Laman Webantu   KM2A1: 4219 File Size: 8.1 Kb *



TAG MT 75: UMNO Gunakan Keselamatan Negera Untuk Selamatkan Parti
By Spirit of Truth

15/4/2001 7:59 am Sun

TAG 075

[Reformis cuma berhasrat untuk mengirim memorandum sahaja tetapi Mahathir nampaknya menggelabah gila sehingga menangkap beberapa pemimpin reformasi di bawah akta ISA. Tiada seorang membawa bom atau apa-apa pelancar roket pada Gelita 14 2001. Malah FRU dan polis tidak berpakaian kalis peluru pun. Mereka langsung tidak kelihatan tegang - malah ramai yang melempar senyum buat Editor dari truk merah... kawan lama agaknya? Sekaligus ini membuktikan Norain Mai omong kosong sahaja!!

Sila baca komen menarik Pak -MT- di nota kaki juga. - Editor ]


Penterjemah: -MT-



UMNO Gunakan Keselamatan Negera Untuk Selamatkan Parti.

(UMNO Fakes National Security to Save Its Own Insecurity)

Saat-saat kehancuran UMNO semakin galak menjeringaikan taringnya. Lebih lagi apabila tanpa segan dan silu hukum perundangan yang zalim digunakan untuk melindungi proses kehancuran parti itu. Mahathir terpaksa menggunakan ISA yang zalim dan kejam untuk menyelamatkan kedudukannya daripada serangan kuasa rakyat marhaen, yang kini semakin lantang mahukan dia melepaskan jawatannya dan dikenakan tuduhan korupsi dan salahguna kuasa. UMNO sudah bergelumang dengan korupsi mega, kerana dipimpin oleh seorang pemimpin yang zalim dan tidak berguna. Kerana itu parti itu sedang mengerang kesakitan sebagai kesengsaraan awalan sebelum terhumban ke jurang kehancurannya. Satu himpunan secara aman yang diura-urakan oleh muda-mudi yang berani daripada Barisan Alternatif sudah pun menggeletarkan tulang belakang seorang diktator tua yang tidak tahu malu tetapi tahu menakut menjadi kematu. Dia memang takut dipenjarakan kerana segala gelagat rasuah kerja-kerja gila. Kerana itu dia mahu bertahan dengan menggunakan segala kuasa yang ada. Begitulah hapraknya keadaan UMNO yang sudah beraraf pariah dan hina yang hanya mampu bertahan dengan menyalahgunakan kuasa ekskutif ke tahap paling hina dina.

Gelagat pengecut Mahathir yang memang pun menyimpan banyak benda yang kecut memang mengundang pelbagai musibah kepada barisan parti komponen pemerintah yang semakin kecut-mengecut juga. Semua itu adalah musibah bahana pemerintahan rakus yang penuh dengan korupsi yang tidak ada hadnya. Dengan tipu-helah menggunakan keselamatan negara sebagai dalih untuk menopang proses kereputan UMNO dan kempimpinannya, Mahathir ternyata semakin dungu sebagai seorang pemimpin negara. Tindakannya yang zalim menangkap pemimpin Reformasi dan memenjarakan mereka di bawah ISA hanya akan mengundang tambahan kebencian terhadapnya dan UMNO. Yang pasti barisanan alternatif akan meraih sokongan yang bertambah daripada masyarakat bangsanya.

Dengan menangkap para reformis muda, Mahathir sudah membuktikan betapa dia adalah seorang pemimpin yang lemah yang terpaksa bergantung harap kepada ISA yang kejam itu untuk menyangga kedudukannya. Ini merupakan satu tragedi yang tidak dapat disintuk-limau daripada semangat kepartiannya. Seorang pemimpin rakyat yang degil mahu terus berkuasa sedangkan rakyat marhaen sudah lama berdegil mahu mengnyahkannya, tidak punyai banyak pilihan selain jatuh tersungkur dengan aibnya. Mahathir telah menghayun pukulan maut kepada UMNO Baru(a) yang diciptanya dengan mengamalkan budaya 'melindungi yang korup untuk menghambakannya'. Selama bertahun lamanya penyangak politik ini telah mengkasi ahli poltik dan menekan mereka yang terjebak ke dalam jurang tuduhan korupsi yang mencetuskan lapuran polis mengenai aktibiti mereka itu dan menjadikan mereka golongan penjilat egonya. Itulah sebabnya UMNO kini sudah lama dulu lagi dan selamanya dikenal sebagai sebuah parti yang penuh dengan 'pembodek, pengampu dan penjilat.'

Orang Melayu mesti sedar bahawa Mahathir laknat yang zalim ini telah memporak-perandakan negara dengan segala korupsi dan kerakusannya. Orang melayu mesti bersatu bertindak agar Mahathir dihumban dan disingkirkan. Ayohlah!!! Marilah kita bangkit dan bersatu padu untuk mengnyahkan bajingan ini daripada negara kita. Inilah manusia yang paling korup dan bapa kepada segala salah guna kuasa.

- Spirit of Truth -
(Semangat Kebenaran)




Catatan Penterjemah: Saya terjemahkan artikel ini kerana penulis nampak terlalu marah. Semoga dengan terjemahan ini anda akan relaks dan bertenang. Hanya dengan ketenangan kita mampu berfikir untuk bertindak secara mega. Mahathir memang sudah tidak relevan lagi. Tunggu! dia akan kaku sambil berdiri. BADI kezalimannya terhadap Anwar Ibrahim dan keluarga serta keluarga lain yang tidak berdosa seperti Dr. Munawar Anees dan lain-lain lagi sudah lama mencengkam semangat juangnya.!!!!!!

Apa yang berlaku kepada Mahathir sudah dijelaskan melalui pandangan hukum Islam seperti yang ditulis oleh Tuanguru Haji Abdul Hadi Awang dalam bukunya 'QAZAF'. Mungkin seorang pembodek UMNO boleh beli dan hadiahkan kepada Mahathir.

-MT-





Rencana Asal:

http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_tag_074.html


UMNO fakes National Security to Save its Own Insecurity

UMNO's inevitable collapse gains further credence, as it desperately and shamelessly resorts to ISA to protect its destruction. Mahathir has to use the pernicious ISA to save him from the onslaught of people power, who are now demanding his resignation and be charged for corruption and abuse of power. UMNO seeped in mega corruption , led by this worthless ruthless tyrant , is now writhing in pain , a prelude to its impending collapse.. A peaceful demonstration called by the brave youthful Alternative front sends shivers into the spine of the old hopeless extremely frightened dictator, who prompted by the fear of being jailed for corruption if he loses his iron grip on power Such is the pariah state of affairs of a doomed UMNO , which now can only survive by abusing executive power to the brim.

Such cowardly behaviour of a shit scared Mahathir invites nothing but calamity for the ruling coalition , which has been wrought with baneful politics wrought with unabated corruption. Using national security as the all purpose excuse, to protect the dwindling security of UMNO , Mahathir only becomes more stupid as a leader. His cruel act of trying to put the Reformist into jail using ISA will only invite greater hatred for him and UMNO, and this indirectly will help the Alternative Coalition to gain greater support from the masses.

By arresting the young Reformists, Mahathir has proved he is a weak leader who has to depend on the draconian ISA law to safeguard his position. This is the tragedy which UMNO cannot exorcise from its system. A stubborn corrupted people rejected leader who clings on to power despite overwhelming hatred from the masses can only fall from grace. Mahathir has inflicted the death blow to UMNO Baru which he created, by upholding "protect the corrupt and enslave them" culture. Over the years this political scoundrel has castrated and subdued politicians who had reports and allegations of corruption and made them his arse lickers. UMNO has now earned its reputation as a party filled with "pembodeks, pengampus, penjilats".

Malays must ensure that Mahathir the evil tyrant who has spoilt the nation with his corruption must be dumped and eliminated. Let us all arise and put greater force to flush the shit in our country - the most corrupt and the father of power abuse -the most evil political moron Mahathir @ Mahafiraun, @ Mahashit.

-Spirit of Truth-