Laman Webantu   KM2A1: 4220 File Size: 15.4 Kb *



TAG MT 76: Pemerintahan Mahathir Yang Dipertikaikan
By Geoff Thompson

15/4/2001 6:11 pm Sun

TAG 076

[Hampir semua pemerhati dan penganalis politik berpendapat Mahathir tidak akan bertahan lama kerana dia dijerut oleh tindak-tanduknya sendiri. Dia merasa dia terhebat - kini apa yang dibuatnya sedang runtuh satu-persatu - baik projek penswastaan ataupun tuduhan palsu. Yang menakutkan - Umno akan menjadi mangsa teruk akibat perbuatannya itu.

Umno amat mengharapkan sokongan kaum Cina untuk menang dalam pemilu, tetapi Mahathir sendiri telah merosakkan kempen itu dengan tuduhan biadap terhadap Suqui dan isu perpaduan melayu. Umno juga makin kehilangan sokongan kaum India kerana tragedi Kg Medan. Orang melayu pula semakin membencinya kerana menangkap 7 aktivis di bawah akta ISA dan menafikan rawatan penting buat Anwar. Kini orang Umno sendiri sudah tidak tahan - mereka mula membantah dalam diam dan penuh sindiran. Kes Fauzi sahaja sudah cukup untuk memeningkan Mahathir.

Mahathir sudah tidak mampu bekerja sampai mati. Dia terpaksa mencari penyokong baru dan bom tipu - Puteri Umno dan Erra serta Norain Mai menjadi penentu. Tapi dia lupa - lagu dan artis hanya popular sekejap waktu.... dan bom tidak menjelma di hari Sabtu 14/4/2001.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-



Transkrip Khas:

ABC TV Dan Mahathir

(ABC TV on Mahathir)



Re: Pemerintahan Mahathir Yang Dipertikaikan

(Mahathir's rule questioned by party leaders)


Kerry O'brien: Lebih satu tahun sudah pun berlalu sejak pemimpin Asia yang paling lama berkhidmat, PM Mahathir memperlekehkan orang-orang yang meraguinya dan terus memimpin UMNO dan berjaya memenangi satu lagi pemilu.

Namun, episod timbalan PM, Anwar Ibrahim yang diaibkan dalam satu kes mahkamah yang telah banyak dipertikaikan kini menghantui Mahathir. Hambatan itu semakin berbisa mengejarnya sehinggakan beberapa loyalis dalam parti sudah berani mempertikaikan kepimpinannya secara terbuka.



Inilah lapuran daripada Geoff Thompson di Kuala Lumpur.

--ooOoo--

MGG Pillai: Dia berada di babak akhir sebagai seorang perdana menteri. Memang inilah persimpangannya di mana dia tidak mampu untuk berpatah lagi. Laksana Macbeth, dia kebingungan memikirkan sama ada maju kedepan ataupun berputarbalik.


GEOFF THOMPSON: Dia sudah pun berusia 75 tahun dan telah berkuasa selama 20 tahun. Kepimpinan Dr. Mahathir semakin dipertikaikan secara terbuka oleh pemimpin terkanan dalam partinya, UMNO.

Pad pemilu 1999 dan beberapa pilihanraya kecil selepas itu, UMNO ternyata semakin kehilangan sokongan besar pengundi Melayu. Kesannya Mahathir pun kehilangan sokongan dalam partinya sendiri.

Zulkifli Mohd. Alwi (Pemuda UMNO): Sebenarnya, kami telah pun menerima banyak pendapat daripada orang Melayu - yang berpendidikan tinggi, yang sering merantau - betapa mereka mengharapkan berlakunya perubahan dalam cara kami berpolitik di negara ini. :


GEOFF THOMPSON: Apakah anda fikir pucuk kepimpinan parti sedang terancam seandainya perubahan itu tidak dilaksanakan?

ZULKIFLI MOHD ALWI: Memang kami akan menghadapi satu bahaya seandainya gagal menyesuaikan suasana yang semakin berubah.

SHAHRIL ABDUL SAMAD, Ahli Majlis Tertinggi UMNO: Dia adalah pemimpin sebuah parti yang kini sedang dipertikaikan apakah dia berupaya melakar masadepan parti dan memimpin orang Melayu ke hadapan.


GEOFF THOMSON: Beberapa peristiwa terbaru di Malaysia yang telah merungkai dominasi UMNO dalam arena politik Melayu.

Pemecatan dan penangkapan serta pengaiban yang ditanggung oleh bekas timbalan PM Anwar Ibrahim masih membayangi setiap gerak-geri Mahathir.

MGG PILLAI: Apa yang kita lihat sekarang ialah kejatuhan seorang manusia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara ini. Tetapi dia degil menilai perubahan yang berputar di sekelilingnya. Kerana itu dia terpaksa membayar ganjarannya.

Penyebab utama terjadinya perkara ini ialah epsod Anwar Ibrahim. Mahathir telah melanggar pantang seorang pemimpin Melayu, bahawa dia sepatutnya tidak mengaibkan para timbalannya.



GEOFF THOMSON: Berapa lama lagi dia boleh bertahan?

MGG PILLAI: Saya fikir dia tidak boleh bertahan lama.

Dia sudah kalah. Memang sukar meletakkan satu tempoh waktu kepada perkara ini, tetapi saya tidak fikir dia akan berada di sini di sekitar bulan ini pada tahun depan.

Besar kemungkinannya dia akan lenyap lebih awal daripada itu.

ZULKIFLI MOHD. ALWI: Sesetengah orang suka merumuskan bahawa peristiwa yang baru terjadi akan mempercepatkan pengunduran beliau daripada jawatannya.

Saya fikir itu semua adalah satu petanda yang elok diserahkan rakan-rakan seperjuangan beliau untuk mengadilinya.


GEOFF THOMSON: Parti-parti pembangkang Malaysia sedar bahawa Mahathir sedang tercungap.

Sessi ceramah jalanan diseantero negara kini menarik minat lebih 10,000 hadirin.


Seorang pendengar di ceramah terbuka: Oh ya!! kami akan ambil alih tampuk kerajaan pada 2004. InsyaAllah 2004!..Kami akan ada di sana.


GEOFF THOMPSON: Penderitaan Anwar masih lagi menjadi katalis perjuangan - sehinggakan tokoh terbaru pembangkang meniru ketokohannya secara terbuka.

Dr. WAN AZIZAH ISMAIL: Sebelum Anwar ditangkap dia pernah berkata; "Kalau saya pergi, 'akan muncul satu ribu Anwar Ibrahim yang mampu berjuang.'


Rakyat marhaen sebenarnya menantikan kemunculan Anwar dan Ezam memahami perkara ini - Saya tidak mampu meniru kata-kata Anwar sehinggakan menjadi bayangannya.



GEOFF THOMPSON: Ezam Noor pernah menjadi setiausaha politik Anwar. Kini dia merupakan ayam sabung pihak pembangkang.

ORANG AWAM: Dia seorang pemimpin yang dinamik. Semua orang berminat kepadanya dan dialah yang menjadi tumpuan rakyat.:

MOHD EZAM NOR: Saya mungkin terpengaruh kepada cara dia (Anwar) berucap ataupun berpakaian, tetapi saya fikir ini adalah satu kebetulan sahaja dan yang penting sekarang ialah kenyataan, samaada saya mampu meneruskan wawasan dan perjuangannya untuk rakyat.


GEOFF THOMPSON: Kini seperti Anwar juga, Ezam Nor mungkin dipenjarakan tidak lama lagi, kalau dia didapati bersalah dalam salah satu 14 tuduhan yang menunggunya di mahkamah.

Sejak kebelakangan ini beberapa penyokong pembangkang telah ditangkap dan dikenakan tuduhan kerana berhimpun secara haram.

ZULKIFLI MOHD ALWI: Pihak polis menjalankan tugasnya sebagai pengaman dalam menyuraikan himpunan manusia yang tidak berpermit. Oleh itu adalah tidak adil menuduh mereka sebagai pencetus huruhara.


GEOFF THOMPSON: Kini, ada riak-riak kemunculan rusuhan perkauman yang pernah berlaku di Malaysia 30 tahun dulu.

Enam mangsa terkorban dalam pergaduhan kaum antara orang Melayu dan India di sebuah perkampungan setinggan di Kuala Lumpur.

PM Mahathir telah melawat kawasan itu, tetapi telah menggunakan peristiwa itu juga untuk meraih sokongan sambil mencadangkan bahawa kumpulan minoriti di Malaysia harus lebih berwaspada.

Untuk terus berkuasa sebagai perdana menteri dan untuk menjamin kemenangan pada pemilu 2004 nanti, Mahathir sedang mencuba mendapatkan kembali sokongan orang Melayu dengan cuba memperjuangkan hak mereka dan kemudahannya.

Dalam hal ini, dia berkemungkinan kehilangan sokongan orang Cina yang telah memberikan kemenangan pada pemilu 1999 dulu.

Penduduk Cina merupakan 25% daripada jumlah penduduk negara yang bermajoritikan 55 persen orang Melayu. Perundangan telah dirangka untuk memihak kepada orang Melayu sejak tercetusnya rusuhan kaum 1969 dulu. Tetapi, orang Cina sudah mula mempertikaikan kesaksamaan segala perundangan itu.

Sambutan daripada mereka yang mempertahankan hak keistimewaan Melayu menunjukkan mereka marah, malahan hampir agresif dan membayangkan seolah-olah ia direstui oleh Mahathir.

DR. SUA KIA SOONG (New Era College): Dia tersilap langkah kerana untuk pertama kali dalam sejarah Malaysia, saya berani katakan, kita melihat satu situasi di mana masyarakat Melayu tidak lagi termakan umpan perkauman itu lagi.


GEOFF TRHOMSON: Tetapi, dengan merudumnya ekonomi Amerika yang meruntun sama Malaysia PM Mahathir semakin ketandusan hujah kenapa dia harus terus berada di tampuk kuasa.




(Transkrip ini disediakan oleh syarikat perkhidmatan bebas)



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT14/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Date: Fri, 13 Apr 2001 02:39:03

From: ganesh sahathevan [g_sahathevan@hotmail.com]

To: pillai@mgg.pc.my, diana@apic.net

Subject: ABC TV on Mahathir-TRANSCRIPT

Transcript
10/04/01


Mahathir's rule questioned by party leaders

KERRY O'BRIEN: It's been more than a year since Asia's longest serving leader, PM Mahathir, defied his doubters and led his UMNO Party, United Malay National Organisation Party, to yet another election victory.

But the spectre of former deputy PM, Anwar Ibrahim's humiliation and deeply flawed s###my trial, continues to cast a shadow over Mahathir's leadership, which has never been more precarious, to the point where some party loyalists are now openly questioning his position.

This report from Geoff Thompson in Kuala Lumpur.

MGG PILLAI, political analyst: He is in the final stages of his prime ministership.

He has reached the point of no return.

He is, as Macbeth said, as tedious to go forward as it is to go back.

GEOFF THOMPSON: At 75 years of age, and after 20 years in power, Dr Mahathir's continuing leadership of Malaysia is now being openly questioned by senior leaders of his own ruling UMNO party.

In the 1999 general election and recent by-elections have proven that UMNO is quickly losing a majority of Malay voters.

And as a result, Mahathir is losing support within UMNO itself.

ZULKIFLI MOHD ALWI, UMNO youth: Most certainly, we have received indications from many Malays -- educated ones, well-travelled ones -- that they expect to see changes in the way we conduct politics in the country.

GEOFF THOMPSON: Do you think that the party's top leadership is in a precarious position if it doesn't adapt?

ZULKIFLI MOHD ALWI: Yes, we could be in jeopardy if we fail to adapt and adjust to the changes that have occurred.

DATO SHAHRIR ABDUL SAMAD, UMNO supreme council: He's the leader of a party at a time when a lot of questions about the party are being raised as to his capability to chart the future and lead the Malays into the future.

GEOFF THOMPSON: It is Malaysia's very recent past which has unhinged UMNO's domination of Malay politics.

The sacking, arrest and humiliation of the PM's former deputy Anwar Ibrahim still shadows Mahathir's every move.

MGG PILLAI: What we are seeing done now is the destruction of a man who has done a lot for this country, but whose refusal to see the changes that were taking place around him and is paying the price for it.

What caused this, of course, is the Anwar Ibrahim affair, in which he broke the cardinal sin of a Malay leader, that he should not humiliate his deputies.

It is that humiliation that has cost him this trouble.

GEOFF THOMPSON: How long has he got?

MGG PILLAI: I think he will go fairly soon.

He has lost, it's very difficult to put a time frame on to it, but I would not expect him to be around this time next year.

Very likely, it will be much earlier than that.

ZULKIFLI MOHD ALWI: Some people would like to assume that recent developments would hasten his departure from office.

I think that is a moot point which is best left for his peers to judge.

GEOFF THOMPSON: Malaysia's opposition parties know that Mahathir is in trouble.

Roadshow rallies around the country now often attract more than 10,000 people.

PERSON at roadshow rally: Oh, yes, we are taking over in 2004.

God willing, 2004. We'll be there.

GEOFF THOMPSON: The plight of Anwar Ibrahim remains the galvanising focus -- so much so, that the Opposition's new star performer openly imitates his jailed mentor.

DR WAN AZIZAH ISMAIL, President Parti Keadilan Nasional: Anwar, before he was detained, he did mention, "If I go, "there will be a thousand Anwars that come up".

The public is actually hungry to have him and in Ezam they see this -- I can't use the word reincarnation, but the double of Anwar.

GEOFF THOMPSON: Once Anwar's political secretary, Ezam Nor is now the Malaysian Opposition's headline act.

MAN ON STREET: He's a dynamic leader.

Everybody is looking on him now, because he's the one who brings out the crowd now.

MOHAMAD EZAM NOR, youth chief Parti Keadilan Nasional: I might be influenced by his way of style of speaking or dressing, but to my mind this is coincident and what is important is the substance, whether I have the capacity to carry his vision and his struggle for the sake of the people.

GEOFF THOMPSON: And also like Anwar, Ezam Nor may soon be going to jail, if he is found guilty of any of the 14 charges pending against him.

In recent months, scores of Opposition supporters have been arrested and charged for unlawful assembly.

ZULKIFLI MOHD ALWI: The police were discharging their duties as keepers of the law in dispersing these unlawfully constituted assemblies and it is most unfair to characterise them as violence of the State.

GEOFF THOMPSON: But violence of the racial kind recently returned to Malaysia for the first time in 30 years.

Six people were killed in clashes between ethnic Malays and Indians in a slum area near Kuala Lumpur.

PM Mahathir visited the sight, but also used the incident to garner Malay support, suggesting that minority races in Malaysia should be more careful.

To survive as PM and to secure victory at the next general election in 2004, Mahathir is trying to win back the support of Malay voters by championing their rights and privileges.

But in the process, he's in danger of losing the support of the Chinese Malaysians, whose loyalty delivered him victory in 1999.

Chinese Malaysians make up 25 per cent of a population which is 55 per cent Malay.

Laws have positively discriminated in favour of Malays since the racial violence of 1969.

But Chinese Malaysians have begun to question the fairness of those laws.

The response of the Malay rights defenders was angry, almost aggressive, and implicitly sanctioned by Mahathir.

DR KUA KIA SOONG, New Era College: He's miscalculated, because for the first time in Malaysian history, I would say, we're seeing in a situation in which the Malay community is not falling for that kind of race card anymore.

GEOFF THOMPSON: But with the US economic slowdown dragging Malaysia behind it, PM Mahathir is quickly running out of arguments as to why he should stay in power.


Transcripts on this website are created by an independent transcription service