Laman Webantu   KM2A1: 4252 File Size: 25.5 Kb *



TJ KTK 3: fM: B1 Klon Dr. M
By freeMalaysia

19/4/2001 9:44 am Thu

KTK 0301

[Mahathir adalah seorang yang begitu licik berpura dan bermain silap mata. Tambah lagi dengan darah celup dari Kerala, dia begitu pakar memutar belit kata (siap dengan cogankata yang enak-enak belaka) dan mementaskan sandiwara untuk menampakkan keikhlasannya sebelum mengorak langkah untuk mengoyakkan sesuatu yang berharga di bumi Malaysia untuk diratah oleh para kroninya melalui projek raksaksa yang gila-gila sehingga ada yang mencecah rekod dunia. Sikap orang melayu yang mudah percaya kepada keajaiban sejak dahulu kala (sehingga ada yang menghulur kepala untuk ditebas di Batu Talam) telah diekspoitasikan oleh Mahathir untuk memperdaya ramai menjadi mangsa sehingga mereka akur dan angguk sahaja titah perintahnya.

Memang ramai rakyat Malaysia tersilap mata. Mereka terkagum dan terus memilih Mahathir untuk menjadi PM yang mungkin terlama di dunia semenjak Perang Dunia Kedua. Tapi sayang mereka lupa ada sesuatu yang bermain di bawah meja yang akan terserlah jika disuluh dengan cahaya. Pembangunannya hanya indah rupa tetapi teramat cemar di dalamnya. Hari ini kebanyakkannya sudah runtuh tidak bermaya kerana yang membangun sebenarnya adalah segelintir kroninya - bukan rakyat kebanyakkannya. Akibatnya ia tidak dapat bertahan kerana tidak bermanafaat dan teramat tinggi kos untuk menampungnya.

Mahathir masih berkuasa walaupun sudah tempang kakinya kerana orang melayu mudah lupa jika diberi gula-gula dan mudah tertipu dengan pertunjukkan silap-matanya. Tetapi pemecatan Anwar menyebabkan orang melayu sudah tidak berselera untuk memakan gula-gula atau menonton silap-mata. Sebaliknya mereka mencari penawar rasa dan hiburan di alam siber tanpa perlu jauh mengembara. Patutlah Mahathir mengelabah gila untuk membikin orang percaya.
- Editor
]


Terjemahan: -KTK/10-


http://www.freemalaysia.com/rogues/m_boys.htm

freeMalaysia


Klon Dr. M

(Dr. M's Boys - In the name of their father)

Mukhriz, Mokhzani dan Mirzan tidaklah boleh digolongkan dengan Tommy, Bambang, dan Sigit - memang belum layak lagi diberikan taraf itu. Marina dan Melinda pula memang jauh lagi sebelum boleh disebariskan dengan Tutut dan Titiek.

Kalau kita ketepikan Marina dan Melinda dulu, anak-anak lelaki Mahathir itu memang boleh dianggap semacam ada satu pertalian persaudaraan dengan anak-anak Suharto yang sungguh pelahap. Sememangnya, kalau tidak kerana merudumnya keadaan ekonomi Asian yang mencetuskan krisis kewangan, keluarga Perdana Menteri Mahathir memang hampir mengembang (laksana bunga taik ayam - penterjemah) dalam dunia korporat mereka. Itulah juga pengalaman Keluarga Suharto satu dekad terdahulu daripada itu. 'Klon ini' seperti mana mereka dikenali di kalangan masyarakat korporat di KL memang sudah mempunyai jangkauan yang luas di beberapa sektor penting dalam dunia ekonomi Malaysia dan hampir menguasai tahap dominasi dalam beberapa sektor yang amat diminati oleh bapa mereka.

Sememangnya, klon-klon Mahathir diakui lebih cerdik dan lebih tinggi tahap pelajaran mereka berbanding anak-anak Suharto, walaupun dari segi naungan politik mereka bolehlah dikatakan setara. Dari segi ketuanan korporat itu mereka memang jauh terkebelakang daripada tahap pencapaian anak-anak Suharto, bukan disebabkan ayah mereka menghalang pembabitan secara gelojoh dalam arena perniagaan suku-sakat, para juak dan kroni. (Sebenarnya banyak dalil yang boleh dikemukakan untuk menolak beberapa alasan yang dikemukakan oleh kumpulan aplojis Mahathir dan pakar propaganda yang diupah untuk kerja-kerja itu). Para klon itu nampak seolah-olah tidak gelojoh kerana terdapatnya banyak hambatan institusi dan kekangan politik yang berbeza dengan keadaan di Indonesia. Hambatan inilah yang telah menyekat kemaraan nafsu-nafsi para klon itu untuk naik memuncak ke tahap pelahap dan gelojoh yang amat memualkan.

Yang pertama, terdapat perbezaan di antara budaya, iklim politik, suasana perkauman dan evolusi ekonomi di Indonesia dengan ciri-ciri yang sama di Malaysia. Oleh kerana terdapatnya sebab-sebab yang saling kait- mengait yang berbelit dan kompleks, makanya negara yang nombor empat terbesar jumlah penduduknya di dunia ini mempunyai sedikit sahaja kesamaannya dengan Malaysia, walaupun kesamaan dengan bahasa kebangsaannya dan agama Islamnya memang wujud seiringan. Itulah juga sebab-sebabnya kenapa Indonesia yang begitu menarik kepelbagaiannya selama ini kekal di bawah naungan politik hanya dua orang tokoh sahaja - Sukarno dan Suharto. Dominasi yang menonjol ini akhirnya membuka ruang kepada anak-anak Suharto yang direstui oleh seorang bapa yang dianggap laksana seorang Raja Jawa untuk bergelumang dengan kekayaan hasil bumi negaranya dan kemewahan korporat yang tersedia ada.

Sebaliknya di Malaysia, era pra-Mahathir dan tahap awal permulaan kepimpinan Mahathir sudah pasti tidak boleh menerima kemunculan satu dinasti keluarga seperti yang berlaku kepada keluarga Suharto di Indonesia. Kewujudan UMNO, sebagai sebuah institusi - dan bukannya orang perseorangan yang diberikan status pendewaan oleh masyarakat sekelilingnya - yang ditonjolkan semasa pasca kemerdekaan Malaysia sebagai satu keluarga politik Melayu yang amat besar. Inilah keluarganya yang mendapatkan kemerdekaan daripada British. Itulah parti politik, seperti yang dipantakkan ke telinga majority Melayu secara berulang selama ini, yang berwibawa memelihara dominasi politik, menjana kegiatan ekonomi dan menjamin stabiliti sosial negara.

Inilah ikrar orang Melayu yang membolehkan UMNO membesar menjadi satu kompak sosial dengan beberapa lagi parti yang berasaskan perkauman untuk mewujudkan kerajaan koalisi (dua sahaja) Malaysia sejak 1957, Perikatan dan Barisan Nasional. Parti minoriti bukan-Melayu secara amnya telah menerima sokongan UMNO secara bertahap untuk mewarisi keistimewaan etnik, keagamaan dan perniagaan sebagai satu ganjaran kestabilan dan sokongan terhadap status quo politik mereka. Dengan lain perkataan, Malaysia muncul dengan satu bentuk demokrasi yang tersendiri, di mana wujud satu sistem pengimbangtara dalam aktiviti perkauman di tahap bawahan tetapi yang merupakan sesuatu yang amat terpencil dan berkurangan dalam urusan kerajaannya.

Tetapi di Indonesia, model kesultanan Jawa dan budaya Keraton telah dipindahkan kepada kerajaan dan ditumpukan kepada orang kuat yang menerajui kerajaan itu. Kehendak kumpulan yang memerintah adalah satu tugas untuk rakyat jelata. Apa yang diimpikan adalah merupakan tugas mereka sendirian untuk memuaskannya, mengikut ruang lingkup perbatasan tertentu, semestinya. Namun, tradisi awalan UMNO dulu menumpukan kerja-kerja terhadap memperkayakan dan meneguhkan parti sebagai tanggungjawab utama dan misi kepimpinan, dan bukannya ke arah membesarkan tembolok perdana menteri, keluarganya dan para juak dan kroni.

Tidak seorang pun di kalangan tiga perdana menteri terawal Malaysia yang pernah hidup mewah-mewahan laksana maharajah, walaupun mereka lahir daripada kalangan golongan ningrat dan istana. Tunku Abdul Rahman, selalu dikagumi oleh peminatnya dan diberikan layanan yang menyeronokannya. Tetapi, dia telah menyumbang dan mengorbankan sebahagian besar hartanya untuk menyokong perjuangan UMNO ketika parti itu sedang merangkak ketiadaan dana untuk bernafas lega. Tidak juga dia ambil kira sangat kalau UMNO menerima bantuan dan derma daripada peniaga Cina yang kaya raya yang kebanyakannya merupakan ahli Malaysian Chinese Association (MCA).

Penggantinya Tun Abdul Razak, menghembuskan nafas terakhir ketika masih memegang kuasa, sebelum anak-anaknya membesar untuk menjadi satu kuasa politik dan korporat. Kerana itu tidak ada seorang pun yang layak menggantikan bapa mereka ataupun mampu mempengaruhi siapa yang sepatutnya menggantikan bapa mereka. Begitu juga dengan Tun Hussein Onn. Keadaan kesihatan yang tergugat menyebabkan beliau bersara dan sekali lagi anak-anaknya belum cukup berpengaruh untuk menuntut jawatannya.

Keadaan ini tidak sama apabila tiba giliran Dr. MAHATHIR YANG KINI MERUPAKAN PERDANA MENTERI YANG PALING LAMA DI Asia. Dia sudah berada di puncak kuasa terlalu lama (20 tahun lamanya). Anak-anaknya (Klon-klon) sudah pun membesar; berakal baligh dan layak menikmati syurga kroni ciptaan bapanya. Sepanjang kekuasaannya Mahathir telah mencengkam kuasa menyeluruhi masyarakat niaga, media dan penghakiman negara, sehinggakan tidak mudah menafikan kemasukan Klon-klon Mahathir itu untuk turut mempertahankan kota politik yang disaluti keangkuhan korporat ciptaan bapa mereka. Akhirnya, tidak ada sesuatu pun yang boleh dinafikan kepada apa sahaja yang mereka impikan.

FreeMalaysia memang tidak menafikan bahawa di tahap awalan kuasanya, Dr. M telah mencuba berkongsi cita-cita partinya untuk mendapatkan kebebasan kewangan yang bebas daripada pengaruh luar yang mungkin menggugat dominasi politik. Sebagai contoh, gelagat para Sultan dan ahli keluarga terdekat hidup bermewah dan penuh dengan segala pembaziran telah menjentik perasaan Mahathir yang beberapa tahun kemudiannya, menjadikan satu misi khasnya sebagai seorang perdana menteri untuk membogelkan masyarakat raja-raja itu daripada kemewahan kekayaan, kuasa dan kemuliaan.

Dr. M mungkin juga merasa tertekan betapa dia terpaksa bergantung kepada tauke-tauke Cina untuk menyumbang kepada tabung perjuangan UMNO, seperti yang mereka lakukan di zaman pra-Mahathir. Harus diingatkan juga di sini, tabung perjuangan UMNO itu pada satu ketika dulu merupakan satu tabung kecilan sahaja sebelum terciptanya budaya politik wang yang menyerlah ketika Dr. M mula berkuasa.

Apakan daya? Peniaga Melayu belum lagi menonjol untuk menyediakan kewangan yang diperlukan oleh UMNO yang mempunyai satu jentera politik yang semakin laju gerakannya kerana mahu keluar daripada pergantungan parti terhadap jasa baik tauke-tauke dan hartawan kaum lain. Maklumlah setiap kali ada sogokan bantuan yang masuk, panjang pula tali penambat yang mahukan sesuatu darinya.

Usaha memperbaiki keadaan telah diasaskan oleh Tun Razak dalam Dasar Ekonomi Baru dan dasar pemerintahan itu diteruskan oleh pemerintahan Hussein Onn. Tetapi, perjalanan dasar meningkatkan ekonomi Melayu itu didapati terlalu lembap untuk menceriakan Dr. M yang semakin tidak sabar yang selama ini memang pun memendam perasaan mahukan satu dasar ekonomi yang lebih agresif lagi. Tidak kiralah kalau dasar yang baru itu akan menumpukan kekayaan ke tempat tertentu sahaja. Apabila dia menjadi Perdana Menteri pada 1981, itulah yang dilaksanakannya. Dia merombak DEB itu dengan satu rencana suntikan pembaharuan seolah menggunakan enjin turbo kepada kereta lama. Ketika itu dia menjemput Tun Daim Zainuddin, seorang 'kawan-lamo' yang pintar merencana dan memutar-belit apa sahaja yang masih belum berpintal. Dilancarkannya beberapa projek mega yang diagih-agihkan kepada para sahabat, kroni dan juaknya sekali.

FreeMalaysia telah pun menerbitkan satu penilaian prestasi program industri berat ciptaan Dr. M dan masa depannya yang malap. Masa depan semua industri itu memang tidak menggiurkan. Memang tidak dapat dinafikan betapa Dr. M dan Daim telah memberi ruang yang menonjol kepada kemunculan beberapa taikun (hartawan) melayu korporat untuk menyerlah di bahagian teratas masyarakat niaga Malaysia - untuk segala kebaikannya ataupun sebaliknya, selalunya untuk yang buruk-buruk belaka. Akhirnya UMNO di bawah naungan Dr. M telah berupaya membebaskan diri daripada pengaruh tukang bayar dan tukang sogok, semua itu dengan ihsan tanpa sedar para pembayar cukai kerana wang mereka itu semuanya yang dibalun untuk membiayai projek yang dianjurkan oleh kerajaan.

Di sini terwujudlah satu kejanggalannya. Di bahagian teratas ekonomi Malaysia, perniagaan dan politik menjadi 'satu' sehingga sukar untuk membuat perbezaannya. Tentunya ia memberi kesan yang sungguh menyenakkan. Tidak lama kemudian semakin terserlah hakikat betapa sukarnya bersaing di tahap atasan ini tanpa membayar kos yang tinggi dalam bentuk menyokong orang lain yang hidup bernafas dalam jaringan korporat-politik Mahathir. Kesannya menjadikan persaingan niaga itu sesuatu yang tidak menguntungkan - melainkan terus bergantung harap kepada kontrak besar-besar yang memerlukan sogokan besar-besar kepada para kroni untuk menentukan kejayaan.

Apabila sudah tergari kepada keistimewaan korporat dan kewangan bentuk ini yang telah dianugerahkan itu, adalah sukar untuk menyelinapkan diri kerana system sogokan itu sudah menjadi satu budaya yang menopang amalan kerja untuk terus berjaya.

Memang mudah dicam jenis manusia yang sanggup bertahan. Mereka itu mudah dilihat berbondong-bondong untuk dirakamkan gambarnya di lapangan terbang, menghantar ataupun menyambut Dr. M dalam lawatan beliau ke luar negara - tidak kiralah kalau mereka menganggotai rombongan lawatan Dr. M itu ataupun sengaja muncul di situ sebagai pak pacak sahaja. Mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan peluang menyumbang terhadap salah satu majlis sosial Dr. M ataupun mencari helah agar beliau sanggup menjadi penumpang dalam jet korporat mereka. Mereka sanggup menaja satu ataupun lebih lagi projek kesayangan Dr. M ataupun Maharaninya, dan mereka sanggup melabur secara menggila dalam salah satu projek perindustrian pilihan Mahathir.

Kebanyakan manusia pelahap jenis ini mula-mula mendekati Dr. M dengan cara berjinak-jinak dengan klon-klon Mahathir sehinggalah mereka pun diterima masuk dalam istilah 'klik' dan kroni. Bajingan yang lebih pintar telah mula memancing perhatian klon-klon Mahathir itu ketika mereka masih di zaman persekolahan lagi dan sebelum mereka menjejakkan kaki di ambang dunia korporat. Inilah yang diaksanakan oleh 'Uncle Ananda'.

Memang jelas, formula DEB terutama sekali yang diputarbelitkan oleh Dr. M tidak pun berjaya mencetuskan keberkesanan perjalanan ekonomi yang menyumbang kepada kekuatannya secara berpanjangan. Bandingkanlah ketahanan Singapura ketika dilanda krisis yang sama dengan Malaysia. Secara keseluruhannya, pertumbuhan DEB yang disabotaj dengan tipu helah Mahathir telah memperkayakan para kroni beliau dan juga sekongkolan Daim. Secara berdikit, sasaran utama program ekonomi itu menjadi hanya satu tiang penyokong kepada satu usaha menegakkan dinasti politik Mahathir & Co.

Lupakanlah ciptaan Mahathir yang disebut 'Wawasan 2020' yang diwarnai rancangan perindustrian yang menyeluruh. Itulah satu fatamorgana yang mengikut definisi awalannya tidak pun akan tercapai kerana berasaskan satu rencana ekonomi yang rapuh yang diilhamkan oleh Dr. M. Tetapi, tidak ada sesiapa yang berani memberitahu beliau betapa Cyberjaya? adalah satu rancangan haprak yang orang perlekehkan dengan jolokan 'Cyberjello'. Ataupun Proton adalah satu impian kosong seperti juga Perwaja dan Bakun yang merupakan projek orang yang bertaraf baghal sahaja.


-freeMalaysia-

-Terjemahan KTK10-

...bersambung...





Rencana Asal:


http://www.freemalaysia.com/rogues/m_boys.htm

freeMalaysia


Dr M's Boys: In the name of their father

The Three Profiteers

Mukhriz, Mokhzani and Mirzan aren't in the same class as Tommy, Bambang and Sigit -- at least not yet. And Marina and Melinda aren't remotely close to Tutut and Titiek.

But, putting Marina and Melinda aside, the Mahathir Boys have what it takes to be kindred crony souls of the avaricious Suharto Kids. Indeed, until the onset of the Asian financial crisis, Prime Minister Mahathir Mohamad's family was just coming into full corporate bloom, as had the Suharto Family a decade earlier. "The boys," as they're known in KL corporate circles, were getting their feelers into many vital areas of Malaysia's economy and approaching dominance in some sectors held dear to their father's heart.

That Dr. M's boys -- arguably brighter and certainly better educated, and no less politically blessed -- hadn't earlier reached the level of the Suharto Kids' corporate supremacy is not because Mahathir opposed their involvement in Malaysia's political-corporate-familial crony network. (There's enough evidence to debunk this explanation and the excuses proffered by Dr. M's apologists and paid propagandists.) Rather, there were institutional and political obstacles, unlike in Indonesia, that prevented the boys' corporate ascendancy from happening sooner or more swiftly.

First of all, Indonesia's cultural, political, ethnic and economic evolution differs sharply from that in Malaysia. And because of these intricate, complex and inter-linked reasons, the world's fourth most populated country bears little resemblance to Malaysia, national language and Islamic faith aside. It's also these reasons that help explain why incredibly diverse Indonesia had remained, until recently, under the political domination of only two figures -- Sukarno and Suharto. This domination eventually paved the way for Suharto's Kids, with the blessing of their Javanese king-like father, to abscond with much of that nation's natural and corporate wealth.

Malaysians, on the other hand, of both the pre-Mahathir and the early-Mahathir era wouldn't have accepted a Suharto-style family dynasty. For it was the United Malays National Organization, the institution -- not a single individual of god-like stature revered by the feudal masses -- that was portrayed in post-independence Malaysia as the extended Malay political "family." It was the family that secured independence from the British. And it was the only party, the Malay majority was told repeatedly, capable of safeguarding their political dominance, upward economic mobility and the nation's social stability.

It was this Malay pact that UMNO enlarged into a social compact with other ethnic-based parties to form Malaysia's only two ruling coalition governments since 1957, the Alliance and the National Front. The minority non-Malay parties generally accepted UMNO's intermittent support for their ethnic, religious and business priorities as the price of stability and supported the political status quo. In short, Malaysia's was a somewhat novel form of democracy, with the rough equivalent of a check-and-balancing system found in its ethnic framework that always has been sorely lacking in its formal government framework.

In Indonesia, however, the model of the Javanese sultan was transferred to the country's political strongmen. Their will was the peoples' command. And their desire was theirs' to fulfill, within certain limits of course. But within traditional UMNO, it generally was the enrichment and strengthening of the party that was the leadership's primary mission and responsibility, not the enrichment and strengthening of Malaysia's reigning premier, his family and coterie of cronies.

Though none of Malaysia's first three premiers lived like extravagant Rajas, they all nonetheless came from Malaysian society's upper crust. Tunku Abdul Rahman, though courted and treated extravagantly for his day by his many fun-loving and like-minded admirers, donated a considerable portion of his own assets to help support UMNO in its financially hard-pressed fledgling days. Nor did he seem to mind that the party depended heavily on the donations of wealthy Chinese businessmen, many of whom were also members of the Malaysian Chinese Association.

His successor, Tun Abdul Razak, died in office, before his children could become of any political or corporate consequence and, therefore, in no position to succeed their father or to influence UMNO's choice of a successor. Similarly, Tun Hussein Onn's weak heart drove him from office prematurely; and, again, his immediate family was too young to claim his mantle.

Not so with Dr. M, Malaysia's and now Asia's longest-serving premier. He's been in the saddle so long (more than 18 years) that his kids naturally matured into the "cronydom" created by their father. Over time, as Mahathir expanded his power over the business community, the media and the judiciary, there was simply no denying the Mahathir Boys entry into their father's political-corporate bastion. And over time, there was no denying them what they wanted.

freeMalaysia doesn't doubt for an instant that Dr. M, at least during some span in his political evolution, shared his party's ambitions for financial independence, free of the outside influence that might interfere with political dominance. For instance, the relative opulence lived by the Sultans and their immediate families had long rankled Mahathir, who in later years made it one of his primary missions as premier to strip the royalty of much of their wealth, power and prestige.

It also must have pained Dr. M that he was financially dependent on Chinese towkays to fill UMNO's political war chests, as they did in the pre-Mahathir days. Bear in mind, however, those chests were much shallower in the era preceding Dr. M's period of money politics.

But what to do? Malay businessmen weren't yet in a position to financially fuel UMNO's fast-growing political machinery and to shake off its dependence on non-Malay financial support and the cooperative obligations that came with that.

Headway in this direction began under former Prime Minister Razak's New Economic Policy, and it was pursued under the administration of Hussein Onn. But it was happening far too slowly to please the always impatient Dr. M, who long had been among the most vocal advocates for a more aggressive NEP program - even if it meant highly concentrating the new wealth. And when he became Prime Minister in 1981, he did just that, super-charging the program with the help of his wheeler-dealer sidekick Tun Daim Zainuddin and the backing of a bevy of national heavy-industry projects and sweepstakes-prize privatization awards for his friends and supporters.

freeMalaysia already has published its grim appraisal of the performance of Dr. M's heavy industry program and its bleak future. In short, its future isn't looking good. And there is no question that he and Daim have secured a predominant place for favored Malay corporate tycoons in the upper echelons of Malaysia's business community -- for the good and for the worse, often the very worst. In any event, UMNO, under Dr. M, had finally secured its dependable political bursars, thanks largely to the taxpayers' money used to finance their state-backed ventures.

There was, of course, a hitch. At the top tier of the Malaysian economy, business and politics had become virtually indistinguishable, with a devastating effect on both. It soon became apparent that there was no way to compete at this level without paying a considerable cost in the form of support for others in the Mahathir corporate-political network. That, of course, made businesses themselves uncompetitive - and reliant on the same fat contracts and crony kickbacks to succeed.

Once handcuffed to the corporate and financial privileges bestowed upon them, it became either support or fade away.

You know the type that stayed. They're always seen and photographed at the airport, sending off or welcoming back Dr. M from his many overseas trips -- whether they were or weren't part of Mahathir's traveling entourage. They vie for the opportunity to cater one of Mahathir's social functions or to have him fly in their corporate jets. They sponsor one or more of Dr. M's and his wife's pet interests; and they invest wildly in one of Mahathir's industrialization projects of the day.

These types then began endearing themselves to Dr. M by aligning themselves with his kids as they themselves became part of the crony claque. The more astute cronies even began courting Mahathir's blood cronies at an early age, well before they moved into the corporate arena. Isn't that right, Uncle Ananda?

Clearly, the NEP formula, especially as it has been distorted by Dr. M, hasn't made for economic efficiency and lasting economic strength. Contrast Singapore's resilience under the crisis with Malaysia. By and large, the growth spawned by this subverted NEP benefitted the cronies of Mahathir and Daim. Increasingly, the program's original goals became secondary to building an unassailable base of political support for Mahathir & Co.

Forget about Mahathir's "Vision 2020" full-industrialization development plan. It was a mirage that by definition could never be reached under the weak and skewed economic foundation laid by Dr. M. But no one dared to tell Dr. M that Cyberjaya was Cyberjello or that Proton was a pipe dream and that Perwaja and Bakun were just plain stupid.


...to be continued...