Laman Webantu   KM2A1: 4266 File Size: 8.2 Kb *



TAG MT 82: Menteri Kesihatan dan Dr. Hoogland
By John R Mallot

21/4/2001 1:37 am Sat

TAG 082

[Memang Chua mencari penyakit kerana tidak menyelidik internet sendiri dan mungkin juga terlalu bergantung harap kepada pegawai bawahannya untuk mencari maklumat. Thomas Hoogland adalah pakar bedah antarabangsa yang diiktiraf bukan sahaja di Jerman, malah di Amerika. Sepatutnya Chua menjalani ujian kesihatan dan ujian internet terlebih dahulu sebelum bercakap panjang yang hanya akan menampakkan kedungguan dirinya sendiri.

Kini dia terpaksa menanggung malu yang tidak terhingga yang mungkin akan mengorbankan jawatannya. Tetapi sesal kemudian sudah tidak berguna - walaupun buat doktor yang melantiknya. Selamat bermuram durja lantaran tidak mengkaji sedalam-dalamnya....

Sila baca catatan Pak -MT- di bawah.
- Editor
]




Penterjemah: -MT-


(Artikel asal ada di Malaysiakini, kolum Letters, 19 April, 2001)

Menteri Kesihatan dan Dr. Hoogland

(The Health Minister and Dr. Hoogland)

John R Mallot


Laguna Niguel, California

Ada sesaorang di Kementerian Kesihatan yang tidak lulus 'Ujian Internet', sehingga menjatuhkan air muka Menteri Kesihatan Chua Jui Meng. Mengikut lapuran bertajuk 'Anwar delaying surgery at his own peril, House told' (Anwar sengaja melecehkan pembedahan - Dewan diberitahu (April 14) Chua telah melaporkan betapa pegawainya telah membuat pencarian di internet mengesan laman web Dr. Thomas Hoogland tanpa kejayaan.


Artikel di Malaysiakini ada menyebut menteri itu berkata, 'Sejak lima tahun yang lalu tidak ada sebarang penulisan yang dikemukakan oleh doktor ini. Kalaulah dia seorang pakar, tentulah dia telah mengemukakan setidaknya satu ataupun dua kertas kajian dalam majallah perubatan.' Chua juga mendakwa Hoogland telah melakukan antara 300 hingga 400 pembedahan sahaja.


Inilah yang dikatakan igauan terhebat seorang pegawai kerajaan. Dia menjadi seorang yang tolol kerana kakitangannya tidak membuat persiapan untuk membantu tugasnya. Oleh itu, eloklah kita selidiki fakta yang sebenarnya amat mudah untuk dicari.


Pertama, Alpha Klinik mempunyai satu lamanweb yang sungguh menyerlah - dalam enam bahasa. Sebagai Ketua jabatan sakit belakang, Hoogland diberikan ruang yang luas di laman itu. Klik sahaja bahagian 'back' (penyakit belakang) ada potret Hoogland, lengkap dengan segala kelulusan professional beliau. Inilah dia manusianya yang telah menerbitkan 22 artikel saintifik, menyumbang kepada empat buah buku, dan telah berucap dalam lebih 100 persidangan perubatan. Dia adalah ahli kepada 'American Academy of Orthopaedic Surgons', 'the German Society of Orthopaedics and Traumatology', 'the North American Spine Society', 'the Scientific Society for Spinal Microsurgery' di mana dia adalah presiden persatuan itu, 'the International Society for Minimal Intervention spine Surgery', dan 'the Society for Spine Surgery Research'.


Chua berbohong apabila mengatakan Hoogland melakukan sekitar 300 hingga 400 pembedahan. Sebenarnya Hoogland telah melakukan 8,000 pembedahan - termasuk 6,000 'minimal invasive spine operations' sepanjang kerjaya beliau sebagai pakar bedah.


Chua memang layak untuk menanggung malu kerana putarbelitnya di Parlimen. Tetapi ada issu kedua dalam hal ini. Sudah dua kali menteri ini berbuat fitnah adanya kelemahan etika perubatan pada Hoogland apabila beliau menyebut yang sebenarnya, bahawa Hospital Besar Kuala Lumpur tidak mempunyai semua kelengkapan yang diperlukan, kemudahan dan pengalaman untuk memudahkan pembedahan 'endoscopic'.

Sekarang, mungkin Chua mahu memikirkan persoalan etika yang diperlukan darinya: Adakah patut seorang menteri kesihatan sebuah kerajaan mempertahankan perundangan negaranya dengan membohongi serta memperlekehkan segala kelulusan dan pengalaman seorang pakar bedah yang bertaraf antarabangsa?



-John R Mallot-
Bekas Duta Amerika di Malaysia
Khamis 19 April, 2001.



Catatan Penterjemah:

Kalau saya tidak silap, bukankah ini juga Chua yang pernah menjadi timbalan kepada Rafidah Aziz? Bukankah dia timbalan pengerusi majlis yang meluluskan permit impot kereta dan saham kepada menantu seorang menteri ketika menteri itu membuat lawatan singkat ke tandas? Kalau jawapannya ia, sahlah dia dilantik ke kementerian itu kerana lulus ujian kelentong dan pintal-memintal bagi pihak Maharajah. Itu sebabnya ketika dia menjadi menteri kesihatan banyak program penswastaan yang dilaksanakan untuk memudahkan 'Klon M' membalun apa juga kotrak yang ada. Sehinggakan kontrak menyapu lantai dan kutip sampah pun digasaknya.

Alahai Chua,

Buat takpasal orang gelar kamu Chua Ju Ling.

Sepatutnya Chua meletakkan jawatannya, kerana namanya sudah tercemar dan menjadi ejekan di luar negara. Lainlah kalau kulit mukanya lebih tebal daripada kulit muka seorang diktator yang tidak mengaku tua.



>>>>>>>>>>>>>>>>MT Jumaat 20/4/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Malaysiakini

http://www.malaysiakini.com/Letter/2001/04/2001041906.php3

Ref: http://www.alphaklinik.com


Thursday April 19

The health minister and Dr Hoogland

John R Malott

Laguna Niguel, California

2:43pm, Thu: Somebody at the Ministry of Health has failed his or her ?Internet test?, and Health Minister Chua Jui Meng should be embarrassed. According to your report, Anwar delaying surgery at his own peril, House told (April 17), Chua said that his staff had carried out a search on the Internet on Dr Thomas Hoogland and found nothing on him!

Your article quotes the minister as saying, "Over the past five years there has not been any literature on this doctor. If he is a specialist, he should have at least one or two reports in the medical journals." Chua also claimed that Hoogland has conducted only 300 to 400 surgeries.

It's a government official's worst nightmare. You end up looking foolish because your staff has not done their homework. So let's look at the facts, which actually are very easy to find.

First, the Alpha Klinik has a very prominent website - in six languages. As head of the clinic's back surgery division, Hoogland is featured very prominently on the site. Click on the section called "back", and there is a portrait of Hoogland, which describes his professional qualifications. This is a man who has published 22 scientific articles, contributed to four books, and spoken at over 100 medical conferences. He is a member of the American Academy of Orthopaedic Surgeons, the German Society for Orthopaedics and Traumatology, the North American Spine Society, the Scientific Society for Spinal Microsurgery (of which he is president), the International Society for Minimal Intervention Spine Surgery, and the Society for Spine Surgery Research.

And although Chua says Hoogland has performed only 300 to 400 surgeries, the truth is that he performed over 8,000 - including over 6,000 minimal invasive spine operations - during his career as a surgeon.

Chua has every right to be embarrassed for misinforming Parliament. But there is a second issue. The minister has twice criticised Hoogland's alleged ?lack of medical ethics" for stating, factually, that the KL General Hospital does not have all the necessary equipment, facilities, and experience to conduct endoscopic surgery.

Now, perhaps, Chua would like to consider his own ethical question: Is it right for a government's health minister to stand in his nation's legislature and falsely disparage the qualifications and experience of a prominent international surgeon