Laman Webantu   KM2A1: 4244 File Size: 2.7 Kb *



Badawi Akan Menang? Pascoe turut Berperang?
By Pemikir

18/4/2001 6:05 pm Wed

[Rencana ini agak pendek tetapi amat serius. Malangnya kita kekurangan fakta yang jelas untuk mengupas peranan Pascoe. Tetapi peranan Amerika memang jelas dalam tindak-tanduk Mahathir. Pascoe adalah diplomat karier yang pernah berkhidmat di Moscow. Keluarga Pascoe memang terlibat dalam Perang Dunia Kedua tetapi tidak diketahui apakah ia keluarga yang sama. Tetapi penglibatan Pascoe di Malaysia sekarang agak kesamaran kerana beliau seorang yang pakar bermain dalam kegelapan - kariernya di Moscow itu bolehlah dijadikan ukuran apakah beliau seorang yang mengancam. Apakah yang berlaku di negara bekas milik Moscow dulu bila Pascoe menjadi diplomat. Editor tidak perlu memberi jawapan kerana pembaca sudah mengetahuinya.....

Amerika memang menafikan ia campur tangan dalam secara langsung dalam hal-ehwal politik Malaysia. Ia tidak perlu campur kerana ia sudahpun bercampur dari dalam secara tidak langsung kerana Mahathir itulah Amerika yang sebenarnya di sini.

Tidak ada PM Malaysia yang sanggup mengundang Israel tetapi Mahathir bukan sahaja mengundang rakyat Israel - malah menemui pemimpin Israel secara berdepan di Perancis tetapi tidak dilapurkan oleh media tempatan. Beliau juga menemui peniaga Amerika dan Yahudi di Amerika selepas mengutuk Soros - mungkin kerana ingin menjelaskan tujuan sebenar ida mengata.

Amerika atau tidaknya Mahathir boleh dibaca dengan melihat bagaimana mudahnya Bush mendapat restunya melalui panggilan telifon sahaja untuk menyerang Iraq. Lagipun semua orang tahu Mahathir memang kamceng dengan Kissinger.

Soalnya - bolehkah Dollah Badawi menang? Editor berpendapat terlalu sukar tetapi ada kemungkinan jika Anwar kembali sihat dan semakin mengancam. Bila ini berlaku Umno sudah tiada pilihan melainkan terpaksa menghumbankan Mahathir - mungkin dengan memalsukan kematian. - Editor]



Pertarungan Mahathir-Abdullah Badawi? Bolehkah Abdullah menang ! Mungkin juga Abdullah akan menang.

Mahathir berkawan rapat dengan Suharto/GOLKAR. Abdullah telah menjalin hubungan dengan Megawati/PDI-Perjuangan.

Apakah peranan B. Lynn Pascoe di belakang tabir Mahathir dan di belakang tabir Abdullah ? Nama Pascoe adalah satu keluarga Yahudi yang berhijrah dari Czekoslavakia ke Eropah Barat dan Amerika Syarikat sewaktu perang dunia ke-2. Apakah perananya sebagai duta ke Malaysia ?

-Pemikir-