Laman Webantu   KM2A1: 4190 File Size: 9.5 Kb *



TAG MT 72: Menggenggam Angin Menangkap Asap
By Harun Rashid

11/4/2001 4:45 pm Wed

TAG 072

[Mahathir dan pemimpin Umno sudah tidak mampu berseronok lagi setelah tewas ngeri di Lunas tempoh hari. Rakyat sudah jemu dengan taburan janji dan semua rencana keji tidak menjadi. Terbayang kekalahan lagi jika musim mengundi muncul kembali.

Kini Mahathir semakin gelisah lagi jika wakil rakyat Umno sendiri menggertak untuk meletak jawatan jika terpinggir dalam parti (seperti kes Fauzi) dengan bukti kukuh berlaku korupsi. Malah mendesak disiasat teliti jika tidak akan menyerlah banyak lagi lapuran polis dan bukti terhadap pemimpin atasan Umno sendiri.

Khalil Yaakub sudah tidak ceria sejak lapuran polis Fauzi. Ramai lagi yang sedang menanti bahana akibat penyakit sendiri. Terpaksalah Umno menebang pokok sendiri atau menghulur wang yang banyaknya pasti. Pendeknya semua penyelesaian berakhir dengan rugi dan malu yang tidak terperi... -Editor]


Penterjemah: -MT-


Menggenggam Angin Menangkap Asap

(The Turning Of The Tables)

Oleh: Harun Rashid - April 5, 2001


Perdana Menteri telah menyeronokkan ahli-ahli parlimen dengan wawasan masa-depannya dan segala impian mengenai projek besar yang berdana mega (walaupun masih samar entah mana puncanya). Mereka menunjukkan keghairahan seolah-olah sungguh berminat kerana dua sebab yang sungguh bermakna. Mereka sedar betapa hanya dia seorang mempunyai kuasa membuat keputusan siapa yang akan dicalonkan di daerah mereka pada pemilu yang akan berulang. Pilihannya itu memang mampu menang, kerana cara yang digunakan menjaminkan kejayaan, tidak kiralah kalau cara itu ada kena mengena dengan bantuan syaitan.

Tetapi kini, perdana menteri tidak mudah melihat wajah-wajah biasa yang mudah mengampu dan memuji-muja serta menjulang namanya seperti zaman dulu kala. Satu haruman pewangi terbaru sudah lama di udara untuk dihidu. Lunas sudah mengejutkan golongan yang lama tertidur kaku, dan kini seorang jaguh dari Pahang sudahpun berani menyegarkan pihak pembangkang dengan caranya menghentak meja untuk menuntut bicara.

Lunas sudah mengejutkan betapa kemenangan yang dijanjikan hanyalah satu impian kosong dan betapa kemenangan pertandingan pilihanraya yang dijamin oleh panji-banji BN hanya akan tinggal janji-janji sahaja. Inilah yang menumpulkan segala bisa yang ada kepada segala ugutan lama. Kalaupun perdana menteri mengulanginya sekali lagi sebagai mencuba, ia hanya menjadi bahan ketawa yang akan menyindirnya sahaja.

Kini, jagoh Pahang sudahpun menyingkap penjuru khemah untuk membolehkan orang luar mendapat ilham dengan menjengah. Inilah yang menyentap haruman baru hasil keringat yang dicetuskan oleh reaksi gelabah yang menakutkan. Penangan ugutan untuk meletakkan jawatan kini mempunyai nilai yang lebih lumayan dan berharga berbanding janji kosong untuk dicalonkan semula. BN memang takut berulangnya lagi kemelut Lunas. Apalagi dengan kemunculan plilihanraya Sarawak yang semakin menyerlahkan tentangan yang ganas. Inilah yang mendesak satu formula membayar imbuhan agar pihak yang tidak senang disogokkan wang. Sedangkan si penerima sedar itulah imbuhan untuk kekal bertenang agar kerusi yang ada tidak ditendang.

Perdana Menteri sedang dihantui oleh sekumpulan wajah-wajah manusia yang bakal kalah pertandingan pilihanraya, kecuali mereka melompat keluar memasuki parti lawannya. Tetapi sebelum melaksanakan aksi itu, mereka mahu memerah sekitar beberapa juta ringgit dulu dengan membuat ugutan meletakkan jawatan. Inilah yang memungkinkan berlakunya pilihanraya kecil yang sudah pasti menyenakkan keadaan. Kini, semakin diulang-ulang keputusan ramai untuk memilih kembali pemimpin haprak yang lama agar terus berkuasa. Namun, pendedahan betapa dahsyatnya tipu muslihat ketika pemilu dulu membuatkan luntur usaha itu. Selama ini mereka sudah mabuk dengan keangkuhan bahawa kemewahan yang mereka nikmati hanya mampu terhakis dengan tindakan rusuhan jalanan. Kini, anggapan itu sudah menjadi satu jangkaan semata-mata. Jebat Moden daripada Pahang telah menyebabkan Majlis Tertinggi bersidang secara kecemasan. Terpinggirlah helah persidangan perpaduan. Tindakan Si Jebat dianggap lebih bermuslihat dan lebih membahayakan.

Kumpulan yang berkonspirasi kini sedar perlunya dana yang banyak lagi, sedangkan dana yang banyak memang amat culas untuk dicari. Tembok yang keras semakin rapuh disebabkan peparit yang runtuh. Inilah masanya yang memerlukan kepimpinan yang menyerlah, sedangkan kepimpinan yang ada sudah semakin parah.

Pelakon tua di persada mengarahkan telunjuknya di atas pentas. Dengan suara yang ketara dibuat-buat dia berkata: 'Lihatlah, nun di sana! Sudah sedia menanti apanamaaa?. Syurga dunia masa depan kita?' Inilah rangkapan suara lakonan yang diulang-ulang menyerang kotak pemikiran sesiapa yang kunjung bertandang. Inilah harapan impian yang tidak ada penghujungnya. Kini mereka sedar semua itu adalah omongan belaka dan kini mahu meraih sedikit keuntungan daripada pohon tua yang semakin condong untuk melata.

Semua mata sedang tertumpu melihatkan gelagat Jebat yang cuba mencetuskan bunga silat dari tepian gelanggang. Harapan mewah masih samar lagi, namun potensi pertaruhan untuk imbuhan memang serba mungkin; di situ, di sana dan di mana jua. Kini, seorang bekas Menteri Besar sedang hidup gusar, Esok lusa siapa pula yang akan terkena penyakit yang serupa. Semakin ramai yang mempunyai tanggapan yang sama. Semakin ramai yang sedar betapa semua ini adalah gara-gara kebajingan seorang diktator tua.

-Harun Rashid-




Rencana Asal:

http://home.yqi.com/harunrashid1/54Turning.html

The Turning Of The Tables

by Harun Rashid


The prime minister keeps the members of parliament entertained with his futuristic visions and dreams of mega-bucks to come (from who knows where). They look alert when he is present for two primary reasons. They recall how he reminds them that he alone decides who will be the candidate in their district in the next election. And his choice always wins, by means they know to be successful, though of questionable ethics.

But today the prime minister finds few familiar faces fawning and flattering as in the high-faluting days of flavored flatulence just past. There is a new scent in the air. Lunas has awakened the sleepers, and now the man from Pahang has delighted the opposition with his teasing taste at turned tables.

Lunas showed that the guarantee of electoral success is now hollow, and the perks of office are not assured when running under the old BN banner. That deflates the temper of the threat. If the prime minister makes the mention again the mirth will melt him in his mules.

Now the man from Pahang has lifted a corner of the tent, and all see the new situation. Alarm creates the new scent, as the perspiration of fear humidifies the hallowed halls. The threat of resignation is now worth more than the worthless promise of being re-chosen. The BN wants no more Lunas's for now, especially with Sarawak state elections souring, and will pay pretty pennies to keep the boys in their seats. Seeing the discomfort, the boys squirm with smiles that widen and wink.

The prime minister is faced with a house packed with his party's potential losers, who can probably win only by joining the opposition. But before doing that then, they can squeeze a million or two today by threatening a by-election that ripens when they resign in protest at the obvious corruption that they, as newly minted men, turn toes to tolerate.

There is constant mention of the majority's decision that put the present rogues back in power. But the revelations of massive electoral fraud make this argument moot. They have enjoyed with arrogance the thought that only street violence might wrest from them their sinecure. Now it is not so certain. The man from Pahang has sent the supreme council into emergency session. Unity talks take a tumble. This new twist is at the core of things.

The conspirators now face increased costs, at a time when less ready cash is available. There are drains caused by the necessity to shore up the caving bulkheads. The times call for enlightened leadership. The times they go a-begging.

Instead, the actor onstage directs a frail finger to the mezzanine. In a leafy voice he leavens, "Look there! Out to the far horizon ... look for the visions of fullsome phantom future." The audience has heard this same line delivered interminably before. It is stale with false hope dashed. They look down, finding the present unpalatable, and consider instead prospects for deriving gain from a falling tree.

All watch to see how the man from Pahang fares in his lonely quest for improvement from within. None offer much hope, but the potential for trading is definitely there, and there and there ... everywhere. Now it is the ex-MB whose nose is in the noose. Tomorrow who knows whose nose? And all think the same thought. All these antics are about one warped old man.