Laman Webantu   KM2A1: 4226 File Size: 10.2 Kb *



Jangan Muncul Di tengah Sandiwara!!!
By Wartawan Pencen

16/4/2001 2:42 am Mon

JANGAN MUNCUL DI TENGAH SANDIWARA!!!

Pak cik kira sudah lama pak cik tidak menulis. Menulis sebagai pak cik yang tua menghidu bau jijik yang dibawa oleh pemimpin negara yang sudah gila bermain politik sehingga punah dan ranah semua dikerjakannya. Orang yang sakit pun boleh mati memerhatikan gelagatnya inikan pula orang yang sihat - mereka boleh mati tiba-tiba juga angkara satu sandiwara. Itulah yang berlaku kepada beberapa anggota polis sendiri di Bukit Jenalik dan seorang rakyat yang muncul tiba-tiba dan mati tiba-tiba juga. Yang peliknya kematian biasa pula post-mortemnya sedangkan semua orang tahu beliau dikurung beberapa hari di bukit yang penuh puaka.


MAHATHIR YANG BERKERJA

Mahathir kerap bersembunyi bila rakyat dirundung celaka. Dia akan muncul bila keadaan sudah reda. Jika tidak telur tembelang pasti akan melayang untuknya. Itulah yang amat ditakutinya. Salah satu sebab Anwar dipecat adalah kerana bimbang dia teraib di hadapan beribu-ribu ahli Umno. Mahathir nampak kuat tetapi dia sebenarnya amat lemah. Kelemahannya adalah keaibannya. Maka dia mengaibkan orang lain dahulu agar dia tidak menjadi mangsa. Inilah cara Mahathir 'bekerja' sampai bila-bila dan sampai mati seandainya dia terus berkuasa. Malangnya orang UMNO masih buta melihat cara Mahathir 'berkerja' walaupun betul-betul di hadapan mata.


MAHATHIR SEORANG PEREKACIPTA

Mahathir memang gemar mereka. Ini juga cara beliau bekerja. Lihat sahaja kes Anwar - bermacam-macam tuduhan direkanya sehingga hendak muntah kita mendengarnya. Dia mengada-ngada benda yang tidak ada sejak orang melayu merdeka. Seolah-olah Anwarlah seorang yang paling jahat di atas bumi Malaysia ini. Kini Ezam dan 6 aktivis lain pula menjadi mangsa dengan bom dan senjata sebagai pengaibnya. Kalaulah benar bagai dikata mengapa polis tidak dapat membuktikannya? Malah begitu tergagap mencari akta beberapa jam lamanya walaupun sudah ditangkap orangnya.


MAHATHIR SEMAKIN DUNGU

Pasti orang UMNO akan marah jika pakcik berkata begitu. Tetapi itulah hakikatnya. Semakin lama dia mendedahkan cara dia 'bekerja' sebenarnya. Dia sudah tidak berani menyebut Anwar melakukan perbuatan mel****t itu kerana dia sendiri tahu ia tidak laku. Perhatikan semua ucapannya selepas pemilu - tidak ada kata-kata jijik itu kerana fatwa ulamak terkenal dunia sudahpun beredar untuk menghukum dirinya itu.

Mahathir tidak mahu kelihatan dungu. Sebab itulah dia membebel tidak tentu bila Asiaweek menyiarkan gambarnya yang menyakitkan matanya itu. Dia mahu dipandang hebat saban waktu sehingga menggunakan gambar mudanya bila tiba musim pemilu.

Kini akta ISA pula digunakan untuk menjaga mukanya dari lebam menjelang perhimpunan agung UMNO. Tindakkan ini akan menambahkan lagi kebencian kepada UMNO yang sudah kepupusan nyawa. Seolah-olah beliau sudah mati aqal untuk menghadapi ketokohan pemimpin keADILan yang berkaliber meraih sokongan rakyat jelata.


SIAPA YANG HEBAT DAN SIAPA YANG DUNGU

Sekarang banyak projek yang digembar-gemburnya sudah membebankan negara. Tuhan panjangkan usianya agar dia dapat melihat sendiri siapa yang bijak sebenarnya dan siapa yang berpura-pura. Semua yang dibinanya untuk menonjolkan kehebatannya kini telah mengaibkan dirinya. Seperti biasa dia akan menuduh orang lain lagi tetapi semua yang dituduhnya sudah tiada kerana kata-katanya juga yang menghambat mereka. Sekarang tinggal dia berseorangan sendiri sahaja. Ahli UMNO sendiri sudah tidak tahan sehingga BBM sanggup memecah tradisi UMNO untuk mengkritik secara terbuka. Sekarang Fauzi pula melempar bom dengan insuran yang pasti akan direbut oleh syarikat 'balak' yang berminat di seluruh negara.


PERHIMPUNAN AGUNG SEGALA PUNCA

Mahathir sebenarnya cukup bimbang beberapa krisis yang tidak disangka bakal menjelma menghampiri perhimpunan agung UMNO. Dia perlu mengambus segera apa yang mungkin menggugatnya. ISA adalah salah satu darinya. Ada lagi yang bakal menjelma dan PAS kini sedang menunggu untuk memasukki jeratnya. Jika itu berjaya dia akan ketawa besar nanti untuk terus menjadi presiden sehingga mati.

Lihatlah bagaimana Pak Lah menjadi mangsa beberapa rekaciptanya selama ini. Mahathir membaling seketul batu untuk membunuh dua ekor burung sambil menyembunyikan tangannya. Pak Lah begitu teruji dan gagal berbuat apa-apa kerana taringnya tiada. Beliau berdilema kerana kepingin takhta sehingga tidak mampu menonjolkan ketokohannya dalam dua krisis tahun ini yang melibatkan senjata betul dan senjata yang direka.


SIAPA MANGSA SETERUSNYA?

Tidak sukar untuk menganalisa cara Mahathir bekerja. Dia akan menyerang sesuatu yang menggugatnya dengan menggunakan orang ketiga. Kemudian mereka akan lenyap di persada berita. Mahathir akan tetap berpura-pura sepanjang masa sehingga Anwar sendiri terpedaya. Musa Hitam pun terkena. Pak Lah kini sedang menunggu harinya.

PAS jangan memandang ringan cara Mahathir bekerja. Pak cik sudah memberi beberapa tanda. Masa untuk PAS disembelih akan tiba jika tersilap menelahnya. Anwar sudahpun terkena. KeADILan sudah pun menjadi mangsa. PAS bila pula agaknya?

Nasihat pak cik sama sahaja - jangan muncul ditengah sandiwara - nanti buruk akibatnya......

-Wartawan Pencen-
15/04/2001




Rencana Rujukkan:

http://livenews.lycosasia.com/sg/lv3_5_6.html

Rivals call foul as Malaysian PM plays security card

By Simon Cameron-Moore

KUALA LUMPUR (Reuters) - Prime Minister Mahathir Mohamad has barked out warnings Malaysia is at risk of violent unrest, but opponents say he's crying wolf, locking up supporters of jailed rival Anwar Ibrahim just to shut them up.

Human rights and legal organisations have joined opposition parties in condemning the use of the colonial-era Internal Security Act (ISA), allowing detention for 60 days without trial, to arrest seven pro-Anwar activists.

Mahathir says national security is more important than jibes over his way of dealing with trouble before it starts.

He has seen the power of mass protests in the Philippines and Indonesia and has no intention of letting it happen here.

He is also stung by efforts by people in the Reformasi movement, seeking political change, to make a hero out of Anwar, who he says is immoral and unfit to rule.

"The government wants the appearance that Reformasi is dead. But, every time it says it's over, something happens to show it's not," opposition front spokesman Rustam Sani told Reuters.

Last week thousands turned up at the funeral of Anwar's mother, where the former deputy prime minister cut a sorry sight, in mourning, under guard and wheelchair-bound with a bad back.

Anwar, who vowed to reveal corruption in government when Mahathir sacked him in 1998, is now serving a 15-year jail term for sex and graft crimes he says were concocted.

The country's ethnic majority Malay community remains deeply split over the humiliation of a man whose charisma and appeal to Muslim roots had been a boon to the government.

The latest arrests come ahead of plans by the Parti Keadilan Nasional, which was founded by Anwar's wife, Wan Azizah Wan Ismail, and other opposition groups to deliver a memorandum on Saturday, the second anniversary of Anwar's first guilty verdict, to the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM).

The memorandum is the result of a campaign which raised allegations of misuse of public funds to bail out favoured Malay tycoons and struck a chord with poor Malays.

"The tongue is mightier than any weapons to destabilise the country," Inspector-General of Police Norian Mai told reporters, after announcing the arrests on Wednesday. He also levelled accusations that the detainees were seeking arms.

A QUESTION OF PROOF

The opposition says if the seven men really were planning to introduce violence to their campaign the police should show proof rather than hide behind the cloak of the ISA.

The Star newspaper ran a story on Friday quoting an unnamed senior police officer saying a former army officer and several commandos were among 28 people plotting a violent uprising.

Veteran Mahathir baiter, Lim Kit Siang, who leads the Democratic Action Party, said the allegations lack credibility.

Pro-Anwar activists Reuters met in the last three months, a few of whom are among the seven arrested, gave no sign they would resort to violence though some have talked tough.

Raja Petra Kamaruddin, editor of the Free Anwar Campaign website and among those locked up, told the Singapore Straits Times in March: "We are becoming more hardline. If they throw teargas at us, our people are going to pick it up and throw it back."

Raja Petra also said 2001 was the year to oust Mahathir. But others may do the ousting.

In late February, Reuters met Keadilan Youth Wing leader Ezam Mohd Noor, the most high-profile among those arrested.

Anwar's former aide laid out the opposition's strategy for a year he regarded as critical for Mahathir's future.

Ezam said if the opposition applied enough pressure, members of the ruling United Malays National Organisation (UMNO) will fret over ebbing support and could turn against Mahathir.

The only gatherings Ezam, who was arrested on sedition charges in March and released on bail, told Reuters about were a planned rally in early April -- it didn't happen -- and some event to mark the April 14 Anwar anniversary.

Ezam and his friends are unlikely to keep that date either but other Keadilan leaders will go ahead with plans to present their memorandum to the rights commission.