Laman Webantu   KM2A1: 4231 File Size: 15.4 Kb *



TJ MT MGG: Mata-mata Yang Lebam Mata
By M.G.G. Pillai

17/4/2001 5:37 am Tue

MGG 8601

[Semua yang hadir di Perhimpunan Gelita 14 tahun ini tahu mereka boleh ditangkap kerana telah diberi amaran tegas oleh polis sebelum ini. Tetapi polis tidak mampu melakukannya kerana sudah tertewas melihat rakyat - walaupun sedikit bilangannya dan mudah diberkas kesemuanya - lalu dihadapan mereka. Sekaligus ia menggambarkan siapakah yang telah menang sebenarnya dan siapa yang telah tewas sehingga terkaku tidak dapat berbuat apa-apa.

Perhimpunan ini adalah perang saikologi. Kita tidak perlu bertempur jasad untuk menang - tetapi sikap kita yang mulia itulah yang menjadi penentu segala kemenangan. Kita sebenarnya bertempur di satu alam yang tidak dapat dipandang tetapi ia memberi kesan yang lebih mendalam dan sukar dilupakan.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


(Artikel asal ada di malaysiakini, kolum Chiaroscuro, 16 April, 2001.)


Mata-mata Yang Lebam Mata

(A black eye for the police)

Kerajaan meraung di bawah kolong. Polis yang bertegas menafikan sebarang permit menggertak rakyat marhaen agar tidak turut serta. Mereka yang berkumpul dihadapan pejabat Suhakam di Kuala Lumpur untuk mengiringi para pemimpin pembangkang menyerahkan memorandum, mahu ditangkap semuanya dan dikenakan hukuman melanggar undang-undang.

Namun, Keadilan bertegas mahukan 50,000 orang menghadirkan diri mereka berhimpun secara aman.

Inilah yang membuatkan kerajaan terpinga-pinga. Baru sangat enam orang dari antara 20 pemimpin Keadilan, yang menaja perhimpunan itu, telah ditangkap termasuk seorang aktivis dan dikenakan tindakan ISA. Secara senyap-senyap kerajaan mendirikan pusat komunikasi untuk pasukan tentera dan polis di beberapa tempat di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Semua itu telah ditanggalkan sebaik sahaja perhimpunan aman itu bersurai secara aman juga.

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur berkata sekitar 400 anggota polis telah bersedia menguasai 1,500 rakyat marhaen yang berhimpun secara aman; BBC dan CNN melapurkan jumlah rakyat mencecah 3,000 orang. Dengan lain perkataan, terdapat seorang anggota polis mengawal setiap empat peserta yang datang berhimpun kalau anda percaya dengan hitungan rasmi; ataupun satu-setiap-lapan, mengikut hitungan orang lain. Jumlah sebenar yang muncul mungkin merupakan purata antara dua angka itu.


Sanggahan Politik Yang Bergema.

Apakah pentingnya angka 1,500 ataupun 3,000 itu? Setiap adanya himpunan rakyat seperti ini, kerajaan mahu mengaku menang dengan menyatakan hanya 300 orang sahaja yang datang. Kalau angka itu lebih lagi ia menandakan kerajaan memang menghadapi sedikit masalah. Kalau jumlah berganda lima hingga sepuluh kali berarti gema politik sedang melanda yang membuatkan kerajaan melutut tak tentu hala dan semakin hampir kehilangan wibawa.

Itu sebabnya akhbar perdana berbahasa Inggeris melenyapkan angka taksiran timbalan ketua polis itu. Laporan yang mereka buat memberi andaian bahawa pembangkang tidak berjaya menarik himpunan rakyat. Tidak ada pemimpin kerajaan yang bercakap mengenai demonstrasi itu. Polis berkata mereka hairan juga himpunan berjalan dengan aman. Kisah perhimpunan tidak mendapatkan permit sudah pun dilupakan. Pihak polis mesti memberikan penjelasan kenapakah selepas melihatkan kekuatan tayangan kuasa rakyat ini, mereka tiba-tiba diam kematu?.

Dulu, semua orang kata bahaya perhimpunan itu sungguh serius. Kenapa pula Perdana Menteri Dr. Mahathir dan timbalannya Abdullah Ahmad Badawi menghilangkan diri daripada ibukota dan bercakap mengenai ugutan keselamatan secara bersahaja. Di manakah perginya Ketua Polis Negara Norian Mai ketika itu, sedangkan dia amat gemar menonjolkan muka selepas berlakunya tembak-menembak oleh pihak polis kerana mahu menyerikan majlis menumpang nama waima sehiris.

Kalau gema kuat sonik menghunjam angkasa, pintu dan tingkap bergegar sampai ke bingkai, jendela kaca pecah berderai, bangunan bergoncang, penghuninya mula bimbang dan manusia terasakan getaran berulang. Begitulah yang menghantui kerajaan Mahathir pada Sabtu yang lalu. Tidak siapa percaya pihak pembangkang mampu menarik 50,000 manusia berkumpul di ibukota walaupun para penaja sudah pun ditangkap untuk dipenjara.



Keberanian Yang Terserlah

Perhimpunan Sabtu itu bukannya satu usaha meneguhkan kedegilan Anwar Ibrahim dan tidak juga sebagai menyokong penghantaran memorandum pembangkang. Ia sebetulnya merupakan penonjolan satu keberanian rakyat marhaen untuk menggugat kerajaan. Inilah kejayaannya. Kerajaan berkata ia sedang menghadapi satu krisis. Benarkah kelentongan itu? Kalau itu dikatakan satu krisis, kenapa pula pihak polis merasa lega dan ceria bahawa himpunan rakyat itu berlangsung dengan aman sentosa? Kenapa pula pada tahap awal dulu polis mengatakan perhimpunann itu akan menjadi huru-hara? Seperti yang telah berlangsung nampak sangat betapa gelabahnya pihak yang berkuasa.

Apabila amaran diberikan agar rakyat tidak turut serta dan mengaitkan kemungkinan tercetusnya peristiwa di Dataran Merdeka ketika Anwar Ibrahim hampir ditangkap dan dituduh di bawah ISA pada 1998 dulu, para penaja menang dengan anjuran mereka. Apatah lagi apabila lebih 50,000 manusia datang tertumpu entah dari mana datangnya semua itu, untuk satu tujuan yang dianggap tidak begitu serius perjuangannya, takkanlah mereka sengaja berkumpul bersantai melulu di dini Sabtu. Mereka yang muncul itu telah menyerlahkan satu perkara genting, jumlah yang berhimpun dan bukannya persepsi kenapa berhimpun sudah menjadi isu yang penting.

Keberanian pembangkang menunjukkan keberaniannya, bukannya kali pertama yang membuatkan polis terpaksa bersiap sedia. Ia memperakukan satu persepsi betapa polis tidak akan sudi bertindak apabila peraturan dan undang-undang itu sudah ditolak. Dalam penentangan biji-biji mata kedua pihak yang bersingkita, terkelip juga mereka akhirnya sehinggakan ugutan polis itu terlonglai jua. Mereka sudah kehilangan bisa setelah menangkap tujuh pemimpin di bawah undang-undang zalim ISA.

Apa yang telah terjadi memang menakutkan hati. Setiap tindakan Keadilan memang mengundang pembabitan orang besar-besar. Inilah yang sedang menggugat dunia politik Malaysia. UMNO yang menerajui kerajaan memang amat takutkan pengaruh Keadilan, bukannya pengaruh PAS. Kerana itu pemimpin Keadilan menjadi sasaran untuk direputkan. Gelagat kotor ini sengaja dilakukan secara bersahaja dan kejam sekali supaya semua orang faham akan tujuannya. UMNO mahu menumpaskan secara pukulan maut ataupun secara menggunakan hukum perundangan sebanyak mungkin pemimpin Keadilan supaya mereka ini tersingkir daripada menjadi calon pada pemilu yang akan mendatang. Ini merupakan satu tindakan yang amat berbahaya yang meningkatkan suhu politik semasa. Terlalu banyak tujuan yang terselindung sebalik tuduhan yang dihimpunkan keatas pemimpin Keadilan itu daripada tuduhan mereka melanggari undang-undang negara.

UMNO sudah pun kehilangan martabat kepimpinan bangsanya selepas presiden parti Mahathir, mengaibkan Anwar yang membuatkan orang Melayu mengalihkan sokongan mereka. Anjakan sokongan Melayu berpolitik tidak diengsotkan secara otomatis kepada Pas tetapi ia lebih cenderung memihak kepada Keadilan.

Itu sebabnya persidangan perpaduan Melayu tidak boleh dilangsungkan mengikut selera asal UMNO. Apabila Keadilan menolak perbincangan perpaduan itu, ia menjadi satu perkara kecil sahaja. Inilah yang disedari oleh PAS sehingga meletakkan pelbagai syarat yang UMNO tidak mampu tunaikan. PAS mengambil sikap bertahan yang bijaksana. Kini, Kuala Lumpur sedar betapa dua negeri yang majoritinya 90 persen penduduk Melayu tidak pun ambil pusing terhadap perpaduan Melayu. Cuma menumpukan perhatian kepada ketuanan politik Melayu UMNO dan PAS memandang perpaduan Melayu dengan kacamata politik sahaja. Kedua-dua parti ini tidak ingin melihatkan Keadilan bangkit dengan segala kekuatannya.

Apabila kuasa politik dilepaskan untuk mencengkam Keadilan, yang dimandatkan mengambil alih budaya sokongan Melayu yang terlepas oleh UMNO, kerakusan UMNO itu kini sudah pun mengaibkannya lebih teruk lagi. Wajah martabat UMNO adalah layak untuk dijadikan sasaran telur tembelang sahaja. Keadilan sudah pun berjaya kini mempamirkan betapa ia berjaya menarik sokongan muda-mudi Melayu (tanpa kelibat Erra Fazira- penterjemah) menjulang satu perjuangan yang masih samar lakarannya tetapi mampu meraih sokongan yang hebat-hebat belaka. Inilah kumpulan yang tidak dapat dijinakkan oleh pasukan polis pada Sabtu yang berlalu. Sehinggakan polis sendiri secara kiasannya sudah diberikan pukulan ghaib yang melebamkan matanya. Tunggulah, lebih banyak lebam melebam yang akan datang lagi.

-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT16/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


Monday April 16


A black eye for the police

CHIAROSCURO

MGG Pillai

2:22pm, Mon: The government roared in high dudgeon. The police said no permits are issued, called on Malaysians to stay away. Those who gather outside the Human Rights Commission (Suhakam) office in Kuala Lumpur when opposition leaders presented a memorandum to the commissioners break the law and will be severely dealt with.

But the National Justice Party, Keadilan, persisted with its call for 50,000 to be present.

The government blinked. It arrested six of the 20 from Keadilan, who organised it, and one reformasi activist, under the Internal Security Act. It quietly set up temporary army and police ?communication centres? in key areas in Kuala Lumpur and Petaling Jaya, all of which dismantled within hours of the gathering.

The Kuala Lumpur deputy police chief said 400 police personnel were on hand to contain the 1,500 who gathered; BBC and CNN reported 3,000. In other words, there was one police personnel for every four demonstrators, if you believe the official version; or one-in-eight. How many turned up is somewhere between the two figures.

Political sonic boom

Does it matter if it is 1,500 or 3,000? In any gathering of this kind, especially one so politically motivated, for the government to claim victory, only about 300 should turn up. Anything more than that and it has a problem on its hands. When it is five or 10 times that, a political sonic boom brought the government metaphorically to its teetering knees, and cost it self-respect.

Which is why the mainstream English-language newspapers censored the deputy police chief's estimate of how many attended. The reports they carried suggested the opposition could not bring in the crowds. No government leader talks of the demonstration. The police said it was unexpectedly peaceful. That it did not have a police permit is forgotten. But the police should explain why, after this massive show of force, they kept quiet.

If it was as serious, as is claimed, why were Prime Minister Dr Mahathir Mohamad and Deputy Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi out of the capital, and talk about the security threats in total unconcern? Where was Inspector-General of Police Norian Mai, who would turn up at a police shootout, if not to take credit but to tell the world he is assiduous in carrying out his duties?

When a sonic boom hits the skies, doors rattle, windows splinter, buildings shake, the noise frighten, people are petrified. The government was on Saturday. No one seriously believed the opposition could bring 50,000 in the city centre even if the organisers had not been arrested.

Naked show of force

Saturday?s rally was not to strengthen Anwar Ibrahim's defiance, nor to support the opposition memorandum; but a naked show of force to unnerve the government. In that it succeeded. The government said it faced a crisis. Did it? If it was a crisis, why is the police so happy that the gathering was peaceful? Why did the police insist it would not be peaceful? As it happened, the official nervousness was all too evident.

So, when it warned people to stay away and equated it with the tens of thousands who gathered in Dataran Merdeka just before the former deputy prime minister was arrested under the ISA in 1998, the organisers won. Especially when crowds of 50,000 would not appear from nowhere for causes not serious enough, certainly not for a Saturday afternoon lark. But those who did was enough to prove a point. Numbers, not perception, mattered. It got that.

This opposition show of force is not the first which put the police on full alert. It confirms a perception of a police unwilling to act when the law is broken. In an eyeball-to-eyeball confrontation, they blinked, could not sustain their threats. Not after arresting the seven under ISA.

But what it showed, frightens. Any Keadilan action brings out the big guns. More than any other force in Malaysian politics. Umno, which runs the government, is fearful of Keadilan's, not PAS', reach. So, it targets Keadilan leaders for political destruction. It does so deliberately and artlessly that what it does is easily discerned. It wants to knock out, legally, as many Keadilan leaders it can, to bar them from the next general election. It is a dangerous and needless rising of the political temperature. There is more to the legal charges against Keadilan officials than the mere breaking of the law.

Two against one

When Umno lost its cultural leadership, after how its president, Mahathir, humiliated Anwar, and the Malays deserted the party, the Malay cultural mantle did not automatically go to PAS but leans to Keadilan.

Therefore, the Malay unity talks cannot take place the way Umno envisages it. When Keadilan declined, the talks became moot. PAS realises this, put in the conditions Umno could not possibly meet. PAS is defensive, and rightly so. How Kuala Lumpur regards the two Malay states, more than 90 percent of its residents Malay, shows no commitment to Malay unity but to naked political power. Umno and PAS view Malay unity politically. But both would not like to see Keadilan prosper.

So, when that political power is unleashed on Keadilan, whose raison d'etre is to seize the cultural mantle Umno has lost, it is Umno which has egg on its face.

The first flush of anti-Umno and pro-Anwar reaction within Umno was to switch to PAS. Tens of thousands, perhaps more, did. But Keadilan now attracts the younger Malay committed to a cause still undefined but prepared to fight for it. It is this group that the police could not overcome on Saturday and returned with a metaphorical black eye. More of that would come from where that came from.