Laman Webantu   KM2A1: 4235 File Size: 18.6 Kb *



TAG MT 78: ISA Sebagai Alatan Mudah Bila Disanggah
By Fan Yew Teng

17/4/2001 5:08 pm Tue

TAG 078

[Tangkapan ISA terhadap sebahagian besar pemimpin keADILan adalah jalan mudah Mahathir yang kini terhimpit oleh pelbagai masalah kronik luar parti (isu Anwar, isu ekonomi) dan dalam parti (Fauzi, Dollah Badawi, Daim). KeADILan begitu menyengat sekali kerana berjaya mengaibkannya beberapa kali - Lunas dan Kubang Pasu bergegar kerana pemuda KeADILan begitu berkesan sekali menggempur kubu kuat Umno.

Bagi Mahathir, PAS boleh dilenturnya dengan isu perpaduan kerana parti itu tidaklah 'segarang' keADILan dan terlalu 'melayu'. Lagipun perkembangan dunia hari ini banyak menyaksikan 'orang baru' berjaya menumbangkan 'orang lama' dengan berketuakan seorang wanita sahaja. Tentu Mahathir belum lupa Corazin Aquino atau peranan Megawati Sukarno. Tambah lagi Azizah seorang wanita melayu yang tidak me-layu.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


ISA Sebagai Alatan Mudah Bila Disanggah

(ISA a handy tool when under siege)

Tidak perlu sesiapa merasa terkejut apabila kerajaan Mahathir sekali lagi menggunakan undang-undang kejam ISA (Internal Security Act: Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang memberi kuasa menahan tanpa perbicaraan terhadap para pembangkangnya dan pengkritik. Kali ini azab itu dihalakan kepada pemimpin Keadilan yang diketuai oleh Dr, Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim.

Di Malaysia, sejak 40 tahun yang lalu, politikus pembangkang, pengkritik sosial dan para aktivis kerap dihantui pedang zalim yang bersifat undang-undang ISA yang sentiasa digantung di atas kepala.

Soalnya sekarang: kenapa kini, diasak semua individu ini yang memang rapat dengan Anwar dan Kempen Bebaskan Anwar (Free Anwar Campaign: FAC) itu?

Kali terakhir satu tindakan mengganyang pemimpin pembangkang, pengrkritik dan aktivis yang dilakukan oleh kerajaan Mahathir dengan menggunakan ISA ialah pada Oktober 1987, dalam satu gerakan yang diberi nama 'Operasi Lalang'. Ketika itu lebih satu ratus pemimpin pembangkang, aktivis sosial dan ramai lagi telah ditangkap, dan ramai yang ditahan tanpa sebarang perbicaraan selama dua hingga tiga tahun.

Di waktu itu, UMNO yang merupakan parti yang dominan dalam kerajaan koalisi Barisan Nasional (BN), telah berpecah dua disebabkan persinggitan antara Mahathir dan Tengku Razaleigh Hiamzah, bekas menteri kewangannya.

Orang yang kuat mencemuh Mahathir ketika itu termasuklah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Hussein Onn, perdana menteri pertama dan ketiga negara ini.

Rantaian korporat UMNO ketika itu didedahkan jua dan dicabar di mahkamah terbuka. Mahathir terkepung dan disanggah ketika itu. 'Operasi Lalang' merupakan jalan keluar untuk beliau bernafas lega dan untuk melencongkan perhatian ramai terhadap masalah yang mengepongnya dan UMNO.


Pendarahan Muncul Semula

Penangkapan terhadap beberapa tenaga muda daam pucuk kepimpinan Keadilan tentunya sudah lama dirancang oleh Mahathir sejak berakhirnya pemilu November 1999 dulu. Walaupun Keadilan baru sahaja berusia tujuh bulan, ia mampu memenangi beberapa kerusi parlimen dan dewan undangan negeri-negeri dan ramai lagi calon-calonnya yang kalah dengan marjin undi yang kecil (kepada undi tipu dan undi hantu - penterjamah).

Yang lebih penting lagi, ialah pada pilihanraya kecil Lunas, Kedah, akhir tahun yang berlalu, Keadilan menang dengan undi majoriti yang sungguh bermakna kerana ia berlaku di negeri kelahiran Mahathir sendiri. Inilah yang menghantui tidurnya dan menambahkan duka nestapa UMNO.

Malahan, turut penting juga kalau pun tidak sama taranya, ialah pilihanraya kecil bagi kerusi parlimen di Negri Sembilan beberapa bulan sebelum itu. Walaupun calon Keadilan kalah (kepada undi tipu dan undi hantu juga - penterjemah), dia berjaya melunturkan undi majoriti Barisan Nasional yang sudah lama bertapak kuat di kawasan itu selama dua setengah dekad yang lalu.

Yang lebih memeranjatkan koalisi pemerintahan Mahathir, calon Keadilan telah memperolehi lebih banyak undi pos daripada calon Barisan Nasional. Ini merupakan satu fenomena baru dalam sejarah pemilu sejak 1955. Itulah tahunnya pemilu mula-mula dilaksanakan di Malaya, dua tahun sebelum negara mencapai kemerdekaannya. Undi-undi pos itu datangnya daripada ahli angkatan tentera.

Dengan lain perkataan, keresahan rakyat terhadap Mahathir dan pemerintahannya, terutama sekali disebabkan 'Anwar Saga' semakin membuak walaupun pemerintahannya, dan media yang taat setia menggila terhadapnya, berkelentong dengan segala propaganda untuk menjinakkan mereka.

Semua ini menjadi beban tambahan kepada UMNO yang belum pun pulih daripada masalah kehilangan sokongan orang Melayu sejak pemilu November 1999 dulu, kepada PAS dan Keadilan.

Dari segi kewibawaan politik dan sokongannya, nampaknya pendarahan mula menjelma, apatah lagi dengan meluasnya barah politik wang yang membaham tulang dan sumsum kepartian, di sebalik segala lakonan setiap ahli UMNO yang berlagak persis malaikat jelmaan yang bersih lagi bersih dan putih lagi putih itu.


Keceriaan Dan Hiburan

Untuk memahami sepenuhnya keseluruhan penyakit yang menghinggapi UMNO, sesaorang hanya perlu memikirkan gelagat desperado yang ditunjukkan oleh Mahathir dalam menaja perundingan perpaduan Melayu dengan PAS.

Fikirkan juga keadaan yang menghantui Pergerakan Pemuda UMNO, di mana pemimpinnya lari lintang pukang daripada meneruskan agenda berdebat secara terbuka setelah dicabar oleh saingannya di dalam PAS. Bagaimana pula kisahnya dengan ledakan yang dilontar kepada setiausaha agong Khalil Yaakob oleh wakil rakyat DUN Beserah Fauzi Abdul Rahman.

UMNO pusat tidak akan dapat bertahan, apabila yang terbaik itu kekurangan iltizam dan yang terkutuk bergelumang dengan kerakusan. Inilah sebuah parti di mana seorang manusia yang tamak haloba dianggap lebih penting dan mulia berbanding 99 orang lain yang mungkin masih mempunyai prinsip dan ketaqwaan pada diri mereka

Bukan sahaja orang Melayu yang kerap dileter oleh Mahathir kerana tidak bersyukur, seolah-olah Malaysia dan segala kekayaannya adalah khazanah warisan bapaknya yang diagih-agihkannya. Malahan juga orang Cina sejak kebelakangan ini menjadi tersentuh perasaan disebabkan tuduhan melulu diktator tua itu.

Dengan segala latarbelakang inilah kita mampu memahami kenapa penangkapan minggu yang lalu menggunakan ISA sebagai peluru berpandu. Keadaan semakin perit disebabkan ekonomi merudum yang semakin menekan, kemarahan rakyat terhadap cara saham MAS diskandalkan dan bertambahnya keresahan para pekerja disebabkan cara dana KWSP (EPF: Employees Provident Fund) dihamburkan untuk menyelamatkan syarikat swasta yang merengkok dihenyak pasaran. Semua ini menghantui kuasa yang memerintah secara amat tertekan.

Kisah kekalahan kerajaan Kuomintang yang kehilangan kuasa di Taiwan selepas memerintah lebih 50 tahun, kecundangnya PRI di Mexico selepas berkuasa selama 71 tahun, kisah pelarian Fujimori yang hampir terbungkus di Peru dan melarikan diri ke Jepun, pengaiban 'kawan-lamo' Robert Mugabe di Zimbabwe, kejatuhan Milosevic dengan penuh keaiban, sudah tentu tidak menjadi punca ceria dan hiburan kepada beberapa pemimpin di Malaysia.


Jenayah Dahsyat Sedahsyatnya.

Apabila ISA digunakan untuk menekan mereka yang membantah, yang menjadi mangsa pertama ialah 'kebenaran'. Pembohongan yang pertama keluar daripada mulut Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang mengatakan penangkapan di bawah ISA adalah semata-mata satu tindakan polis yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

Kalaulah mereka percaya degnan pembohongan ini, tentulah mereka tidak serius dalam perkara ini semuanya. Seandainya kerajaan tidak ada kena mengena dengan penangkapan itu, kenapakah perdana menteri dan timbalannya bercakap tanpa henti akan perkara itu untuk memberikan sokongan kepadanya?

Kalaulah penangkapan di bawah ISA dilaksanakan untuk menyekat tercetusnya huru-hara seperti yang disebut oleh Mahathir, Abdullah dan Ketua Polis Negara (KPN:IGP), tentu kita terfikir juga kenapakah tindakan yang sama tidak digunakan terhadap pasukan polis yang sejak tahun kebelakangann ini telah menjadi begitu buas dan ganas terhadap rakyat marhaen sehingga begitu galak dan bersikap gatal-tangan menarik picu senjata terhadap orang yang disyakki melakukan jenayah.

Kenapakah himpunan rakyat marhaen tidak boleh berjalan dengan aman damai sehingga polis masuk campur dengan menggunakan agen tukang kecoh untuk mengganggunya? Berapa banyak negara di dunia ini yang masih mengharamkan himpunan rakyat secara aman dan perbarisannya? Orang Palestin melakukan himpunan rakyat itu sehingga mereka ditembak dan digugat oleh orang Israel. Jiran negara Asean kita, Filipina, membenarkan perhimpunan aman rakyatnya tanpa sebarang huru-hara, kerana pihak polis yang tidak boleh dimanipulasi oleh kuasa politik.

Apakah salahnya ribuan rakyat Malaysia berkumpul untuk menghantar satu memorandum kepada Suhakam?

Adalah satu ironi yang zalim kalau usaha menyerahkan memorandum kepada Suhakam boleh berkesudahan dengan penangkapan di bawah ISA. Apa lagi selepas ini? Penangkapan dengan undang-undang ISA adalah satu tamparan hebat kepada Suhakam, menjatuhkan martabatnya dan merosakkan kewibawannya yang sebenar. Semua ahli Suhakam yang punya maruah diri sepatutnya meletakkan jawatan mereka sebagai satu tanda protes terhadap Mahathir.

Kalau mereka yang ditahan itu tidak diberikan hak asasi mereka untuk dihadapkan ke mahkamah terbuka untuk diadili, menunjukkan bahawa ISA adalah satu senjata berbisa yang amat berguna kepada pemerintah yang zalim dan penakut. Usahlah terkejut kalau kita mendengar tidak berapa hari lagi ada di kalangan orang yang ditahan itu membuat 'pengakuan' betapa merka telah melakukan jenayah yang sungguh serius terhadap keselamatan negara dan blah, blah, blah, blah adanya.

-Fan Yew Teng-
16/4/2001


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 16/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

http://www.malaysiakini.com/News/2001/04/2001041606.php3#

Monday April 16

ISA a handy tool when under siege
Fan Yew Teng


Monday April 16

ISA a handy tool when under siege

Fan Yew Teng

1:56pm, Mon: The surprise is not that the Mahathir government has once again employed the Internal Security Act (ISA) - which is allows for detention with trial indefinitely - against its opponents and critics, this time mainly from Keadilan, the political party headed by Dr Wan Azizah Wan Ismail, wife of the imprisoned former deputy prime minister Anwar Ibrahim.

In Malaysia, over the past 40 years, opposition politicians, social critics and dissidents have always faced the Sword of Damocles in the form of the obnoxious ISA hanging over their heads.

The question is: why now, and why on these individuals closely related to Anwar and the 'Free Anwar Campaign'?

The last big crackdown on opposition leaders, critics and dissidents by the Mahathir government using the ISA was in October 1987, in an operation called 'Operasi Lalang'.

In that exercise, more than a hundred opposition leaders, social activists and others were detained, and many were subsequently held without trial for two or more years.

At the time, Umno, the dominant party in the Barisan Nasional (BN) coalition government, was seriously split by the rivalry between Mahathir and Tengku Razaleigh Hamzah, his former finance minister.

Mahathir's fiercest critics then included Tunku Abdul Rahman Al-Haj and Hussein Onn, the country's first and third prime ministers respectively.

Umno's corporate links were also exposed and challenged in the courts then. Mahathir was a man besieged. 'Operasi Lalang' was Mahathir's way of getting a breather and a diversion from the problems which surrounded him and Umno.

Still haemorrhaging

A crackdown on some of the leading lights of Keadilan must have been on Mahathir's cards since the November 1999 general elections. Keadilan, although only about seven months old, did fairly well by winning a few parliamentary and state assembly seats whereas many of their candidates lost by a very narrow margin.

More significantly, in the Lunas state assembly by-election in the state of Kedah late last year, Keadilan won by a narrow but convincing margin and that this took place in Mahathir's home state must have aggravated him and compounded Umno's worries.

Equally, if not more significant, is the parliamentary by-election in the state of Negeri Sembilan some months earlier. Although the Keadilan candidate lost, he however succeeded in reducing Barisan Nasional's (BN) majority in this coalition's traditional stronghold for the past two and a half decades.

More shockingly for Mahathir's ruling coalition, the Keadilan candidate obtained more of the postal votes than the Barisan Nasional candidate - probably the first time something like that has happened in the history of elections in this country since 1955, when the first parliamentary elections were held in the then Malaya, two years before the country's formal independence. These postal votes were from members of the armed forces.

In other words, public disenchantment with Mahathir and his government, particularly over the Anwar saga, has been growing despite the authorities, and their obedient media, spinning otherwise about it.

Added to this, is the fact that Umno hasn't actually recovered political ground lost in the November 1999 general elections to PAS and Keadilan.

In terms of political credibility and support, it appears to be haemorrhaging still, not to mention the cancer of money politics which is eating into its bones and marrows, even as every Umno man and woman pays the usual lip-service to the virtue of being clean.

Fun and entertainment

To completely understand the full extent of the malaise in Umno, all one has to do is consider the desperation shown by Mahathir in the proposed Malay unity talks with PAS.

Consider also the sorry state of the Umno Youth, whose leader ran away from an open debate challenge from his counterpart in PAS. And what about the recent bombshell thrown at Umno secretary-general Khalil Yaakob by Beserah state assembly representative Fauzi Abdul Rahman.

With apologies to Yeats, Umno's centre may not hold, when the best lack conviction and the worst is full of ignorant passion, in a party where one person with greedy interest is far more important than 99 with some conscience and principles left.

It is not just the Malays whom Mahathir is berating for being 'ungrateful' as though Malaysia and her wealth are his own personal property to give, also the Chinese who in recent months have been angered by Mahathir's ill-tempered accusations.

It is against this background that we could perhaps better understand the ISA arrests last week. Given also the economic slowdown, the growing public anger over the MAS shares scandal and increasing workers' unease over the use of the Employees Provident Fund (EPF)) to help private companies on the slumping market, the worries among the powers that be are real enough.

The recent sights of the Kuomintang losing power in Taiwan after more than 50 years, of the PRI losing power in Mexico after 71 years, the disgraceful flight from power by Fujimori from Peru to Japan, the electoral humiliation of Robert Mugabe in Zimbabwe, and the fall of Milosevic, cannot be fun and entertainment for uneasy heads in Malaysia.

Terrible, terrible crimes

Whenever ISA is employed to repress dissent, the first casualty is invariably the truth. The first lie came from Deputy Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi that the ISA arrests were purely and solely a police action and had nothing do with the government.

Unless they believe their own lies, they cannot be serious about this. If the government had nothing to do with the arrests, why are the prime minister and the his deputy talking so much to justify them?

If the ISA arrests were carried out to prevent an outbreak of violence, as claimed by Mahathir, Abdullah and the Inspector-General of Police (IGP), one wonders why it hasn't been used against the police force itself which has become in recent years, violent against ordinary citizens and trigger-happy against criminal suspects.

Why shouldn't a public demonstration stay peaceful and civilised, unless it is harassed by the police and disrupted by agents provocateur? How many countries in the world today still ban peaceful demonstration and processions? The Palestinians were doing it, until they were shot at by the Israelis. Our Asean neighbours, the Philippines, do it massively without violence, thanks to a police force which is not politicised

What is wrong with thousands of Malaysian presenting a memorandum to our Human Rights Commission (Suhakam)?

It is a cruel irony that just wanting to present a memorandum to Suhakam can end up with ISA arrests - what next? The ISA arrests are a big insult to Suhakam, undermining completely its credibility and its very raison d'etre. Self-respecting Suhakam members should tell Mahathir this by resigning in protest.

Without giving those arrested the fundamental human right of a trial in an open court of law, the ISA is a most convenient weapon of tyrants and cowards. Do not be surprised when we next hear that some of the detainees have 'confessed' to their 'terrible, terrible crimes against national security, blah, blah, blah, blah, blah ...'




FAN YEW TENG is a former member of Parliament and former consultant to the United Nations. An author and lecturer, he is retired from active politics and is currently nearing completion of another book.