Laman Webantu   KM2A1: 4184 File Size: 5.3 Kb *



Ribut Beserah Reda Sudah
By tv3

10/4/2001 6:41 pm Tue

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera
Semua Pejuang REFORMASI

Ribut berdentam dentum. Kilat sabung menyabung. Pakar "kaji cuaca" politik merata rata meramalkan hujan ribut pasti melanda. Seluruh negara tertunggu tunggu. Akhirnya, usahkan ribut, "hujan renyai disana sini" pun taraakkk!!!

Begitulah, secara ringkasnya sandiwara Parti Kebangsatan, didalam menangani kes ADUN Beserah! Seperti juga dengan sandiwara yang sebelum ini, semuanya bak kata pepatah oghang putih, "hot hot hen shit"! (hangat hangat tahi ayam). Yang sebenarnya, tv3 diberi tahu bahawa sesungguhnya Datuk Fauzi sendiri berkeyakinan bahawa lapuran polis yang dibuatnya tempoh hari, tidak akan jauh perginya. Hanya sekedar bakul sampah IPK Pahang.

Apakah yang sebenarnya diharapkan oleh jemaah Manusia Kehilangan Tuhan (MKT) itu? Adakah mereka benar benar ingin mencari kebenaran? Ayoh kita tinjau akan pendekatan yang diambil terhadap kekecohan yang digemburkan oleh ADUN Beserah itu.

Terhadap lapuran polis? Ada lagi kah manusia didalam Malaysia ini (selain dari ahli PKMB yang berkepentingan dan orang gila) yang mengharapkan tindakan wajar polis selepas kita sedia maklum akan apa yang telah terjadi kepada puluhan lapuran yang dibuat oleh DSAI, Sdr Lim Kit Siang, Sdr Ezam dll? Bolehkah akal kita masih menerima yang penyiasatan akan menunjukkan, "Ya, Khalil pecah amanah!" Apakah Khalil akan "dikurbankan"? Bukankah Fauzi lebih layak, atau lebih senang lagi dimusnahkan daripada setiausaha agong, yang "tidur sebantal"? Nah…hari ini kita didendangkan pula oleh pegawai PR Bukit Aman, yang mengumumkan bahawa aduan terhadap IGP sekalipun (berkenaan peristiwa Kg Medan) akan disiasat dengan terperinci!

Disinilah terletaknya kesombongan dan kebodohan polis hingga kami di tv3 sering menggunakan istilah BABI! Lepas 3 bulan menyiasat mereka "TIDAK DAPAT MENGESAHKAN" siapa yang membelasah DSAI yang ketika itu berada diDALAM TAHANAN MEREKA SENDIRI. Hingga memerlukan Suruhanjaya diRaja! Mereka dengan penuh angkuh menyangkakan yang rakyat telah lupa akan peristiwa itu, serta beberapa lagi peristiwa yang tak perlu lagi disebutkan disini. Semua, (saya ulang) semua rakyat tahu bahawa pihak polis TIDAK BOLEH DIHARAP! Pihak polis dicucuk hidung oleh pemimpin politik. Kenyataan ini terang dan jelas! Sebahagian besar pihak polis hidup, memberi makan anak isteri dan menyekolahkan anak anak dengan duit RASUAH!

Ingin kami nyatakan. Beban bukti terletak dipihak polis. Selagimana jerung dibiarkan berleluasa, manakala bilis dipenyek, tidak ada faedahnya Bukit Aman memekik melolong mendendangkan bahawa, "Kami professional. Kami tak pilih bulu. Undang undang untuk semua," serta beberapa lagi ungkapan yang amat melucukan! Pihak polis mesti ikhlas menangani masaalah ketandusan kredibiliti yang dihadapinya. Kata oghang putih, "the proof of the pie is in the pudding!" "Action speaks louder than words." (Perbuatan lebih bermakna dari kata kata)

Terhadap "politik wang". Tidakkah pucuk pimpinan tidak sedar akan gejala ini? Tidakkah pengenyahan "orang Anwar" difatwakan oleh kepimpinan? Tidak kah cara termudah didalam kontek PKMB, ialah melalui wang? Bukankah ini sudah jadi satu budaya? Masih ada kah rakyat yang tidak percaya bahawa budaya ini menular didalam PKMB secara terang terang? Bukan kah ini Melayu baru?!

Dimanakah tersilap langkahnya?

Ahli fikir PKMB "underestimate" langkah yang telah diambil oleh FR. Bukan sahaja FR "membeli insuran" dengan membuat satu lapuran polis terhadap pelakon utama didalam sekim pengenyahan orang Anwar, beliau telah juga mengugut untuk meletakkan jawatan ADUN nya! Adakah ini hanya satu ugutan? Mungkin. Tetapi mungkin juga tidak. Walaubagaimana pun ini satu risiko yang tidak boleh diperjudikan. Andaikata FR meneruskan "ugutannya", bermakna satu pilihanraya kecil mesti diadakan. Pilihanraya kecil sebelum perhimpunan agong? Kalau menang OK juga lah. Kalau kalah bagaimana?

"Ugutan" FR tentu tidak dipandang ringan. Jadi, apakah langkah seterusnya?

MKT telah pun bertindak. Namun tindakannya tidak boleh dipandang lebih daripada menyejukkan keadaan dengan menubuhkan jawatankuasa sementara. Sekaligus, angin kencang yang meniup bakhtera FR dipadamkan. Kita boleh menjangka, tiada tindakan lanjut yang benar benar berkesan akan menyusul, sehinggalah secepat cepatnya, selepas perhimpunan agong. Siasatan terhadap dakwaan politik wang akan terkubur tanpa liang. Tak mungkin PKMB bertindak kerana gejala ini sudah merebak dengan sungguh hebat sekali, hinggakan andaikata tindakan tatatertib diambil, mungkin 90% ahli PKMB harus dikemut keluar, termasuk presidennya sekali.

Tindakan yang lebih ekstrim, tetapi tidak mustahil dari sudut budaya PKMB ialah, pembuat pengaduan itu sendiri akan di"lalikan". Dibiarkan kekal sebagai ahli PKMB, tetapi, hidup tidak, mati pun tidak! Atau sebaliknya "turnover" kan FR dengan $$$$!

Persoalan. Sudahkah Datuk Fauzi membaling dadu terakhirnya?

Ini satu persoalan yang mesti dihisab dengan penuh teliti oleh ahli fikir PKMB. Kita tunggu dan lihat. Sementara itu, LAWAN TETAP LAWAN!