Laman Webantu   KM2A1: 4212 File Size: 25.8 Kb *



TAG MT 73: Mahathir Sudah Membuatnya Dulu Lagi
By Fan Yew Teng

13/4/2001 9:27 pm Fri

TAG 073

[Sebuah rencana yang amat baik untuk dibaca dan MESTI disebar untuk menangkis fitnah kununnya DSWA mahu orang luar mencampuri hal-ehwal dalaman negara sedangkan beliau sekadar memberi taklimat kesihatan Anwar sahaja. Malah Mahathir lebih teruk lagi mengancam keselamatan dalam dan luar negara seolah-olah dialah menteri segala-galanya.

Memang Mahathir lebih teruk. Beliau bukan sahaja pergi berjumpa dengan musuh negara malah mengikat perjanjian rahsia pula. DSWA menjemput orang luar sahaja tetapi Mahathir dijemput dan ditalifon oleh kuasa luar dan dia bingkas akur saja kehendak mereka walaupun buruk kesannya kepada negara lain (sehingga rakyat tidak berdosa menjadi mangsa) dan negara kita juga.

Bukan itu sahaja, Mahathir juga menyokong dan mencampuri urusan negara luar walaupun ia ditolak oleh rakyat tempatan. Dia berdagang dengan Burma, campur tangan di Timor-Timor dan menyibuk dalam hal-ehwal sensitif konflik bala perang Jepun. Ini semua mengaibkan kita juga dan mengundang tindak-balas yang mengancam keselamatan negara dan rakyat kita yang berada di mana-mana. Ada beberapa kes rakyat Malaysia dibunuh di luar negara lantaran wasangka sikap Mahathir juga. Ini jangan kita lupa. - Editor]



Penterjemah: -MT-


Mahathir Sudah Membuatnya Dulu Lagi

(Mahathir did it, too, in the 70s - brief foreigners)

Oleh: Fan Yew Teng MP

Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohammed membuat kerenah lagi. Dia masih beranggapan bahawa orang asing masih berminat untuk campurtangan hal ehwal Malaysia dengan tujuan untuk mengambilalih kuasa pemerintahan negara. Dia tidak sedar, sikap menakut-nakutkan ini sebenarnya menyerlahkan perwatakannya, parti politik dan kerajaan yang dipimpinnya.


Beberapa hari yang lalu Mahathir ada mengungkit perihal beberapa orang diplomat asing yang menghadiri satu perjumpaan tertutup yang dianjurkan oleh presiden Keadilan, DS Wan Azizah Ismail. Pertemuan tertutup itu adalah bertujuan memberi penerangan mengenai tahap keadaan penyakit suami beliau Anwar Ibrahim pada satu minggu sebelum itu. Wan Azizah ialah seorang ahli parlimen.


Ada sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang melaporkan kenyataan Mahathir betapa adalah tidak perlu menjemput orang asing untuk memberitahu perihal yang dianggap sebagai cerita dalaman. Mengikut Mahathir, gelagat menjemput mereka dan menjelaskan perkara ini boleh satu hari nanti menjurus kepada mereka mengambilalih negara ini.


"Kita tidak mahu orang asing campurtangan dalam halehwal negara. Kalau perkara ini berterusan, janganlah terkejut kalau satu hari nanti mereka menjajah negara kita," demikian kata-kata Mahathir yang dilaporkan itu.


Ada sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris lain yang menyatakan betapa perwakilan kedutaan daripada Peranchis, New Zealand, Australia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Singapura merupakan antara mereka yang menghadirkan diri di majlis penerangan Wan Azizah itu.


Menakutkan


Sebenarnya ini bukanlah kali pertama mahathir menggunakan modal menakut-nakutkan terhadap seorang asing ataupun orang luar yang akan menjajah negara. Hakikatnya Mahathir adalah orang yang paling tidak layak menyentuh hal ini dan perkara berkaitan dengan campurtangan dalam halehwal dalaman negara kita.

Walaupun Mahathir amat yakin bahawa rakyat Malaysia mempunyai ingatan yang singkat, ramai rakyat negara ini yang masih ingat dengan mudahnya gelagat politik Mahathir sendiri mengenai perkara ini sejak lebih 32 tahun yang lalu.

Sebagai contoh cuba fikirkan bagaimana Mahathir melalui penulisannya yang sungguh kuat mengkritik Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra dan kerajaan pimpinan beliau, seperti yang disiarkan dalam 'Solidarity' sebuah terbitan Filipina di awal 1970-an dulu.


Bukankah itu caranya beliau memberi penerangan kepada orang asing mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan masalah negara? Tentu sekali kita percaya beberapa salinan 'Solidarity' tersibar di pejabat-pejabat dan khutubkhanah di merata penjuru dunia.


Di waktu yang sama, Mahathir orangnya, yang melalak-melolong kepada orang asing di Singapura dan Australia dalam mencemuh di hadapan mereka segala perkara yang dianggap masalah negara?


Mahathir sedar betapa pentingnya beliau bersikap demikian di waktu itu ketika dia terpinggir laksana kelkatu dalam dunia politik negara. Dia baru sahaja kalah dalam pemilu 1969 dan gagal mempertahankan kerusi parlimennya dan baru pula dinyahkan oleh UMNO. Itulah masanya dia sibuk laksana beruk memberikan penjelasan mengenai halehwal dalaman negara.


Dr Wan Azizah adalah seorang pemimpin sebuah parti politik yang berdaftar. Dia juga merupakan isteri kepada Anwar Ibrahim. Apakah salah perbuatan beliau itu sebagai seorang wakil rakyat, dan tidak kurang dari itu, memberikan penjelasan megnenai hal-hal yang begitu bermakna kepada hati nuraninya kepada mereka yang sudi mendengarnya?


Kalau Mahathir dikatakan tidak mempunyai apa-apa untuk dirahsiakannya pada 1970-an dulu, kenapakah dia begitu gelabah dan begitu tertekan untuk menyorokkan, menutup dan menapis semua benda pada tahun 2001?


Kalau perbuatan Mahathir pada 1970-an dulu tidak berkesudahan dengan apa yang berlaku di Filipina ataupun menyebabkan orang luar menjajah negara kita ini, apakah bukti yang sahih yang boleh dikemukannya sebagai dalil bahawa ada pihak orang luar yang boleh menjajah negara ini satu hari nanti?


Kanak-kanak Yang Terkorban


Sememangnya, sebagai seorang perdana menteri Mahathir tidak selalu bersikap marah-marah terhadap orang asing. Cuba fikirkan lawatannya ke Washington DC pada 1984 dulu - tiga tahun selepas menjawat jawatan perdana menteri. Beliau telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan Casper Weinburger, setiausaha (menteri Amerika) pertahanan AS dalam kabinet pentadbiran Reagan. Inilah satu perjanjian yang sungguh dirahsiakan sehinggalah ia didedahkan beberapa tahun kemudiannya oleh Asia Wall Street Journal.


Tentu kita masih ingat bagaimana Mahathir telah mengarahkan menteri luar ketika itu, Abu Hassan Omar menghadiri satu majlis keselamatan PBB untuk mengundi membari sokongan kepada Resolusi 678, yang diilhamkan oleh Presiden George Bush (bapa presiden Amerika masakini) untuk mengambil sebarang tindakan yang difikirkan wajar mengnyahkan Iraq daripada Kuwait.


Duta khas kita Musa Hitam, dan ketua missi kita di PBB, Razali Ismail menjadi sungguh tidak relevan ketika itu, walaupun mereka membuat cadangan terhadap pengundian yang berbeza. Mahathir telah membuat pendirian untuk menyokong George Bush dan tidak ada sesiapa yang boleh mengubah fikirannya.


Dengan sokongan manusia seperti Mahathir, George Bush bertindak pada pertengahan januari 1981, untuk menggugurkan serangan udara selama 43 hari lamanya terhadap Iraq. Akibatnya, ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa terkorban termasuklah lelaki dan perempuan, yang tua dan tidak berupaya, kanak-kanak dan bayi, rumah yang hancur musnah, hospital, pusat rawatan air, janakuasa letrik, sekolah, masjid, surau dan gereja, jalanraya, jembatan dan segala bentuk infrastruktur. Apabila diambil kira segala kesengsaraan yang ditanggung oleh penduduk Iraq ketika itu, kesan pengeboman itu memang sungguh dahsyat sekali.


Pengeboman daripada udara dan tindakan sekatan ekonomi selama 10 tahun lamanya itu, telah meragut nyawa lebih 1.5 juta manusia di Iraq, kebanyakannya kanak-kanak.


Sebenarnya Mahathir dan kerajaan pimpinannya mempunyai dosa besar yang berkaitan dengan pembunuhan itu, walaupun dia berlakon menyanggah kuasa besar dan imperialisme.


Perjanjian sulit ketenteraan yang ditandatanganinya tu pada 1984 di Amerika Syarikat itu masih kekal dihormati sehingga kini. Itulah sebabnya semakin meningkatnya lawatan kapal-kapal perang Amerika dan para panglima ketenteraan AS ke negara ini.

Semakin ramai manusia termasuk mereka yang menghuni rantau Barat, yang sudah dapat menelah lakonan anti-imperialis Mahathir. Inilah yang meyakinkan 'The Economist of London' sebagai salah satu majalah mingguan paling berjaya di dunia, mencatatkan berita ini pada isu keluaran Mac 31 2001 mengenai Mahathir:



"Dia telah mendabik dada mengenai kehebatan Malaysia dalam usaha menarik pelabur, walaupun dia telah mempersendakan para speculator dan imperialisma ekonomi barat. Dia beranggapan bahawa dia boleh mengutuk barat sesuka hatinya terahadap konsep globalisasi mereka, sedangkan di waktu yang sama dia mengenyit mata kepada para perutusan mereka dan membantu mereka mengasaskan ruang niaga.


Inilah yang memberikan kelencongan di negaranya sendiri, tanpa merencatkan pertumbuhan kehendak (nafsu-nafsi) Dr. Mahathir dalam taktiknya menjana jentera naungan kerajaannya. Inilah cara negara itu bernafas sebenarnya. Kini, kebanyakan pelaburan terus orang asing sudah pun beralih ke China kerana Malaysia sudah diakui sebagai mencontohi beberapa negara jirannya yang korup. Inilah yang menghenyak Malaysia - tetapi apakah Dr. Mahathir sedar perkara ini?"


Sokongan Pengabdian


Apabila membincangkan orang asing dan campurtangan mereka, bukankah Mahahtir juga turut sibuk dengan hal-ehwal campurtangan ini sejak dua puluh tahun dia menjadi perdana menteri? Dalam hal ini eloklah kita sebut tiga sahaja contoh. Pertama ialah Timor-Timor.


Timor-Timor telah dijajah pada Disember 1975 oleh tentera Indonesia di bawah arahan Presdien Suharto dan kemudiannya dijadikan sebagai satu provinsi Indonesia, walaupun ada beberapa resolusi PBB yang menyanggahnya.


Sekitar 1981, ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, dan 1999, rakyat Timur Timor telah memilih kemerdekaan dengan sebulat suara melalui satu referendum tajaan PBB. Dasar politik Mahathir terhadap Timur Timor adalah terlalu mengaibkan kerana kerana sanggup menunjukkan pengabdiannya terhadap penjajahan haram Suharto terhadap wilayah itu tanpa mahu mempertikaikannya.


Tentu kita masih ingat pada awal 1990-an, ketika RTM secara tidak sengaja menayangkan beberapa klip gamabaran jenayah dan kekejaman di Timur-Timor yang dilakukan oleh Indonesia sehingga mengundang protes kerajaan Suharto?


Mahathir telah mengarahkan menteri penerangannya bergegas ke Jakarta untuk memohon maaf. Pada November 1996, Kuala Lumpur menjadi tuan-rumah kepada 2nd Asia-Pacific Conference on East Timor (Persidangan Kedua Asia-Pasifik Mengenai Timor Timor). Di waktu itu ada satu pertunjukan demo jalanan yang ditaja oleh Pemuda UMNO yang menyerlahkan sikap dan dasar Mahathir yang sebenarnya mengenai Timur Timor.


Setelah penduduk Timur Timor memilih kemerdekaan, Mahathir masih lagi merepet terhadap usaha membiarkan penduduk memilih jalan selamat daripada cengkaman penjajahan Indonesia, sambil terus mencemuh referendum yang ditaja oleh PBB itu.


Siapa pula yang campurtangan dengan kisah hidup dan mati rakyat Timur-Timor itu? Sekitar 250,0000 penduduk telah terkorban disebabkan pencerobohan Indonesia yang berakhir dengan penjajahannya.Ini adalah bersamaan dengan satu pertiga jumlah penduduk yang ada.


Begitu juga halnya dengan Burma, yang kini digelar Myanmar oleh para bajingan tentera yang menggelar diri mereka sebagai SPDC; yang sebenarnya merupakan nama terbaru kepada kumpulan junta tentera dulu yang dikenali sebagai SLORC. Mahathir tidak pun mengutuk pembunuhan ratusan rakyat Burma yang menunjuk perasaan pada Ogos 8,1998. Bukankah kegagalannya mengecam tindakan tentera itu satu bentuk campurtangan melanggari kepentingan sah rakyat Burma dan satu tamparan hebat terhadap demokrasi? Apa yang disebut pembabitan membina itu adalah dianggap satu keaiban kepada rakyat Burma. Jadi, siapa pula yang mengambil sikap campurtangan?


Ketika Mahathir berada di Jepun pada Mei 1999, Mahathir pernah membuat kenyataan terbuka agar penduduk Asia melupakan segala kisah kekejaman perang orang Jepun. Hebat bukan?


Siapakah yang memfaraidkan tauliah kepada Mahathir untuk campur tangan dalam perkara ini semua yang memahatkan parut luka terhadap ratusan ribu mangsa perang dan kekejaman orang Jepun ketika Perang Dunia II dulu, termasuk juga orang-orang yang mereka kasihi? Pernahkah dia berunding dulu dengan orang China, Korean dan mangsa perang lain yang dimangsakan oleh imperialisme Jepun sebelum dia menghamburkan cakap-cakap celupar mengenai hal ini?


Rumusan


Kita boleh memahami, di sebalik segala kejijikan yang ada, kenapa Mahathir mengambil sikap tertentu terhadap Anwar Ibrahim. Walaupun berada di sebalik kamar berjejari besi, Anwar masih menghantuinya. Dia memang tidak mampu berdaya saing menentang Anwar sebelum dan selepas pemilu 1999, kerana dia sedar dia bukannya orang yang dapat menandingi kepintaran Anwar berpidato dan ketokohan dinamika Anwar.


Yang lebih menyenakkannya, walaupun Anwar berada di penjara dia menikmati aura seorang wirawan. Mahathir menjadi begitu takut terhadap Anwar sehinggakan dia dapat merasa selamat hanya apabila Anwar dipenjarakannya.


Di satu peringkat pula, kebodohan Mahathir mencemuh orang asing sebagai berperanan menjajah negara ini semula adalah bertujuan sebagai satu lencongan minda rakyat Malaysia daripada menjadi peka terhadap pelbagai masalah sosio-ekonomi yang menghantui mereka. Apatah lagi dengan semakin membuaknya perasaan tidak puashati di kalangan UMNO terhadap kepimpinan haprak beliau.


Jika tidak kerana semua itu, kenapakah dia begitu tertekan mengenai apa yang disebut sebagai perundingan 'Perpaduan Melayu' dengan PAS? Inilah satu ukuran betapa berkecamuknya negara ini di mana orang yang telah menghancurkan secara berurutan perpaduan Melayu itu sejak tiga dekad yang lalu kini berlagak sebagai penganjur ikhlas perpaduan itu.


-Fan Yew Teng-

FYT ialah bekas ahli Parlimen Malaysia dan bekas perunding kepada PBB. Sebagai seorang pengarang dan pensyarah, dia kini sudah pun bersara daripada dunia politik dan sedang menyudahkan sebuah penulisan buku.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 13/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Malaysiakini


Thursday April 12


Mahathir did it, too, in the 70s - brief foreigners

by Fan Yew Teng MP

12:15pm, Thu: Prime Minister Dr Mahathir Mohamed is at it again - foreigners are interesting in Malaysia's internal affairs and that may help them to take over the country. As l shall explain later, Mahathir's latest scare story may actually tell us more about him, his party and his government than he realises.

Mahathir was commenting a few days go on the attendance of some foreign diplomats at a closed-door briefing by Keadilan president, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail on her husband's medical condition the week before. Wan Azizah is also a member of the Malaysian Parliament now.

One English-language daily reported Mahathir as having said that there was no need to invite foreigners and explain matters to them which were considered internal affairs. Mahathir said that inviting them over and offering them an explanation on these matters might one day lead to them taking over the country.

'We don't like foreigners interfering in our internal affairs. If this continues, don't be surprised if one day they take over our country,' Mahathir was quoted as saying.

According to another English-language daily, diplomats from France, New Zealand, Australia, Indonesia, the United States and Singapore were among those who had turned up for Dr Wan Azizah's briefing.

Bogey

This is of course not the first time Mahathir has capitalised on the bogey of a foreigner or the bogey of foreigners taking the country. But the fact remains that Mahathir is one of the least qualified to wax eloquent on the subject and the related issue of foreign interference in our internal matters.

Much that Mahathir banks on the hope that Malaysians have short memories, many Malaysians will easily remember Mahathir's own political behaviour vis-a-vis such matters over the last 32 years.

Consider, for instance, Mahathir having his article which was highly critical of the then Prime Minister Tunku Abdul Rahman and his government, published in Solidarity, a publication in the Philippines in the early 1970s.

Was he then explaining to foreigners matters considered to be our internal affairs? And one can be quite certain that copies of Solidarity did find their way to offices and libraries in other parts of the world.

Around that some period, didn't Mahathir speak to foreigners in Singapore and Australia and brief them most critically on matters which were considered our internal affairs?

Mahathir had found it was necessary during those years when he was in the political wilderness - just after he had lost his parliamentary seat in1969 general-elections and had been sacked from Umno - to explain matters which were considered our internal affairs.

And why shouldn't Dr Wan Azizah, as the leader of a duly registered political party, Anwar Ibrahim's wife, and an elected representative of the people no less, explain matters so close to her heart and mind to those who cared to listen?

If Mahathir apparently had nothing to hide in the 1970s, why he is so jittery and so desperate to hide, cover up and censor things in the year 2001?

If what Mahathir did in the 1970s did not end up with the Philippines or other foreigners taking over our country, what evidence is there now to suggest that some foreigners could be taking over one day?

Would Mahathir be kind enough to explain to us why and how a particular brand of political hyprocrisy should be swallowed raw and whole?

Children killed

Of course it has not always been that Mahathir is so furious with foreigners, even as prime minister. Consider his trip to Washington DC in 1984 - just after three years as prime minister - to sign a secret military agreement with Casper Weinberger, US defense secretary in the Reagan administration.

This agreement was secret until it was exposed some years later by the Asian Wall Street Journal.

Remember Mahathir sent his then foreign minister Abu Hassan Omar to the United Nations Security council to vote in support of Resolution 678, initiated by US President George Bush (father of current US President George W Bush), to adopt any means to get the Iraqis out of Kuwait.

Our so-called special envoy Musa Hitam and our head of mission at the United Nations Razali lsmail were utterly irrelevant, even if they had urged a different vote. Mahathir had already decided to support George Bush, and that was that.

Thanks to the support of people like Mahathir, George Bush, in mid-January 1991, unleashed a 43-day aerial bombardment of Iraq, resulting in the killing of thousands of unarmed innocent men and women, the elderly and the sickly, children and infants, and the utter destruction of homes, hospitals, water treatment plants, electricity generation plants, school, mosques, churches, roads, bridges and other forms of infrastructure. Added to the economic sanctions already then in place against the people of Iraq, the effects were simply devastating.

The aerial bombing and the last 10 years of sanctions have killed more than 1.5 million people in Iraq, most of them children.

And Mahathir and his government clearly have blood on their hands, however much he pretends to speak up against the Big Powers and imperialism.

Incidentally, the so-called secret military arrangement he signed with the United States in 1984 is alive and kicking. Hence, the increasing number of the visits to our ports by US warships and US military bigwigs.

More and more people, including many in the West, are seeing through Mahathir's anti-imperialist credentials. And so it was that The Economist of London, one of the most successful news weeklies in the world, had this to say about Mahathir in its March 31, 2001 issue:

'He has also boasted of Malaysia's attractiveness to direct investors, even as he has excoriated speculators and western economic imperialism. His calculation has always been that he can lambast the West, and its globalising ways, while winking at its emissaries and helping them to set up shop.

This provides useful distraction at home, without forestalling the growth Dr Mahathir needs to feed the government's patronage machine. That is how things used to work anyway. Most foreign direct investment, however, is now going to China, as Malaysia is seen to be too similar to its corrupt neighbours. That will hurt Malaysians - but will Dr Mahathir feel it??

Slavish support

Talking about foreigners and interference, hasn't Mahathir been busy with his own interference over the last 20 years that he has been prime minister? Let's cite only three examples, first, East Timor.

East Timor was invaded in December 1975 by Indonesian troops under President Surhato, and was later annexed as a province of Indonesia, despite United Nations resolutions to the contrary.

Between 1981, when Mahathir became Malaysia's prime minister, and 1999, when the people of East Timor voted overwhelmingly in a UN-supervised referendum for independence. Mahathir's policy on East Timor has been utterly disgraceful, slavishly supporting Suharto's illegal occupation of that territory unquestioningly.

Remember in the early 1990s, when Radio Television Malaysia (RTM) inadvertently showed some pictures of Indonesian atrocities in East Timor, and the Suharto government protested?

Mahathir's Information minister was sent crawling to Jakarta to apologise. The Umno Youth-led mob's violent disruption of the 2nd Asia-Pacific Conference on East Timor in Kuala Lumpur in November 1996 was very much in character with Mahathir's policy on East Timor.

When the East Timorese people had voted in favour of independence, Mahathir still saw fit to make mumbling noises about letting those people out of the clutches of bullying Indonesia, and criticising the UN-supervised referendum.

Who then was interfering in the life and death of the East Timor people? That's a very pertinent question, because about 250,000 East Timorese people died as a direct result of Indonesian invasion and subsequent occupation - about a third of the entire population.

Similarly with Burma, now called Myanmar by the military gangsters known as SPDC, the latest mutation from a former military bunch known as SLORC. Isn't Mahathir's failure to condemn the military's massacre of a few hundred Burmese dissidents on August 8, 1988 a form of interference against the legitimate interests of the Burmese people and a grievous blow to democracy? Isn't so-called 'constructive engagement' an insult to the Burmese people? So, who is interfering?

While in Japan on a visit in May,1999, Mahathir in a public statement said the people of Asia should forget past Japanese war atrocities. Incredible!

Who gave Mahathir the blessed right to interfere on this matter which painfully affects the lives of hundreds of thousands of victims of Japanese atrocities in World War ll and their loved ones? His Japanese friends and admirers? Did he consult the Chinese, Korean and other victims of Japanese imperialism before he opened his mouth on the subject?


Reasons

It is understandable, although despicable, that Mahathir behaves the way he does, whenever Anwar Ibrahim is concerned. Anwar behind bars haunts him on a daily basis. He could not afford to compete with a free Anwar before and during the1999 general elections., because he knew he was no match for Anwar's oratory and dynamic personality.

This is even more so now that Anwar behind bars is wearing the aura of the martyr. He is so scared about Anwar that the only way he can feel safe about Anwar is when the latter is jailed.

On another level, Mahathir's silly outburst about foreigners taking over the country is to distract Malaysians' attention from the many socio-economic and political problems facing them, not least among them the rising discontent within Umno against Mahathir himself.

Otherwise, why is he so desperate about so-called 'Malay unity' talks with the opposition PAS? It is a measure of the state of absurdity in this country that the person who has repeatedly damaged Malay unity over the past three decades is now posing as an ardent advocate of that unity.

-




FAN YEW TENG is a former member of Parliament and former consultant to the United Nations. An author and lecturer, he is retired from active politics and is currently nearing completion of another book.