Laman Webantu   KM2A1: 4247 File Size: 5.8 Kb *



Mengapa Salahkan Pekerja?
By Dahlia

18/4/2001 11:09 pm Wed

[Mahathir menyalahkan pekerja sedangkan merekalah yang teruk berkerja selama ini menggerakkan ekonomi dan menyumbang untuk tabung KWSP. Tetapi Mahathir asyik membuat lain kerja sehingga berkurang tabung itu dikerjakannya untuk sikroni. Malah beliau kerap bercuti bila rakyat sedang menangis kehilangan rezeki dan rumah disambar api.

Jika Mahathir sudi mendengar dan berbincang - tidak akan ujud tragedi Kg Medan. Sebaliknya beliau enggan menemui NGO dan hanya wakilnya sahaja yang datang - itupun sudah petang. Malah banyak perkara penting sengaja tidak dibenarkan untuk dibincang dalam parlimen kerana malunya kerajaan. Malu sehingga pakej rangsangan diumumkan di luar parlimen kerana tidak mahu diserang. Baru-baru ini OPP3 pula dibentang dalam ahli dewan tidak kesempatan untuk mengkaji lebih mendalam untuk membincang.

Mahathir memang tidak gemar dirinya dipertikaikan secara terbuka sebab itulah media digari belaka dan dikambus jika menyinga. Kini 7 aktivis ditangkap di bawah ISA - kerana inilah cara Mahathir 'berbincang' dengan rakyat yang kencang berbincang. - Editor]


Mengapa Salahkan Pekerja?

Apabila pekerja merungut sikap kerajaan yang sambil lewa memberi tumpuan kepada mereka dalam soal pemberian kenaikan gaji, pemberian bonus, Mahathir melenting dan marah-marah. Maka kenaikan gaji (yang tak seberapa dengan sumbangan bertahun-tahun lamanya kumpulan ini kepada pembangunan kerajaan), diluluskan menjelang pilihanraya. Pemberian bonus diberikan menjelang Hari Raya untuk menambat hati pekerja awam yang selama ini jelas diabaikan.

Pekerja awam terus mempersoalkan keiikhlasan kerajaan untuk membantu golongan miskin apabila ratusan kakitangan kerajaan peringkat bawahan yang masih ramai tidak mempunyai rumah, anak-anak tidak mendapat bantuan sewajarnya. Permohonan biasiswa tidak diagihkan seadilnya.

Sekali lagi, apabila KWSP menetapkan caruman kakitangan 9% seperti yang diumumkan oleh Mahathir di Dewan Rakyat pada 27 Mac lalu dengan alasan bagi membantu menggiatkan aktiviti perekonomian negara yang lembap dan gawat serta kelam kabut tak tentu arah sejak akhir-akhir ini. Lihat saja kedudukan pasaran saham di BSKL. Kejap naik mendadak, kejap turun tak disangka-sangka. Ada kaunter yang ditutup penuh tertib dengan indeks harga yang menyakinkan, tetapi berderab jatuh keesukan harinya tanpa ada faktor khusus. Pening kepala pakar-pakar ekonomi, penganalisis saham juga jatuh sakit jiwa! Theory pasaran saham tak jelas dan tidak boleh dipraktikkan dalam senario ekonomi Malaysia yang serba boleh ini.

Keadaan di BSKL benar-benar macam biskut chipsmall, kejap ada, kejap tak ada! Kadang-kadang hilang terus.

Siapa punya angkara? Amerika? Bush? Atau China? Entah-entah Singapura! Lawak betul Malaysia.

Alahai... pelbagai alasan diberi. Alasan, alasan! Sampai bosan mendengarnya.

Kelmarin, mengapa Mahathir marah-marah pada MTUC, marah pada pekerja yang katanya suka ambil jalan mudah untuk berpiket. Tak ada kerja lain, piket, demo , piket, demo! "Where got road man??"

"Kalau tak puashati cakap saja, kerajaan boleh timbangkan. Kan mudah?" Begitulah baiknya hati Perdana Menteri Malaysia yang serba boleh ni. Betul juga tu , patutnya Zainal Rampak dan geng-gengnya dalam MTUC kena ikut kata Mahathir. Jangan cepat gelabah. Kalau tak puashati, sabar. Jumpa Perdana Menteri, pasti segalannya beres. 9% boleh jadi 11% dalam sekelip mata atau sebaliknya. Buat apa bincang lama-lama? Buat apa buat press-conference sana sini? Mengarut!

Maknanya... selepas ini, kakitangan awam di Malaysia jangan risau lagi, sebab Perdana Menteri Malaysia yang serba boleh ni sudah berkata, kalau tak puashati, bincang dengan kerajaan (kerajaan tu maksudnya dialah, Mahathir Mohamad). Semuanya akan beres. Jadi saya cadangkan, baik CUEPACS, baik MTUC, senaraikan segala permasalahan kakitangan awam (khususnya) dan kemukakan kepada Perdana Menteri sorang ni. Soal rumah kos murah, soal kenaikan gaji, soal elaun dan cuti, soal biayai kos perubatan, soal pencen dan lain-lain perkara harus dikemukakan kepada PM segera sebelum bertukar PM yang baru. PM baru belum tentu bersemangat rakyat seperti beliau.

PM ni sangat bersemangat rakyat semenjak akhir-akhir ni. Lihat ucapan beliau di UIA semalam; beliau sangat sibuk. Alahai.. PM mana di dunia ni yang tak sibuk? Beliau memang PM yang sangat sibuk, sehingga perlu mengambil TS Ali Abbul Hassan sebagai penasihat ekonomi peribadi kepada beliau. Katanya lagi, beliau terpaksa buat banyak perkara, termasuk pergi melawat dan menemui rakyat di seluruh negara, pergi kenduri kahwin, pergi rasmi Universiti, tanam pokok dll... Baru sekarang ke PM kita sorang ni sedar yang beliau kena tanam pokok? Yang beliau kena jumpa rakyat? Selama ini agaknya beliau terlalu asyik ke luar negara sehingga dah tak ada lagi negara dalam dunia ni yang beliau belum lawat.

Jadi soalnya sekarang, salahkah kakitangan kerajaan/pekerja membidas kerajaan@Mahathir jika tak betul? Dan mengapa kerajaan@Mahathir yang sungguh prihatin ini menggunakan media secara terbuka untuk mengkritik kakitangan awam ini? Kalau beliau ikhlas dan sanggup menerima teguran, maka beliau harus memanggil wakil pekerja atau MTUC dan beritahu isi perut beliau tentang bencinya beliau terhadap sikap MTUC baru-baru ni. Bukan membebel tak habis-habis.

Kepada kakitangan awam di Malaysia, syabas! Yang tak betul, mesti dibetulkan walaupun berhadapan dengan risiko yang tinggi.

Wassalam
Dahlia/KL