten years was distributed to members of parliament only the day before, giving no time for MPs to digest and participate in meaningful parliamentary debate. Then, in the same breath of presenting his utopia of perfect harmony that is known as OPP3, Mahathir spewed obnoxious filth at the Opposition that guaranteed to add insult to injury.

Mahathir's accusation of the Opposition range from inciting racial clash and street violence to topple the Government, to conspiring with foreign enemies, to Anwar propagandizing his spinal injury, all of which are manifestly untrue and unjust.

The contradiction between words and deeds runs through the entire vein of the OPP3, giving the impression that it is just a long wish list, drafted by the think tank, with no bearing to the political reality. Mahathir's complete lack of sincerity and his miserable track record, coupled with the textbook like, oft repeated but seldom implemented rhetoric, certainly reinforces the impression that it is just another piece of propaganda to bolster Barisan Nasional's flagging popularity, with neither the political will nor the capacity to see it through to fruition.

In OPP3, Mahathir has rightly emphasized national unity and harmony as the precondition to his thrust to take on the unprecedented challenges to the Nation for the next decade, but all his actions so far have been the antithesis to this ideal. Through Mahathir's continuing misdeeds, Malaysia has plunged into its deepest and bitterest divisions. While singing the tune of racial harmony and the creation of Bangsa Malaysia, he is busy reviving faded racial sentiments to pit one race against another. And while exhorting the Country to forge national unity, he continues to crush legitimate political dissent with brute force. His continuing persecution of populist leader Anwar Ibrahim is so cruel, so unjust and so repugnant to the masses that this Country has practically been rifted apart with irreconcilable differences.

The fundamental ills that plaque this Nation today are rampant corruption and cronyism, reckless squandering of public funds, repressive legislation and corrosion of democratic institutions including parliament, judiciary, attorney general's chambers, police, anti-corruption agency, election commission, civil service, statutory bodies, etc. etc. It is these very ills that the Alternative Front (a grand alliance of the opposition parties) has vowed to eliminate through its present political struggles. It is also these same ills that have caused the investors to loose confidence, precipitating the present economic malaise.

Mahathir's complete failure to address any of these fundamental issues in his OPP3 has practically rendered the document unworthy of serious attention. If Mahathir had expected an exhilarating response from his countrymen to his grand plan, which he called National Vision Policy (NVP), then he must have been badly shaken, for the Kuala Lumpur Stock Exchange went immediately into a free fall so bad that it was not seen in recent memory. Mahathir must have failed to impress the investing public.

It is now clear that contrary to the basic assumptions of OPP3, the entire plan is found to be built on the shaky pillars of national disunity and corrupt administration. This alone will doom OPP3 to failure.

That aside, in fairness to the writers of OPP3, it has correctly analysed the fundamental changes to the economic environment brought about by globalisation and information and communication technology (ICT) (These are commonly found in modern day economic textbooks). It has also correctly identified the rapid acquisition of knowledge as the key to cope with this new economic environment (This is common knowledge). However, correct theories do not make a successful plan.

The major flaw of OPP3, apart from its naive assumption of achieving unity and harmony, is that it has completely failed to take honest cognizance of the major blunders of the BN Government committed in the past as well as in the present. A good plan begins with a correct assessment of previous faults. For this reason, OPP3 does not hold water.

The major economic blunders of the BN Government in the past, present and the foreseeable future are:

a) Massive misallocation of public funds to economically unviable, over-grandiose, prestige projects, such as the Petronas Twin Towers, Putrajaya Administration City, Kuala Lumpur International Airport, Bakun Dam etc. Over concentration of the national resources on these economically unjustifiable mega projects has not only squandered our wealth, but also adversely affected what should have been our top priority - urgent uplift of the educational level of the people, and the urgent promotion of research and development in our institutions and industries, both of which are now badly wanting in the transformation of our economy to meet imminent challenges arising from the new economic environment.

b) Rapid growth of crony capitalism through abuses of the Affirmation Policy (starting with the New Economic Policy, then the National Development Policy and now the latest, National Vision Policy). These abuses have bred wide-spread corruption which drains our wealth, lowered the competitiveness of our economy by doing away with free and fair tenders, obstructed corporate restructuring by bailing out incompetent cronies, undermined banking integrity by political interference, and generally alienated investors'sconfidence through bad governance.

c) Wrong strategy in the development of ICT, as evident in the lop-sided Multimedia Super Corridor (MSC) development. While huge sums in the tens of billion of ringgit have been spent on building grandiose buildings and super highways, the development of IT savvy manpower is still in the infant stage.

Negligence in giving high priority to the upgrading and expansion of education in general and the training of IT manpower in particular is now seen as a major stumbling block to our ICT ambition.

d) The practice of government favouritism on a small group of cronies in the name of Affirmative Policy has frustrated the original intent of this Policy, which is to uplift the economic level of the entire Bumiputra society. As a result, vast sections of the rural population who are mostly Bumiputra have not benefited commensurately from the Nation's economic progress.


It is not difficult to see that most of the above economic blunders could have been averted if more economic rationality had been allowed to prevail in the decision making process. However, UMNO's past political omnipotence has practically obliterated the checks and balances of our democratic system. The concentration of power in one man, coupled with the insatiable greed of cronies, has distorted and thwarted our economy to the detriment of all save the selected group.

In spite of the lofty scenario presented in OPP3, there is no reason to believe that there has been any meaningful policy change in the BN leadership. This is made abundantly clear from the accelerated spate of scandalous bailout of cronies and the revival of the Bakun Dam Hydroelectric Project to its original scale in spite of the fact its original main consumer (Peninsular Malaysia) will no longer be taking electricity from this Dam due to the cancellation of the marine cable between the Peninsular and Sarawak. Without the basic policy change from the leadership, OPP3 will remain irrelevant.


Kim Quek