Laman Webantu   KM2A1: 4230 File Size: 18.1 Kb *



TJ MT MGG: Kekayaan Menteri Kabinet Malaysia
By M.G.G. Pillai

17/4/2001 4:25 am Tue

MGG 8501

[Menteri BN dan anak-beranak mereka mempunyai terlalu banyak harta - khususnya harta hasil bawah meja yang tidak perlu dibayar cukai apa-apa. Jika tidak sudah lama mereka mengistiharkan semua pendapatan mereka itu untuk ditatap rakyat jelata. Namun begitu hidup mereka kini sudah tidak sesenang dulu kerana jika Mahathir tumbang rakyat akan mengejarnya satu-persatu.

Beberapa peristiwa penting mutakhir ini sedang menuju kearah itu.

1) Perlantikan ketua BPR yang baru dan 2) Penggunaan akta ISA untuk menangkap 7 aktivis reformasi. 3) Lapuran polis Fauzi menghenyak Khalil dan pihak yang sewaktu.

Ada sesuatu yang menarik di sini. Jika pilihanraya DUN Beserah terpaksa diadakan juga sebelum perhimpunan agung Umno, kesemua aktivis yang ditahan ISA itu mungkin tidak akan dapat turun bersama membantu.....
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Kekayaan Menteri Kabinet Malaysia

(How Rich Are Malaysian Cabinet Ministers?)

Pada 13 April 2001, The New Straits Times telah menyiarkan di muka depan akhbar kisah kekayaan menteri kabinet Thailand. Apa yang menarik saya ialah kisah itu tersiar dulu dan dicedok daripada Bangkok Post. Di akhbar asing itu ada cerita menyeluruh mengenai kisah kekayaan ini. Seperti juga di Malaysia, menteri kabinet Thailand dan pegawai tinggi perkhidmatan awam dimestikan mengisytiharkan harta mereka. Berbeza dengan amalan di sini, pengisytiharaan itu mesti dumumkan secara terbuka; membolehkan akhbar di sana membincangkannya.

Perdana Menteri Thai, Mr. Thaksin Shinawatra, memang kaya kerana dia adalah seorang usahawan berwibawa selama ini, telah mengalihkan kekayaannya kepada anaknya yang kini merupakan orang terkaya di Thailand. Tetapi, harta yang diisytiharkan oleh menteri-menteri kabinet Thailand berjumlah 24 bilion (sekitar RM2 bilion) merupakan hanya secubit kekayaan seorang ahli kabinet Malaysia yang bersamaan dengan anggaran kekayaan seorang menteri lain dan beberapa pasang menteri yang lain pula.

Pada dasarnya para menteri kabinet Malaysia menjadi kaya raya ketika memegang tampuk kuasa; dan bagaimana semua itu mereka lakukan tanpa dianggap korup adalah disebabkan mereka tidak pernah ditangkap dan didakwa kerana korup. Tanyalah Badan Pencegah Rasuah. Hampir semua menteri kabinet telah disiasat bagaimana mereka mempunyai harta berbukit lebih daripada keupayaan mereka, tetapi kuasa mendakwa kerakusan itu terletak kepada Jabatan Ketua Hakim Negara, yang enggan menjalankan tugas pendakwaan yang sepatutnya. Ketua Hakim Negara beranggapan bahawa yang korup adalah golongan pembantu rendah am (ofis-boi), kerani, posmen dan anggota polis. Yang lain dianggap tidak korup secara rasminya.

Malahan, adalah dianggap satu penghormatan kalau sesaorang itu disiasat oleh BPR. Para menteri kerap mendabik dada memberi kiasan betapa bersihnya mereka semua. Semua itu tidak mempunyai sebarang makna. Kerap sangat BPR menyatakan mereka bukannya bersih sangat dalam menimbun harta, tetapi Jabatan Ketua Hakim Negara tidak pernah berminat mendakwa mereka seperti tidak berminatnya mereka memberikan alasannya. BPR sudah kehilangan wibawa untuk bebas menguatkuasakan peranannya sambil penyakit rasuah dan korupsi di kalangan pegawai kerajaan terus mencanak naiknya.

BPR pernah menyiasat kerja-kerja menimbun harta di kalangan pegawai tinggi kerajaan. Tentu sekali Perdana Menteri terkejut beruk mengetahui betapa lebih 50 pegawai tinggi dalam perkhidmatan awam, polis dan tentera memunyai asset terkumpul yang setara dengan asset kepunyaan kabinet Thailand yang ada.

Salah seorang daripada pegawai tinggi ini mempunyai asetnya yang ketika disiasat bernilai RM22 juta telah naik meningkat RM27 juta setelah BPR selesai berbual-bual mesra dengannya. Ini bukan kes perorangan sahaja. Ramai kakitangan BPR percaya, ketua mereka tidak dilanjutkan perkhidmatannya dan tempatnya digantikan oleh seorang pegawai tinggi polis, untuk mengepalai institusi itu pertama kali sejak berdekad lamanya. Perlantikan ini berlaku kerana ramai pegawai polis yang tidak puashati apabila beberapa orang pegawai mereka telah dipanggil untuk menjelaskan bagaimana mereka boleh jadi kaya raya menimbun harta. Kata mereka, kekayaan pegawai polis adalah hasil pelaburan bijak bistari di pasaran saham, urusan hartanah, dan kepintaran penasihat pelaburan. Kerana itu ketua BPR tersebut terpaksa digantikan kerana dia terlalu suka menghidu taman larangan.

Satu ketika dulu Tun Sardon Jubir, seorang orang-kuat UMNO yang menjadi gabenor Pulau Pinang telah menceritakan kepada saya kisah kenapa dia bersara sebelum dia betul-betul mempunyai niat untuk melakukannya. Beliau adalah seorang politikus yang pintar tetapi merupakan seorang ahli kabinet yang bersahaja dan tidak berapa bersungguh sebagai seorang pentadbir. Dialah orangnya yang mengangkat Tan Sri Musa Hitam, yang kemudiannya menjadi timbalan perdana menteri yang mencederakan kerjaya poltiknya sendiri, untuk menjadi setiausaha politiknya. Selepas itu dia angkat pula Dato' Mohamed Rahmat (Setiausaha Agong BN) sebagai pengganti Musa pada 1960-an dulu. Tun Sardon telah bertahan apabila ada tekanan hebat daripada parti agar dia melepaskan jawatannya. Tetapi apabila bahagiannya menyuruh beliau bersara 'kerana anda sudah terlalu lama membalun harta, kini giliran kami pula,' dia naik berang dan terus bersara.

Kini, menteri kabinet terus mahu berkuasa kerana kekayaan yang dapat mereka bukitkan. Seorang menteri kabinet mempunyai harta bernilai US200 million dollar, yang kini sudah melonjak naik menjadi US250 million selepas dua kali bertemubual dengan BPR. Seorang menteri lagi begitu kaya melalui politik sehingga membolehkan anak lelakinya mendapatkan pinjaman bank sekitar RM1.2 bilion untuk mengembangkan perniagaannya. Seorang bekas menteri memiliki 17 buah kereta yang bernilai RM6 juta. Dua menteri yang masih bertugas mempunyai Porsche bernilai hampir RM2 juta. Selain itu ada dua orang menteri yang membuka perniagaan makanan, satu di Brickfields dan satu lagi di Subang Jaya.

Kita perlu bincangkan pula kisah beberapa menteri besar dan ketua menteri. Ada di kalangan mereka yang mempunyai harta yang lebih tinggi nilainya dari asset terkumpul yang disytiharkan oleh para menteri kabinet Thailand. Dua orang membalun sebanyak RM500 juta ketika menjadi menteri besar dulu. Ada seorang lagi yang mempunyai lima kali lebih besar daripada harta sebanyak itu. Kebanyakan menteri besar BN dan ketua menteri tidak mampu menjelaskan bagaimana menjadi kaya raya kalau dilakukan tekanan terhadap mereka. Tetapi itu semua bukannya satu kerunsingan untuk mereka. Satu ketika dulu Anwar Ibrahim telah membuat laporan mengenai kerja-kerja bajingan para menteri ini kepada polis. Satu tindakan berkesan belum pun dilaksanakan.

Bagaimanakah semua bajingan ini mampu membalun harta untuk menjadi kaya raya? Inilah bahananya apabila mereka memegang jawatan yang terlalu lama, selalunya di kementerian yang sama. Apabila orang berpangkat tidak ditukar-tukarkan selalu, korupsi pun naik menanah sehingga mudah untuk disapu. Apabila pemimpin BN bertegas mahu terus berkuasa lebih daripada sepuluh tahun, mereka adalah calon terbaik untuk korupsi. Orang yang paling berprinsip pun mudah mengalah dan terliur seleranya apabila dirasuk dengan dugaan tawaran dan pujuk rayu setiap hari dan setiap waktu. Malahan, saya sanggup berdebat betapa korupsi itu dianggap sesuatu yang biasa kalau ia dibalas dengan satu jentera pemerintahan yang berwibawa.

Tetapi bukan itu caranya. Rakyat marhaen tidak akan membuat aduan mengenai korupsi dan salahguna kuasa kalau apa yang dijanji ditunaikan secara cepat dan berkesan. Di sinilah masalahnya. Korupsi mendahului setiap permintaan untuk perkhidmatan. Inilah yang mencetuskan kemarahan yang mudah meluap dan sukar ditekap. Betapa pun kerajaan berusaha menafikannya, pengaiban yang ditimpakan ke atas Dato' Seri Anwar telah mencetuskan percikan bunga-api kepada kemarahan yang semakin meluap itu. Inilah yang menonjolkan himpunan segala bentuk korupsi yang bersifat kecil-kecilan, birokrasi yang sambil lewa, keangkuhan politik mengada-ngada sehingga semua itu terhimpun menggunung tingginya menjadi satu gelombang rintihan rakyat marhaen. Secara tiba-tiba, kekayaan yang dibalun oleh wakil rakyat yang sepatutnya menjadi hamba abdi rakyat menonjol laksana bisul dan menjadi isu yang relevan kepada semua.

Di antara masyarakat politikus, yang paling terkaya mempunyai asset bernilai RM50 bilion banyaknya. Ini adalah bersamaan dengan simpanan matawang asing negara. Jelas, si karun ini adalah yang paling terkaya di Malaysia. Dia menguasai 40 persen saham-saham di BSKL sehingga membolehkan salah seorang balacinya mengambil alih semua saham Malaysia yang tersimpan di pasaran Singapore CLOB. Dia juga menguasai sehingga 75 persen saham yang ada dalam agensi kerajaan. KLSE kini lengang longlai kerana semakin ramai pelabur sudah sedar betapa mereka tidak lagi mahu terbabit dengan tipuhelah si bajingan bersifat Al Karun dan Jin Afrit.. Itu sebabnya harga saham terus turun menjunam laksana airterjun.

Laksana kilat dia pernah muncul menegakkan satu empayar perniagaan yang dibantu oleh kerajaan dan kini sedang menggugat ekonomi negara terus mencungap dan dihambat mudarat laksana ikan yang lama terkapai di darat. MP PAS, Mohammed Sabu pernah secara sinis menggambarkan orang ini laksana si pendek ala Napoleon yang berkumis tebal. Seperti Perdana Menteri dia menjadi kaya raya setelah menjadi menteri kabinet dengan meniru gelagat Al Qarun ketika masih bertugas rasmi. Tetapi, dia pandai menggunakan banyak proksi. Tidak banyak yang boleh digunakan untuk menekan hasil nafsu-nafsinya, seperti sukarnya menekan penyamun yang lain.

Kehadiran Al Karun dalam kebinet inilah yang merupakan salah satu sebab kenapa Perdana Menteri dikecam hebat. Banyak kerja-kerja jijik melibatkan kerajaan yang tidak dirujukkannya dulu kepada Perdana Menteri. Untuk meredakan kemarahan rakyat yang semakin celupar mengenai harta karun ini semuanya, adalah wajar didedahkan segala asset dan harta yang ada pada semua menteri kabinet Malaysia seperti yang dilaksanakan di Thailand. Tetapi, masalahnya takkan Perdana Menteri sanggup membincangkan perkara itu semuanya.


-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>16/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

How Rich Are Malaysian Cabinet Ministers?

The New Straits Times (New Straits Times, 13 April 01) had a prominent story on its front page detailing the riches of Thai cabinet ministers. What interested me is the Bangkok Post report, from which this report was culled, said how wealthy they were. Like in Malaysia, Thai cabinet ministers and senior civil servants must declare their wealth; but unlike here, they are made public. And newspapers discuss it.

The Thai Prime Minister, Mr Thaksin Shinawatra, who is as rich as he is as a successful entrepreneur, transferred most of his wealth to his son, who is now Thailand's richest man. But the declared wealth of the cabinet of RM24 billion (about RM2 billion) is a fraction of one Malaysian cabinet minister's reputed wealth, another's estimated wealth, and of several ministerial pairs.

The average wealth of the Malaysian cabinet minister is acquired in office; how that is done without being corrupt is one reason why they cannot be caught. Ask the Anti-Corruption Agency. Almost all cabinet ministers have been investigated for acquiring wealth beyond their means, but the Attorney-Geneal's Chambers, which must prosecute would not. Besides the odd office boy, clerk, postman, policeman, no one is officially corrupt, in the eyes of the Attorney-General.

In fact, it is a badge of honour to be investigated by the ACA. Ministers crow about how honest they are. It means nothing. Almost always it says the ACA has found them to be less than honest in how they acquired their wealth, but the A.-G.'s Chambers for reasons it does not reveal refuses to prosecute. The ACA lost its independent powers to prosecute as corruption in officialdom rose sharply.

The ACA investigated the more blatant acquisition of wealth of senior civil servants. The Prime Minister must have been shocked to learn that the 50 most senior ones, in the civil service, police and military, had combined assets of what the Thai cabinet has.

One had his assets of RM22 million raised to RM27 million after the ACA had a friendly chat with him. He is not the only one. Those in the ACA belief their chief did not have his contract extended, and a police man brought in to head it for the first time in decades, because the police were unhappy at how some of their law-and-order leaders were asked to explain their wealth. They got it all from shrewd investments in the stock market, property deals, brilliant investment advice. But the man had to be replaced for he pokes his nose where he should not.

When the late Tun Sardon Jubir, the UMNO stalwart who became governor of Penang, once told me why he resigned when he did. He was a shrewd political animal, but an indifferent cabinet minister and even worse administrator. It was he who launched both Tan Sri Musa Hitam, later the first deputy prime minister to self-destruct, and Dato' Mohamed Rahmat, the National Front secretary-general, by taking them on as his political secretary, in succession, in the 1960s. He had withstood pressure from the party to step down, but when his division members asked him to step aside "because you have had enough time to make money, and it is now our time", he got so disgusted and resigned.

Today, cabinet ministers hold on to office for the wealth they can accumulate. One cabinet minister told the ACA he is worth US$200 million, which he raises to US$250 million after two interviews with the ACA. Another earned so much wealth in politics that his son could get a loan of RM1.2 billion to further his business interests. One former minister owned 17 cars worth RM6 million; two still in office own Porsches worth nearly RM2 million. As if this is not enough, two ministers have gone into the food business: one in Brickfields and the other in Subang Jaya.

To this must be mentioned mentris besar and chief minister. Several have more than the declared assets of Thai cabinet ministers. Two reputedly made RM500 million in office. One is worth five times that. Most National Front mentris besar and chief ministers could not justify their wealth if a serious official crackdown is ordered. But there is no worry about that. When the jailed former deputy prime minister, Anwar Ibrahim, lodged police reports with evidence of ministerial corruption, no action is taken.

How do these people acquire so much wealth? Because they hold office for too long, often in the same ministries. People are not shifted around as often as they must to reduce corruption. When the National Front party leaders insist on staying on for ten years and more, they become prime candidates for corruption. The most principled man would succumb when temptation is put in their way day in and day out. Indeed, I would argue that corruption is acceptable if that is compensated by an efficient government.

That is not so. People will not complain of corruption and misuse of office if what is promised is delivered expeditiously and promptly. It is not. Corruption dictates every request for service. So, all it needs is for an anger that gets out of hand. However much the government might deny it, Dato' Seri Anwar's humiliation provided the spark. It galvanised the myriads of petty corruption, bureaucratic indifference, political arrogance into one counterwailing force. Suddenly how rich our elected representatives are is relevant.

The richest of all politicians has more more than RM50 billion, or as much as Malaysian foreign exchange reserves. He is arguably Malaysia's richest man. He controls 40 per cent of the stocks on the KLSE when one of his associates acquired the Malaysian shares locked in the Singapore CLOB market, and as much as 75 per cent through holdings in government agencies he controls. The KLSE is in the doldrums because many begin to see the manipulations and unfair wealth building that they do not want to be party to it anymore. The prices continue to decline.

Out of nowhere, he acquired a business empire, with much official help, that now threatens the Malaysian economy. The PAS MP, Mr Mohamed Sabu, mercilessly caricatured him in parliament as a Napolean-with-moustache. He was, like the Prime Minister, rich when he joined the Cabinet, but acquired his Croessus-like wealth in office. But he works through nominees. So little is pinned on to him as can be of the others.

But his presence in the cabinet is one more reason why the Prime Minister is so severely criticised. He commits the government without even the Prime Minister knowing about it. To set wagging tongues at rest, the wealth list of Malaysian cabinet ministers and senior cabinet ministers must be released, like in Thailand. But it is one the Prime Minister would rather not talk about.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my