Laman Webantu   KM2A1: 4265 File Size: 13.5 Kb *



TJ MT MGG: Sakit Belakang Sebabkan Orang Depan Celupar
By M.G.G. Pillai

21/4/2001 1:50 am Sat

MGG 8801

[Chua akhirnya menyerlahkan tembelang kerajaan bila diasak oleh soalan pembangkang di parlimen sehingga tercemar imej kerajaan dan Mahathir. Pembangkang harus terus mengemukakan soalan yang pintar yang menjerut dan mencalar muka kerajaan sendiri - agar mereka terduduk dan termalu sendiri. Hanya melalui cara inilah muslihat dan sikap sebenar kerajaan akan terpapar.

Sekarang imej kerajaan sudah tercemar. MP BN memang mempunyai penyakit dan kelemahan. Gunakanlah kelemahan ini untuk menusuk rahsia agar terkeluar. Barulah pembangkang benar-benar pendekar yang pintar. - Editor]


Penterjemah: -MT-


(Artikel asal ada di Malaysiakini, kolum Chiaroscuro, 19 April, 2001)



Sakit Belakang Sebabkan Orang Depan Celupar

(Back problem sees frontbencher in top form)

MGG Pillai

Ada sesuatu yang ganjil berlaku di Parlimen dua hari dulu. Seorang menteri kabinet telah membuat kenyataan penuh mengenai isu panas dan menjawab 30 soalan untuk memuaskan yang bertanya. Selalunya kerja-kerja itu diserahkan kepada timbalan menteri dan setiausaha parlimen dan kalau ada pun soalan susulan ia dibenarkan untuk memuja-muja atau dikira tidak relevan sahaja.


Inilah dia buktinya, kalaulah bukti itu diperlukan, apabila wujudnya pembangkang yang aktif, seperti yang ada, pihak kerajaan terpaksa berwaspada, dan terpaksa mendedahkan lebih banyak maklumat yang diingininya. Tidak kiralah apa yang keluar daripada mulut menteri kesihatan itu berupa cerita pembohongan semata-mata. Tidak kisah jugalah kalau apa yang dicakapkan mengenai penyakit mantan timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim, itu sesuatu yang menyakitkan hati. Yang lebih penting dia telah membuka mulutnya.


Kepentingan diri memang merupakan mainan politik dalam perkara ini. Penyakit belakang Anwar itu sudah menjadi isu politik sahaja, bukan lagi soal pembedahan ataupun perubatan. Ia sudah menjadi satu ujian ketahanan antara beliau dan kerajaan mengenai tempatnya di mana pembedahan untuk mengubati kesakitan yang menghantuinya itu terpaksa dipilih. Kerajaan mahukan pembedahan itu dibuat di negara ini, Anwar memilih Munich. Tetapi kerajaan telah mencemar keadaan apabila persepsi awam sekarang ini merumuskan kerajaan bersikap pendendam, remeh dan tidak mengenal belas kasihan.


Itu sebabnya Chua cuba membetulkan keadaan dengan bercakap panjang lebar dan membuka mulutnya lebih dari orang lain di bangku depan dewan parlimen. Dia telah berbohong mengenai orang (doktor pakar) yang ditunjukkan oleh Anwar untuk membedah beliau, betapa orang itu bukannya seorang pakar yang dicanangkannya. Malahan Chua berkata doktor itu tidak pun mempunyai kelulusan hebat dan kertas kajian yang diterbitkan di majalah perubatan.


Keadaan Mencelaru

Sudah tentu Chua tidak menyelidik di laman internet dan membuka klinik pakar di Munich . Di situ dia boleh mendapatkan maklumat yang diperlukannya, termasuk segala kertas kajian yang dierbitkan: satu muka penuh maklumat itu semuanya. Chua telah mengenepikan segala maklumat itu sambil memperlekehkan Dr. Thomas Hoogland. Perkara semacam ini memang dijangkakan daripada Chua dan juga kerajaannya. Yang paling memeningkan sekarang ialah masalah kesihatan Anwar.


Kalau begitu keadaannya, ia membuka satu lembaran baru yang menggamit penelitian parlimen. Kali terakhir berlakunya keterbukaan di Dewan Rakyat ialah pada 1960-an dulu, ketika pembangkang Front Sosialis menjadi penyanggah kerajaan walaupun ada ahli parlimen parti itu yang pernah ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalaman).


Orang yang menjadi ketua pembangkang ketika itu ialah Tan Sri Dr. Tan Chee Khoon, yang memang pintar untuk mencungkil jawapan daripada ahli kabinet yang memang menghormatinya di Dewan Rakyat itu. Ketika dia membuka hospitalnya pada 1970-an dulu, orang yang mengisytiharkan pembukaan hospital itu ialah perdana menteri, Abdul Razak Hussein.


Kini sudah wujud satu barisan pembangkang yang aktif seperti yang terdapat di zaman Tan Chee Koon dulu. Ketika itu, seorang Perdana Menteri Melayu berlawan dengan seorang Cina yang menjadi ketua pembangkang. Kini, perdana menteri Melayu (malbari) bertentangan pula dengan ketua pembangkang Melayu. Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad kini bertentangan dengan ketua pembangkang Fadzil Noor. Seandainya berlaku perubahan suasana, pertukaran peranan itu akan terjadi juga.


Dunia orang Melayu sedang mencelaru. Yang menyebabkannya begitu bermula dari waktu Mahathir mengaibkan Anwar. Itulah yang menjadi masalah kepada Chua, mendorongkannya bersikap celupar. Cara dia memutarbelitkan keadaan memang sudah dapat dijangka. Peraturan parlimen sudah menjadi satu hukum yang terasing kepada kerajaan Barisan Nasional sedangkan perkara itu tidak pula dirasakan oleh pihak pembangkang.


Pembangkang sepatutnya membiarkan dia begitu tanpa menggodamnya dan mempertikaikan sama ada dia berbohong atau pun tidak. Nasi sudah pun menjadi bubur. Gelagat Chua itu adalah satu amaran kepada rakan sejawatnya yang lain betapa mereka perlu menirunya setiap kali kenyataan kerajaan diperlukan. Mereka juga terpaksa memberikan jawapan yang memuaskan kepada para ahli parlimen, walaupun Tuan Speaker menyatakan mereka tidak perlu menjawabnya, kerana tabiat memperlekehkan soalan itu akan dibesar-besarkan untuk jadi bahan cemohan di luar dewan.


Tukang Chop Pengesahan

Selama ini Parlimen dianggap sebagai tukang cop pengesahan (rubber stamp) sahaja. Ahli parlimen (MPs) selalu sangat diberikan Rang undang-undang, termasuk pindaan perlembagaan, untuk dikaji sebelum didebatkan. Terlalu kerap sangat pengedaran itu dilakukan hanya beberapa jam sebelum perdebatan dan diluluskan tergesa-gesa kerana kesuntukan masa. Pembangkang tidak mempunyai suara ramai untuk menarik perhatian kepada pandangan mereka, membuatkan kerajaan mudah mengkotak-katikkan kewujudan mereka semua. Kerana itu Mahathir berani mengumumkan pekej kewangan bernilai RM 3 bilion di satu sidang akhbar sedangkan Dewan Rakyat itu sedang bersidang, dan enggan pula mendebatkan perkara itu dalam dewan.

Penyakit belakang Anwar sudah merobah keadaan dan mendesak berlakunya perubahan itu. Belum pun lama Mahathir menyebut akan keengganan kerajaan melayan masalah kesakitan Anwar itu, Chua sudah pun mengeluarkan kenyataan yang menyeluruh. Tentu ada sebab kenapa berlakunya perubahan ini. Secara tidak langsung, Anwar sudah menjadi satu batu hambatan yang menyekat kerajaan bernafas lega. Ura-ura perundingan perpaduan Melayu sedang terbantut kerana UMNO menyisihkan dia dan partinya, Keadilan daripada ikut serta, dan UMNO berura-ura merapatkan hubungan dengan PAS. Tetapi yang menjadi tumpuan fikiran orang Melayu sekarang ialah bukannya masalah politik tetapi perpaduan budaya.


Dulu, UMNO yang menunjangi kerajaan Barisan Nasional menentukan masadepan orang Melayu dari segi politiknya dan wawasan budayanya. Ketika Chua bercakap panjang mengenai masalah penyakit Anwar, dia telah menaikkan martabat Fadhil Nor dan bukannya martabat Mahathir yang sudah lama menjunam. Inilah dia hakikatnya yang diperbesarkan oleh Chua tanpa kesedarannya. Inilah kisahnya apabila terjalin satu konfrontasi budaya yang paling penting antara dua manusia politik Melayu. Dalam hal ini Mahathir yang sudah pun menjelirkan lidahnya.


-MGG Pillai-
Khamis 14 April, 2001

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT-Jumaat 15/4/2001<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


malaysiakini

19 April 01


Back problems sees front bencher in top form


CHIAROSCURO

MGG Pillai


Something unusual happened in Parliament two days ago. A cabinet minister makes a full statement on a contentious issue and answers questions for 30. Normally, such matters are left to the deputy ministers or parliamentary secretaries, and follow-up questions allowed only to praise or not relevant.

It is proof, if proof be needed, that when an active opposition exists, as now, the government is kept on its toes, and forced to reveal more than it wants to. It does not if the health minister, Chua Jui Meng, said less than the truth, it does not matter if what he said of former deputy prime minister, Anwar Ibrahim's medical problems was contentious. More important is that he did.

Self-interest runs through it. Anwar Ibrahim's spinal problem is now political, not surgical nor medical. It is a test of wills between him and the government on where surgery to ease his excruciating back pain is done. The government wants it done here, Anwar in Munich. But it spoiled its case so that public perception is that it is unnecessarily vindictive, petty, callous.

That is why Chua went into so much detail and said more than he or anyone else on the front bench informed Malaysians of Anwar's medical condition. He lied about the man Anwar would like to operate upon him, that he is not the expert he is portrayed as, nor has he justified his claims with research papers in learned medical journals.

In flux

But he did not, obviously, go to the website of the surgeon's clinic in Munich -- http;//www.alphaklinik.com -- where he could have got all the information he needed, including the papers he had published: it fills a page. He ignored all that to lay calumny on Dr Thomas Hoogland. Somehow one expected all this from Chua. His, and the government's biggest headache now is Anwar's medical problems.

Be that as it may, it opens another vista of parliamentary scrutiny. The last time the Dewan Rakyat saw such openness was in the 1960s, when with an active opposition from the Socialist Front, even if its MPs were, on occasion, detained under the Internal Security Act.

The man who led the opposition onslaught then was the late lamented Tan Chee Khoon, whose uncanny ability to wean answers out of a reluctant cabinet earned him respect on both sides of the House. When he opened his hospital in the 1970s, it was the then prime minister, Abdul Razak, who declared it open.

There is as active an opposition now in the House as then. Then, a Malay prime minister confronted a Chinese leader of the opposition; now a Malay prime minister a Malay leader of the opposition. The Prime Minister, Mahathir Mohamed, faces an Opposition leader, Fadhil Nor, who could be, if circumstances change, could exchange roles.

The Malay world is in flux. What caused it is how Mahathir humiliated Anwar. Chua could not but make the full statement he did on Tuesday (Ed: 16 August 01). That he did so contentiously is only to be expected. The rules of parliamentary procedure is alien to the National Front government as it is not to the opposition.

The opposition should let him be, not raise hackles about whether he lied or not. The die is cast. What Chua did puts his cabinet colleagues on notice that they should emulate him when a full statement is expected. They should also expect to answer fully questions raised by MPs, even if the Speaker says they need not, or face the wrath outside.

Rubber stamp

Parliament is used, all this while, as a rubber stamp. MPs are not often given bills, even of constitutional amendments, to study them before debate; often they are given it a few hours before debate and passed on certificates of urgency. The opposition did not have the numbers to make its views heard, and the government rode rough shod over them. So much so, Mahathir had the gall to announce a RM3 billion financial package at a press conference when the House was sitting, and refused to debate it inside.

Anwar's medical condition forced this subtle change. It took but a few days from Mahathir's refusal to Chua's full statement. There is reason for this. Anwar is, willy nilly, the stumbling block to the government's well-being. Malay unity talks is stalled because it is to keep him and his party, Keadilan, out, and forge a political unity pact with PAS. But what concerns the Malay is not political but cultural unity.

Once UMNO, which dominates the National Front government, controlled the political and cultural destiny of the Malays. Now, even its political hold is under attack. The Malay deserts it for the humiliation its leader afflicted on Anwar, a cardinal sin in his eyes of a leader humiliating his chief.

Mahathir can hold on to the Malay political leadership by force and control, but it cannot sustain him if the cultural ground deserts. When Chua spoke at length about Anwar's medical problem, it was a feather in Fadhil's, not Mahathir's, cap. It is the most important cultural confrontation between the two men, and Mahathir it is who blinked.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my