Laman Webantu   KM2A1: 4246 File Size: 29.5 Kb *



TJ KTK 2: fM: Ahmad Sebi : Si Lidah Beracun
By freeMalaysia

18/4/2001 7:47 pm Wed

KTK 0201

[Ahmad Sebi adalah seorang kroni yang asyik timbul tenggelam tetapi sesekali agak mengancam juga perananya. Dia kelihatan kuat menyengat diluar tetapi amat lemah di dalam jika tertekan. Kelemahan beliau ini telah dipergunakan sebaik-baiknya oleh tuannya untuk menggempur musuh secara halus dan diam tanpa dikesan. Beliau tidak ditonjolkan terlalu kedepan kerana kelemahannya terlalu bahaya dan boleh memudaratkan semua tuan-tuannya.

Keistimewaan Ahmad Sebi yang paling berguna buat tuan-tuannya adalah lidahnya. Ia terlalu beracun dan berbisa sehingga ramai tidak berani menghadapinya. Ia menjelma dalam surat layang, buku dan rencana yang tersiar di kaca tv untuk melakukan silap-mata. Akhirnya ramai terpedaya dan menjadi pak turut orang yang paling berkuasa di Malaysia. Diharap terjemahan ini akan menumpulkan semua sengat dan bisanya - dan diharapkan juga agar semua pejuang reformasi berwaspada sentiasa kerana dia kerap muncul tiba-tiba. - Editor ]


Terjemahan: -KTK/6-

http://www.freemalaysia.com/rogues/ahmad_sebi.htm

freeMalaysia


Ahmad Sebi : Si Lidah Beracun

(FM: Ahmad Sebi : The Poison Tongue)

Selama beberapa tahun FreeMalaysia (singkatan FM) telah mendengar berbagai cerita tentang Datuk Ahmad Sebi Abu Bakar. Kebanyakannya berkisar tentang kebolehannya menyebabkan kesengsaraan hidup mereka yang difikirkan telah belot terhadapnya. Sehinggakan teman-teman dan rakan-rakan sejawatnya mengakui bahawa mereka sendiri gerun memikirkan akan kesan buruk yang mungkin ditimbulkannya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini pada hubungan dan urusan perniagaan sesama mereka.

Beliau tidaklah mengancam secara fizikal - tidak buat seorang yang bertubuh kecil dan sihat sepertinya. FM tidak pernah pula terdengar tentang sebarang bentuk penganiyaan fizikal yang berlaku ke atas mana-mana musuh Ahmad Sebi. Namun kaedah balas dendam dan serangan peribadinya adalah dengan menjejaskan nama baik seseorang itu secara tidak langsung, gossip, menyebarkan surat-surat layang dan membiayai penerbitan buku-buku dan artikel-artikel yang tertentu. Di sinilah gunanya jawatan Presiden Persatuan Penulis Kebangsaan Malaysia yang disandangnya : sekumpulan penulis-penulis yang kelaparan untuk diupah.

Beliau juga tidak akan teragak-agak untuk bertindak kejam dengan mempengaruhi pihak-pihak tertentu bagi menjatuhkan mereka yang dianggap seterunya. Ternyata langkah sedemikian melemahkan sesiapa juga yang menjadi sasaran Ahmad Sebi. Namun yang lebih terancam lagi adalah golongan politikus Malaysia dan ahli-ahli korporat yang sudi mendengar apa sahaja yang diperkatakan olehnya. Lebih menakutkan lagi adalah apabila mereka turut bertindak mengikut rentaknya. FM, tentunya, merujuk ini kepada Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan untuk kali keduanya Tun Daim Zainudin dan kroni-kroni terulung mereka.

Jadi siapakah di Malaysia ini yang tidak boleh diperbodohkan oleh Ahmad Sebi dan kebolehannya untuk mengunjurkan kemarahan Dr. M, Daim serta kroni-kroni mereka? Ada sesiapa yang berani menghadapi kemarahannya?

Tidak dinafikan kebolehan kejamnya itu sering dilanggani oleh Dr. M dan kelompok rapatnya. Ahmad Sebi adalah umpama Rasputin di dalam mahkamah Mahathir, lidah beracun untuk perancangan rahsia politik Dr. M. Dan untuk tugas ini, beliau telahpun berkali-kali dihadiahkan dengan urusniaga-urusniaga korporat yang amat manis sekali.

Kesemua ini telah berjaya mengangkat Ahmad Sebi dari seorang bekas wartawan upahan dan pakar propaganda kepada ahli korporat kroni, biarpun mempunyai peranan yang kecil sahaja. Regu korporatnya akan menyediakan kemudahan untuk membiayai kempen memerangi musuh-musuh politik Dr. M - bekas TPM Anwar Ibrahim antaranya - apabila beliau sendiri tidak mempunyai sebarang perancangan jahat terhadap lawannya sendiri.

Mungkin atas dasar inilah yang menyebabkan FM masih mempercayai bahawa penangkapan Ahmad Sebi serta penahananya selama 2 minggu di bawah ISA pada tahun 1987 sungguh mengelirukan ditambah pula dengan pandangan umum terhadapnya sebagai orang dalam yang amat berpengaruh dan tidak boleh disentuh. Mungkin itulah kenyataannya sekarang. Tetapi tidak pada masa itu.

Namun demikian, Ahmad Sebi yang berusia 40 tahun pada masa itu adalah Pengarah Urusan TV3 yang merupakan satu-satunya stesen TV bukan milik kerajaan dan satu-satunya pesaing kepada sumber pendapatan dari pengiklanan TV yang sebelum itu hanya dipelopori oleh RTM. UMNO milik Dr. M mengawal dan memiliki sebahagian besar saham TV3. Di sini, bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang peka politik percaya, sepatutnya dengan kedudukan itu sudah tentulah Ahmad Sebi tidak akan tergugat dengan gangguan polis Malaysia yang korup, keterlaluan dan kadangkala tidak terkawal itu. Ternyata Ahmad Sebi sendiri tersalah anggap dan terkecewa.

Ahmad Sebi telah ditahan oleh unit polis cawangan khas (SB). Setakat itu sahaja yang diketahui umum. Tetapi apa yang terjadi selepas itu masih kabur sehingga ke hari ini. Sudah tentu Ahmad Sebi lebih suka perkara itu dibiarkan berlalu begitu sahaja, demi untuk menyembunyikan imej kejam dan perkaitan rapatnya sebelum itu.

Namun perkhabaran pada masa itu menyebut bahawa Ahmad Sebi telah bergegas ke lapangan terbang sebaik sahaja mendapat maklumat yang dirinya adalah di antara 106 orang yang akan ditangkap oleh pihak SB di dalam Operasi Lalang. Dan beliau ternyata telah bersedia untuk tinggal lama di luar negara apabila apa yang ditemui disisi beliau semasa ditahan adalah wang berjuta-juta banyaknya di dalam nilai ringgit dan lain-lain matawang asing.

Adalah tidak jelas mengapa Ahmad Sebi pula yang menjadi sasaran. Ada sebahagian yang berkeyakinan bahawa Dr. M dan SB memerlukan seseorang yang berkait rapat dengan UMNO untuk dijatuhkan agar tindakan mereka tidak dituduh berat sebelah dengan penahanan pihak-pihak tertentu seperti anggota-anggota parti pembangkang, pengkritik sosial, aktivis-aktivis dan sukarelawan-sukarelawan NGO. Sudah tentulah penahanan beliau tidak dapat melenyapkan terus tanggapan ramai tentang kecenderungan penangkapan kumpulan-kumpulan tertentu di dalam Operasi Lalang itu. Apatah lagi untuk mempercayai bahawa tindakan kerajaan itu adalah untuk membenteras kegiatan pelampau agama dan rancangan menggulingkan kerajaan oleh golongan berfahaman MARXIST.

FM, walau bagaimanapun, merasakan terdapat sesuatu yang lebih dalam lagi. Para pembaca tentu tentu masih ingat akan beberapa hari menjelangnya penangkapan beramai-ramai di dalam Operasi Lalang itu. Parti-parti komponen utama BN - UMNO dan MCA - telah bertungkus lumus menonjolkan sifat-sifat perkauman yang ketara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Bagi MCA, Timbalan Presiden Lee Kim Sai sendiri yang telah menyemarakkan semangat perkauman orang-orang Cina. Di pihak UMNO, Ketua Pemudanya Mohd Najib Abd. Razak pula yang membakar semangat orang-orang Melayu untuk menolak kaum Cina. Ya, mengenengahkan tuntutan yang berbau perkauman dan kemudian menggalakkan tindakan seterusnya, itulah permainan lama yang diulang-ulang oleh Barisan. Pada masa itu, secara kebetulan Lee dan Najib sering menjadi perhatian umum.

Walau bagaimanapun, yang tidak menonjol adalah tugas-tugas propaganda di belakang tabir oleh Ahmad Sebi - tugas yang beliau telah sedia mahir - untuk menaikkan sentimen kemarahan orang-orang Melayu terhadap orang-orang Cina. Sebelum menjadi Pengarah Urusan TV3, beliau telah sebati bekerja di New Straits Time, bermula sebagai pelatih wartawan dan akhirnya menjadi Pengarang Malay Mail dan Sunday mail. Beliau juga telah berkhidmat di dalam Kumpulan Pengarang berita berbahasa melayu bagi Berita Harian.

Dr. M, Daim dan lain-lainnya mungkin telah berusaha untuk menyelamatkan Ahmad Sebi dari termasuk ke dalam cengkaman SB. Atau mungkin usaha mereka lebih tertumpu untuk menyelamatkan ikan-ikan yang lebih besar dan mencapai matlamat yang lebih penting di dalam percaturan politik dengan memilih penahanan kumpulan-kumpulan tertentu melalui Operasi Lalang tersebut. Biar apa pun, Ahmad Sebi telah benar-benar ditangkap dan hari-hari awal penangkapannya itu bukanlah sesuatu yang indah untuk dikenang.

SB, sebahagian dari bekas-bekas pegawainya memberitahu kami, kurang senang dengan sikap buruk dan sombong Ahmad Sebi sebaik sahaja beliau ditahan. Kesan dari sikapnya itu telah mendorong mereka untuk menyoalsiasat dengan lebih ketat lagi berhubung dengan peranannya sebagai pencetus api perkauman.

Ahmad Sebi dikatakan telah mengugut pegawai-pegawai SB dengan mengatakan bahawa sekiranya Dr. M dan Daim mendapat tahu tentang penahanannya itu, kerja mereka akan terancam; mereka akan dipecat; lebih baik mereka melepaskannya atau mereka akan ditukarkan ke Perlis; dan lain-lain lagi yang bernada serupa. Tetapi tanpa pengetahuannya, Dr. M sendiri sedia maklum akan penangkapan tersebut dan tidak ambil pusing langsung tentang hal itu. Mungkin Mahathir sendiri berminat untuk mengetahui apa yang akan dapat dikorek oleh pihak SB.

Ahmad Sebi sendiri menyedari hakikat itu tidak lama selepas itu. Lantas beliau telah menangis semahu-mahunya. Ada di antara pegawai yang memberitahu bahawa pengakuan yang didapati darinya adalah yang paling mudah dan singkat pernah mereka saksikan, di mana beliau telah menangis seperti seorang bayi, bercakap yang bukan-bukan dan mengesahkan segala yang ingin diketahui oleh SB tentang propaganda di dalam negeri, gossip dan rangkaian surat-surat layang. Kemungkinan langkah beliau memberitahu mereka bahawa apa yang dilakukannya itu adalah semata-mata untuk Dr. M telah sedikit sebanyak membantu beliau. Ini dilihat dari segi tempoh penahanan tahanan-tahanan lain yang jauh lebih lama dari dirinya.

Semua ini adalah kisah lama, tetapi menarik, yang telah menjadi satu sejarah.. Mari kita lihat pula pada kegemilangan kerjaya kedua Ahmad Sebi sebagai ahli korporat (ternyata tidak banyak yang boleh dilihat tetapi agak menarik untuk dicuba).

Selepas peristiwa yang memalukan bersama SB dahulu dan selepas dikenalpasti sebagai pemiutang terbesar dari Cooperative Central Bank yang telah gagal itu, bintangnya terus pudar di TV3 dan Kumpulan NST. Namanya tiba-tiba tenggelam dan masa yang dihabiskannya di luar negara dilanjutkan. Pada penghujung tahun 80an, beliau akhirnya terkeluar dari bidang penyiaran berita yang dikawal oleh UMNO. Namun beliau tidak meninggalkan terus tugas-tugas propagandanya, walaupun diakui garis pemisah kedua-dua bidang tersebut amat nipis sekali.

Sebenarnya pada awal tahun 1991, Ahmad Sebi telah muncul sebagai tokoh korporat tulen buat pertama kalinya, apabila syarikatnya (ataupun syarikat rangkaian kroni Daim) yang dikenali sebagai Suasana Dinamik Sdn. Bhd., memperolehi 20% pegangan saham di dalam Batu Lintang Rubber Company Bhd. yang telahpun disenaraikan, di mana pembelian itu telah dikawal oleh beberapa ahli perniagaan kelahiran Sarawak dan Sabah yang mempunyai perkaitan politik - Wee Boon Ping dan Abdul Razak Harris, anak lelaki bekas Ketua Menteri Sabah Harris Salleh.

Wee dan Razak memperolehi Batu Lintang pada tahun 1985 dari Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK), telah bingkas menjual aset-aset dari sektor perladangan kepada KLK semula dan merancang untuk mengubah syarikat itu menjadi pemaju hartanah yang utama. Tempoh perancangan itu, walau bagaimanapun, tidak kena pada masanya apabila Malaysia sendiri mengalami zaman kemelesetan ekonominya yang pertama dan mengalami kejatuhan pasaran hartanah.

Namun menjelang awal 90an, pasaran hartanah mula melonjak semula. Oleh itu apa yang Wee dan Razak perlukan adalah mendapatkan rakan kongsi politik yang paling tepat untuk mempengaruhi keputusan BSKL menarik balik penggantungan saham syarikat Batu Lintang dan kemudian meneruskan projek-projek pembangunan mereka. Rancangan pembangunan mereka itu merangkumi hartanah yang terletak di sepanjang Jalan Imbi di Kuala Lumpur sehingga ke kawasan Karamunting di Kota Kinabalu. Di sinilah khidmat Ahmad Sebi digunakan di dalam membantu memastikan segala hal yang berkaitan dengan kelulusan untuk penyusunan semula dicapai bagi mengukuhkan syarikat tersebut. Tulisan tangan Daim boleh didapati pada setiap tahap pengeluaran, yang kesudahannya mengubah Batu Lintang kepada Advance Synergy Bhd., di mana Ahmad Sebi telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutifnya.

Pada tahun 1994, Ahmad Sebi dan Advance Synergy telah mara dengan hangatnya, mempergunakan sepenuhnya rangkaian kroni untuk menarik kontrak sebanyak mungkin. Tiada satupun yang memberansangkan, begitulah nampaknya keupayaan pengurusan Ahmad Sebi. Sebaliknya Advance Synergy mempamerkan struktur kewangan yang lemah yang menjadi lambang syarikat kepunyaan Daim, bersama-sama dengan cebisan-cebisan perniagaan yang tidak membanggakan. Kebanyakan darinya hancur selepas timbulnya krisis kewangan di Asia, sebahagiannya telah terjejas lebih awal dari itu.

Namun begitu pihak pengurusan Danaharta Nasional masih mendapati Advance Synergy Furniture Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang tiada kesinambungan, berupaya untuk menamakan beberapa pentadbir korporat tertentu bagi menyelamatkan syarikat itu.

Yang pertama sekali timbul adalah mengenai perolehan saham-saham tertentu di dalam Bank Ban Hin Lee yang berpengkalan di Pulau Pinang oleh sebuah syarikat yang baru disenaraikan iaitu Merchant Group Bhd, yang suatu waktu dahulu merupakan sebahagian dari Kumpulan Hong Leong. Kemudian saham-saham diperolehi secara kontroversi dan pertukaran saham yang mengelirukan dari Advance Synergy dan Perdana Merchant Bankers Bhd.

Beberapa minggu selepas itu, Ahmad Sebi mengukuhkan lagi hubungannya dengan rakan lamanya, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, juga seorang lagi teman lama Daim dan Dr. M, dengan meningkatkan lagi pegangan sahamnya di dalam salah sebuah syarikat Tan. Syarikat itu, Berjaya South Island Bhd., segera bertukar nama kepada Prime Utilities Bhd., dan seterusnya muncul sebagai pemegang saham utama projek perkumbahan Kebangsaan, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.

Tidak lama kemudian, Advance Synergy milik Ahmad Sebi mengetuai sekumpulan pelabur untuk mengambilalih dan seterusnya membangunkan Kelang Multi Terminal Holding Sdn. Bhd. untuk muncul sebagai terminal pelabuhan yang terbesar di Malaysia. Ini dan projek perkumbahan itu adalah di antara hadiah projek penswastaan yang terbesar dianugerahkan oleh regim Dr. M. Sudah semestinya salah satu kroni yang berhak mendapat habuan sedemikian.

Selepas itu empayar korporat Ahmad Sebi menjadi semakin lemah, sekalipun beliau pernah memperkatakan minat terhadap perlombongan emas di Australia dan untuk membeli beberapa buah hotel. United Merchant Group miliknya itu telahpun dikenalpasti untuk diambilalih oleh Southern bank, salah satu dari 6 bank utama yang telah diwartakan oleh kerajaan.

Dan Ahmad Sebi telahpun kembali kepada status lamanya yang tidak mahu dikenali ramai, bekerja sebagai agen media bawah tanah bagi pihak Dr. M dan Daim untuk menghadapi musuh-musuh politik mereka yang semakin meningkat.

Walau bagaimanapun, pada bulan November yang lalu, beliau telah muncul seketika, selepas Naib Presiden Amerika AlGore menyuarakan sesuatu berkenaan dengan layanan Dr. M terhadap Anwar dan seterusnya menyatakan sokongan kepada reformasi. 'Pena (singkatan dari Persatuan Penulis Kebangsaan Malaysia) bukanlah badan politik mahupun terlibat dengan sebarang langkah berkaitan politik' Katanya di dalam satu kenyataan bersama dengan Setiausaha Agong Pena - Wan Omar Ahamed. 'Namun kami tidak boleh berdiam diri kerana ucapan Gore itu adalah tidak beretika dan mencabar kuasa pemerintahan sebuah negara yang merdeka'.

Jika contoh ini adalah selari dengan propaganda yang telah Ahmad Sebi sebarkan selama beberapa tahun bagi pihak Dr. M dan Daim, maka FM merasakan bahawa beliau telahpun mendapat habuan yang sangat-sangat lumayan. Sekali lagi, bukankah ini amat benar bagi kebanyakan kroni mereka?

-freeMalaysia-

-Terjemahan KTK6-





Rencana Asal:

freeMalaysia

http://www.freemalaysia.com/rogues/ahmad_sebi.htm

Ahmad Sebi: The poison tongue

Over the years, freeMalaysia has heard dozens of tales about Datuk Ahmad Sebi Abu Bakar. Many center around his perceived ability to make life exceedingly difficult for anyone he thinks might have double-crossed him. Even his friends and associates say they shudder to think of what evil this mean-spirited and spiteful fellow might perpetrate if something goes awry in their relationship or business venture.

His isn't a physical threat -- no, not this diminutive, chubby chap. fM hasn't heard of bodily harm befalling any of Ahmad Sebi's enemies, real or perceived. Rather, his means of revenge and personal assault are innuendo, gossip, surat layang (the poison-pen letter), and the sponsoring of hatchet-job books and articles. This is, of course, where his presidency of the Malaysian National Writers Association comes in handy: a stable of hungry hacks for hire. He also resorts to unrelenting lobbying against those he deems as foes.

This, in and of itself, could be daunting for anyone targeted by Ahmad Sebi. But no, far more threatening are those in Malaysia's political and corporate elite who actually lend an ear or two to whatever he has to say. More threatening, the elite often act accordingly. fM is, of course, referring to Prime Minister Mahathir Mohamad, two-time Finance Minister Tun Daim Zainuddin and their pack of top-tier cronies.

So who in Malaysia wouldn't be cowed by Ahmad Sebi and his ability to direct the ire of Dr. M, Daim and their predacious pack? Who would dare risk his wrath?

Needless to say, this cruel talent is often put into service by Mahathir and his inner circle. For Ahmad Sebi is the Rasputin in Mahathir's court, the poison tongue for Dr. M's political intrigue. And for this role, he has been rewarded many times over with sweetheart corporate deals.

With these, Ahmad Sebi has gone from being a former hack pressman and propaganda specialist to join the crony corporate hitters, albeit as a bantam-weight. His corporate sinecures provide the means for financing his campaigns against Dr. M's political enemies -- former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim among the latest -- when he isn't plotting against his own opponents.

Perhaps this is why freeMalaysia still finds Ahmad Sebi's arrest and fortnight's incarceration in 1987 under the Internal Security Act (ISA) so intriguingly at odds with the public perception of him as a powerful and untouchable insider. Maybe that's the case now. It certainly wasn't then.

Still, at the time, Ahmad Sebi was the 40-year-old managing director of Sistem Televisyen Malaysia (TV3), then the country's only non-government-owned national television station and the only competitor for the TV advertising revenue that had gone exclusively to Radio and Television Malaysia (RTM). Dr. M's United Malays National Organization controlled and owned the bulk of TV3's shares. This, most politically attuned Malaysians had thought, should have made Ahmad Sebi impervious to the whims of Malaysia's corrupt, unscrupulous and occasionally out-of-control police force. Not so, much to Ahmad Sebi's chagrin.

Ahmad Sebi was apprehended by the Special Branch. This much is known. But a lot of the rest remains fuzzy to this day. Certainly, Ahmad Sebi would prefers this to remain the case, if only to safeguard his cruel and well-connected image.

But the word making the rounds at the time was that Ahmad Sebi made a dash for the airport after getting tipped off that he was to be one of the 106 people targeted by the SB for arrest under the notorious Operasi Lalang. And he apparently was prepared for a long stay abroad, considering that he was nabbed with many millions of ringgit and other currencies.

Why Ahmad Sebi was targeted isn't clear. Some critics of the draconian roundup insisted that Dr. M and the SB needed an UMNO-linked fall-guy, just to make it look like they weren't picking exclusively on members of opposition political parties, social critics, environmental activists and an array of NGO volunteers. Of course, his arrest didn't erase the widely perceived bias of Operasi Lalang's arrest list, anymore than the public was willing to believe the government's excuse that it was a campaign to rub out religious intolerance and a planned Marxist takeover. But at least it gave Dr. M the opportunity to repeat the lie with his usual smarmy conviction.

freeMalaysia, however, thinks something deeper was afoot. Readers might recall the days leading up to Operasi Lalang's sweeping arrests. The leading Barisan Nasional component parties -- UMNO and the Malaysian Chinese Association -- were strutting about, doing their ethnocentric best to present political, economic and social causes in racial terms.

For the MCA, it was then party deputy president Lee Kim Sai fanning the flames of Chinese chauvinism. For UMNO, it was then party youth leader Mohd. Najib Abdul Razak, now Malaysia's Education Minister, fueling Malay resentment against the Chinese. Yes, fomenting racial demands and then pandering to them, is an old game that has been played out repeatedly by the Barisan. That time, Lee and Najib just happened to have the most conspicuous public profiles.

Less public, however, was Ahmad Sebi's behind-the-scenes propaganda role - a role for which he was already well suited - in riling up Malay sentiment against the Chinese. Before becoming TV3's managing director, he was duly indoctrinated in the New Straits Times Press organization, beginning as a reporter trainee and eventually becoming editor of the organization's Malay Mail and Sunday Mail. He also served as group editor of the group's Malay-language Berita Harian news operations.

Dr. M, Daim and others may have tried to spare Ahmad Sebi from falling into the SB's clutches. Or perhaps their efforts concentrated on saving bigger fish and achieving larger goals in the chess-piece politics of selecting detainees for Operasi Lalang. In any event, Ahmad Sebi was indeed arrested, and the early days of his incarceration weren't pretty.

SB, some of its former officers tell us, didn't fancy Ahmad Sebi's surly, arrogant attitude soon after he was apprehended. It only gave his interrogators more motivation to probe his activities and his role as marionette master in fomenting racial discord.

Indeed, Ahmad Sebi was said have threatened SB officers, saying such things as Dr. M and Daim will hear of this; their jobs were on the line; they'll be sacked for certain; you better release me before you're transferred to Perlis; and more along the same lines. Little did he know that Dr. M knew of his arrest and really didn't care at the time. Perhaps Mahathir, himself, was interested in what the SB's grilling would uncover.

Well, Ahmad Sebi caught on soon enough. And as soon as he did, he broke. Some officers said his was the easiest and quickest confession they had ever witnessed, as he cried like a baby, blabbering and confirming everything SB wanted to know about his domestic propaganda, gossip and surat layang network. It probably helped that he told them that all he did, he did for Dr. M. For most of the other detainees remained behind bars far longer than he did.

But this is ancient, albeit interesting, history. Let's look at Ahmad Sebi's glorious second career as a corporate magnate. (There really isn't much to look at; but for amusement, let's try.)

After Ahmad Sebi's ignominious run-in with the SB and after being identified as one of the biggest deadbeat debtors of the failed Cooperative Central Bank, his star waned at TV3 and the NST Group. His profile suddenly submerged, and the time he spent away from Malaysia lengthened. By the late '80s, he was finally out of the UMNO-controlled news business. But he wasn't out of the propaganda business, although admittedly, there is a fine line between the two.

It was in early 1991 that Ahmad Sebi made his true corporate debut, when his (or rather the Daim-crony network's) little known Sausana Dinamik Sdn. Bhd. acquired a 20% stake in listed Batu Lintang Rubber Company Bhd., which at the time of the purchase had been controlled by a few politically connected Sarawakian and Sabahan businessmen -- Wee Boon Ping and Abdul Razak Harris, a son of former Sabah Chief Minister Harris Salleh.

Wee and Razak acquired Batu Lintang in 1985 from Kuala Lumpur Kepong Bhd., quickly selling its plantation assets back to KLK and planning to revamp the company into a major property developer. The timing, however, was bad, as Malaysia was about to descend into its first major recession and into an already collapsing property market.

But by the early '90s, the property market was bouncing back. All Wee and Razak needed was a politically correct partner to get Batu Lintang's share-trading suspension lifted by the Kuala Lumpur Stock Exchange and then to push ahead with their major development projects. Their plans ranged from properties along Jalan Imbi in Kuala Lumpur to the Karamunting neighborhood of Kota Kinabalu. This is where Ahmad Sebi came in handy in helping to secure the necessary approvals for the restructuring to revive the company. Daim's handwriting was all over the multi-step transaction, which eventually transformed Batu Lintang into Advance Synergy Bhd., of which Ahmad Sebi became the executive chairman.

By 1994, Ahmad Sebi and Advance Synergy were on a torrid pace, making full use of the crony network to rack up one deal after another. None of them amounted to much, such being Ahmad Sebi's management ability. Instead, Advance Synergy sprouted the shaky financial structure that is a Daim-company trademark, along with a rag-tag collection of non-complementary businesses. Most of them came crashing down after the onset of the Asian financial crisis; some were unwound even earlier.

A case in point is Advance Synergy Furniture Sdn Bhd, a company of no consequence, still Pengurusan Danaharta Nasional, one of the crisis-spawned bailout agencies, saw fit this month to name a special corporate administrator to help revive the company.

First came the acquisition of a sizable stake in Penang-based Ban Hin Lee Bank by the then newly listed United Merchant Group Bhd., once part of the Hong Leong Group and later acquired through controversial and tangled share-swap transactions by Advance Synergy and its Perdana Merchant Bankers Bhd.

Several weeks later, Ahmad Sebi solidified his relationship with his old kaki Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, another longtime buddy of Daim's and Dr. M's, by raising his stake in one of Tan's companies. That company, Berjaya South Island Bhd., soon changed its name to Prime Utilities Bhd., which was then made top shareholder of the blighted national sewerage project, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.

Soon after that, Ahmad Sebi's Advance Synergy led a group of investors to take over and further develop the Kelang Multi Terminal Holdings Sdn. Bhd., which was to be Malaysia's biggest port terminal. This and the sewerage project were among the largest privatization awards granted by Dr. M's regime. So, it naturally was expected that one of the cronies would get them.

Since then, Ahmad Sebi's corporate empire, such as it is, has been on the wane, despite talk of gold mining interests in Australia and a flurry of hotel acquisitions. His United Merchant Group is targeted for a takeover by Southern Bank, one of the six government-designated ÜberBanks. And Ahmad Sebi has resumed his low profile status, working the media underground on behalf of Dr. M and Daim against their growing ranks of political opponents.

He did, however, surface briefly last November, after U.S. Vice President Al Gore's delivered chiding remarks about Dr. M's treatment of Anwar and in support of reformasi. "Pena (the Malaysian acronym for the Malaysian National Writers Association) is neither a political body nor has it participated in any political movement," he replied in a joint statement with Pena secretary-general Wan Omar Ahamed. "But we cannot remain quiet because Gore's speech was unethical and challenged the sovereignty of an independent nation."

If this example is typical of the propaganda Ahmad Sebi has delivered over the years on behalf of Dr. M and Daim, then freeMalaysia thinks he has been grossly overpaid. Then again, isn't that true of most of their cronies?