Laman Webantu   KM2A1: 4242 File Size: 18.3 Kb *



TJ MT MGG: Di Bawah Lindungan Bayang-bayang
By M.G.G. Pillai

18/4/2001 5:10 pm Wed

MGG 8701

[Mahathir mahu menonjolkan kehebatannya dengan merasmikan UIA sedangkan semua orang tahu Anwarlah yang bersudah payah merencanakannya sejak dulu. Kalau nama, jasa dan pujian pun sanggup dicuri apakah lagi yang akan selamat di bumi Malaysia ini?

Mahathir memang tidak layak langsung memijak universiti itu - kerana dia menuduh Anwar melakukan perbuatan jijik tanpa syarat sah di sisi perundangan Islam - salah satu fakulti penting di UIA. Kehadiran Mahathir hanyalah akan mencemarkan nama baik UIA. Malah ia akan mencemarkan lagi nama beliau sendiri kerana sengaja mahu memadamkan jasa Anwar bertahun-tahun di situ. Seseorang itu akan menjadi baik dengan sendiri - bukannya dengan mencuri atau menumpang puji. - Editor ]


Penterjemah: -MT-


(Artikel asal ada di Malaysiakini, kolum Chiaroscuro, 17hb April, 2001)



Di Bawah Lindungan Bayang-bayang

(In his shadow, he opens IIU)

MGG Pillai

Apabila perdana menteri Dr. Mahathir Mohamad, mengisytiharkan pembukaan Universiti Islam antarabangsa (UIA), dia akan memulakan perpecahan di kampus itu dan umat Islam negara ini, sekali lagi. Inilah dia kemuncaknya setelah berlakunya tiga tahun yang panjang dalam perbalahan politik yang akan berkhir dengan kematian di antara beliau dengan musuh ketatnya yang kini terpenjara, timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim.


UIA membuat perakuan bahawa Anwar yang telah menyumbang 15 tahun daripada jumlah 18 tahun perkhidmatan seorang presiden hanyalah dianggap sebagai angka dalam pertumbuhan universiti itu kerana semua puji-pujian adalah hak mutlak Mahathir. Apa juga yang dilaksanakan oleh Anwar adalah berdasarkan arahan Mahathir seperti yang ditegaskan oleh seorang jurucakap UIA, dengan itu Anwar tidak layak diberi sebarang kepujian kepada apa yang terlaksana dan tersergam indah di UIA masakini. Mahathir yang berhak menerima segala sanjungannya. Dia (Anwar) mengikut istilah UMNO hanya merupakan seorang 'Gurkha' sahaja.


Pertumbuhan UIA kini dibayangi oleh konflik yang tidak dapat diputuskan dengan muktamad ini betapa relevannya isu itu. Satu kumpulan manusia yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang bijaksana memang mampu mencorakkan apa juga institusi yang mereka usahakan, bukannya orang yang mengeluarkan arahan kepada penubuhannya. Memang tidak dapat dinafikan betapa dalam pembangunan UIA itu, Anwar merupakan manusia yang melakar asas-asas konkrit yang jitu. Penggantinya Sanusi Junid dikatakan meletakkan asas kewangannya institusi itu pula. Tanpa kepimpinan Anwar yang sungguh mendorongkan itu, Mahathir mungkin tidak mampu mengisytiharkan pembukaan universiti itu hari ini.


Oleh kerana Mahathir orangnya yang meletakkan batu asas pembikinan Kampus Gombak pada 1983 dulu, sepatutnya Yang diPertuan Agong yang layak diberikan kehormatan untuk mengisytiharkan pembukaannya. Inilah caranya Mahathir cuba menaikkan wibawanya di kalangan pemimpin Islam yang lain. Sayangnya harapannya itu tidak kesampaian juga. Sejak dia mengaibkan Anwar, dia tidak mampu menjejakkan kakinya di kampus itu tanpa kawalan peribadi yang ketat.


Kawalan Ketat

Majlis hari ini dilaksanakan di sebalik kawalan yang ketat. Satu senarai jemputan antarabangsa dikatakan mampu mewarnai majlis itu. Malangnya ramai yang sengaja tidak mahu datang, termasuklah para penderma yang istimewa yang a menghantar wakil ataupun pegawai bawahan sebagai proksinya. Media perdana telah memuji-muja wawasan keIslaman Mahathir sambil memeprlekehkan peranan Anwar sebagai orang tidak bernama sahaja. Kedua-dua pendapat itu sedang tercabar.


Apakah ini yang menjadi isunya? Sebuah institusi keislaman yang membangun dengan nama yang semakin harum menjadi tercemar disebabkan majlis pembukaannya itu dibayangi perbalahan yang semakin membesar. Ia menjadi lebih tertekan lagi apabila seorang Perdana Menteri lebih berminat untuk membetulkan namanya yang sudah hilang wibawa daripada menaikkan lagi keharuman nama institusi yang mahu diisytiharkan pembukaannya. Mungkin tidak salah dalam perkara ini. Tetapi apabila ia dilakukan dengan tujuan untuk merobah catatan sejarah, tentu sekali ada sesuatu yang tidak kena.


Di Malaysia, pemimpin masakini memperlekehkan para pemimpin yang sebelumnya dan sesiapa sahaja yang mahu dimusnahkannya. Cuba perhatikan apa yang ada di Tugu Peringatan Negara di Kuala Lumpur. Tidak ada disebut pun nama orang yang mengilhamkan pembikinan tugu itu. Sedangkan itulah hasil ilham yang diusahakan oleh bapa kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kepingan logam yang menjadi tanda peringatan di situ telah diletakkan di bawah penyeliaan Mahathir, yang ketika itu tidak mahu bertolak ansur dengan orang tua itu kerana mencabar penubuhan UMNO Baru(a). Tun Abdul Razak Hussein pernah satu ketika dulu meminggirkan Tunku sebagai seorang yang tidak penting baginya sebaik sahaja beliau menggantikan beliau. Adakah sesiapa yang masih ingat akan Tun Hussein Onn, bekas perdana menteri yang terbaru?


Sejarah Ditulis Semula

Apa yang berlaku kepada Anwar bukanlah satu perkara yang baru. Penulisan semula lakaran sejarah merupakan satu kerja harian di Malaysia. Tanggapan feudal membuatkan perkara itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Tidak ada orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada manusia yang sedang mencengkam kuasa, dan tidak ada sesiapa yang begitu rendah martabatnya yang mampu keluar daripada cengkamannya. Inilah sebabnya manusia berpaut kepada cebisan kuasa selagi terdaya olehnya, sanggup bermati-matian mempertahankan kuasa itu selagi belum nazak untuk dikuburkan pula. Apa yang berlaku kepada UMNO, MCA, MIC, Gerakan adalah ketakutan munculnya bayang-bayang kegelapan itu yang akan menelan para pemimpinnya.


Ketika Anwar berkuasa dulu dia menghancurkan pencabarnya sepertimana Mahathir menghancurkan sesiapa yang sanggup mencabarnya kini. Tetapi, patutkah Mahathir menunjukkan fikiran sempitnya ketika membuka UIA itu hari ini? Kenapakah dia tidak lebih berwatak bijaksana padahari ini? Kenapakah UIA sanggup memadamkan peranan unggul Anwar dalam sejarah kemajuannya dan sanggup merendahkan harga diri dengan bertegas apa yang Anwar lakukan dulu adalah mengikut arahan Mahathir dan kerana itu Anwar tidak perlu dikenang dan khidmatnya tidak perlu diambil kira?


Tangapan UIA itu berbaur kebusukan 'megalomania'. (Inilah dia penyakit gila di mana si pesakit menganggap kebesaran dirinya sangat penting semata-mata. Contohnya apabila seorang menteri yang sudah tidak lagi menjadi menteri sanggup menyepak seorang pekerja di lapangan terbang - penterjemah) Kalau Mahathir sanggup merangkul segala kepujian untuk UIA, tentu sekali dia harus sanggup menerima segala kesilapan yang berlaku. Dia mesti sanggup menerima cemohan ataupun kepujian terhadap apa yang berlaku keatas Anwar. Hanya dia dan dia juga yang menerima pujian dan kejian akan apa yang berlaku semuanya sebagai seorang perdana menteri.


Inilah yang selalu bertentangan dengan keadaan sebenarnya. Perlunya mencari orang lain untuk menyerap kesalahan sudah menjadi satu budaya hidup di Malaysia, sehinggakan ia dianggap seperti satu perkara biasa. Menteri kabinet kerajaan Mahathir mudah menolak kesalahan kepada orang lain dan sebegitu mudah pula mengaku merekalah yang membuat kerja-kerja yang mahu diberikan kepujian. ITULAH AMALAN HIDUP Perdana Menteri. Sebagai contohnya dia memang suka dipuji-puja kerana melantik timbalan perdana menteri. Tetapi bukan apabila dia menghancurkan mereka dengan keji.


Apakah peranan sebenar dalam pembangunan UIA? Ketika Mahathir menjadi perdana menteri pada Julai 1981, dia memujuk Anwar yang ketika itu seorang intelek Islam yang menonjol ketokohannya untuk menyertai UMNO kerana Mahathir mahukan satu penyangga yang berwibawa untuk berdepan dengan kuasa teokrasi PAS. Salah satu tugas utama Anwar ialah untuk menaikkan taraf Kolej Islam yang dibina pada 1955 oleh British, untuk mendapatkan taraf universiti. Satu tugas lain ialah perbankan Islam.


Perpecahan Institusi

Mahathir sedar di waktu itu, tanpa Anwar pembinaan Universiti Islam Antarabangsa akan menghadapi jalan sukar. Kewibawaan Anwar di kalangan dunia Islam memang tidak perlu dipertikaikan, dia aktif dalam World Assembly of Muslim Youth (Perhimpunan Pemuda Islam Se Dunia), mengetuai Abim, menguruskan satu institusi tutorial berdasarkan ajaran Islam. Anwar menjadi presiden UIA pada 1983 dan memegang jawatan itu sehinggalah dipecat. Selama 15 tahun, seluruh dunia sudah menerima hakikatnya bahawa bayi yang dilahirkan oleh Anwar dalam bentuk UIA itu telah menaikkan ketokohan Anwar dan juga Mahathir.


Apabila Anwar dijatuhkan pada 1998, dia masih mengekalkan sokongan itu semua di kalangan dunia Islam. Inilah yang cuba dimusnahkan oleh Mahathir hingga ke hari ini. Dua orang duta Malaysia di Timur Tengah diberikan tugas khas untuk melaksanakan impian yang jijik ini sebagai kerjaya utama mereka. Tetapi, lagi kuat Anwar mahu dipinggirkan, lagi besar ketokohannya. Apabila kepujian yang hak itu sengaja dipinggirkan, oleh kuasa rasmi seperti yang berlaku kini, yang tercemar dan terhina ialah ketokohan Mahathir itulah sebenarnya, dan bukannya ketokohan Anwar.


Satu ketika dulu Malaysia terkenal sebagai satu masyarakat yang banyak institusinya. Keharuman institusi itu diberikan keutamaan dan bukannya sesiapa yang bertugas dengannya. Apabila Mahathir bertakhta, semua institusi itu itu lebur secara bersistem, satu per satu dan segala kepujian hanya menjadi hak pemimpin agong itu. Pemimpin itu adalah yang mengatasi segalanya. Amalan semacam itu mungkin dapat bertahan selagi belum muncul seorang bersifat Leon Trotsky ataupun Marshall Lin Piao ataupun Nelson Mandella ataupun Anwar Ibrahim yang perlu dihadapi. Stalin dan Mao Zedong berjaya hidup kerana telah memusnahkan sesiapa yang berani mencabar mereka. Mandela berjaya mencapai kejayaannya. Anwar masih belum dikalahkan lagi.


Perasmian UIA sebenarnya tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang ada banyak makna. Cuma ia mempunya dua peranan sahaja - untuk melonjakkan kewibawaan Mahathir di kalangan dunia Islam, dan menghancurkan orang yang telah membantu dia mencapai hasratnya. Di sinilah bermulanya kesilapan yang besar. Semasa pembukaan rasmi itu, penekanan diberikan agar Anwar dilupakan. Malangnya bayang-bayang Anwar yang tidak kelihatan telah menjadi tetamu kehormat pada majlis itu hari ini. Inilah yang akan terus menghantui Mahathir tanpa ada sempadan yang ketara lagi.

Sememangnya tidak ada perubahan yang ketara lagi.


-MGG Pillai-
Salasa 17 April,2001.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT- Selasa-17/4/2001<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

http://www.malaysiakini.com/Column/2001/04/2001041701.php3

Tuesday April 17

In his shadow, he opens IIU

CHIAROSCURO

MGG Pillai


1:18pm, Tue: When the Prime Minister, Dr Mahathir Mohamad, formally opens the International Islamic University (IIU) today, he will split the campus, and the Malaysian Islamic community, yet again. For it adds to the unresolved three-year-long political fight-to-the-death between him and his nemesis, the jailed former deputy prime minister, Anwar Ibrahim.

IIU claims Anwar, its president for 15 of its 18 years, is a digit of no consequence in its growth, and all credit must go to Mahathir. Whatever Anwar did is at Mahathir's orders, an IIU spokesperson insists, and therefore deserves no credit for what IIU is today. It is Mahathir who should get the credit. He was just, in Umno parlance, a Gurkha.

IIU's growth is hamstrung in this unresolved but relevant conflict. A collegiate of men under an inspired leader turns institutions around, not the man who ordered it set up. There is no mistaking that in IIU's development, it was Anwar who set it on firm foundations, just as his successor, Sanusi Junid, ensures its financial foundations. But without Anwar's inspired leadership, Mahathir could not declare it open today.

Since Mahathir laid the foundation of the Gombak campus in 1983, it should have been the Yang di-Pertuan Agong who should have done the honours. But it is done now to boost Mahathir's credentials as an Islamic leader. Unfortunately, it does not. Ever since his humiliation of Anwar, he cannot step into the campus except under tight escort.

Tight security

Today's event therefore is under tight security. An international guest list sweetens the occasion, but many just stayed away, including prominent donors, sending second-ranking or no representatives. The mainstream media praise Mahathir's Islamic vision, and denigrates Anwar as an Islamic nobody. Both assumptions are challenged.

But is that the issue? An Islamic institution with a growing reputation is charred by its opening conducted in such contentious arguments. It is made worse by a Prime Minister who looks more to burnishing his tarred reputation than of the institution he opens. There is nothing wrong with this. But when it is at the expense of rewriting its history, something surely is wrong.

In Malaysia, the leader of the moment denigrates his predecessors and those he wants destroyed. Go to the National Monument in Kuala Lumpur. No where in the plaque is the name of the man who had it sculpted - Malaysia's founding father, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. That plaque was put up under the aegis of Mahathir, who at the time it was put could not forgive the Old Man for challenging his Umno Baru. Tun Abdul Razak Hussein assiduously turned the Tunku into a non-person after he took over. Who remembers Tun Hussein Onn, the immediate past prime minister?

Rewriting history

What happens to Anwar is then not new. The rewriting of history is an everyday affair in Malaysia. The feudal overview makes that inevitable. There is none so high as the one in charge, and none so low who is out. This is why men cling on to high office for as long as possible, fighting tooth and nail not to be put to pasture. What happens in Umno, MCA, MIC, Gerakan is this fear of the darkness which would consume its leaders.

When Anwar was in power, he destroyed his potential challengers as assiduously as Mahathir destroys his now. But should Mahathir have been as petty when he opens IIU today? Should he not have been more magnanimous? Why did IIU not accept Anwar's role in its growth, and insist that what Anwar did was at Mahathir's bidding for which he should not be remembered by?

But IIU's arguments reek of megalomania. If Mahathir should take credit for IIU, then he should also take blame for all that is wrong. He must accept blame or credit for what happened to Anwar. He and he alone takes credit and blame for all that happened as prime minister.

This goes against the grain. The need to seek others to blame is so ingrained in Malaysian culture, that one accepts it as routine. His cabinet ministers quickly shift blame for what goes wrong and are quick to take credit for what they do right. And so the Prime Minister. He, for instance, takes credit for appointing his deputy prime ministers, but not for destroying them.

But what was Anwar's role in the development of IIU? When Mahathir became Prime Minister in July 1981, he weaned Anwar, then a leading Islamic intellectual, into Umno to boost his Islamic credentials to confront PAS' growing theocratic power. One of Anwar's first tasks was to raise the Islamic College, founded in 1955 by the British, to a university; another was Islamic banking.

Institution breaking

Mahathir knew at the time that without Anwar it could not have been as well received as it was. Anwar's Islamic credentials were unquestionable; he was in the World Assembly of Muslim Youth, head of Abim, ran a well-regarded tutorial institution on Islamic principles. Anwar became president in 1983 and held it until after he was dismissed. It was widely accepted during that 15 years that it was Anwar's baby, and how well he managed it enhanced both his, and Mahathir's, reputation.

When he fell in 1998, he retained that support within the Muslim world, one Mahathir tries to this day to destroy. Two Malaysian ambassadors to the Middle East have that as their main preoccupation. But the more Anwar is sidelined, the more he looms large. When credit is deliberately denied, and by official fiat, as now, it is Mahathir's stature, not Anwar's, that is diminished.

Malaysia was once a society of institutions, in which they were more important than who worked in them. Under Mahathir, they were systematically broken down, and credit given to the leader. The Leader was all important. That worked so long as there was not a Leon Trotsky or a MarshallLin Piao or a Nelson Mandela or an Anwar Ibrahim to contend. Stalin and Mao Zedong survived because they destroyed their challengers. Mandela succeeded, but Anwar is not yet defeated.

The IIU opening is therefore a much ado about nothing. It had a dual role - to enhance Mahathir's Islamic credentials, and denigrate the man who helped him achieve it. That is where everything fell out of place. It was important that in the formal opening, Anwar was forgotten. But it is his shadow that is the unseen and most important guest today. That should worry Mahathir no end.

Nothing has changed.