Laman Webantu   KM2A1: 4217 File Size: 16.7 Kb *



TAG MT 74: Sedang Ditayang: Polis Membongkok Politikus Menyorok
By Harun Rashid

14/4/2001 10:28 am Sat

TAG 074

[Peranan pemimpin yang menerajui negara kita sudah pun bertukar kerana merasa diri begitu besar. Ia menjadi kuasa tawar dan menawar (give and take) yang berpusat kepada beberapa kerat individu sehingga banyak institusi tercemar. Politik menjadi alat untuk membina satu perniagaan mega yang terselindung disebalik slogan dan cogankata. Semuanya bisa diatur termasuk melindungi jenayah merompak atau membunuh sekalipun jika ia mampu memberi untung atau undi untuk tuannya yang menolong.

Institusi polis juga sudah bertukar peranan kerana ia dilantik oleh penyangak juga selama ini dan terpaksa mematuhi kata putus menteri 'demi keselamatan negara' - termasuk berbohong. Penyakit itu juga sudah menular kepada tentera sehingga tercetus lakunan bersama mereka di Bukit Jenalik dan di ibu kota sehingga terbang beberapa nyawa.

Kini perbicaraan yang sedang berjalan memainkan semula wayang aksi mereka bersama tetapi banyak perkara yang tidak kena sudah menjelma termasuk percanggahan fakta rasmi dan akhbar. Kita ditipu terang-terang tetapi tidak juga sedar. Patutlah sandiwara terus dicipta dan diputar. Akhirnya jadilah kita seorang budak tadika... walaupun dulunya pandai belajar. Lain kali jangan dibuang surat khabar kerana itu bukti mudah sandiwara tanpa perlu pergi jauh belajar. - Editor ]


Penterjemah: -MT-


Sedang Ditayang: Polis Membongkok Politikus Menyorok

(Now Playing: Crouching police, hidden politicians)


Oleh: Harun Rashid

Satu sebab ditubuhkan kerajaan ialah untuk melindungi kebebasan perusahaan. Dengan cara itu mereka yang bergiat dalam kegiatan perniagaan boleh dilindungi daripada penyangak ataupun daripada kalangan sesama mereka.

Hukum perundangan yang baik-baik dan pemerintahan yang cekap mampu menyelesaikan pertelingkahan dalam satu suasana yang tenteram. Masyarakat awam menaruh kepercayaan kepada pemimpin kerajaan untuk menentukan keadilan, dan tidak bertindak meraih kepentingan secara berpuak-puak yang mungkin mencetuskan keperihatinan para pengguna.

Perkara yang sama amat bertepatan apabila puak yang berpolitik bersinggit untuk mendapatkan sokongan awam. Kerajaan bertindak persis seorang ibu yang bermurah hati untuk menjamin parti politik bersikap baik antara satu dengan yang lainnya.

Seharusnya sistem perundangan bersifat saksama bertindak bebas memberi ruang pihak yang bertanding peluang serupa untuk kemudahan komunikasi menerusi media dan kemudahan pertukaran maklumat secara bersemuka di forum yang terbuka untuk mengemukakan analisa dan kritikan mereka.

Mereka mesti diberikan peluang untuk memberi penerangan sejelas jelasnya setiap butiran yang menyumbang kepada kepimpinan yang lebih baik lagi.

Apabila merangkul kuasa, sesuatu parti politik mesti mengekalkan mekanisma itu. Tidak ada satu pun yang diberi ruang untuk membunuh 'induk'nya. Tetapi inilah gelagat parti poltik yang menyekat suasana plihanraya yang berkesan dan inilah yang menyanggah doktrin ketelusan yang amat diperlukan dalam pengekalan demokrasi pada kerajaan..

Inilah sikap salahguna kuasa oleh kerajaan komunis setakat ini. Mereka membubarkan jentera multi-parti dan menubuhkan satu parti (yang membabitkan diri mereka sahaja) sebagai pemilik perorangan kepada semua harta awam (dan persendirian), dan melantik orang perwakilan sebagai para diktator untuk menyekat pertandingan seterusnya.

Inilah sebabnya kita kerap mendengar betapa sebuah parti komunis itu memerlukan kemenangan dalam satu pilihanraya sahaja.


Induk Yang Dibunuh

Apabila berkuasa, parti-parti komunis mengadakan pilihanraya, tetapi semua itu adalah berbentuk tipudaya. Parti yang memilih calon-calon dan memang tidak ada pembangkangnya, dan pilihanraya itu diubahsuai untuk menonjolkan betapa satu proses demokrasi memang diamalkan.

Para pemimpin pun melalak daripada tempat yang tinggi-tinggi mengisytiharkan mandat rakyat yang diperolehi. Di waktu yang sama hak asasi manusia pun menghilangkan diri.

Apabila amalan demokrasi menjadi kecut kerana tidak dipakai lagi, korupsi bertakhta memberanikan diri dan mengnyahkan kesaksamaan peluang kepada semua parti yang bersaing. Sebarang ketidakpuasan sengaja tidak digalakkan dengan penggunaan kuasa kepolisian oleh parti yang sedang berkuasa.

Apabila polis dan penghakiman sudah dapat dikongkong, memang tidak ada lagi ruang untuk membetulkan segala perbuatan yang serong. Rakyat marhaen pun hilang hak memilih pemimpin baru mereka dan perlu mengamalkan satu tindakan berwaspada secara berterusan mengenai hal ehwal negara. Induk kesaksamaan itu sudah pun dimangsakan.

Di Malaysia memang wujud satu pembabitan yang besar di segenap tahap perniagaan di mana pemimpin yang sedang berkuasa sengaja membabitkan dirinya, secara ussahasama dengan pihak yang sanggup membeli sokongannya.

Pembabitan pihak peniaga yang bersaing adalah bergantung kepada kesetiaan politiknya dan janji-janji mengenai pengagihan saham.

Selama beberapa tahun, dana awam telah digunakan untuk merangsang ekonomi negara. Aktibiti ini adalah berpandukan gelagat menteri-menteri BN dan UMNO yang dipercayai.

Kini, polis negara sedang digunakan oleh para menteri ini untuk melindungi keuntungan yang dikatakan mereka raih bagi pihak awam.

Para pemimpin parti politik UMNO/BN merasakan mereka sedang tergugat apabila pemimpin parti pembangkang ditangkap oleh polis yang berpakaian preman tanpa sebarang waran tangkap yang dikeluarkan oleh parti yang memegang kuasa. Tujuannya ialah untuk mengelakkan kebertanggungjawaban dengan menangkap mereka yang sanggup mengeluarkan cabaran.

Ini merupakan salahguna kuasa pihak polis dan kemarahan rakyat marhaen sedang marak terhadap pederhakaan kepada amanah yang diberikan oleh rakyat kepada pepimpinan UMNO dan BN. Keresahan politik terus membuak dan segala usaha untuk menyekat kemunculan demo jalanan akan menyulitkan keadaan yang sudah tegang.

Kini sudah muncul desakan ramai agar UMNO-BN dikutuk sebagai musuh kepada rakyat marhaen. Kerajaan bertindak dengan melatih lebih ramai polis gerak gempur, membeli lebih banyak mariam pancutan air dan membina lebih banyak penjara lagi. Semua ugutan ini adalah satu bentuk acah-mengacah yang memang diminati, dan memang amat berkesan apabila digunakan pada mereka yang takut dipenjarakan.

Di masa lalu, ugutan seperti ini memang didapati berkesan untuk menyekat dan mengawal tentangan politik. Dana awam digunakan untuk terus menekan keadaan itu. Tetapi cara ini hanya mencetuskan satu suasana laksana masakan kedap udara dimana tekanan jiwa memuncak ke tahap yang berbahaya.

Rakyat Malaysia merupakan satu bangsa yang pada dasarnya ramah-tamah dan penyabar serta tidak mudah naik berang. Namun, ada satu perkataan Inggeris yang dipinjam daripada khazanah bahasa Melayu.

'Mengamuk' bererti satu perbuatan yang tercetus disebabkan kemarahan yang tidak disangka yang mencetuskan keganasan yang tidak didahului oleh sebarang petanda. Inilah tindakan rakyat marhaen yang amat ditakuti oleh kerajaan.



Pajero Terbang

Pada musim panas yang lalu, polis telah menaungi satu perkara pelik yang menjentik keraguan awam betapa beberapa peristiwa yang pelik-pelik sengaja dicetuskan untuk tujuan politik. Cerita yang dirumuskan saban hari ternyata tidak boleh masuk akal lagi.

Memang tidak masuk akal. Pengadilan mahkamah yang berterusan terhadap mereka yang ditangkap tidak pun mengambil kira segala lapuran akhbar seperti yang pernah dituturkan oleh jurucakap rasmi kerajaan di waktu terjadinya peristiwa itu.

Ramai yang terkejut tidak pun menyimpan keratan akhbar harian mengenai drama itu. Kini mereka merasa ceria kerana mempunyai peluang lain lagi.

Butit-butir sidang akhbar harian pada tahun yang lalu kini diulang-ulang oleh tukang karut yang cuba menipu kita hari ini.

Kita disogokkan cerita lama mengenai konspirasi dan segala muslihatnya, lengkap dengan senjata ketenteraan dan aktibiti yang kelentongan, direncana terhadap para tuan-tuan yang merupakan para pemimpin parti yang sedang berkuasa.

Kisah Pajero terbang dan misteri lubang cetek yang digali memang belum muncul lagi. Setakat ini belum ada lagi kambing sembelihan yang akan ditonjolkan. Namun kisah dongeng itu pasti akan diperbetulkan.

Inilah peluang untuk menyimpan segala keratan akhbar itu. Ada pathos dan perasaan kasihan. Ada komidi yang menggelikan hati. Ada juga tragedy yang meruntun nurani. Semua itu adalah lambang sejarah zaman kini.

Semua itu akan menceriakan anda untuk ketawa. Mungkin juga anda akan menangis mengeluarkan airmata. Cerita itu boleh membuatkan anda naik berang ataupun lesu kerana duka nestapa. Laksana satu fiksyen yang haprak apa lagi yang boleh diharapkan. Namun semua itu bersifat mudah-alih kerana boleh digunakan sebagai bahan pilihanraya untuk anda memilih.

Simpanlah segala keratan itu sebagai khazanah anda ataupun untuk para sahabat. Simpanlah untuk anak-anak. Inilah lambang masa anda, betapa anihnya cerita itu semua. Di masa yang akan datang tidak ada sesiapa yang akan mempercayai anda akan cerita itu. Tetapi itulah hakikatnya.

Simpanlah keratan itu setakat masih ada lagi. Potong dan lekatkan mengikut sesuka hati.


-Harun Rashid-


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 13/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<




http://home.yqi.com/harunrashid1/56Save.htm


Save That Sandiwara

by Harun Rashid

Apr 12, 2001


An important reason governments are established is to protect free enterprise. This is in order that those engaged in business activity may be protected from evil-doers and also from one another. Good laws and capable administration allow disputes to be resolved in a fair and non-violent manner. The public places trust in government leaders to maintain fairness, and not take improper interest in the competing factions which vie for the consumer's eye.

The same is true for political factions which compete for public support. The government acts much as a benevolent mother to ensure that political parties act decently toward each other. The legal system must be impartial, acting independently to allow the contenders equal access to communications media and facilities for face-to-face information exchange forums to present fair analysis and critique. They must be allowed the opportunity to describe in detail any offer for improved leadership.

Once in power a political party must not dismantle this mechanism. None are allowed to kill mother. A party which prevents further fair elections in effect does this, and by so doing violates the doctrine of fair play that democratic government demands. This is the primary abuse of communist governments to date.

They immediately dismantle the multi-party apparatus and install the party (themselves) as sole owners of all public (and private) property, installing party functionaries as dictators disallowing further contest. For this reason it is often said that a communist party need only win one election.

Once in power, communist parties hold elections, but they are sham elections. The party chooses the candidates, there is no opposition, and the elections are rigged so that only the appearance of a democratic process transpires. The leaders then crow from the rooftops of their mandate from the people. But all human rights disappear.

When democratic processes wither from disuse, corruption inevitably undermines the equal opportunity of opposing parties. Dissent is discouraged by unfair use of the police power of the party-in-power. Once the police and judiciary are corraled there is no avenue for redress of wrongs. The people have lost their right to choose new leaders and exercise continuous due diligence over the affairs of state. Mother has been killed.

In Malaysia there is significant participation at all levels of business by the party-in-power, in partnership with those willing to buy favour. Participation by competing businessmen is conditioned on political loyalty and promise of a block of shares. Over a period of years public money has been used to stimulate the economy. This activity was guided by trusted Umno-BN ministers. The allegation today is that they have betrayed the public trust by siphoning significant portions for themselves. Naturally they do not wish to be held to account.

This incursion of government into the arena of private enterprise was done in the name of the people, using the public treasury and the natural resources of the country. Today it is a significant sum, and the commingling of public, political and personal assets is so confounded that none can accurately disentangle it. Any who attempt to do so immediately come into conflict with the personal interests of the Umno-BN politicians in power.

Today the national police are being used by these ministers to protect personal gains purportedly made in the public interest. The leaders of the Umno-BN political party-in-power feel sufficiently threatened that opposition party leaders are being taken from the streets by plainclothes police body-snatchers acting without warrant under orders of the party-in-power. The intent is to avoid accountability by whisking away all who challenge.

This is an unfair use of the police force, and the public anger at this betrayal of public trust by the Umno-BN leadership is tangible. Political unrest mounts, and attempts to forestall future demonstrations will only exacerbate the discord. There is now a demand that the Umno-BN party be condemned as an enemy of the people. They react by training more riot police, buying more water cannons, building more prisons.

The arrests have just begun, so the government says. These threats are a favorite form of intimidation, and are successful when used on those who fear incarceration. In the past this threat has been sufficient to curtail and control political dissent. Thus the public purse is being used to keep the lid on the pot, but such measures only create a pressure cooker in which the tension mounts to dangerous levels.

Malaysians are by nature a gentle and patient people, not prone to anger. There is, however, an English word that has been borrowed from the Malay language. To run amok refers to the appearance of unpredictable anger and violence that erupts without warning. This is the response that the government fears.

Last Summer the police presided over a strange matter which created strong public suspicion that unusual events were being concocted for political reasons. The daily stories just didn't match up. Nothing made sense. The subsequent trial of those arrested does not describe the media reports of events given out by the two official spokesmen at the time.

Most, taken by surprise, did not keep daily clippings of that drama. Now, happily there is another chance. The daily press conferences of yesteryear are repeated by the same Jabba-the-Hutt character who appears before us today. We have the same story of conspiracy and intrigue, complete with military weapons and surreptitious activity directed against his bosses, the leaders of the party-in-power.

The flying Pajeros and mysterious self-digging holes have yet to appear. There are no sacrificial goats to lend credibility. But the story is certain to improve. So here is another chance to save the clippings. There is pathos. There is comedy. There is tragedy. There is history.

They will make you laugh. They will make you cry. They will make you angry. They will make you sad. As fictional literature, who could want more. And they are portable. You can take them to the polls with you.

Keep the clippings for yourself; for your friends. Keep them for your children. These are your times, incredible as they are. In the future none will believe you. But here you are. Keep the clippings. Cut and paste at will.