Laman Webantu   KM2A1: 4268 File Size: 15.7 Kb *



TAG MT 83: B1 Wawasan Mahathir Yang Kabur
By Dr. Khoo Boo Teik

21/4/2001 4:10 am Sat

TAG 083

[Apa yang dilakar selama ini oleh Mahathir hanyalah sesuatu untuk mengabui mata sahaja untuk melindungi sesuatu yang ingin dilaksana - pemusatan kuasa dan membalun harta. Ia persis satu silap-mata yang berhias cogankata yang molok-molok dan pelbagai mercu-tanda yang mencecah angkasa dan projek raksaksa yang gah belaka.

Begitu juga dengan kehebatannya dan popularitinya. Ia hanya satu ilusi sahaja untuk merendahkan sesiapa yang ingin mengugatnya. Setiap kali dia merasa terancam, dia akan memperdaya lawan untuk bersamanya buat seketika untuk menumpang atau mencuri kekuatannya dengan penuh kepuraan sehingga ramai terkena.

Kini semua yang dibinanya sedang runtuh satu-persatu kerana yang dikatakan bersih dan berbakat itu sebenarnya lemah, dungu dan penyangak belaka yang bergantung di seluarnya. Mulalah beliau merasa terdesak dan bimbang akan terhukum olehnya sehingga menyerang pembela rakyat tidak tentu hala dengan tuduhan yang paling gila dan akta ISA walaupun itu mengundang benci dan perpecahan yang tidak terhingga.

Mahathir sengaja mencipta bom jangka agar sesiapa yang ingin menjatuhkannya tidak akan mampu bekerja sebaiknya kerana habis nilai budaya, ugama, harta dan wira negara sudah dikerjakannya. Itulah yang berlaku di Indonesia selepas dirosakkan Suharto. - Editor]




Penterjemah: -MT-

Makluman: Terjemahan dilakukan tanpa izin Aliran, walaupun saya pernah menulis untuk menterjemahkan artikel mereka secara sukarela sejak enam bulan yang lalu. -MT-


Bahagian 1:


Wawasan Mahathir Yang Kabur

(Mahathir's Faded Vision)
- What Would a Malaysia Without Mahathir be?

Oleh: Dr. Khoo Boo Teik


Benarkah Asiaweek sengaja memilih gambar Perdana Menteri Dr. Mahathir yang sudah ganyut supaya dia kelihatan semacam seorang badut? Betulkah, Badan Bertindak Melayu ditubuhkan secara terburu-buru untuk membantu Mahathir mengganyang para seteru, tetapi menyerang kepimpinannya pula kerana menjadi keliru? Benarkah Presiden PAS memang enggan duduk selama lima minit bersama Mahathir untuk membincangkan perpaduan Melayu? Apakah setiausaha politik Mahathir, Dasuki Ahmad begitu tertekan untuk mengekalkan warisan ketuanya sehingga mendesak universiti tempatan menganjurkan kurus mengenai pemikirannya? Kalau dikaji dari sudut lain apakah semua ini pertanda berakhirnya kuasa Mahathir?


Undur ataupun hegemony?

Sememangnya, 'se-awal mana' tidak boleh dijadikan soalan untuk membayangkan pengunduran Mahathir daripada pentas dunia politik, bila sahaja ia akan menjelma. Julai yang akan menjelma membawa isyarat bahawa Mahathir akan berkuasa sebagai perdana menteri dua puluh tahun lamanya.

Namun, tidak ramai orang yang yakin Mahathir akan berundur secara sukarela. Ramai yang mengharapkan dia berbuat begitu, tetapi hampir semua manusia itu berfikiran tidak ada apa-apa dan tidak ada sesiapa yang boleh memaksanya berundur segera.

Perkara begini bukannya sesuatu yang pelik. Mahathir mempunyai rekod ketahanan berpolitik yang dianggap satu legenda. Kedegilannya untuk terus berkuasa menjadi begitu mengancam sehinggakan tidak ada sesiapa dalam partinya, diluar kumpulan kliknya ataupun di luar negara, yang berpendapat bahawa Mahathir akan berbuat apa saja selain berkuasa sehinggga tidak bernyawa.

Barisan Alternatif (BA) sebagai contohnya, berazam menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah. Namun tidak ada seorang pun pemimpin BA, yang kita lihat pernah mengemukakan pendapatnya apakah yang sebenarnya sedang menghantui rakyat Malaysia yang tertekan: 'Apakah yang jadi kepada Malaysia tanpa Mahathir?'

Kelemahan untuk berfikir secara berani, yang berunsur semacam takdir politik, kalau boleh diungkapkan begitu, akan hanya membawa usul balik ke asal; seolah-olah cabaran Tengku Razaleigh Hamzah terhadapnya tidak pernah berlaku, UMNO tidak pernah berpecah, Anwar Ibrahim tidak pernah diaibkan dan 'Reformasi' hanyalah satu ciptaan-siber.



Yang dikatakan hegemoni

('hegemony' ataupun hegemoni adalah PENGARUH ataupun KEKUASAAN sesaorang ataupun sesebuah negara ke atas penduduk sesuatu negara ataupun negara-negara lain - penterjemah)


Selalunya ia bersifat lebih berkuasa kerana diperibadikan disebabkan ketahanan poltik Mahathir itu sendiri, hingga mampu mengkotak-katikkan gelagat, dan penonjolan ataupun kemalapan rakan-rakan (politik) sekutunya dan juga orang bawahannya.



Berakhirnya Era Mahathir

Kalau diamati sedalam-dalamnya, apa yang dianggap kemantapan kuasa Mahathir dan dominasinya terhadap system politik itu sebenarnya bersifat satu ilusi belaka. Tanda-tanda alur keretakan dalam dominasi itu sudah semakin ketara.

Di kalangan UMNO, akar umbinya di Johor telah mengemukakan kritikan yang penuh jeritan dan bisikan menuduh Mahathir sebagai penyebab kepada kemalapan parti. Inilah yang mencuitkan rasa gerun di kalangan pemimpin yang memegang jawatan dalam parti dan yang terpaksa bertanding lagi tahun ini.

Di luar UMNO, dia menerima kritikan daripada masyarakat Melayu, kakitangan awam, para pelajar dan pendidik yang tidak pun ambil pusing kepada seruannya agar orang Melayu bersatu. Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu (GPMS) sebuah persatuan picisan di mana Mahathir adalah penaungnya mengambil sikap pro-Mahathir, sedangkan para pemimpin pelajar yang pro-pembangkang telah menyapu bersih pengundian pemimpin pelajar di kampus.

Sebenarnya, era Mahathir sudah pun berlalu. Cuma menunggukan bunyi tangisan dan raungan, jeritan dan sorakan yang sudah pasti akan dilaung-laungkan sebaik sahaja manusia ini pergi.

Era Mahathir itu luput antara tempoh krisis kewangan yang bermula Julai 1997 dan krisis politik pengaiban Anwar pada September 1998. Hanya pemulihan ekonomi yang tentatif dan palsu dan kemenangan BN pada pemilu 1999 yang penuh kepuraan masih mengekalkan fiksyen kepada lanjutan kuasanya itu.



Yang Disebut Mahathirisma

Apakah sebenarnya 'Era Mahathir' itu?

Kalau kita menoleh kebelakang, itulah masanya ambisi liar digembar-gemburkan dalam mengasaskan program industri berat negara ciptaan Mahathir. Ambisi itu diransang oleh nasionalisma Melayu* (ini adalah satu kepalsuan hasil putaran minda - penterjemah) dan modal kapitalisma Malaysia yang dijodohkan untuk mencerna Malaysia Incorporated (Malaysia Inc.) dan penswastaan.

Awal mula era ini telah dirangsang dengan tenaga padu '2M' memang sungguh gah bunyinya: 'Mereformasikan Birokrasi!!! Memodenkan ekonomi!!! Merobah Orang Melayu!!!'

Tiang semangat perjuangan ini dirangka berteraskan 'penyerapan nilai-nilai ajaran Islam.' Macam mana pun memang ada nilai-nilai yang menonjolkan pembelajaran, menganjurkan jimat-cermat dan tenaga kerja yang berwibawa; unsur-unsur budya kerja orang Timur. Mahathir amat berminat menerapkan semua itu di kalangan masyarakat Malaysia.

Sasaran utama ialah penciptaan sebuah negara yang bersatu, 'Bangsa Malaysia', yang akan berketuakan Melayu Baru; satu kumpulan kapitalis Melayu dan golongan profesional yang berupaya menguasai pasaran sejagat.



Apa Yang Ada Sekarang

Kini tidak ada sesiapa yang berminat menyentuh konsep bersih, cekap dan amanah **yang merupakan inisiatif pentadbiran Mahathir ataupun peraturan berjimat-cermat anjuran Daim Zainuddin ketika beliau mula-mula menjadi menteri. Sebaliknya, yang hangat dibincangkan ialah 'bailout' penyelamatan, kronisma, dan putaran-semuala penswastaan ataupun 'memilik-negarakan-semula'. Kesannya ialah kejutan yang bertali arus yang disogokkan kepada rakyat marhaen apabila tercetusnya episod yang membabitkan IWK, MAS, PUTRA, STAR, BAKUN HEP, dan Time DotCom.

Penerapan nilai-nilai Islam pernah dihidangkan secara menarik dalam bentuk liberal dan kod universal. Kini, ia seolah-olah lompong apabila diambil kira segala kiasan yang tercetus daripada pembangkang yang berunsur Islam dan yang terkuat setakat ini.

Ada satu ketikanya dulu apabila Mahathir mahu menggerakan sebuah negara yang disuntik adunan synergistic membabitkan kepimpinan yang berwawasan dan pergerakan yang popular. Sekarang ini sebarang rujukan kepada slogan yang dianggap usang itu akan mencetuskan kemarahan. 'Kepimpinan Melalui Teladan', mudah dicemoh orang sedangkan pergerakan yang paling popular memang berbentuk anti regim Mahathir.

Mahathir tidak mampu menjanjikan apa-apa lagi selain satu laungan yang berulang agar dipertahankan hak keistimewaan orang Melayu, kedaulatan raja-raja Melayu mengikut perlembagaan, dan Islam.

Sejak UMNO dihenyak oleh kekalahan dan aib pada pemilu November 1999, Mahathir berkelakuan seolah-olah dia cuba mengimbau kekalahan dirinya pada pemilu 1969 dulu. Anjuran purba beliau mengenai 'Bangsa Malaysia' sudah semakin tenggelam oleh laungan berpuak-puak terkini mengenai 'Perpaduan Melayu'.

Apakah ada petanda lain bahawa wawasan Mahathirisma sudah semakin tidak bermaya?

....bersambung....


-Dr. Khoo Boo Teik-


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT-Jumaat-1/4/2001<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Highlights from Aliran Monthly
http://www.malaysia.net/aliran/

Mahathir's Faded Vision

What would a Malaysia without Mahathir be?

by Dr Khoo Boo Teik

Did Asiaweek deliberately select a photograph that portrayed an 'old' Prime Minister Dr Mahathir Mohamad looking a bit of an 'idiot'?

Was the 'Malay Action Front', which was hastily assembled to attack his foes, so confused as to turn upon his leadership instead?

Did PAS President, Fadzil Noor, really refuse to spend just 'five minutes' to talk 'Malay unity' with him?

And was Mahathir's political secretary, Dusuki Ahmad, so desperate to preserve the boss? legacy as to urge local universities to conduct courses on 'his thoughts'?

To put things differently, are these the pointers of an early exit for Mahathir?

Exit or Hegemony?

Of course, 'early' can never properly describe Mahathir's exit from the political stage, whenever that takes place. Come July, it will be twenty years since he became premier.

Yet it's a rare person indeed who believes Mahathir will voluntarily depart office. A lot of people wish he would, but almost everyone thinks nothing and no one can force him to leave soon.

That's not surprising. Mahathir's record of political survival is legendary. His 'will to power' has become perhaps so intimidating that no one inside his party, outside his circles, or beyond the country considers that Mahathir will do anything other than 'die in office'.

Barisan Alternatif (BA), for instance, aspires to replace the Barisan Nasional (BN) in government. Yet no BA leader, as far as one can see, has seriously addressed what has genuinely troubled many citizens: what should a 'Malaysia without Mahathir' be?

This lack of mental boldness, a sort of political fatalism if you will, can only bring things back to square one - as if Tengku Razaleigh Hamzah's challenge never took place, UMNO never split, Anwar Ibrahim was untouched, and Reformasi was merely cyber-invention.

Now that is hegemony.

It was often all the more powerful for being so intensely personal because of Mahathir's political longevity, domineering conduct, and the relative obscurity of his allies and subordinates.

Mahathir Era Ends

If one digs deeply enough, however, the assumed solidity of Mahathir's domination of the political system is somewhat illusory. The superficial evidence of the cracks in the domination is already visible.

Inside UMNO, the Johor caucus presents a core of criticism while cries and whispers blaming Mahathir for the party's decline betray the nervousness of incumbents facing elections this year.

Outside UMNO, critical segments of the Malay community - civil servants, students and academicians - don't rally to his 'Malay unity' cause. The marginal Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (whose patron he is) is pro-Mahathir, while 'pro-opposition' students have swept the campus elections.

The truth is, the 'Mahathir era' is over, bar the weeping, cheering and jeering that will undoubtedly be heard the minute the man goes.

The era ended somewhere between the financial crisis of July 1997 and the political crisis of Anwar's sacking in September 1998. Only a tentative economic recovery and BN's flawed victory in the 1999 general election maintained the fiction of its prolongation.

This Thing Called Mahathirism

What was this so-called 'Mahathir era' about anyway?

Looking back, it was a time of restless ambition exemplified by Mahathir?s programme of heavy industrialisation. The ambition was driven by Malay nationalism and Malaysian capitalism which coupled to conceive Malaysia Incorporated and privatisation.

The beginnings of the era were charged with the energy of the '2Ms' and sounded noble enough: Reform the bureaucracy! Modernise the economy! Change the Malays!

Its spiritual core was to be built around a liberal 'assimilation of Islamic values'. At any rate they were values which celebrated learning, promoted thrift and dignified labour - the elements of an 'Eastern work ethic' which Mahathir wanted to impose upon Malaysian society.

Its most exalted target was the creation of a unified nation, Bangsa Malaysia, which would be led by the Melayu Baru - a corps of 'new Malay' capitalists and professionals - to undertake a conquest of foreign markets.

What Have We Today?

Today no one wants to talk of the bersih, cekap dan amanah ('clean, efficient and trustworthy') initiatives of the early Mahathir administration or the austerity measures of Daim Zainuddin's first ministry. Instead the talk is all about bailouts, cronyism, and re-nationalisation: witness the public reactions to the recent episodes involving IWK, MAS, PUTRA, STAR, Bakun HEP, and Time dot Com.

The 'assimilation of Islamic values' was once posed quite attractively in a liberal and universalistic code. Now it would appear quite hollow against the strident idiom of the strongest Islamic opposition ever.

There was a time when Mahathir wanted to move a nation with a synergistic blend of a purposeful leadership and popular mobilisation. Presently any reference to his old slogan, kepimpinan melalui teladan ('leadership by example'), can only invite public scorn while the most sustained popular mobilisation is anti-regime.

Mahathir no longer offers anything more rousing than a shrill call to defend Malay 'special rights', the constitutional position of the Malay rulers, and Islam.

Ever since UMNO suffered its unprecedented losses in the November 1999 election, he's behaved as if he's reliving his personal defeat in the 1969 election. His own unifying refrain of Bangsa Malaysia has been drowned out by the divisive strains of 'Malay unity'.

Can there be a surer sign that the famed Mahathirist vision is exhausted?


....continued....