Laman Webantu   KM2A1: 4203 File Size: 4.8 Kb *



SOH32 : BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT
By La Domeng3

12/4/2001 9:19 pm Thu

SOH32 - BLKB

BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT

Air dicincang takkan putus. Biduk lalu kiambang bertaut. Begitulah halnya kita sesama manusia khususnya umat Melayu Islam di negara ini. Biarpun kita berlainan fahaman politik tetapi kita masih lagi bersatu dalam menjalani ibadah. Kepada Allah SWT.

Jika orang PAS bersolat. Orang UMNO juga bersolat. Kiblatnya tetap sama. Niatnya pun sama. Rukunnya pun sama. Semuanya sama. Jadi kita orang Melayu khususnya yang beragama Islam tetap berpadu tanpa menjejaskan kefahaman politik masing-masing. Melayu kuat Islam mati. Islam kuat Melayu hidup. Siapa sebenarnya yang berpecah-belah?

Orang kampungpun sudah tahu yang berpecah-belah hanyalah orang UMNO. Mereka hanya memikirkan dan bertindak untuk menyelamatkan diri dan keluarga masing-masing sahaja, macam enau dalam belukar. Berlumba-lumba melepaskan pucuk masing-masing.. Tiada lain kerja mereka selain dari meneguhkan kedudukan dan kekuatan demi kelangsungan karier politik, jawatan serta kuasa. Kuasa kepada mereka adalah jaminan kebahagiaan hidup. Tanpa kuasa hidup mereka rasakan sudah tidak berguna lagi. Ini pemikiran sekular Yahudi yang sudah menyerap dalam darah pemikiran orang UMNO.

Lihatlah bagaimana terpesongnya pemikiran mereka hingga sanggup mengorbankan kemanusiaan (MAHATHIR VS ANWAR) hanya kerana sekelumit kuasa. Itulah sebabnya apa sahaja yang dihidangkan tidak kira halal atau haram mereka sapu dan telan semacam. Ibarat kata kalau tahi lembu digoreng tepungpun mereka boleh jilat licin. Inilah perangai orang UMNO. Selepas mabuk tahi lembu mereka akan menyasau melakukan apa sahaja kehendak tuan mereka. Kawan baikpun mereka boleh tikam dari belakang.

Amalan bercakaran sesama sendiri seperti yang berlaku dalam UMNO adalah amalan primitif. Tamadun manusia telah membuktikan bahawa, amalan tersebut hanya dilakukan oleh orang yang terencat akal dan telah hilang keyakinan diri seperti Mahathir dan barua-baruanya yang lain termasuklah Pak Lah yang kebelakangan ini cuba menyorokkan kuku - tunjuk baik kunun. Sedangkan semua orang tahu Pak Lah kini sedang mengatur strategi untuk menggulingkan Mahathir dan kuncu-kuncunya. Daim pun dilihat begitu intim dengan Pak Lah kebelakangan ini. Apakah Daim (yang diam?) akan mencakar Mahathir pula selepas ini.

Mahathir dilihat oleh seluruh rakyat kini sebagai bangkai bernyawa. Ada kawan saya menyifatkan Mahathir seperti ketumbi tahi ayam. Macam-macam lagi pandangan rakyat terhadap Mahathir. Yang jelas RAKYAT SUDAH MELUAT KEPADA MAHATHIR. Apa pun yang dia kata rakyat akan anggap satu pembohongan walaupun mungkin ada ketikanya dia berkata benar. Inilah akibatnya kerana selalu sangat berbohong. Akhirnya reputasi diri sendiri terjejas teruk.

Penangkapan aktivis reformasi beberapa hari lalu telah menambahburukkan lagi imej Mahathir yang sudah sememang busuk dan berulat. Pak Lah dilihat cuba menabur fitnah bersama KPN untuk melagakan Mahathir dengan rakyat melalui kenyataannya sebelum ini yang memaklumkan beliau tidak tahu menahu tentang penangkapan itu dan penahanan mereka di bawah ISA. Tindakan Ketua Pembangkang - YB. Datuk Fadzil Mohd Noor mendesak Pak Lah meletak jawatan amat wajar sekali.

Untuk apa Pak Lah terus mempertahankan kedudukannnya sebagai Menteri Dalam Negeri jika rakyat terus dinafikan hak mereka untuk bersuara. Bagaimana kalau salah seorang daripada aktivis yang ditahan itu anak-buahnya sendiri? Adakah Pak Lah akan terus berkeras menahan mereka? Pada saya tindakan pengecut yang dilakukan oleh Mahathir dan barua-baruanya itu hanyalah untuk menutup kesalahan diri mereka sendiri.

Tindakan pukul curi menahan aktivis reformasi di bawah ISA samalah dengan tindakan Rahim Noor menumbuk mata Anwar sampai lebam dalam keadaan tangan Anwar bergari dulu. Apakah Pak Lah sudah lupa bahawa dia akan menemui Tuhanmu (kalau masih ada lagilah….) tidak lama lagi? Hidup kalian tidak akan tenang lagi selepas ini. Percayalah. Doa insan-insan yang dizalimi akan tetap dimakbulkan Allah SWT.

Sesungguhnya perjuangan menegakkan keadilan tidak akan mati. Saya amat yakin dengan perjuangan kawan-kawan. Biarpun difitnah sebagai kumpulan militan tetapi hasrat Mahathir dan barua-baruanya itu tidak akan tercapai kerana rakyat sudah pandai memilih antara intan dan kaca. Segala pembohongan dan fitnah Mahathir selama ini sudah makan diri dan tidak membawa apa-apa faedah kepadanya lagi. Malah tindakannya itu dilihat seperti menggali liang lahat untuk dirinya dan barua-baruanya sekali.



LA DOMENG - Sedang mengasah 'parang' pemikiran...