Laman Webantu   KM2A1: 4253 File Size: 7.2 Kb *



TJ KB: Bank Tercekik oleh NPL LRT
By Reuters

19/4/2001 5:48 pm Thu

KELAMBATAN MEMBELI ASET LRT AKAN MENCEKIK BANK DENGAN NPL

Kelambatan kerajaan Malaysia untuk membeli US$1.6 bilion aset dari Star dan Putra LRT mungkin akan memuramkan lagi bank tempatan yang kini sudahpun terbeban oleh hutang yang sudah masam sejak ekonomi bergerak perlahan.

Disember lepas kerajaan berhasrat untuk mengeluarkan bon menjelang penghujung April ini untuk menyelamatkan dua syarikat LRT terbabit. Jika lambat - ia akan menyebabkan hutang itu menjadi lapuk (NPL) jika tidak dibiayai semula. Akibatnya lapuran kewangan (imbangan nilai) bank akan tertekan dan terjejas. Pengerusi CDRC (Corporate Debt Restructuring Committee), En C Rajandram berkata bank-bank peminjam belum menanda-tangani sebarang perjanjian untuk membenarkan kerajaan mengeluarkan bon untuk mengambil-alih syarikat LRT yang sarat berhutang itu.

Menurut analis ada lebih RM50 bilion NPL setakat ini yang menjangkiti 11% dari semua pinjaman. Jika kes ini lambat ditangani, NPL akan meningkat lagi sebanyak 1% mata untuk semakin memautkan bank yang menampungnya.

Minggu lepas Affin Bank melapurkan kerugian bersih RM100.81 juta selepas kerugian akibat hutang meningkat lebih dua kali ganda kepada RM604.8 juta. (Bank lain nampaknya belum apa-apa lagi tetapi banyak angka untung mereka sudah lari. Bulan ini semua saham bank merosot agak teruk - kerana kebimbangan NPL akan meningkat akibat BSKL merudum dan saham kolateral semakin tidak bernilai lagi. - Penterjemah)


GAGAL MEMBAYAR FAEDAH

Star dan Putra LRT melaburkan berbilion untuk membina sistem LRT. Tetapi kedua-duanya tidak membayar SEBARANG BUNGA (hasil hutang mereka yang bertimbun itu) sudah lebih satu tahun.

Menurut sumber bank, terdapat 20 buah bank tempatan yang menyokong kedua-dua projek LRT ini - dimana sebahagian besarnya ditampunng oleh unit perbankan Commerce-Asset Holdings, RHB Bank, Maybank dan Arab-Malaysian Holdings.

Putra adalah unit konglomerat Renong, yang dikawal oleh Halim Saad. Star pula adalah milik syarikat persendirian dimana pemegang sahamnya yang utama termasuklah KLTG dan KWSP.

-Reuters-


KOMEN

Bayangkan bagaimana bank begitu mudah memberi pinjaman dan KWSP begitu 'berwawasan' untuk terjun di dalam perniagaan LRT. Kegagalan membayar faedah ni menunjukkan KWSP sendiri sudah tidak berduit lagi.... atau malu untuk membayarnya kerana bimbang ia dipersoalkan mengapa hasil dividen pelaburannya berkurang banyak sekali. (Rekod terendah sejak 26 tahun sudah)

Sejak saham time dotCom tidak laku, bank sendiri sudah tergaru-garu. KWSP dan KWAP sudah membantu time dotCom dan jika bon dikeluarkan kita sangsi bagaimana KWSP membeli bon akibat mainan diri sendiri?? (kerana KWSP memegang saham yang besar juga dalam Star LRT).

Kerajaan sebenarnya bukan membaiki ekonomi negara - tetapi membaiki ekonomi kroni. Samada saham atau bon - ia akan dibeli oleh dana yang dikumpul dari hasil titik peluh kita bekerja bertahun-tahun membanting tulang dan tenaga. Tetapi ia dikorek berjuta sekejap sahaja oleh kroni yang sudah kepupusan nyawa. Ia akan mengorek lagi kerana kita masih teralpa dan enggan turun ke jalan raya membantahnya dan wakil parlimen kita GAGAL berfungsi SEBAIK_BAIKnya untuk berGADUH di parlimen supaya kecut penyangak negara. Kita terlalu melayu dan me-layu sebenarnya - patutlah kita dipermainkan seikut suka oleh seorang yang memang arif lagi pintar akan kelemahan orang melayu di dunia sehingga dia menulis buku untuk menghinanya.

-TJr Kapal Berita-




Rencana Asal:

http://business-times.asia1.com.sg/news/story/0,2276,4242,00.html?

April 17, 2001

Delay over light rail buyout renews bad loan fears

Central bank may classify RM6b loans as non-performing by end-April: analysts


A DELAY by Malaysia to buy US$1.6 billion (S$2.9 billion) of assets from two loss-making light-rail operators may cast a new cloud over local banks, already weighed by fears of souring loans as the economy slows, analysts said yesterday.

Last December, the government said it would issue bonds to buy over the fixed assets of Kuala Lumpur light rail operators, Star and Putra, sparking a public outcry that funds were being used to bail out businesses favoured by the top leadership.

'The deal may eventually go through but any delay will raise the level of uncertainty of non-performing loans in the banking system,' said Lee Heng Guie, chief economist at HLG Capital.

An April deadline had been expected after news leaked out the central bank may classify Putra's RM4 billion (S$1.9 billion) loan and Star's RM2 billion as non-performing if not re-financed by then. Such a move would put pressure on lenders' balance sheets.

But the chairman of the national Corporate Debt Restructuring Committee (CDRC), C Rajandram, said last Friday lenders had not signed an agreement allowing the government to issue bonds to take over the liabilities of the debt-laden firms.

Analysts estimate the delay could boost non-performing loans, currently at more than RM50 billion or 11 per cent of total loans, by one percentage point of total loans.

'If there is no regulatory indulgence, then the banks would have to classify these loans as non-performing which they have not been doing so far,' said an analyst with a foreign brokerage.

Banks are required to identify loans which have been in default for six months, and provide for loss against such accounts, but analysts say some large cases have been exempted by the central bank.

Last week, Affin Bank reported a net loss of RM100.81 million after loan loss provision more than doubled to RM604.8 million, becoming the only firm among the country's 10 core banks to slip into the red in financial year 2000.

Analysts say Affin had chosen not to bite the bullet during the recession years but with the economy slowing, had little choice now but to increase provisions.

Since contracting 7.4 per cent in 1998, Malaysia's economy jumped 8.5 per cent last year, a rate which is forecast to ease to an increase of between 5 and 6 per cent this year.

Both Putra and Star are heavily in debt, having spent billions of ringgit to lay some 56 km of light-rail track across the capital city. Neither has paid interest on their debts in more than a year.

Banking sources say more than 20 banks are exposed, with those holding the lion's share including the banking units of Commerce-Asset Holdings, RHB Bank, Maybank and Arab-Malaysian Holdings.

Putra is an unlisted unit of conglomerate Renong, controlled by the politically well-connected tycoon Halim Saad.

Star is a privately-held firm whose main shareholders include the Kuala Lumpur Transit Group and the Employee Provident Fund state pension holding. - Reuters