Laman Webantu   KM2A1: 4213 File Size: 12.5 Kb *



TJ MT MGG: Menyorok Di sebalik Keselamatan Negara
By M.G.G. Pillai

13/4/2001 3:52 pm Fri

MGG 8401

[Heran dan anih Dollah Badawi menyatakan tidak tahu menahu penangkapan aktivis reformasi di bawah akta ISA sedangkan senjata yang digembar-gemburkan itu amat dahsyat dan amat perlu diberitahu parlimen dan negara serta merta. Nampak sangat mereka menangkap dulu tanpa berakta kerana memang tiada bukti ataupun fakta.

Kalaulah begini Dollah menerajui KDN, polis akan menjadi raja yang dikawal oleh gerangan yang melantik mereka - iaitu Mahathir. Begini jugalah keadaan di Kg Medan - di mana tindakan dilengahkan sehingga huru-hara dan terbang nyawa dulu tanpa Dollah berbuat apa-apa yang serius menanganinya. (Akibatnya 'pihak tertentu' yang telah menggunakan kesempatan ini untuk mandi darah)

Ketokohan Dollah begitu kelam dalam dua peristiwa ini untuk melayakkan beliau menjadi PM. Sekaligus Mahathir mempunyai alasan untuk terus mengepalai negara. Kini Dollah terjerat dan terpaksa membuktikan sesuatu yang tidak ada sebelum perhimpunan agung umno yang bakal tiba. Jika gagal rakyat menganggap beliau dan Mahathir sama sahaja - kucing kurap belaka. Kata orang: 'Mahathir rancang - BA kena - Dollah cover' - Editor]



Penterjemah: -MT-


(Artikel asal ada di Malaysiakini, kolum Chiaroscuro, 12hb April, 2001)


Menyorok Di sebalik Keselamatan Negara

(Hiding Under The Skirt Of National Security)


Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Abdullah Ahmad Badawi, tidak sedar rupanya, bahawa para pemimpin Keadilan telah ditangkap di bawah undang-undang zalim ISA (Internal Security Act: Akta Keselamatan Dalam Negeri). Beberapa jam kemudiannya, Ketua Polis Negara, Norian Mai telah memperakukannya.

Pemimpin PRM (Parti Rakyat Malaysia) Dr. Syed Husin Ali, berkata, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, telah mengeluarkan arahan penangkapan itu. Tetapi semalam, timbalan menteri dalam negeri, Zainal Abidin Zainal memberitahu betapa kementeriannya memang menyedari perkara itu.

Seandainya keselamatan negara telah tergugat, dan mencetuskan suasana yang mencelaru, seperti yang terserlah kini, bererti kerajaan yang wujud tidak lagi mampu menguasai kedaan. Ini memperakukan apa yang kita memang sudah lama tahu. Ini menunjukkan pihak pentadbiran sedang berkecamuk sesama sendiri, tanpa berupaya bertindak bila diperlukan dan sengaja tuduh-menuduh dan menjadi takut untuk bertanggungjawab. Kalaulah penangkapan itu berasas, tindakan kerajaan tidak pun mengokohkan gelagat itu.

Siapakah yang ditahan itu? Tujuh sudah pun diperakukan, sedangkan lapan lagi masih merupakan satu berita angin sahaja. Ahli Keadilan yang dianggap aktivis itu merupakan orang yang kerap dituduh dan disyakki setiap kali kerajaan melanyak rakyat marhaen, kerana mereka rapat dengan mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim. Mereka itu semua memang menonjol dalam perkumpulan Keadilan, samada dalam urusan organisasnya ataupun kehadiran dan pembabitan peribadi.

Longgokan Senjata

Norian berkata mereka yang ditahan terbabit dalam satu perancangan untuk menggulingkan kerajaan secara militan dan polis telah menjumpai satu longgokan pelancar roket, bom Molotov dan beberapa jenis peralatan revolusi yang lain. Lima puluh ribu manusia mungkin berkemampuan menghadirkan diri mereka untuk mengingati ulangtahun 'Black 14' ataupun GELITA 14 kerana pada 14 April 1999 pemimpin unggul Keadilan, Anwar, telah dihukum kerana korupsi dan salah guna kuasa.

Satu kumpulan kecil di kalangan ini telah merancang untuk mempergunakan himpunan rakyat itu untuk merampas kuasa, kata beliau. Keselamatan negara sedang terancam. Pegawai polis terpaksa menyiasat perkara ini. Sesiapa yang berura-ura menumbangkan kerajaan akan menerima padahnya.

Tetapi, apabila kumpulan Al-Maunah merompak senjata daripada kem tentera di Grik sembilan bulan yang lalu, para pemimpin kumpulan itu dikenakan tuduhan menderhaka. Kalaulah tohmahan Norian terhadap pemimpin Keadilan iitu berasas, mereka sepatutnya ditangkap di bawah hukuman semasa dan bukannya di bawah ISA, dan dibawa ke mahkamah untuk dikenakan tuduhan. ISA pernah digunakan terhadap Anwar kerana itu rakyat marhaen menganggapnya dengan penuh kejijikan. Nampaknya ISA itu digunakan terhadap musuh ketat politik Barisan Nasional dan bukannya terhadap musuh negara.

Anggapan ini semakin menyerlah apabila Abdullah Badawi yang juga merupakan timbalan perdana menteri adalah menteri yang mesti diberitahu dulu setiap kali hukuman ISA itu mahu dipergunakan, tetapi tidak pun mahu bertanggungjawab terhadap perkara itu. Seandainya keselamatan negara terancam, seperti yang diwar-warkan sekarang, Abdullah sepatutnya bertindak memberitahu parlimen akan ancaman ini dan bertindak dengan tegas menanganinya. Sepatutnya dia menonjolkan ketokohannya sebagai seorang pemimpin dan meyakinkan rakyat Malaysia, walaupun dia pernah berjanji untuk tidak mempergunakan ISA itu dia terpaksa juga menggunakannya kerana ancaman yang serius.

Sebaliknya dia berdalih, dan membiarkan timbalan menteri beliau memberitahu dunia betapa dia mengetahui perkara itu semuanya. Inilah yang menyerlahkan kerja mengelat itu. Sedikit sangat manusia yang saya soal perkara ini sejak dua hari yang lalu mempercayai cerita kerajaan. Kebanyakan mereka menganggapnya sebagai satu tindakan untuk menghapuskan ketokohan pemimpin unggul Keadilan yang sedang terpenjara itu daripada terus kekal di kalangan pengikutnya dalam UMNO.

Yang Pahit

Ramai merasakan bahawa semua penangkapan itu tidak mempunyai hubungkait dengan keselamatan negara, Cuma mempunyai kaitannya dengan keselamatan UMNO. Ini tidak bererti segala tuduhan serius dalam ISA itu boleh diperlekehkan. Cuma terdapat persepsi yang berbeza. Kalau berasas, bererti kerajaan sudah kehilangan sokongan rakyat marhaen; jika tidak, kerajaan layak menerima balingan telor tembelang sahaja.

Ahli-ahli Keadilan telah diajak berkumpul di pejabat Suhakam untuk menyerahkan satu petisen. Memandangkan keadaan perpecahan orang Melayu, satu himpunan manusia yang ramai memang boleh dijangkakan. Kerajaan menganggap ini sebagai satu cabaran yang sebenarnya memang begitu dan telah menggunakan ISA untuk menyekatnya. Malahan, Zainal Abidin yang memecahkan tembelang kerajaan: tak payahlah berkumpul ramai-ramai untuk menyerahkan petisen, 'seorang dua sudah memadai,' katanya.

Tetapi, masa terjadinya semua ini memang amat bertepatan sekali. Tempoh tahanan selama 60 hari di bawah ISA akan berakhir sebelum Perhimpunan Tahunan UMNO pada bulan Jun nanti. Kerajaan sedang diasak satu dilemma di mana UMNO akan tersungkur tidak kiralah kalau mereka itu semua dibebaskan ataupun ditahan selama dua tahun mengikut peraturan Akta itu.


Adalah penting, untuk mengekalkan keamanan seperti biasa, Abdullah bertindak memberitahu Parlimen, dan meyakinkan rakyat marhaen betapa persepsi yang mencetuskan penangkapan itu adalah tidak benar. Kalau dia gagal melakukan perkara ini, Abdullah seharusnya tidak boleh terkejut kalau orang Melayu berpaling tadah dan menghumbankan UMNO samasekali.



-MGG Pillai-
Chiaroscuro 12.4.01.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT13/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

malaysiakini

12 April 01

CHIAROSCURO


MGG Pillai

Hiding Under The Skirt Of National Security

The home minister, Abdullah Ahmad Badawi, did not know, so he said, if opposition Parti Keadilan Negara (National Justice Party) leaders, had been arrested under the draconian Internal Security Act. Hours later, the Inpector-General of Police, Norian Mai, confirms it.

The Parti Rakyat Malaysia leader, Dr Syed Husin Ali, says the Prime Minister, Dr Mahathir Mohamed, ordered the arrests. And yesterday, the deputy home minister, Zainal Abidin Zin, says his minister was aware of it all the time.

If national security had been breached, and it reacts in confusion, as now, it shows a government not in control of itself. It confirms what we already know. It shows an administration at odds with itself, unable to act when it has to, passes the buck, and frightened of responsibility. If the arrests were justified, the government's actions do not suggest it.

Who were those arrested? Seven is confirmed, although eight more is rumoured. The activisit Keadilan members include the usual suspects in any government crackdown, are linked to the jailed former deputy prime minister, Anwar Ibrahim. And all are at the forefront at any Keadilan gathering, either in organisation or physical presence.

Cache of weapons

Norian says those detained are implicated in a plot to overthrow the government by force, and the police uncovered a cache of grenade launchers, molotov c##ktails and other paraphernalia of revolution. Fiftythousand people would have gathered to mark "Black 14", April 14, 1999, when the Keadilan eminence grise, Anwar, was sentenced to fail for corruption and abuse of power.

A small group within plotted to use this gathering to seize power, he said. The security of the nation is at stake. His men must get to the bottom of it. Anyone who threatens to take the government into his own hands must be severely dealt with.

But when the Al-Mauna group stole weapons from an army cantonment in Grik nine months ago, its leaders are charged in court for treason. If all Norian says of the Keadilan leaders is true, they should be arrested under extant laws, not under the ISA, and charged in court. After its inglorious use on Anwar, it is discredited. It would appear to be used against the National Front's political enemies than of the state.

Especially when Abdullah, who is also deputy prime minister and who must be told before the ISA is invoked, did not take immediate responsibility for it. If the nation's security is at stake, as is now claimed, he should have informed parliament of this threat to the nation, and act forcefully and firmly against it. He should have shown leadership, and convince Malaysians that despite his promise not to, he had to invoke the ISA because the threat was serious.

Instead, he ducked, and left it to his deputy minister to tell the world he knew about it. That gave the game away. Few I asked in the last two days believe the government's version. Most saw it as yet another move to destroy the growing influence of the Keadilan eminence grise, now ensconced in Sungei Buloh prison, in UMNO.

Biter Bit

One gets the distinct feeling that these arrests are not linked to national security but to UMNO's security. By this, one does not dismiss the serious charges for which the ISA is invoked. But the perception is different: If true, the government lost ground; if not, it deserves the egg on its face.

Keadilan members were called to gather at the National Human Rights Commission, Suhakam, headquarters to present its petition. Given the deep divide within the Malay community, a larger crowd could have been expected. The government saw it as a challenge, which it was, and used the ISA to prevent it. Indeed, Zainal Abidin gave the game away: you do not need a crowd to present a petition, "one or two would do," he said.

But the timing could not be worse. The 60-day detention the ISA allows would expire before the UMNO General Assembly in June. The government is forced into a dilemma in which UMNO would lose no matter if they are released or detained for two years, as the Act demands.

It is therefore essential, to maintain the peace as it were, that Abdullah inform Parliament, and reassure the people that the perceptions raised by the arrests are not true. If he does not, he should not be surprised if the Malay turns his back to the government and UMNO even more firmly.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my