Laman Webantu   KM2A1: 4261 File Size: 11.0 Kb *



TAG MT 81: ISA - Ciptaan British Untuk Menjajah dan Menghambakan ...
By Spirit of Truth

20/4/2001 9:15 am Fri

TAG 081

[Negara yang membawa ISA ke sini tidak mempraktikkannya di negara mereka sendiri kerana ia memang tidak sesuai untuk mereka menekan rakyat sendiri. Sebaliknya kita yang sudah merdeka begitu lama menggunakannya kepada RAKYAT SENDIRI yang kesalahannya tiada. Jika ada (kesalahan) sudah lama mahkamah digunakan untuk menghakimi mereka. Maknanya pemimpin negara kita lebih zalim dari penjajah dahulu kerana kita mendera rakyat kita sendiri tanpa sebarang bicara.

Dengan kata lain ISA hanya digunakan untuk menjajah sahaja oleh orang asing kerana ia tidak empunya belas atau kasehan. Sekali lagi ia bermakna pemimpin negara kini memang lebih ASING dari orang asing dan lebih PENJAJAH dari penjajah yang terdahulu. Inilah balasan yang diterima kerana mengundi BN yang berlogo dacing dan bercogankata mesra lagi penyayang - rupanya kita ditipu terang-terang.

Sepatutnya rakyat membanjiri jalanraya dan memprotes besar-besaran untuk mendesak Mahathir membebaskan semua tahanan ISA - tapi malangnya kita tidak menyahut seruan itu bila diperlukan sedangkan kita menggelar diri kita seorang pejuang - kerana lain benda yang kita sebenarnya pentingkan.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


FeU : http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_a_sot_58.html


ISA - Ciptaan British Untuk Menjajah dan Menghambakan Bangsa Lain

(ISA - British Colonial Law Formulated to Dominae, Subjugate, Oppress and Exploit a Conquered Race)

Oleh: Spirit of Truth


ISA (Internal Security Act: Akta Keselematan Dalaman) adalah lambang pengabdian manusia yang paling kejam sekali. Akta ini dicipta, diperbaiki agar lebih kejam lagi dan dikuatkuasakan dengan kejamnya oleh penjajah Pentadbiran British dulu, terhadap rakyat Malaya yang telah dijajahnya. Inilah hasil seni daripada salah satu alat perundangan yang sungguh menekan yang pernah dicipta dalam sejarah peradaban manusia.


Penjajah British mencipta perundangan ini, ketika mereka menjajah wilayah kolonial mereka dulu, dengan tujuan untuk melumpuhkan sebarang usaha dan percubaan daripada kumpulan tertentu, untuk menyiasat dan menyoal ataupun untuk mencekik masyarakat yang dijajah itu secara berkesan. Pemerintahan penjajah kolonial British dulu memang amat keras dalam segala bentuk pentadbirannya. Mereka membuat ketentuan agar kuasa dominasi mereka itu tidak tergugat ataupun dicabar. Untuk melaksanakan itu semua mereka mahukan satu alat perundangan dan kerana itu ISA telah difikirkan dan dicipta oleh para penjajah itu untuk menafikan sebarang percubaan rakyat marhaen untuk memberontak.


Penjajah British telah menggunakan akta ini yang melanggari keluhuran martabat manusia dan haknya, bagi kepentingan mereka, supaya penjajahan dapat diperpanjangkan dan memudahkan eksploitasi maksima segala hasil-mahsul rantau yang dijajah itu dengan tujuan membalun segala harta kekayaannya. Itulah satu senjata berbisa untuk penjajah terus bernafas lega dan mengekalkan pemerintahannya sedangkan undang-undang serupa itu tidak pernah diambilkira oleh sistem perundangan Britain, yang membawa makna undang-undang itu hanya layak digunakan terhadap manusia yang dijajah sahaja.


Kini, apa yang disebut sebagai Malaysia yang merdeka, mencecah 44 tahun usia kemerdekaanya, terdapat undang-undang berbentuk ini menconteng-arang system perundangan negara kita, dikuatkuasakan dengan cara yang sama terhadap manusia yang tidak lagi 'menentang kuasa penjajah' tetapi mereka yang mencabar kerajaan yang dikatakan bebas hasil kemerdekaan 1957 itu. Satu undang-undang yang paling berbisa peninggalan penjajah British merupakan satu undang-undang unggul negara ini sekarang, melambangkan kitamasih mundar-mandir sekitar gerbang zaman kolonial dulu ataupun mungkin kerana kita belum mencapai kemerdekaan yang sebenarnya. Adalah satu tragedy betapa kita masih dijajah walaupun kemerdekaan itu telah disytiharkan lebih empat dekad dulu.


Kita dikejutkan oleh satu kebenaran, walaupun kita sudah bebas sebenarnya kita masih dijajah lagi, bukan oleh British tetapi oleh gulungan elit (ningrat) yang ada yang telah mewarisi system itu daripada penjajah, dan lebih suka mengekalkan ketuanan itu daripada membebaskan rakyat marhaen daripada cengkaman akta yang menjijikkan. Kenapa jadinya? Jawapannya amat mudah diambil-kira.. Apabila rakyat sesebuah negara itu ditekan dengan zalimnya, tindakan itu memudahkan kerja-kerja membalun segala khazanah negara yang ada untuk diri sendiri dan untuk keseronokan yang tidak ada tandingannya lagi Ini semua jelas ditayang oleh gelagat hidup para pemimpin UMNO BN. Mahathir dan keluarganya mempunyai kekayaan bernilai berbilion-bilion, begitu juga dengan Ling Liong Sik dan Samy Vellu sedangkan rakyat marhaen terpaksa memerah keringat kais pagi makan pagi dan kais petang makan hati.


Apabila rakyat marhaen mula mencabar kumpulan pemimpin bertaraf neo-penjajah ini, terutama sekali sejak dua tahun yang berlalu, kumpulan yang memerintah mula takutkan kehilangan syurga dunia mereka itu telah bertindak menggunakan ISA sebagai satu senjata untuk menyerang dan menekan kaum sebangsa yang sepatutnya bebas dan merdeka seperti mereka. Peralatan yang dicipta oleh penjajah dulu untuk mencengkam dan menggodam cabaran puak-puak yang mencabar mereka itu - yakni ISA - sekali lagi digunakan terhadap satu kumpulan pemimpin muda yang lebih popular dikenali sebagai 'pahlawan tujuh' (magnificient tujuh) yang menuntut kebebasan yang menyeluruh. Mereka telah dihenyak oleh senjata ciptaan penjajah British dulu, menjadikan ISA satu undang-undang zalim yang melindungi kerakusan pemerintah yang zalim juga.


Adalah sesuai dirakamkan di sini, kumpulan pemerintah yang ada ini tidak banyak bezanya dengan para penjajah kolonial dulu. Perbezaan yang ada terletak kepada bangsa dan kaum yang sama. Inilah kezaliman yang paling menghinakan, merupakan kemuncak kebajingan pemerintahan regim diktator. Inilah penyiksaan yang paling memualkan. Selagi ISA tidak dihapuskan, kita semua akan terus menjadi hamba abdi kepada neo-kolonialis, UMNO BN yang tidak pun ambil peduli bila mahu menyerahkan kebebasan dan kemerdekaan sebenar kepada bangsanya. Marilah kita bangkit secara berpadu menghancurkan UMNO BN supaya kita dapat mengembalikan kebebasan sebenarnya daripada kapitalis neo-kolonialis ini yang sekian lama berlagak laksana orangkaya feudal semata-mata.



Spirit of Truth
(Semangat Kebenaran)
19/4/20

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT Khamis 19/4/2001<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_a_sot_58.html

FeU


ISA - British Colonial Law Formulated to Dominate, Subjugate, Oppress, and Exploit a Conquered Race


The Internal Security Act, symbolizes the ultimate in human subjugation and oppression. Created, developed and forcefully enforced by the British Colonial Masters, on the conquered Malayan people, it represents "the state of the art" of one of the most oppressive legal instrument ever created in known human history.

The British created this piece of legislation, during their colonial rule, to stamp out any attempt by elements under their dominion, to question, or undermine their stranglehold of power over the conquered masses. The British colonial rule was authoritarian in all aspects, they had to ensure that the domination over the people was not threatened or challenged, they needed a legal apparatus to ensure this , and hence the pernicious ISA was conceived and created by the colonial masters to quell any form of uprising from the people who they colonized.

The British used this law, which violated the very essence of human dignity and right. for their benefit, so that the colonization can be maintained and prolonged, allowing for maximum exploitation of all natural resources and wealth of the conquered land. It was a weapon for the survival and expansion of the colonial rule, such laws were never in the legal system of Britain, meaning it was only good for a dominated land.

Today, in so called independent Malaysia, after 44 years of seeming freedom, this piece of legislature thrives shamelessly in the legal system of our nation, enforced in a similar manner, against not "elements who fight colonial powers" but those who challenge the "independent government". that emerged after 1957. A pernicious law of the colonial British rule is ruling supreme now, we have gone back to the colonial days , or probably we have not achieved the real independence.It is a tragedy that we are dominated even though independence was proclaimed more than four decades ago.

The stark truth is that though free we are still dominated , not by the British but by the present ruling elite who inherited the system from the colonialist , and the ruling elite preferred to perpetuate this domination instead of freeing the people from its .Why? Because when you dominate a nation of people you can have most of the wealth for your self and enjoy a life of super pleasure. This is clearly seen in the life style of the UMNO BN leaders. Mahathir and his family alone have wealth running into billions, Ling Liong Sik and Samy Vellu, have wealth also in billions, while the ordinary people have to sweat it out to earn their living.

When the people begin to challenge these neo colonial leaders , especially in the last two years, the ruling elite, for fear of losing this "heaven on earth" quicky take the ISA weapon to attack and suppress their own people who are supposed to be free. This is the clear proof that we the Malaysians are not free yet. The colonial instruments of controlling and destroying challenging elements from the masses , that is the ISA, again is employed recently against the "magnificent seven" heroes who demand for full freedom . They have been attacked by the weapon of the British colonial rule, the draconian ISA, a weapon of the ruthless rulers.

Let it be known that the present ruling elite is no better than the colonialist, only they are from their own race, This is cruelty at its worst, ultimate in dictatorship. and oppression at its peak. Until and unless ISA is done with , we are still servants of the neo colonists, UMNOBN who have not bothered to handover true freedom to its own race. Let us arise one and all to destroy UMNOBN so that we can claim back our real freedom from this neo colonial capitalistic feudal barons.


-Spirit of Truth-