Laman Webantu   KM2A1: 4214 File Size: 19.1 Kb *



FK TJ MT: ISA Yang Zalim
By Dr Munawar A. Anees

14/4/2001 2:16 am Sat

FK 0101

[Dr Munawar mencatat beberapa pengalaman ngeri ditahan di bawah akta ISA tanpa fakta ataupun bukti. Bukan sahaja beliau didera luar dan dalam, malah keluarganya sendiri dizalimi. Sampai kini kes beliau senyap kerana Mahathir MEMANG TIADA BUKTI. Usah diharap kepada Suhakam ataupun Dollah Badawi kerana ia silap-mata terkini untuk mengabui.

Rakyat harus melakukan sesuatu yang lebih bermakna untuk mendesak kerajaan agar segera membebaskan kesemua tahanan ISA itu - jika tidak Mahathir akan bermaharaja gila sesuka hati. Mahathir cuma seorang tetapi kita lebih ramai - mengapa kita begitu takut sekali? Kita tidak pun ingin mencuba patutlah kita gagal sebelum apa-apa. Kita semua pengecut belaka agaknya? Padahal kita cuma perlu bersuara bersama sahaja.....
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Fokus Khas:


ISA Yang Zalim

(ISA - Terror Incarnate)

By Munawar Anees

Penangkapan terbaru di bawah undang-undang zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA: Internal Security Act) telah menjentik ingatan terhadap penculikan yang kejam oleh polis Malaysia yang membawa kesan kesiksaan yang terus ditanggung oleh keluarga kami.

Pada 14 September, 1998 yang lalu, seramai antara 10-12 anggota polis telah menyerang rumah kediaman saya. Disaksikan oleh isteri yang menangis dan meraung, kumpulan bajingan ini telah menculik saya untuk diperusukkan sebagai orang tahanan, berpindah-randah di beberapa tempat sorokan yang diketahui dan tidak diketahui selama 126 hari berikutnya. Dunia luar mengetahui kehilangan saya itu yang merupakan satu konspirasi yang didalangi oleh Mahathir, hanya setelah Amnesty International mengisytiharkan saya sebagai seorang 'prisoner of conscience' (banduan teraniaya). Kemudian itu, International PEN telah mengiktiraf saya sebagai seorang penulis dalam penjara.

Media Malaysia yang perhambakan oleh Mahathir mengambil pendirian diam membisu ataupun menyebarkan maklumat songsang mengenai kehilangan saya itu. Isteri saya, Nadia telah sengaja diberikan maklumat songsang dengan cara mengugut dan mendera beliau dan sebarang usahanya untuk mendapatkan khidmat seorang peguam melindungi hak asasi saya telah sengaja diperlekehkan oleh polis. Mereka menyudikan seorang bernama Yaqub Karim (untuk menjadi peguam saya) yang sanggup mengenepikan etika professional amalan guaman dengan ganjaran haprak yang dberi oleh polis Malaysia.

Serangan yang dilakukan pada satu pagi Isnin itu adalah hasil daripada satu arahan langsung daripada Mahathir sebagai Menteri Halehwal Dalam Negeri. Kerana itu, saya berpendirian menuduhnya sebagai bajingan yang bertanggungjawab atas segala jenayah kejam terhadap diri saya dan keluarga. Tidak ada sebarang lindungan di bawah sebarang perlembagaan, sama ada berbentuk perundangan ataupun kewartawanan, yang boleh membebaskannya daripada bertanggungjawab mengakibatkan beban trauma yang kami tanggungi sekeluarga. Inilah azab yang kami tanggungi kesan perlakuan jenayah yang dicetuskan oleh penculikan ke atas saya itu.

Penahanan berpanjangan oleh samseng-samseng Mahathir telah mengajar saya bagaimana rasanya seseorang itu dipisahkan secara paksa daripada isteri dan anak-anaknya. Betapa tertekannya apabila digeledah dan diculik, tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon, digari, ditutup mata, dibogelkan, diangkut dalam satu sangkar haiwan, dibotakkan kepala, disoal-selidik secara berterusan, diaibkan, disuntik dengan dadah, tidak dibenarkan tidur ketika sampai waktunya, dan didera secara fisikal. Bayangkan apa rasanya apabila diancam, diperas-ugut, didera oleh para peguam polis, dikasari dengan kejamnya sehingga sanggup membuat pengakuan palsu, dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit jantung, dan diberi layanan sebagai seorang pesakit psikiatri yang mempunyai simtom 'Stockholm syndrome'.

Waktu makan ketika ditahan bererti satu ritual untuk terus hidup, setakat menu yang berupa nasi basi dan lauk ayam dengan bekalan 12 jenis ubatan setiap hari. Saya telah didera selama empat bulan dengan tangan yang digari sepenuh masa dan terpaut kepada katil saya di hospital, sedangkan pergerakan saya sentiasa diawasi oleh warder penjara.

Sejak itu, keupayaan untuk bercakap, membaca, dan menulis masih memerlukan masa untuk pulih seperti sediakala. Hilang-ingatan sering melanda. Saya hidup hanya dalam bentuk cairan sahaja di mana kecenderungan membunuh diri sering menghantui perasaan, tekanan dan kekecewaan kerap melanda diselang-seli oleh perasaan marah, dan kebencian yang tidak ada taranya. Walaupun dua tahun sudah berlalu sejak saya mendapatkan semala kebebasan diri, saya masih menanggung pelbagai tekanan jiwa. Apalagi kalau diambil kira keaiban yang ditanggungi dua orang anak-anak saya yang tidak berdosa, gara-gara kezaliman Mahathir.

Saya dan juga Nadia merasa begitu tertekan apabila mengetahui Mahathir sekali lagi menggunakan kekejaman ISA terhadap musuh politiknya. Inilah bukti adanya kemuflisan moral di mana peralatan negara yang sama digunakan untuk memajukan nafsu-nafsi satu kumpulan politik yang sungguh korup. Pasukan polis Malaysia, institusi penghakiman dan media massa sedang melakonkan gelagat menghalalkan kezaliman dan penekanan terhadap pembangkang. Sedangkan Mahathir sendiri terlalu kerap menunjukkan kelakuan yang sudah terkeluar daripada gelagat orang yang siuman.

Di waktu yang sama dan sebagai mengekalkan perangainya yang tidak bermoral dan tidak bertaqwa, Mahathir telah membuat beberapa tuduhan tertentu terhadap orang tahanan ISA itu tanpa sebarang bukti. Inilah yang menjentik ingatan lama betapa dia telah sengaja membuat tohmahan dan kenyataan yang berunsur fitnah terhadap saya selepas dia mengarahkan agar saya diculik. Seperti yang pernah saya alami, bolehlah dirumuskan lebih awal lagi, betapa polis Malaysia dengan sekongkolan pihak penghakiman, akan menyediakan segala bukti palsu untuk mengenakan semua tahanan ISA terbaru itu. Walaupun demikian, naungan ganas Mahathir akan terus menjadi penghalang untuk menyerlahkan betapa sebarang kenyataan yang diperolehi ketika sesaorang itu didera dan dipaksa adalah dikira tidak sah. Sebenarnya Mahathir mempunyai tanggungjawab besar untuk mendedahkan segala 'bukti kukuh' terhadap saya yang begitu kerap digembar-gemburkan dua tahun lalu. Dia tidak mempunyai sebarang bukti itu. Tetapi apakah dia ambil pusing kisah itu?

Walaupun bebanan penderaan di Malaysia semakin diperhebatkan, semangat rakyat mahaen nampaknya semakin berubah. Sudah semakin terserlah ketahanan usaha untuk menegakkan hak asasi individu. Nadia pernah menceritakan kepada saya pengalamannya satu ketika dulu ketika kehabisan wang dan terpaksa menjaga dua orang anak yang masih kecil di negara orang. Dia telah menanggung kesangsaraan selama 126 hari sambil merasakan betapa pahitnya melihatkan orang-orang yang dianggap sahabat dan kawan pada satu ketika dulu bertukar perangai menjadi tukang tengok sahaja. Memang amat sukar untuk beliau hidup sambil menjadi bahan penelitian pihak polis sedangkan di waktu yang sama dia dihantui perasaan ketakutan kalau-kalau musibah melanda salah seorang ahli keluarganya. Dia terpaksa memberanikan diri mengharungi segala bahaya itu termasuk serangan fisikal oleh seorang bajingan polis yang sentiasa mengekorinya. Dia merana kerana diserang sehingga menerima luka di tangan dan kakinya. Dia telah menunjukkan keberanian yang menakjubkan, kebijaksanaan dan keyakinan diri ketika mengharunig suasana kelam itu yang mencengkamnya dalam satu episod penderaan diri yang sungguh menyedihkan. Satu bulan sebelum saya dibebaskan, Nadia telah menguruskan pemergian anak kami Aisha dan Omran ke Paris dengan iringan abangnya yang datang daripada Paris menjenguk mereka. Selama satu bulan pula dia hidup bersendirian, dinafikan hak ditemankan oleh suaminya dan anak-anak yang masih kecil lagi.

Kerana itu, bolehlah dikatakan sesuatu yang melegakan juga apabila isteri-isteri para tahanan ISA itu bertindak secara berpadu mendesak agar orang kesayangan mereka dibebaskan. Sungguh menggalakkan sekali melihatkan mereka berupaya melakar jaringan yang berkesan bukan sahaja antara mereka yang terbabit tetapi dengan beberapa NGO (kumpulan bukan kerajaan) yang aktif memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia. Satu ketika dulu, Nadia tidak pun menerima kemudahan seperti ini. Berbeza dengan apa yang sedang dialami oleh tahanan terbaru ini saya tidak pun mempunyai sebarang maklumat ataupun pengalaman terdahulu dalam berinteraksi dengan orang-orang yang mendera saya. Rayuan saya dari segi perundangan terhadap apa yang dikatakan 'kesalahan' dan 'hukuman' itu masih lagi sengaja diperlekehkan oleh pihak polis dan penghakiman yang saling bersekongkolan, di Kuala Lumpur.

Media massa telah melaporkan betapa Suhakam telah mengutuk penangkapan ISA terbaru itu dan mendesak agar mereka dibebaskan dengan segera. Saya melihat ini semua sebagai satu lelucon yang zalim. Suhakam pernah memaklumkan kepada peguam saya Mr. Manjeet Singh Dhillon, penerimaan bantahan saya (bertarikh 28 Julai, 2000) terhadap penculikan, penahanan, penyiksaan dan kekejaman yang berikutnya; Suruhanjaya itu tidak pun pernah membuat sebarang pengumuman terbuka, ataupun menasihatkan pendirian mereka mengenai beberapa isu yang dibangkitkan itu. Bantahan saya kepada Suruhanjaya itu disokong oleh satu salinan Akuan Berkanun yang pertama-kali dibuat di Malaysia yang merakamkan satu dokumentasi peristiwa yang lengkap. Dengan itu saya lebih cenderung mempercayai bahawa gelagat Suhakam dengan kenyataan terbarunya itu tidak lebih daripada satu bentuk gimik untuk hubungan raya sahaja bagi kepentingan kerajaan Mahathir. Abdullah Badawi sebagai timbalan kepada Mahathir secara tanpa disedarinya telah memperakukan mainan songlapan ini ketika mengumumkan betapa dia memang menjangkakan munculnya satu kenyataan serupa itu daripada Suruhanjaya berkenaan.

Walaupun Malaysia sedang dimendungi penganiayaan terhadap hak asasi manusia setiap hari, kami masih menaruh harapan akan berlakunya perubahan. Satu perubahan mendapatkan kebebasan, kemudahan bersuara dengan bebasnya, dan kebebasan untuk berhimpun secara aman. Kami semakin yakin betapa masanya sudah semakin tiba untuk rakyat marhaen di Malaysia menganggotai satu masyarakat sejagat di mana keadilan bukan sahaja sesuatu yang dihormati tetapi sesuatu yang dipelihara dengan semangat juang yang kental dan berani..


-Dr. Munawar A. Anees-
13.4.2001

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 13/4/12001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

[sangkancil]

From: Dr. Munawar A. Anees
To: Bala Pillai
Sent: Friday, April 13, 2001 9:11 AM
Subject: ISA - terror incarnate


ISA - terror incarnate

The recent arrest of several people under the draconian Internal Security Act (ISA) of Malaysia has rekindled the memory of my own brutal kidnapping by the Malaysian police and the ongoing suffering of our family.

It was September 14, 1998, when 10-12 plain-clothes policemen raided my house. In front of my wailing, weeping, wife those savages kidnapped me to keep me as a shackled hostage in their unknown and known dungeons for the next 126 days. The world came to know of my disappearance, under the conspiracy orchestrated by Mahathir, only after Amnesty International declared me a prisoner of conscience. Later, International PEN adopted me as a writer in prison.

The subservient Malaysian media either stayed mum or they spread ingrained disinformation on my whereabouts. My wife, Nadia, was constantly misled with threats and harassment and her attempts to engage a lawyer on my behalf were frustrated by the police. They had one Yaqub Karim ready to forego professional legal ethics in exchange for some crumbs from the Malaysian police.

The assault that took place on that Monday morning was after direct orders issued by Mahathir in his capacity as Home Minister. I, therefore, continue to hold him personally responsible for that heinous crime against me and my family. No camouflage under any constitutional, legal or journalistic parlance will ever exonerate him of inflicting the trauma that my family and I continue to endure consequent to his deliberate crime that led to my abduction.

My prolonged detention by Mahathir's hoodlums taught me how it feels to be forcibly separated from one's wife and children. How it feels to be searched and seized, disallowed to make phone calls, handcuffed, blindfolded, stripped naked, driven in an animal cage, shaven bald, endlessly interrogated, humiliated, drugged, deprived of sleep, physically abused. What it's like to be threatened, blackmailed, tormented by police lawyers, brutalized to make a totally false confession, hospitalized for a consequent heart ailment, and treated as a psychiatric patient with symptoms of Stockholm syndrome.

Barely surviving on a meager diet of rancid rice and chicken along with 12 medicines a day, I spent nearly four months handcuffed around the clock to my hospital bed, under the watchful eyes of the prison guards.

Thereafter, my ability to speak, read, and write took a considerable time to show signs of recovery. Short-term memory lapses were frequent. I existed in a fluid state in which suicidal tendencies, depression and despair were punctuated by fits of rage and indignation. In spite of more than two years since I regained my freedom, I continue to suffer from psychiatric difficulties. Not of to speak of my two young children whose innocence was so brutally robbed by Mahathir.

Nadia and I are deeply distressed to know that Mahathir has once again unleashed the terror of ISA against his political foes. That is yet another evidence of moral bankruptcy where the state apparatus is made to serve the cause of a corrupt political clan. That the Malaysian police, the judiciary and the media are touching new heights in legitimizing injustice and suppression of dissent is a given. More so when Mahathir himself has made a declaration defying norms of civilized behavior.

At the same time, and in keeping with his immoral and un-Islamic behavior, he has made specific allegations against the current ISA detainees without an iota of evidence. This reminds me of the totally false and slanderous statements he made about me after ordering my kidnapping. Just like in my case, it is a foregone conclusion that the Malaysian police, in cohort with the judiciary, will shamelessly fabricate "evidence" to implicate these new ISA detainees. However, Mahathir's dotage remains an obstacle in realizing that any statement extracted under torture and coercion is patently invalid. Mahathir is under moral and legal obligations to make public the "incontrovertible evidence" against me that he boasted of two years ago. He has none. But does he care?

In spite of the crushing weight of oppression in Malaysia, the public mood appears to be changing. There seems to be a greater resolve for the assertion of individual rights. Nadia narrated to me how, as a devastated and penniless woman with two small children in a foreign land, she spent those 126 days where erstwhile "friends" had overnight turned into impassive onlookers. It was not easy for her to live with constant police surveillance and the dreadful thought of an impending disaster to any member of our small family. She braved many a danger to her person including a physical assault by a police culprit who used to trail her. She suffered several cuts and bruises on her arms and legs. She displayed incredible courage, wisdom, and self-affirmation in that totally hostile environment that gripped her in a sudden misfortune. A month before my return to the real world, she sent Aisha and Omran to Paris with her elder brother, who came from France to see us. For one month she lived all alone, forcibly deprived of the company of her husband and young children.

It is, therefore, some comfort to know that the wives of the new ISA detainees are acting in unison to secure the release of their loved ones. It is encouraging to see that they have established an effective network not only among themselves but with the several NGOs active for the cause of human rights in Malaysia. Nadia, unfortunately, had none of these advantages. And unlike these new detainees, I had no prior knowledge of or experience with my tormentors. My legal appeal against the so-called "conviction" and "sentence" continues to be ignored by the symbiotic police and judiciary in Kuala Lumpur.

The media reports that the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) has condemned the latest ISA arrests and demanded for an immediate release of the detainees come to me as a cruel joke. Having duly acknowledged to my legal counsel, Mr Manjeet Singh Dhillon, the receipt of my complaint (dated July 28, 2000) against my abduction, detention, torture and the ensuing brutality, the Commission has neither made any public statement nor advised of their stand on the issues raised. My complaint to the Commission was accompnied by a copy of my Statutory Declaration, the first of its kind in Malaysian history, fully documenting the sequence of events. I am, therefore, inclined to believe that Suhakam's recent statement is nothing more than a PR gimmick for the benefit of the Mahathir government. Mr Abdallah Badawi, Mahathir's deputy, unwittingly confirmed that marriage of convenience when he stated that he was expecting this sort of statement from the Commission.

In the face of dark clouds over Malaysia where violation of human rights is a daily occurrence, we are still hoping for a change. A change towards individual liberty, freedom of speech, and freedom of peaceful assembly. We are more than ever convinced that people of Malaysia will soon join the community of nations where justice is not only respected but jealously guarded.

Dr Munawar A. Anees

Former Prisoner of Conscience - Malaysia (Amnesty International) Former Writer in Prison - Malaysia (PEN International)

I have sworn upon the altar of God eternal hostility against every form of tyranny upon the mind of man. Thomas Jefferson