Laman Webantu   KM2A1: 4205 File Size: 5.1 Kb *



Senapang Gajah (grenade launcher) & Fazira Wan Chik
By Grenadelauncher

13/4/2001 12:41 am Fri

Salaam....


Segala puji bagi Allah yang menentukan segala sesuatu.

Barangkali agak terlalu "overdue" kerajaan yang dipilih rakyat khasnya dan puak yang berunifom amnya mengeluarkan taring seraya menunjukan "kekuatan" dan "kegagahan" mereka. Penggunaan senjata ampuh I.S.A. Jelas,mereka tidak lagi ada pilihan lain setelah pendakwaan selepas pendakwaan keatas wira wira reformasi, tidak mendatangkan apa apa kesan. Manakan tidak? Setakat ini hampir keseluruhan pendakwaan adalah dibawah Akta Polis (yang jelas ultra vires perlembagaan Negara) atau pun diatas tuduhan yang tak mungkin dibuktikan didalam mana mana mahkamah, asal jangan dihakimi oleh Augustin Paul, Ariffin Joker atau Wahab 4tahil.

Dari sudut orang yang dizalimi, sudah pasti sedikit sebanyak kesudahan yang berlaku memang telah dijangka (walau tidak diundang) oleh diri mahupun ahli keluarga terdekat. Kami mendoakan agar kalian akan terus tabah menghadapi penyiksaan dan penderaan yang PASTI dikenakan selama 60 hari berikut ini, oleh BABI suruhan regim hasutan syaitan ini!

Bagi mereka yang menzalimi. Tak serik lagi kah? Tak serik lagi kah membuat penipuan yang dengan cepat dan mudah akan pecah tembelang itu? Mata dilebamkan; tak tahu siapa buat. Buat penyiasatan dan dakwaan; rumah yang dikatakan tempat kejadian belum pun terbina. Usung tilam buruk berlubang 13 (yang langsung tak releven), turun naik mahkamah. Nah sekarang Ezam nak beli SENAPANG GAJAH pulak? Engkau oghang ni tak ada kemaluan ke??? Engko oghang tak tahu ke ini dah jadi bahan lawak jenaka? Tak lama lagi, fakta ini akan dimasukkan kedalam sejarah dan akan membesarkan kemaluan engko oghang, padan muka! Ya Allah…apa ke menda yang boleh buat engko oghang sedar hah?? Nak sedapkan syaitan, engko oghang hentam aje tuduhan. Pakailah otak sikit (memang polis tak banyak otak pun!)

Kami kata, kalau nak beli senapang gajah, ape ke jadah tangkap bawah ISA? Kan lebih baik tunggu mereka bawak masuk senapang tu, kemudian serbu. Senapang gajah bukan boleh disorokkan dalam seluar! Kalau nak gulingkan kerajaan, tak kan beli satu aje senapang. Mesti bertong tong. Lain lah pistol air! Kan lagi senang rakyat percaya kalau terpapar gambar Tian Chua sedang melakukan target practice dengan grenade launcher diPutra Jaya? Tapi ingat sikit ya. Jangan lah gambar tu pakai badan Fazira Wan Chik, tapi kepala Tian Chua OK? Pasal apa? Lambat laun kami akan tahu. Kami pergi sekolah. Malah lebih tinggi daripada 99% daripada tuan tuan sekelian. Tuan tuan apa? SPM aje. Tu pun gred 2. Jangan ambil hati tahu. Ini bukan menghina. Nak bagi ingat aje….jadi jadilah menipu!

Bercakap tentang Fazira Wan Chik. saya ingin membawa satu ayat dari Kitab suci (yang terpelihara), sebagai satu tazkirah (peringatan) kepada diri sendiri, serta puak puak PKMB khasnya dan seluruh Muslimin dan Muslimat amnya:

"Adalah MUSTAHIL (perkataan 'Arab 'Lan') orang orang Yahudi dan Nasrani senang kepada kamu sehingga kamu mengikut 'millah' (cara hidup) mereka." Baqarah 2: 120.

Mendedah aurat. Memuja dan mendewakan artis. Hiburan dengan nyanyian dan dendangan yang melalaikan. Pergaulan bebas diantara seks, walaupun hanya lakunan dilayar perak atau tv. Sesungguhnya, kesemua itu adalah maksiat yang sudah menjadi budaya atau cara hidup kedua kaum yang disebut dengan jelas didalam al-Quraan. Menggunakan seorang hamba yang dikenali ramai pendukung pelbagai maksiat (melainkan ianya bertaubat) sebagai daya tarik kepada sesuatu kumpulan, bukan setakat desperado, malah sekaligus menjerumuskan diri kita kepada "millah" Yahudi atau Nasrani, kerana itu memang cara mereka berinteraksi dan bersosial. Ayat bersambung:

"Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah kamu mengetahui, maka Allah tidak lagi jadi pelindung dan penolong kamu."

Barang diingat, Yahudi, Nasrani atau sesiapa jua, sedar bahawa sesungguhnya memang sukar (bukan mustahil) untuk memurtadkan kita, atau mendorong kita melakukan syirik yang nyata seperti menyembah berhal dsb. Pendekatan yang paling popular ialah dengan memesongkan aqidah walau pun hanya sejengkal! Apabila aqidah berjaya dipesongkan, natijahnya serupa, Islamkah kita (disisi Allah) boleh dipersoal! Sanggupkah kita, anak anak muda atau ibu bapa kepada anak anak muda mengambil risiko dimana keIslaman kita boleh dipertikaikan? Sedarkah ahli ilmu PKMB tentang api yang mereka mainkan kini? Sedarkah kalian akan kesannya kepada "putri" yang kini jadi rebutan? Yang rata rata didalam linkungan umur remaja yang sungguh "vulnerable"?

Bayangkan senario perebutan jawatan 5 atau 10 tahun akan datang. Untuk merebut kerusi presiden Putri UMNO, kesemua calun akan mengaku dan menonjolkan diri sebagai "orang Presiden (parti)". Apa nak jadi kalau ditakdirkan Presiden ketika itu ia lah Tun Rahim Thambi Chik? Tak ranap ke?